Post time 25-11-2020 04:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa ni iols form 3. Suka sangat dengan lagu2 KRU tapi tak gigih mengumpul kaset macam kaset Slam dan Ukays. Tapi memang best la layan lagu2 KRU di Pilihan Bersama Radio Muzik. Zaman2 duduk asrama, itu je la hiburan yang ada. Hehe
Post time 25-11-2020 05:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahun 1995 sis baru darjah 1. Teringat masa tu abang ada beli kaset kru yang ada lagu mengerti, dia dok ulang pasang sampai kita pun terhafal lagu tu. Tapi walaupun masa tu kecik lagi, tetap minat yusri sebab dia paling hensem.
Post time 25-11-2020 05:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahun 95 aku F2. Mmg fanatik Kru tapi parents aku very strict. Going to concerts was a big no-no. Nak join fan club Kru Posse pon tak bole. Beli kaset & potong gambar kru from Pancaindera jelah mampu.
Post time 25-11-2020 05:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
fahima80 replied at 25-11-2020 04:37 PM
Salasilah keluarga KRU ni ada dalam fb Malaysiaku Dulu Dulu. Samalah macam yang uols cakap ni.
Iols tau pasal ni sbb dulu penah baca kat fb sepupu mak dia tu.
Kebetulan acik tu share apa tah pasal gambar lama2 kat fb dia pastu viral kot lupa dah pastu iols pun tengok fb dia masa tulah tau pasal keturunan Fenner tu.
Post time 25-11-2020 05:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Akak still darjah 3 masa tu. zaman tu trend tulis biodata kat buku kawan2. Siap letak penyanyi kegemaran. Masa tu byk letak kumpulan rap mcm kru, 4u2c
Zaman tu yusry paling hensem. Sampai skrg pun yusry masih kacak. Akak sampai skrg layan lagu2 kru yg upbeat macam awas, oh la la, negatif.
Balada kru yg meols suka jangan lafazkan & bidadari. Zaman bidadari tu akak dah keluar haid sekolah menengah. MV dia pun advance sgt masa tu berbanding MV penyanyi popular mcm tokti yg agak kampung.
Post time 25-11-2020 06:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by NonaNaga at 25-11-2020 06:38 PM
Masa aku form 2 minat 4u2c gitu kan tp macik aku x bagi dia kata x best... Pastu dia belikan kaset Canggih KRU dia soh minat Kumpulan ni. Aku tanya best ke... Best kata macik aku keja Nurse tu... So dh laa lebih separuh lagu dia kena gam RTM....mana nak fofulernya compare 4u2c yg siap ada sitkom. Then aku beli my first majalah Galaxie 3 beradik ni jd cover depan pakai baju besor muat 3 org....
So next album aku ckp kat macik... Kalau nak suruh org minat lg belikan kaset reKrued tu...
SO lepas tu iols x skip laa beli kaset KRU, sbb mmg talented laaa.... Cuma aku x pernah g gig ke konsert ke sbb aku dok desa ulu banat kan
May be aku berhenti dekat the way we jam sbb aku dh tua laaaa masa tu
Post time 25-11-2020 06:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahun 95...I masa ni form 4. Beli kaset KRU guna duit kumpul sendiri, kena curi -curi dengar, siap sorok dalam lemari baju celah2 kain. Masa tu I duduk dengan mak sedara (dia kahwin dgn arwah pakcik meols) dan kekdahnya kaset tu dijumpai! Nampak sangat kaki korek barang-barang I. I cakap pinjam dari kawan, dia dok korek lagi tanya kat kawan iols pulak. Pitammm.