retis2 malaysia punya luahan, elok ditong sampahkan je, mcm la diorg je yg terkesan
tadi ifa raziah bising, pasal tak puas hati dpt vaksin sinovac, pasal dia merenyam nak vaksin pfizer
ko ghaser??? dasar bimbo sungguh....
Nak Pfizer, Ifa Raziah nafi pilih vaksin, dia berpenyakit
PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara sensasi Ifa Raziah menafikan dakwaan netizen yang menuduhnya membatalkan janji temu vaksinasi saat akhir secara sengaja kerana memilih jenis vaksin. Menerusi muat naik dalam TikTok, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, dia terpaksa membatalkan niat mengambil vaksin hari ini disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). “Miss Diva terpaksa cancel (batalkan) vaksin hari ini kerana tidak dapat suntikan Pfizer di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
“Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” tulisnya. Pada hantaran berbeza dalam Instagram, Ifa memberitahu dia bukan sengaja mahu berbuat demikian, namun tindakan tersebut diambil memandangkan vaksin jenis Pfizer sahaja dirasakan sesuai untuk diri dan penyakit yang dihidapinya. “Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam aplikasi MySejahtera. “Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan dibekalkan dengan vaksin jenis Pfizer. Tapi bila saya sampai, lain pula jadinya. Nak Pfizer tapi diberi Sinovac,” kata Ifa tanpa mendedahkan jenis penyakit yang dihidapinya.
Tambah pelakon drama Janda Kosmopolitan itu, doktor yang bertugas di PPV tersebut turut mengeluarkan sepucuk surat sebagai rujukan untuknya agar mendapatkan vaksin bersesuaian sahaja. “Bukanlah nak kata vaksin lain tu tak okey dan Pfizer saja yang paling bagus. Tapi untuk kes macam saya ni, penyakit yang saya ada, cuma Pfizer sahaja yang sesuai. “Ini bukan soal nak ke luar negara ke apa ke. Sama sekali tidak. Kalau cucuk 10 dos Pfizer sekali pun, bukan boleh terbang dan pergi luar negara sekarang pun,” katanya lagi. Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 itu. “Tak kiralah Sinovac ke atau apa-apa jenis vaksin sekali pun. Semua sama saja. Tak perlu memilih. Suami saya dan anak-anak elok saja dapat vaksin. “Jenis artis tak sedar dek untung. Bersyukurlah dapat vaksin apa pun. Berjuta lagi rakyat menunggu nak dapatkan janji temu vaksin. Kamu dah dapat suka hati batalkan, kejarkan Pfizer tu,” tulis netizen. Terdahulu, Ifa hebat dikecam netizen gara-gara memuat naik sebuah video memaparkan dirinya berada di PPV MITEC untuk divaksin namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut disebabkan tidak mendapat vaksin jenis Pfizer seperti yang diiginkan. Tinjauan Kosmo! Online mendapati hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram sebelum ini telah dipadam beberapa jam kemudian. – K! ONLINE
|