|
KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]
[Copy link]
|
|
huhuhu... aku dah tak reti nak menulis citer2 aku........ dulu aku ada tulis gak... skrng aku jadi beku nak tulis... tak tau kenapa.. pasal sibuk kot.. atau maybe lain kali aku citer...
aku ada satu cite sangat bagus utk ditulis.. tp masa tak smpt ... aku nak travel ke pantai timor hari nih.......... insyaALLAh lain kali ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Encik Dude,
Aku nampak kamu ni jenis orang yang punyai wang.
Itu kelebihan kamu kerana orang lain bukan setakat ribu-ribu, RM500 cash pun tak mampu bagi on the spot.
Gunakan kelebihan itu sebagai kekuatan kamu untuk mencuba lagi
Namun aku nampak kamu mengalami masalah untuk menemui jenis perniagaan yang secocok dengan kamu. Perniagaan kamu rugi bukan kerana kamu tidak pandai berniaga, tetapi kamu tidak menjumpai perniagaan yang sesuai. Jika kamu tidak ada usaha, masakan kamu bisa mendapat banyak permintaan untuk memohon quotation daripada kamu.
Ingatlah pesan keramat daripada saya:
Rezeki itu daripada Allah, bukan kita yang create guna akal logik. Idea yang kita create pakai akal logik ni tidak bisa meletup gila-gila menjadi luar biasa untung. Rezeki yang tulen ialah rezeki yang datang tanpa diduga. Jika ia milik kita, ianya tak perlu dicari, ia bisa datang sendiri, dengan syarat kamu ada sedikit usaha.
Pengalaman saya dengan rezeki ini agal luas. Job yang saya target untung beratus ribu ringgit, sampai sekarang tak keluar Letter of Award lagi. masih tersangkut
Job yang dapat secara tak sengaja, itulah yang memberi untung kepada saya.
- Wonbin |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada bahasa indo setelah menceritakan ttg maid... huhuhu... terbawa2 kot nak marah kat maid.... jgn mareeeee
- sinar |
|
|
|
|
|
|
|
aku betul2 jatuh dengan sejatuhnya...
bila aku mula kawen... sttruggle giler rasanya....
nakbeli susu anak pun terpikir 14 kali... huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
thedude
kebanyakaan business saya jadikan hobby.
tidak mengharapkan untung besar, boleh dikatakan main2 kerja.
saya mengambil kesempatan mengumpul launch poster2 game, accessories game &
produk2 demo & not for sale item. barang2 ini boleh dikatakan one of a kind.
kepada mereka, nampak item2 ini tidak berguna & buat apa nak demo game ?
boleh dikatan bodo, bahan buang so saya pungut.
samapai rack2 PS dibuang ke saya.
semua dikumpul sejak 1997 till 2008.
simpan tampa disentuh sehingga 2008 dijual di net dlm awal tahun 2008
sebelum ekonomi gawat.
sambutan mmg outstanding.
selepas "thrill" PS2 habis. saya berhenti kerja kerana terlalu best kerja samapi i tak tahan.
2002-2008 saya kerja di express forwarding company yang menawarkan
discount import export barang ke merata dunia.
saya mengambil kesempatan menjual barang parts kereta, accessories dll
dan mengambil kesempatan mengimport barang2 dijual sini pulak.
posting pakai company PC, org tgk, kata buat assignment.
bila bid2 masuk melambak, sendiri ketawa, org ingat aku gila & let aku kat tepi corner
tgk cermin. kat sana lagi byk idea & terus ketawa.
semakin buat semakin "Thrill" so i berpakat dgn 2kwn tempat sama.
kita buat macam2 dari buruk, teruk & evil.
mmg workout fine & happy sehingga duit account hilang.
masih kawan tapi tak cakap pasal duit lagi.
saya masih ingat iklan marlboro.
80's seorg mamat tu naik kuda, makan, tido seorg. rokok seorg. solo
90's mereka naik kuda in a team, group, happy. ttl menolong.
