CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Azza

Kembar 7G Kembali Viral, Kini Ada Produk Sendiri. Sejak Bila Jadi 'Chemist' Ni?

[Copy link]
Post time 10-9-2019 01:40 PM | Show all posts
'Saya sudah berjaya'

Kuala Lumpur: “Kejayaan sebenar bagi saya apabila kita mampu membahagiakan dan menunaikan kemahuan orang yang kita sayang.

“Saya mula sedar saya benar-benar berjaya apabila tiada apa-apa lagi permintaan emak yang perlu saya tunaikan,” demikian kata usahawan kosmetik berjaya Dr Amin Abdullah.

Selain ilmu dipelajari serta usaha gigihnya, pengasas JenamaSendiri.Com itu percaya kejayaannya hari ini memiliki empayar perniagaan sendiri sehingga khidmat syarikatnya digunakan syarikat produk kecantikan dan kosmetik di Indonesia, Singapura, Korea dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah hasil berkat doa restu orang tuanya itu termasuk arwah bapanya.

Dr Amin berkata, bapanya Abdullah Rashid adalah bekas penjawat awam di Ipoh, Perak meninggal dunia pada 2009 akibat masalah jantung dan seorang yang begitu mementingkan pendidikan dan berusaha keras bagi memastikan dia dan tiga adiknya bersekolah kerana percaya hanya modal itu saja mampu mengubah masa depan mereka sekeluarga.

“Selepas tamat tingkatan lima dengan keputusan cemerlang gred 1, saya ingin masuk universiti tetapi ayah cakap dia tak ada duit sebanyak RM400 untuk yuran universiti, tetapi ayah membuat pinjaman di sebuah bank dan koperasi di Ipoh.

“Ketika berada di tingkatan enam atas saya ditawarkan pula biasiswa MARA mengikuti program diploma lanjutan bidang teknologi maklumat di Universiti Kuala Lumpur (Akademi Infotech Mara) dan menyambung sarjana muda dalam bidang sama di University of Portsmouth di United Kingdom sebelum pulang ke Malaysia mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Pesan ayah hanya pendidikan dapat mengubah hidup kami sentiasa tersemat dalam hati, membuatkan langkah saya tidak terhenti setakat itu saja apabila saya sekali lagi menyambung pengajian ke peringkat Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) Florida State University, Amerika Syarikat,” katanya.

Mengimbau kembali perjalanan hidupnya sebelum ini, menurut
Dr Amin dia dilahirkan dalam keluarga kurang berkemampuan sehingga hidangan nasi berlaukkan kicap dan ikan pekasam adalah makanan ruji mereka sekeluarga setiap hari.

“Saya datang dari keluarga berpendapatan cukup-cukup makan. Sejak kecil, makanan wajib saya dan adik-adik setiap hari adalah nasi dengan lauk ikan pekasam dan kicap.

“Hanya dua kali setahun sekiranya ayah dapat duit lebih (bonus) kami dapat makan burger dan sate yang kami anggap itu makanan paling mewah.

“Malah, untuk lebih mengenyangkan kami cicah roti benggali dengan kuah sate kerana ayah hanya mampu beli 10 cucuk sate untuk kami empat beradik dan sejak itu saya sentiasa berazam, mahu jadi orang senang,” katanya yang masih gemar makan burger.

Menurutnya, bukan mudah mengejar impian hakikatnya terlalu banyak masa mudanya terpaksa dikorbankan, namun berkat usaha keras tanpa patah semangat dia bangkit membuktikan anak orang Melayu susah sepertinya mampu menjadi usahawan berjaya dan dikenali di peringkat antarabangsa.

“Saya memikul tanggungjawab sebagai anak sulung membantu arwah ayah menjual bedak sejuk dan sabun buatan sendiri secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah untuk menambah pendapatan keluarga sejak dari sekolah.

“Ketika orang lain sibuk bersosial dan bertukar-tukar gajet saya pula suka menyendiri dari dunia luar dan bersengkang mata siang malam menghadap buku dan tugasan kuliah,” katanya.

Bapa kepada seorang cahaya mata bernama Amber Anggun, 2, ini berkata, impiannya untuk mengubah nasib keluarganya tidak pernah padam begitu saja apabila dia sanggup melepaskan tiga kerjaya bergaji empat angka termasuk wartawan sebelum ini semata-mata berkecimpung serius dalam dunia perniagaan sejak 2012.

“Setiap hari saya fikir sampai bila hendak makan gaji dengan orang, jadi saya ambil langkah bermula dengan ‘meremajakan’ semula produk kecantikan milik arwah ayah selepas meniru teknik sebuah syarikat di Venice, Itali yang mencipta produk orang lain untuk dipasarkan dan menawarkan khidmat pemasaran dan mentor-menti kepada mereka yang berminat mencipta jenama sendiri.

“Saya bersyukur, pertemuan dengan CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat itu menjadi titik permulaan perubahan hidup saya apabila dia sudi berkongsi strategi perniagaannya sebelum saya mencuba teknik itu di Malaysia yang pada ketika itu tiada lagi orang buat.

“Alhamdulillah, dalam tempoh setahun saja syarikat kami berjaya membuat 400 jenama produk kecantikan muka dan kulit, minyak wangi serta alat solek di kilang kami di Seri Kembangan, Kepong dan Guangzhou, China,” katanya.

