sauber This user has been deleted
|
Al-Quran ni dah di mudahkan kepada manusia, kenapa perlu ada halangan atau batasan utk manusia tu mempelajari & memahami Al-Quran...kenape perlu ade sesetengah golongan sahaja yg boleh mendalami & mentafsir Al-Quran...habis macam mana dengan manusia lain? Mereka bukan manusia ke?
...
As-Sunnah; mana satu sunnah yg perlu kite ikut? Sunnah Rasul utk tegakkan agama atau sunnah Rasul dlm kehidupan seharian? Kalo bela janggut itu dikatakan Sunnah, dengan bela janggut yg lebat mampu ke utk menegakkan Islam?! Jadi sunnah mane yg perlu kite ikut. sudah pastu sunnah utk tegakkan agama iaitu sunnah RasulNya...bukan sunnah Rasulullah seorang sahaja...semua Rasul yg diutuskan Allah melaksanakan satu tujuan sahaja...tegakkan agama & jangan berpecah belah
Metodologi inilah yang masih dalam kesamaran kepada orang awam. Mereka selalu dimomokkan dengan slogan berpegang dengan Alquran dan As-Sunnah tapi tidak tahu cara/metod yang terbaik. Ingin sekali membaca pendapat ustaz/ustazah dan juga pejuang jihad Islam dari pelbagai aliran disini. Jangalah menjadi syaitan bisu. |
|
|
|
|
|
|
satria_aku This user has been deleted
|
Metodologi inilah yang masih dalam kesamaran kepada orang awam. Mereka selalu dimomokkan dengan slogan berpegang dengan Alquran dan As-Sunnah tapi tidak tahu cara/metod yang terbaik. Ingin sekali membaca pendapat ustaz/ustazah dan juga pejuang jihad Islam dari pelbagai aliran disini. Jangalah menjadi syaitan bisu.
Haaa...inilah yg menjadi racun umat Islam sekarang...berselindung di balik nama Islam...dan mengajak org lain kepada lembah kebinasaan...
An Naas ayat 1 ;Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
An Naas ayat 2; Raja manusia.
An Naas ayat 3; Sembahan manusia.
An Naas ayat 4; Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
An Naas ayat 5; yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
An Naas ayat 6; dari (golongan) jin dan manusia.
Jelas dalam surah di atas yg selalu kita baca tapi tak tahu makna nyer...bahawa syaitan itu adalah tidak lain dan tidak bukan ialah manusia itu sendiri...golongan ni lah yg amat bahaya sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
SABDA NABI: BERLINDUNGLAH KAMU SEMUA DARI SYAITAN JIN DAN SYAITAN MANUSIA
ada sahabat bertanya: ada yg demikian itu ya Rasullullah
JAWAB NABI: ADA BAHKAN LEBIH DARI SYAITAN ITU SENDIRI
jadi fahamilah ttg ini dan dr KALAMNYA tu
saudaraku, sejak dr kewafatan Rasullullah dan beberapa sahabat yg telah
didoakan Nabi agar diberi pemahaman AL QURAN, tak ada ORANG YANG BERIMAN
yang BERANI menafsirkan KALAMNYA itu sebab takut tersalah
walaupun tafsiran mereka sama dgn KALAMNYA pun, bagi mereka masih SALAH
sedangkan yang MENGETAHUI YANG SEBENAR-BENARNYA HANYA ALLAH SAHAJA
tetapi selepas itu muncullah para manusia, yg dibri sedikit pengetahuan
dan menafsirkanNYA mengikut kehendak mereka
sesungguhnya tafsiran itu mengikut kemampuan masing-masing
utk digunakan/dihayati oleh individu itu sendiri
bukan oleh atau untuk orang lain
sebab NABI sendiri tidak pernah menafsirkan menyeluruh AL QURAN itu,
dan dibiarkan beberapa sahabatnya memberi pengajaran
dan tak dibenarkan sahabat disekitarnya banyak bertanya
dan sahabat ini hanya menunggu agar ada arab dusun yg cerdik akalnya
utk bertanya ttg sesuatu perkara.