20's kena pandai memilih kalau nak berteam.
Allah ynag memberi kita untung or rugi.
Kita memberi pertolongan tidak diharap balasan.
Panjang lagi hidup kita menumpuhi segala cabaran.
Cuba sedaya upaya & jangan tamak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
meh aku start cerita pasal rugi.
Aku ada beberapa company.
Satu antaranya sedang tenat nak mati, dan aku terpaksa masuk ke dalam company itu dan 'merampas kuasa' melalui AGM macam kat dalam drama Samarinda TV3 itu
Company itu nasib baik takda loan daripada bank. Aku inject duit sendiri atau pakai investor yang bagi loan.
Company mula meragam apabila semua projek yang dapat adalah tidak begitu menguntungkan.
- Kos pinjaman loan daripada investor yang tinggi sehingga makan gross profit.
- Persaingan tender dengan company besar sehingga margin 8% pon sanggup lawan.
- Partner ni totally tak boleh pakai. Duit dia tak inject ke dalam company, urusan pentadbiran dia tak mahu tolong katanya sibuk dengan bisnes lain dan dia cuma tahu mintak bahagian dia sahaja. kenapa dia boleh jadi partner? Sebab dia kata KAT SANA SEMUA KAWAN-KAWAN SAYA. GERENTI PROJEK MASUK.
kesimpulan aku:
- Dia ni cuma nak makan duit free aja. Tak boleh pakai punya orang.
Tindakan:
- Pecat dia dan rampas semula share yang dia pegang
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 11-1-2009 03:41 PM
meh aku start cerita pasal rugi.
Aku ada beberapa company.
Satu antaranya sedang tenat nak mati, dan aku terpaksa masuk ke dalam company itu dan 'merampas kuasa' melalui AGM macam kat d ...
Ramai orang terus melompat bila dapat projek.
Tunggu dulu.
Kira dulu costing.
Biar siap dahulu projek.
Kemudian bahagi untung rugi.
Pastikan orang yang dapat bahagian masing2 tu adalah setimpal dengan contribution.
kekadang ramai yang datang melekat tetiba mintak 20-30%
hancur syarikat kalau macam nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thedude at 11-1-2009 12:19 PM
Salam warga bisnes ,
Sepanjang saya meniaga, orang-orang yang saya jumpa selalu ingat saya ni kaaayaaa raayaaa bila saya kata saya bisnes sendiri.
Tapi se ...
Thedude...
aku nak cerita jugak le.
Tapi cerita aku lain siket..
pasal busness aku, tak de modal..
so, tak de le rugi...
Modal yg dikenakan pon untuk ambik exam je.
Tu pon, macam licence kenderaan..
Kalau licence dah mati, boleh renew anytime seumur hidup..
so, mereka yg kat luar sana..
nak berniaga tanpa modal..
mmg banyak,,,
Yg pasti, U all boleh juga berjaya,. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 WonBin's post
wonbin, awak ni cam anak didik fadilah kamsah je taw, saya suka baca tulisan awak yg penuh makna utk usahawan, awak niaga apa sebenarnya, duk citer modal ratusan ribu, untung ratusan ribu, share lah dengan kami yg baru merangkakss ni.. boleh jadikan panduan, pls.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctredzuan at 11-1-2009 04:43 PM
wonbin, awak ni cam anak didik fadilah kamsah je taw, saya suka baca tulisan awak yg penuh makna utk usahawan, awak niaga apa sebenarnya, duk citer modal ratusan ribu, untung ratusan ribu, share ...
Saya rugi kerana kesilapan saya dahulu ialah saya seorang yang terlalu akademik. Background saya pun memang akademik. bermula daripada MRSM, top scorer dan begitulah seterusnya. Rumah saya umpama sebuah perpustakaan. Banyak buku sebab saya satu family memang jenis nerd kaki buku. Saya ingat saya ni educated, saya boleh berjaya dalam bisnes. Walaupon dengan segala projek paper dan teori ikut buku, bisnes saya tetap 'tak meletup'. Ada untung tetapi tidak jutawan. Untung itu cukup2 untuk cover semua cost dan bayar gaji. Makin lama, makin slow bisnes. Bila bisnes dah slow, hubungan dengan rakan kongsi jadi renggang. Bila duit takda, mula lah gaduh dan bermasam muka.
