CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kyas

ALLAH TAHU TAK?

[Copy link]
krambit This user has been deleted
Post time 6-5-2005 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 29-4-2005 09:56 AM:
allah maha mengetahui... adakah tuhan tahu di akhirat nanti kita masuk syurga atau neraka?


u made a statement kemdian tanye plak.
contradict betul la hang nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2005 10:01 AM | Show all posts
nak nyampok sikit.

Kita tak tahu apa yang Allah tahu, jadi jangan mandai-mandai. Allah tahu samada kita akan masuk neraka atau syurga, tapi kita tak tahu samada kita akan masuk surga atau neraka. Jadi, kita kenalah berusaha untuk masuk syurga kerana 1)Allah dah janjikan syurga kalau kita usaha dan 2) kita tak tahu samada kita dah tentu masuk neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2005 04:50 PM | Show all posts
Aku tanpa cintaMu bagai layang-layang putus tali: Aku tanpa cintaMu tiada erti hidup ini Aku tanpa cintaMu merana diri merindui.

"Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Dia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya, yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani. Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah, berhak menerima imbalannya."As-Syahid Hassan Al-Banna"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2005 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by krambit at 2005-5-6 10:25 PM:
u made a statement kemdian tanye plak.
contradict betul la hang nie


itu intro je... sori le kalau soklan tu tak betul... nak aku delete?
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 9-5-2005 08:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2005 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 2005-5-9 08:26 AM:
itu intro je... sori le kalau soklan tu tak betul... nak aku delete?


selalunya perkara ini kita jadi confuse kerana kita lupa Allah yang maha Kuasa itu tidak dibatasi oleh masa, sedangkan manusia ini dibatasi oleh masa.

Jadi bila kita melihat dari perspektif manusiawi, sudah tentulah tidak masuk akal  kerana segala sesuatu yang berlaku dalam alam manusia ini adalah dibatasi turutan masa, ie buat dosa, kemudian mati, kemudian diadili di akhirat dan kemudian masuk neraka mengikut susunan kronologi. Sebab itu ramai yang bertanya, kalau Allah sudah tahu kita masuk neraka, buat apa dia ciptakan kita di dunia?

Kepada soalan begini mungkinkan jawapan berikut boleh membantu?

Ingatlah, urusan Allah yang Maha Adil itu tidak dibatasi kronologi masa, jadi kita manusia tidak akan mampu untuk memahaminya. Malah "masa" itu sendiri adalah satu makhluk ciptaan Allah. Sekarang manusia tidak dapat mengawal masa walaupun ramai mereka angkuh dengan teknologi mereka yang canggih.

Dengan itu, wajib kita sebagai orang Islam meyakini akan keadilanNya dalam menentukan susun jalan kehidupan manusia ini.

Dengan rela kita perlu menyerahkan urusan mentadbir ini kepada Allah (itu yang orang  sebut tawakkal tu) dan juga berusaha mengikut apa yang diperintahkan mengikut Al Quran dan ajaran RasulNya agar menjadi seorang hambaNya yang bersyukur dan taat, semoga Allah dengan limpah kurnia rahmatNya akan meletakkan kita di jalan kebenaran.

Hayatilah frasa Innallaha 'ala kulli syaiin qadiir - sesungguhnya Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu, - yang lepas, yang sekarang dan yang akan datang.  Yang buruk dan yang baik, samada telah, sedang dan akan berlaku semuanya tidak akan berlaku melainkan dengan kehendak Allah. Maha Suci Allah tidak mungkin Ia dibatasi masa - Ialah Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Dan Allah Lebih Mengetahui.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2005 04:01 PM | Show all posts
Ini kena back to basic ni,kena awaluddin makrifatullah dulu,macam biasalah nak kena kenal Allah dulu tapi kena pulak kenal diri dulu sbl tu.Panjang ceritanya...

Nak yang mudah, bersangka baik ajelah...
Reply

Use magic Report

hihanz This user has been deleted
Post time 10-5-2005 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by rempo at 9-5-2005 04:01 PM:
Ini kena back to basic ni,kena awaluddin makrifatullah dulu,macam biasalah nak kena kenal Allah dulu tapi kena pulak kenal diri dulu sbl tu.Panjang ceritanya...

