CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Struktur besi kren di tapak SUKE terjatuh, 2 maut. UPDATE #173, Operasi keluarka

[Copy link]
 Author| Post time 22-3-2021 02:48 PM | Show all posts
Runtuhan kren : Enam mangsa dikenal pasti

https://www.utusan.com.my/berita ... ngsa-dikenal-pasti/

Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
22 Mac 2021, 2:44 pm


KEADAAN kereta Perodua Bezza yang terhimpit dengan runtuhan komponen kren di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai di sini hari ini. -MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya mengenal pasti enam mangsa yang terlibat dalam kejadian runtuhan komponen kren sehingga pukul 1.00 petang hari ini.

Menurut Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi penyelamatan bagi menyelesaikan misi menyelamat yang dijangka berakhir tengah malam ini.

Katanya, mangsa terdiri daripada 4 orang pekerja asing yang mana dua orang dilaporkan selamat manakala dua yang lagi meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang warga tempatan adalah pemandu Perodua Bezza dilaporkan cedera parah di bahagian kaki dan dihantar ke hospital yang berdekatan.

“Seorang mangsa dikesan terhimpit di atas struktur runtuhan manakala dua yang lain meninggal dunia akibat terjatuh dari ketinggian sekurang-kurangnya 120 kaki,” katanya.

Hari ini, struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Nordin berkata, pihaknya menjangkakan operasi menyelamat mangsa yang terhimpit mungkin mengambil masa selama tiga jam.

“Kita jangkakan ada laporan terbaru berkaitan mangsa yang terhimpit selepas tiga jam nanti.

Sementara itu, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, apa yang berlaku sekarang adalah pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Apabila mereka melaksanakan kerja ini, ada kejadian tidak diingini yang berlaku.

“Kita sudah mengarahkan untuk memberhentikan apa sahaja kerja kecuali kerja-kerja menyelamat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 02:54 PM | Show all posts
Lagi.

Elok blacklist je kontraktor yang ada track record kemalangan macam ni. Safety officer patutnya lagi strict lepas satu kejadian kemalangan tapi ini tak, makin lama makin teruk pulak kemalangannya, siap mati on the spot labour sendiri.

Lepas beberapa kejadian kemalangan ni mungkinkah petanda awal yang Suke ni memang tak selamat bila siap nanti?

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 02:57 PM | Show all posts
EJALTI replied at 22-3-2021 02:31 PM
Pemaju diarah henti kerja serta merta

https://www.kosmo.com.my/2021/03/22/pemaju-diarah-henti-ker ...

pemaju diarah henti serta merta? yeah right. itu standard biasa. jika berlaku kejadian kematian mmg stop work order.
3 hari je tutup ... pastu akan start kerja balik ..reasonnya sebab kepentingan nasional ie; jalan kena siap cepat.
mmg seriau klu lalu bawah semasa kerja2 pembinaan jalan atas ni..klu boleh elak kan lah.
safety procedure kat negara ku tercinta a bit lacking. safety officer answer to dia punya boss selalunya walaupun patut dia as independent answer to company owner shj (MD or CEO) tapi klu boss cakap over ride instruction, apa yg safety officer boleh buat?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:01 PM | Show all posts
MissVixen replied at 22-3-2021 01:23 PM
National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH)

Kes begini should be DOSH.  NIOSH provide training jer...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:08 PM | Show all posts
MissVixen replied at 22-3-2021 01:23 PM
National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH)

NIOSH institut untuk memberikan latihan dan peperiksaan untuk kursus2 berkaitan safety. yg terletak kat Seksyen 15, Bangi tue. tak ada kaitan dalam penguatkuasaan.

Penguatkuasa untuk keselamatan dan kesihatan adalah DOSH (Department of Occupational Safety and Health) ataupun
Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (JKKP). yg nie setiap negeri ada, HQ kat Putrajaya.

Kes macam nie pegawai penyiasat JKKP wajib turun. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan nnti oleh JKKP.

Sekian, dari salah seorg competent person bwah JKKP.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by honeylynn at 22-3-2021 03:10 PM

Patut depa highlight sekali beam konkrit yang jatuh depan apartment bayan tu!! Melintang kot konkrit panjang blocking depan pintu masuk apartment tu..kalaulah ada kenderaan atau penduduk keluar masuk ke situ & terhempap..naya gak tu..