Saya mula sedar kelemahan diri saya apabila saya ke Kota Bharu, Kelantan. Dulu saya tak pandang langsung 'orang kampung' nih. Saya ego dan takabur. Saya rasa saya bagus, duduk kat rumah pun cakap mat salleh, tak cakap Melayu. Kawan2 pon semua jenis sosiol anak2 orang kaya. Di Kota Bharu, kelantan, saya jumpa ramai orang melayu yang berjaya. Duit cash berkepul-kepul dalam pouch bag. Setakat RM10K cash tu main-main sahaja. dari situ mulalah timbul KEINSAFAN. Saya sedar, approach dalam bisnes harus saya tukar. STOP LEARNING FROM ACADEMIC BOOKS. Belajar daripada orang kampung, bagaimana mereka berjaya. Belajar daripada JUTAWAN SEMPOI. Segala buku2 hingga level MBA saya simpan dan tak pakai lagi, they are USELESS. Buku itulah yang membunuh saya. Saya hanya rujuk kepada beberapa buku sahaja, saya gabungkan buku CHEF LI dengan buku ROBERT KIYOSAKI menjadi asas kepala hotak saya hingga ke saat ini.
Bermula semula daripada 0
Saya malas nak cerita betapa teruknya bisnes saya. Tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya dah tak tahu lagi acam mana nak bawak company Sdn. Bhd tersebut. Projek ada tapi untung tak tahu kemana. Nilai projek bukan seribu dua tetapi beratus ribu dan juta-juta. Saya boleh cerita di lain hari pasalnya. Saya buntu. Saya mengambil cuti panjang. Sebab itulah saya ada banyak masa berforum. Saya tetap boleh hidup kerana saya masih lagi share holder syarikat. Boleh claim duit untuk bawar segala tanggungan bulanan saya.
Langkah pertama ialah saya start semula daripada sifar. Saya daftar sebuah enterprise, kos RM80. Orang tanya, "company kamu sudah established. Pergi sahaja kat JKR bahagian Elektrik kat Midvalley, semua jurutera tahu company kamu. Kenapa nak buka 'enterprise bodoh' pula?"
Aku mahu MERDEKA dan TOTAL CONTROL. iarlah aku tak dapat projek 1 juta. dapat job kecik RM50 ribu pon dah cukup, kerana dengan sebuah enterprise, duit untung bersih MASUK KE POKET AKU SORANG. Apa guna projek RM500 ribu, untung RM80 ribu tetapi masuk ke poket aku cuma RM7500? Aku mahu total control, aku tak mahu penyangak-penyangak ini menjadikan aku sebagai puppet.
Nasihat saya:
Nilai yang besar2 itulah yang membunuh kamu dengan 'one shot'.
Ramai ulat-ulat yang mencekik kamu. Mereka berselindung disebalik jawatan seperti 'pegawai khas menteri', D.O, KSU, ahli majlis daerah, OCPD, timbalan ketua pengarah, ketua UMNO Bahagian, dll. Mereka mintak duit pendahuluan, mintak bayarkan hotel, mintak pergi VEGAS CLUB yang habis RM10 ribu-20 ribu satu malam. Mintak pompuan dihantar ke bilik mereka.
Bisnes yang kecik2 inilah yang utuh, yang bisa menyelamatkan kamu. Itu nasi ayam bawah atap zink, biasa dapat RM300 sehari. Cukuplah kerana takda sewa tapak kecuali bagi beberapa ratus duit kopi kat majlis bandaran. Sebulan dapat untung bersih RM4-5 ribu. Cukup lah untuk hidup.