begitu juga dikalangan sahabat, ada yg tak tahu ttg satu-satu hadith Nabi
spt Abu Bakar tida mahu menguncup Hajaratul aswad melainkan iannya diperbuat oleh Nabi
tetapi hanya mengetahui selepas Nabi wafat(dan dia sebagai khalifah)
dikatakan oleh Ibnu abbbas/masud ttg JAJNJI ANAK CUCU ADAM distempelkan disitu
jadi sebegitulah CORAK KEHIDUPAN YANG DIANJURKAN OLEH TUHAN DAN RASULNYA |
|
|
|
|
|
|
satria_aku This user has been deleted
|
Pelik gak jawapan sahabat kita ni ek...
sampaikan manusia sekarang tak boleh utk memahami Al-Quran lagi
dan hanya golongan tertentu sahaja yg boleh memahami Al-Quran...hmmm
Soalan saya; adakah Al-Quran itu yg turunnya 1426 thn yg lalu tak boleh di guna pakai pada zaman kita sekarang?? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum w.b.t. salam hormat...
Jauh di sudut hati pipi, pada mulanya amat berbesar hati pipi ingin memberikan penerangan mengenai persepakatan. Tetapi lama-kelamaan, setelah mengamati thread ini, pipi merasakan seperti ada yang tidak kena. Pipi tidak tahu mengapa. Tetapi setiap kali ingin membalas, jari jemari pipi akan terketar-ketar. Tidak tahu mengapa. Ada yang tidak kena. Pipi tidak mampu untuk membalas. Akhirnya pipi cuba beristighfar banyak2, alhamdulillah... kalian sedang melihat text yang ditaip pipi. Walaupun dalam keadaan yang pipi merasakan debaran, rasa hairan, rasa pelik, rasa janggal.
Terus terang pipi katakan, pipi merasakan satu kelompok insan yang telah memberikan pandangan ialah dari golongan Pro-Quran ataupun lebih senang digelar oleh insan-insan selain pipi sebagai Golongan Anti-Hadis. Sedikit demi sedikit segala usaha cuba dimasukkan. Itu apa yang pipi rasa. Sekiranya terdapat kesalah terhadap rasa pipi, maafkan pipi. Pipi mohon maaf, dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Pipi bermohon kepada Allah s.w.t. agar insan yang pipi melakukan kesalahan memaafkan pipi. Ampun dari pipi.
kepeningan pipi
Pertama
Hadith; dari mane datang nyer permulaan hadith? Sedangkan dulu Rasulullah pernah melarang org utk menulis semula ape2 yg telah diperkatakan, sebabnya akan berlaku perkara macam ni lah! Membandingkan antara Al-Quran dengan Hadith...sedangkan Hadith itu datang nya dari org yg memerhatikan & mendengar kata2 Rasul, dan Rasul mendapat wahyu dari kitab (Al-Quran) yg di wahyukan oleh Allah...jadi yg mana perlu kite lebih utamakan dahulu???
Sekiranya Rasullah melarang menulis apa yang diperkatakan tetapi Rasullah tidak melarang apa yang mahu diikuti oleh umatnya terhadap dirinya.
Kedua
Peristiwa di bawah merupakan salah satu peristiwa yang berlaku dan terpenting dalam Islam.
`Ubaydullah ibn Abdullah ibn `Utbah ibn Mas`ud menyebutkan dari Ibn `Abbas sebagai berkata bahawa apabila kematian menghampiri Rasulullah saw, rumah baginda penuh dengan manusia termasuk `Umar ibn al-Khattab.
Rasulullah saw berkata:"Biar saya tuliskan untuk kamu sesuatu yang akan selamanya menyelamatkan kamu dari kesesatan selepas saya."
`Umar berkata: "Rasul sedang mengalami kesakitan, dan ada bersama kamu al-Quran; maka Kitab Allah mencukupi bagi kami."