Katanya, dalam kesibukan menguruskan perniagaan di Malaysia dan luar negara masanya juga banyak terisi dengan aktiviti khidmat komuniti sosial menerusi penubuhan Yayasan JenamaSendiri.Com miliknya yang dilancarkan pada Disember lalu bagi membantu Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).

“Saya memilih membantu pesakit dua penyakit ini kerana mak saudara saya pernah meninggal dunia kerana kanser payudara.

“Emak saya pula sekarang masih bertarung dengan penyakit buah pinggang.

“Saya sedar penyakit ini mahal kos rawatannya, contohnya kos dialisis emak saya sendiri mencecah RM500 untuk sekali dialisis. Oleh itu, setiap tahun sama ada syarikat saya untung atau tidak saya peruntukan satu nilai tetap untuk disumbangkan kepada MAKNA dan NKF.

“Walaupun sumbangan ini kecil saja, tetapi saya harap ia dapat membantu pesakit memerlukan dan mengubah hidup mereka,” katanya yang boleh dicari menerusi Instagram dr_AminAbdullah atau www.JenamaSendiri.com.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 5:16 AM


p/s...bukan deolss punya kilang tu...model je kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 10-9-2019 01:39 PM
cina..biase arr...mcm la sehari dua bru knal cina ko pon

Tau.. Tapi biasa la.. Hati perempuan kan cepat sentap
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 02:01 PM | Show all posts
Ingatkan kisah pasal telco services.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 02:15 PM | Show all posts
Dlm lrt selalu ada tayangan pasal 2 beradik yg berjaya dlm bisness online. Org yg sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xkn kawin dgm pompuan mcm ni, sbb aku xnk keturunan aku bodoh piang mcm depa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 02:39 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 10-9-2019 02:24 PM
Aku xkn kawin dgm pompuan mcm ni, sbb aku xnk keturunan aku bodoh piang mcm depa.

bagus cita2 ko tu ...menurut kajian genetik cerdik anak dtg dari ibu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah beli maybelline matte lipstick RM5 je satu. Yang penting ori.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 10-9-2019 11:27 AM
ya ampunnnn ape bodonya kembar ni pi tayang gambar kilang jenama sendiri tu? dah sah la takdak beza  ...

Ini amin ex laki farah punya ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2019 02:55 PM | Show all posts
booooooo....

gi amik spm balik laa dik....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 10-9-2019 11:27 AM
ya ampunnnn ape bodonya kembar ni pi tayang gambar kilang jenama sendiri tu? dah sah la takdak beza  ...

Ni bukan hat dividesis, ni double trouble
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 03:08 PM | Show all posts
level pn 7G. org bodoh je layan produk sampah ni. meols mmg membodohkan je sape yg beli produk timbang kilo ni. dh berkali2 kena tegur pn masih ade lg yg tak sedar
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Supporters diorang ni pun same je acik2 7G jugak
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 03:18 PM | Show all posts
beli la kat drugstore punya lipstik/lipmatte akak2 sekalian... tayah la tadah bibir korang dekat produk merapu harga yahudi ni... kadang2 kat shopee kalo ade sale boleh dapat harga murah taw... aritu brand sale kat shopee lipstik loreal boleh dapat rm19.90 lagi... watsons pun rajin wat sale... beli la banyak batang lipstik yang hado
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 03:26 PM | Show all posts
semoga customer ko tak membiak laaa deknonnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 03:30 PM | Show all posts
Atata replied at 10-9-2019 11:14 AM
Mak pak dia yg layan sgt ni, ikut sama bodo ngan anak

mak dia annoying gila

dakjee dakjee
hallooo dah bercucu pon
ko nak dak dak mendanyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 03:48 PM | Show all posts
t_hahahaha replied at 10-9-2019 12:20 PM
7G? time sekolah diorang tak masuk kelas pemulihan ke? skrg ni cikgu sekolah rendah, kalau bebudak t ...

mse dulu2 ada kelas khas pemulihan utk org yg kurang memberangsangkan spt keputusan exam terlalu teruk..

so yg ni taraf ape nih siap blh kua produk, kelas pemulihan pun x sempat tamat tp siap ada produk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah set2 bodoh, bangang, bahlul yg beli kan. mmg sekufu dgn founder bimbo.. tp mslhnye layak ke digelar founder

*produk pprt timbang kilo dh upgrade jd produk rumah kedai
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan bertaburan macam tu duitnya. Haha tak logic sungguh. Well, yang last sekali tu betul. Belajar tinggi tapi tak kerja- aku lah tu. Sekarang ni aku pikir tak blajar tinggi tapi duit berkepuk masuk tu terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 04:07 PM | Show all posts
mea replied at 10-9-2019 05:40 AM
'Saya sudah berjaya'

Kuala Lumpur: “Kejayaan sebenar bagi saya apabila kita mampu membahagiakan  ...

Doc pun dari DBA, bukan doc medical, then buka kilang kosmetik... ade potensi timbang kilo....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 04:08 PM | Show all posts
kilang OEM Amin (Dr dia pelsu kan?) ni la paling poyo dan ada beberapa isu sbb pernah janji kalau beli pakej tertentu dapat pulangan sales berganda2.. tapi hampeh byk produk sendu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.070587 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list