Nak yang mudah, bersangka baik aj ...


husnuzon..... betul-betul..... bersangka baiklah dgn allah... maka allah akan bersangka baik dgn mu.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2005 08:18 AM | Show all posts
kalau bukan islam tanya... elok ke jawab camtu? bersangka baik... bagi muslim elokla...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 06:21 PM | Show all posts
Iman kpd qadha & qadar ada 4:

1.  Ilmu - beriman bhw Allah swt Maha Tahu atas segala sesuatu, mengetahui apa yg tlh terjadi dan apa yg akan terjadi dgn ilmuNya.

2.  Kitabah -  beriman bhw Allah swt tlh mencatat di Luh Mahfuz apa yg terjadi sampai hari kiamat.

3.  Masyi'ah - beriman bhw Allah swt tlh mengkehendaki segala apa yg ada di langit dan di bumi, tiada sesuatu pun yg terjadi tanpa dgn kehendakNya.  Apa yg dikehendaki Allah swt itulah yg terjadi dan apa yg tidak dikehendaki Allah tidak akan terjadi.

4.  Khalq - beriman bhw Allah swt adalah pencipta segala sesuatu.

Firman Allah swt,

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

(At Takwir : 28-29)

Firman Allah swt,

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

(Luqman: 34)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by bedah at 29-4-2005 04:17 PM:
ade seorg musuh Islam, abu jahal atau abu talib (saya kurang pasti)

telah turun wahyu kepada muhammad bahawa "abu" itu tidak akan menerima Islam sekalipon mereka adalah saudara rasul sendiri. wahyu itu diturunkan beberapa tahun sebelum kematian "abu" tersebut.

setelah "abu" itu mendengar wahyu yg disampaikan Allah kepada Rasul, maka dia pon tahu yg Allah sememangnya takkan bukakan pintu hati nya utk menerima hidayah dan sehingga mati nya "abu" itu, dia masih tidak mengaku Allah dan kerasulan muhammad.

wallahualam.


Salam,

saya baru masuk thread nie.... nasib dah tukar nickname dari abu talib kepada Pak Malau.... :lol

kauorg nie pandai lah ... tuduh org mati kafir le, tak baik tau...kena baiksangka
:cak:

nak masuk islam tak yah announce kat public, mana kita tahu yg abu tu tidak mengaku Allah dan kerasulan Muhammad? entah2 dia mengaku tapi tak direkodkan dlm sejarah...

:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 11:22 PM | Show all posts
terlanjut bercerita ttg sifat-sifat Allah nie.. teringat soalan bodoh zaman dulu....

BOLEH TAK ALLAH CIPTA SEKETUL BATU BESAR YG DIA SENDIRI TAK BOLEH ANGKAT?

:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2005 08:18 AM | Show all posts
ya... aku penah dgr soalan ni... tak ingat jawapan dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2005 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 2005-5-11 11:22 PM:
terlanjut bercerita ttg sifat-sifat Allah nie.. teringat soalan bodoh zaman dulu....

BOLEH TAK ALLAH CIPTA SEKETUL BATU BESAR YG DIA SENDIRI TAK BOLEH ANGKAT?

:cak:


Biar saya cuba jawab, kalau salah tolong perbetulkan ya? Ini kalau tak salah soalan orang atheis.

Soalan itu adalah bersifat paradoks, walaupun begitu ianya bukanlah sesuatu yang mustahil ditanya. Ianya sama lah jugak dengan soalan "BOLEH TAK ALLAH CIPTA LAGI SATU ALLAH?"  ataupun "BOLEHKAH ALLAH MENJADIKAN DIRINYA TIDAK WUJUD?" ataupun "BOLEHKAH ALLAH MENJADIKAN DIRINYA TIDAK ADIL?" dan lain-lain.

Jawapannya BOLEH tetapi Allah dalam kapasitiNya sebagai Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tidak akan melakukannya kerana ianya adalah berlawanan dengan sifat-sifat yang wajib bagi Allah, yang telah diajarkanNya kepada manusia melalui Al Quran dan RasulNya. Dan Allah tidak akan memungkiri janjiNya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2005 01:58 PM | Show all posts
allah maha pencipta bagi tiap sesuatu dan tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2005 03:15 AM | Show all posts
Salam,

Aku setuju dengan input dari Sauber, Kyas dan sesiapa yang kaitkan kelemahan sifat manusia dengan pergantungan kita kepada masa.... dan aku tambah lagi satu... pada cahaya juga....sebab masa diukur relatif kepada cahaya. Tiada cahaya tiada masa.

