Sumber foto : Facebook Khalid Jamlus
Bekas penyerang bola sepak kebangsaan era 2000, Khalid Jamlus baru-baru ini dikatakan melelong kasut emas yang dimenanginya sebagai penjaring terbanyak di Liga Perdana 1 Musim 2002 pada harga lebih RM10 ribu.
Menerusi hantaran di Facebooknya, selain daripada kasut emas tersebut, beliau turut melelong barang-barang peribadinya yang dikumpul sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak, antaranya pingat dan jersi.
Trofi "Man Of The Match" TM Liga Super 2007 pula diberikan sebagai 'free gift' untuk pemenang bidaan kasut emas tersebut.
Sumber foto : Facebook Khalid Jamlus
Rata-rata komen yang diberikan mengatakan bahawa sangat sayang sekiranya barang-barang tersebut dijual.
Salah satu komen di entri tersebut ada mengatakan yang Khalid sudah tiga tahun tiada pekerjaan. Mungkinkah masalah kewangan yang mendorong Khalid Jamlus membuat lelongan barangan koleksi peribadinya?
Kerajaan negeri perak mungkin boleh membantu apa yang patut. Contohnya, seperti saranan salah seorang pengguna FB yang mencadangkan agar kerajaan negeri membeli dan meletakkan barangan tersebut di muzium negeri. - CARI |