Perayaan dan mercun seakan-akan tidak dapat dipisahkan. Menjelang musim perayaan sahaja, pasti berdentam-dentum bunyi mercun dan percikan bunga api. Bagaimanapun, jika tidak berhati-hati pasti akan ada yang menjadi mangsa.
Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia dua tahun apabila badannya melecur akibat terkena mercun yang dibaling anak jiran. Kejadian yang berlaku di hadapan rumah mereka itu disaksikan kanak-kanak lain dan juga ibu mangsa.
Namun, apa yang dikesalkan adalah ibu bapa pelaku seolah-olah tidak mahu bertanggung jawab di atas insiden tersebut dengan alasan tiada bukti.
Foto :Twitter
Menurut pengadu yang juga bapa saudara mangsa, jiran mereka menegaskan bahawa anak-anaknya hanya bermain di dalam kawasan rumah sahaja, jadi ianya bukan salah mereka.
Sedangkan ibu bapa mangsa sudah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman rumah yang jelas menunjukkan anak jiran itu telah membaling mercun ke arah mangsa.
"Anak kau baling arah orang dah kenapa. Tak tahu la mercun ni dah legal or sebab kau polis. Tapi, minta tolong la pantau anak tu!"
Foto : Twitter
Ianya membuatkan netizen menggesa pengadu supaya membuat laporan polis kerana kecederaan dialami mangsa menyebabkan trauma fizikal dan mental.
Foto : Twitter
Setakat ini, tiada kemas kini mengenai perkembangan mangsa. Dalam kes sebegini, anda rasa siapa yang bersalah? - CARI
|