Sifat manusia sebahagian besarnya memang Tidak Sama dengan sifat Allah. Jadi memang tidak hairan kalau kita tidak dapat memahami perkara perkara yang kita anggap "ghaib" atau "mustahil", seperti soalan soalan hitam putih, qada' qadar, dosa pahala, syurga neraka dan soalan soalan pecah kepala seperti "kalau Tuhan dah tahu A apsal nak buat B ?" .

Ghaib dan mustahil disisi kita tapi TIDAK disisi Allah yang Maha Agung ! :no:

Contoh yang paling lekeh.... katalah kita mencipta satu robot yang boleh membuat apa saja kerja yang kita suruh.... walau macam manapun kita mengharap  kita tidak akan mendapati robot kita itu suatu hari nanti akan jatuh kasih kepada kita, pasal dia memang tidak memiliki sifat "ghaib" yang sebegitu.

Yang kita tidak dapat lihat, bukan bererti tidak ada. Contohnya arus letrik.
Tak nampak tapi kalu tersentuh, mau mati dibuatnya !

Jadi, nasihat aku pada mereka yang selalu fikirkan benda ini, bila dah sampai satu tahap rasa nak pecah kepala, katakan pada diri sendiri "sesungguhnya akal fikiran manusia itu sangat terbatas untuk memikirkan hal hal yang ghaib".

Kemudian ambil bantal, tidur !  hehehe :bgrin:

Wallahu'alam

p.s. "Mereka bertanyakan mu tentang perkara ghaib. Katakan sesungguhnya aku hanya diberikan sedikit pengetahuan sahaja tentangnya" - maksud ayat Quran.

[ Last edited by mutantninja03 on 13-5-2005 at 03:19 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2005 11:48 PM | Show all posts
sbenanya benda nie agak kompleks utk difahami.. cukuplah kita tetapkan hati kita pada Islam. banyakkan ibadah dan turuti perintah Allah. Dia cipta kita pun sbb utk menyembahNya. so tak perlulah kita nak banyak soal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2005 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 12-5-2005 09:04:


Biar saya cuba jawab, kalau salah tolong perbetulkan ya? Ini kalau tak salah soalan orang atheis.

Soalan itu adalah bersifat paradoks, walaupun begitu ianya bukanlah sesuatu yang mustahil di ...


jawabnya MUSTAHIL..kerana jika Allah mencipta sesuatu yg sebegitu maka akan ternafilah sifat Qudrat Allah s.w.t.Apabila ternafi sifat Qudrad maka tenafilah sifat KEKAYAAN bagi Allah... Dgn yg demikian menjadikan Allah itu lemah ...kerna behajat DIA kepada satu kuasa yg lain utk mengangkat batu itu maka iaitu MUSTAHIL pd Aqal org yg beraqal...


Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2005 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 13-5-2005 23:48:
sbenanya benda nie agak kompleks utk difahami.. cukuplah kita tetapkan hati kita pada Islam. banyakkan ibadah dan turuti perintah Allah. Dia cipta kita pun sbb utk menyembahNya. so tak perlulah kit ...



Pendapat kebanyakkan muslim hari ini...

Bagaimana CARA nak tetapkan Hati?

Bagaimana CARA nak banyakkan ibadah?

Bagaimana CARA nak turuti perintah Allah?


Tiada yg kompleks jika kita mengaji 3 ilmu yg asas...


Wallaha'lam.
Reply

Use magic Report

daratista This user has been deleted
Post time 15-5-2005 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by Nape?Tak caye? at 2-5-2005 01:42 PM:
Kan ada satu ayat aku lupa...Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melain kan bangsa itu sendiri yang mengubahnya.....dan satu lagi kan Allah telah kurniakan kita akal..yang tak ada pa ...



Aku pun nak jawab yg ni jugak..satu lagi aku pernah dgr, tertolak bala kerana doa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.849657 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list