Ke mmg ada mangsa kat bawah konkrit tu? Depa dah check lom?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
honeylynn replied at 22-3-2021 02:47 PM
Ekovest Duke hiway.. Suke ni under MRCB kan?

Haah.. Suke ni under mrcb.. Yg duke tu malang bertimpa2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:14 PM | Show all posts
Eh SUKE ni mmg kontraktor sialan datang dari celah gunung pepet mana xpernah buat construction besar2 mcmni ke smpai dh byk kes melibatkan runtuhan kematian sana sini??! Ke ada kroni laknat mana2 dh cilok kontrak ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 03:27 PM | Show all posts
Edited by cik_sssara at 22-3-2021 03:28 PM
animcute replied at 22-3-2021 02:57 PM
pemaju diarah henti serta merta? yeah right. itu standard biasa. jika berlaku kejadian kematian mm ...

Agree. Kat malaysia ni mostly safety hanya akan strict sikit bila bos2 ni dapat project dari company (like mnc) yang strict pasal safety je. Kalau setakat buat local building, road, mall, kedai ke rumah ada diorang kisah. Asalkan siap on time. Bos tahu apa. Dekat site SO patutnya separate from PM & engineer, tapi kenyataannya semua kerja sekali then considerate (if ada salah) each other sekali.


Macam mana boleh jadi runtuh ke etc? Kadang-kadang bukan sebab engineer/safety tapi sebab dapat arkitek bodoh yang cuma tahu buat drawing cantik looking good tapi bodoh takde ilmu guna bahan yang tak sepatutnya, atau memang drawing yang tak masuk akal. Pastu bila engineer/so bagitahu bos this shouldn't be done like this you ingat bos amik ke advice tu, dia asal siap cepat dapat payment cepat je. Lagi satu concept dia pakai ialah buat je asal siap ikut drawing sedia ada dulu, nanti ada isu in future itu masalah in future lah.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi ada manusia nak sokong Umno.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:40 PM | Show all posts
honeylynn replied at 22-3-2021 03:09 PM
Patut depa highlight sekali beam konkrit yang jatuh depan apartment bayan tu!! Melintang kot konkrit ...

haaaa masuk sini baru ada info... aku nampak gak gambar tunjuk ada beam melintang tu tapi takde pulak yang tunjuk dari mana bende tu menjelma

so memang tu pun runtuhan dari construction ni ye?? gilaaaaaa punya kontraktor.... dah 3 kes kotttt. berpuaka laa SUKE ni esok agaknyaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nora_balqis replied at 22-3-2021 03:08 PM
NIOSH institut untuk memberikan latihan dan peperiksaan untuk kursus2 berkaitan safety. yg terleta ...

Yang belajar bawah niosh tu tak boleh pakai ke. Takat belajar je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 22-3-2021 03:01 PM
Kes begini should be DOSH.  NIOSH provide training jer...

Safety officer keluaran niosh tak boleh harap?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:54 PM | Show all posts
ni yg risau nk lalu KL ,
takut kejadian yg mcm ni la,ngeri wow bila lalu kawasan pembinaan
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya kalau lalu dekat situ..sangup lalu tempat lain Pusing2 taman nak elak dari situ
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
AKAZ85 replied at 22-3-2021 12:45 PM
Mampus laa bos2 ekovest ni.. Semua projek highway semua bawak sueyyyyy

adakah management ekovest ni kroni spa2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja yg terjatuh tu naik kren ke atau kat atas lebuhraya tu?? Tinggi betul 120 kaki/36 meter.
Yg selamat tu yg kt bawah la kot eh bkn terjatuh.. pemandu tu tgk kaki terhimpit.. adoi selamat tak kaki tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 22-3-2021 04:26 PM
adakah management ekovest ni kroni spa2?

Suke hiway under MRCB. Ekovest Duke hiway.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 04:41 PM | Show all posts
Ya Allah kesiannya.. moga mangsa dpt claim pampasan yang sewajarnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lalu kat area setiawangsa tu pun seram jugek.. tawakal doa aje la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.258715 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list