Kenapa perlu spend RM300 ribu untuk buat cafe ala butik cafe sedangkan sales cafe itu silap2 lebih rendah daripada sales orang yang jual nasi kat bawah pokok? Jangan lupa anda ada hutang bank RM300 ribu sedangkan orang yang niaga bawah pokok itu tiada loan bank |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
peh....mendalam WOnbin bagi cerita ni....citer lagi.leh belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Berguru Daripada Jutawan Senyap
Open house hari Raya di Kota Bharu itu amat diluar dugaan saya. Ianya memberi tamparan hebat kepada saya. Orang KL memang memandang rendah kepada orang Kelantan. pada mulanya saya tak mahu pergi ke open house itu. Ahh... buang masa aku sahaja.... mesti yang datang tu jenis lebai pakai serban dan yang pompuan pakai tudung labuh macam ustazah. Not my type. Namun apabila tetamu nya datang, sangkaan saya meleset sekali. Bila tengok kereta yang masuk ke halaman rumah, cukup untuk mendebarkan saya. Ada Mitsubishi Evo plat Kelantan (aiks... ada jugak orang pakai Evo kat Kelantan?, bukan kah negeri kelantan di bawah PAS ni miskin?), kemudian masuk plak Porche Cayyane plat KL single digit, Nissan Murano, 5 Series mata helang, Lexus, Mercedes CLK dan akhirnya halaman rumah dah jadi seperti used car berselerak dengan kereta mewah !!
"Tak pulak aku tahu ramai orang Kelantan ini merupakan jutawan . Mati-mati aku ingat orang kelantan ini miskin-miskin".
Siapakah mereka ini? Apa bisnes mereka?
Aku pon usha awek2. Ingatkan semua yang datang pakai purdah namun aku dapati ramai awek2 yang dessing macam budak KL. Hot ! Ada yang muka macam mat saleh, kulit putih melepak warna kuning tapi cakap kelantan pekat. Pendek kata all girls muka mix blood dan kulit putih melepak Tengok handbag memang Coach dan LV original, bukan Golok mari. Yang lelaki pulak bukan sembarangan. Jam tangan pun beratus ribu sebijik. Siapakah mereka ini? kenapa selama ini aku tidak tahu kewujudan mereka ini? Adakah aku mempunuai peluang unuk mendekati mereka dan berguru daripada mereka?
Bersambung........ |
|
|
|
|
|
|
|
Nak dipendekkan cerita:
Uncle K bertanya kepada aku,
" Guano bisnes loni?"
Aku jawab, " Tak berapa okey lah uncle. Banyak projek yang tak berapa ada untung...... aku ceritakan masalah aku"
Uncle K, " Ginilah, nanti balik ke KL, ikut Uncle ke negara Golf club Subang. Uncle call Datuk S. maing golf sekali. Dio ore Kelate jugok. Nanti mintak lah projek kat TNB. Dio gerenti tolong. Dop payoh lah masuk tender kalo untung 8% jah. Kito ado network oghe Kelate, bakpo nak susoh2 sakit palo masuk open tender". |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulan pasal kerugian dan masalah company aku:
1. Pembaziran dalam syarikat yang berbelanja besar sedangkan untung pulak terhad.
2. Terpaksa bersaing dengan pesaing sehinga throw price low gile-giler.
3. Rakan kongsi yang pemalas, kurang contribution dan menjadikan company sebagai tempat dapat duit mudah melalui 'cable' yang kononnya dia kata gerenti menang, kononnya kawasan dia. Cuma tahu cekik darah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 11-1-2009 03:48 PM
Ramai orang terus melompat bila dapat projek.
Tunggu dulu.
Kira dulu costing.
Biar siap dahulu projek.
Kemudian bahagi untung rugi.
Pastikan orang yang dapat bahagian masing2 t ...
Betul tu ... ramai orang nak buat bisnes tapi costing tak reti. Last-last untung pon tidak,
Lebih-lebih lagi bisnes construction yang mana profit margin 8% sahaja. Kalau tidak cekap, kos melambung. hangus profit margin 8% tuh ... takde hasil ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|