Mereka yang hadir disana telah berbalah diantara mereka, dan perbalahan mereka bertukar menjadi pertengkaran.
Sebahagian mereka berkata: "Mari rapat kepada baginda supaya baginda dapat menuliskan sesuatu untuk kamu yang akan menyelamatkan kamu dari kesesatan selepas baginda," sedangkan yang lain mengulangi apa `Umar telah katakan.
Apabila perbalahan dan pertengkaran memuncak di dalam kehadiran Rasul saw, baginda berkata kepada mereka: "Pergi jauh dari saya."
Ibn `Abbas selalu berkata: "Bencana, bencana sebenar, adalah apa yang menyebabkan Rasulullah saw membatalkan dari menulis apa yang baginda hendak tuliskan, disebabkan dari perbalahan dan pertengkaran mereka."
Peristiwa di atas jelas menunjukkan Rasullah saw amat khuatir kepada umatnya daripada kesesatan. Justeru, baginda meminta dakwat dan bekas tulis untuk memberitahu sesuatu kepada umatnya. Masakan Rasullah tidak tahu bahawa cukup sahaja al-Quran? Bukankah anda berkata, cukuplah al-Quran? Perhatikan Firman Allah s.w.t. di bawah :
Surah An-Najm Ayat 3-4
[3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
[4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Ya, seperti yang saudara katakan. Al-Quran ini telah dimudahkan kepada manusia, mengapa perlu ada halangan atau batasan kepada manusia itu mempelajari & memahami Al-Quran. Pipi yakin, saudara memiliki kepintaran dan begitu mahir terhadap al-Quran. Cuba perhatikan ayat di bawah :
A-li 'Imraan, Ayat 7
Maksudnya : Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Tidakkah saudara terdetik akan mengalami seperti apa yang diFirman oleh ALLAH s.w.t.? Adakah saudara yakin bahawa saudara bukan seperti "orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan?". Jika saudara tidak takut, maka sila teruskan perjuangan saudara. Pipi bagi sokongan. Tapi, janganlah jadi "orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan?" tetapi jadilah "orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama", pipi doakan; insya'allah.
spt Abu Bakar tida mahu menguncup Hajaratul aswad melainkan iannya diperbuat oleh Nabi
pipi cuma ingat-ingat lupa, rasanya sahabat tersebut ialah Umar ibn Khattab. Betulkan pipi jika pipi salah.
Soalan saya; adakah Al-Quran itu yg turunnya 1426 thn yg lalu tak boleh di guna pakai pada zaman kita sekarang??
Manusia zaman sekarang memahami menerusi insan yang telah faham isi al-Quran. Sememangnya hanya insan tertentu sahaj yang memahami al-Quran; maknanya yang diyakini mereka seorang yang adil. Berbanding dengan kita sebagai insan biasa. Tetapi kita juga boleh memahami al-Quran dengan menimba ilmu daripada insan yang faham. Sebagai contoh pipi berikan masalah yang berlaku di sekolah.
Pelajar A belajar daripada guru mereka, contohnya guru fizik. Melalui guru fizik, mereka bisa belajar hukum Newton, misalnya. Insya'allah pelajar A ini akan cemerlang sekiranya belajar bersungguh-sungguh sambil bertanya kepada Guru Fiziknya. Guru Fiziknya pula sebelum menjadi guru semestinya pernah belajar daripada Guru Fizik terdahulu, dan begitu juga seterusnya. Jadi, pelajaran merupakan satu rantaian yang berterusan mengikut aliran-aliran tertentu. Tidak bisa seorang Guru Ekonomi belajar daripada Guru Fiziknya berkaitan dengan ilmu Inflasi. Begitu juga Guru Ekonomi berkenaan tidak biasa mengajar anak muridnya Bahasa Melayu bab Sengauan.
Jika salah, jika betulkan. Jika betul, jangan disalahkan. Insan yang cemerlang dunia akhirat ialah insan yang mengakui kesalahan dan bukannya mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahannya. Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit.
Sekian... wassalam....... |
|
|
|
|
|
|
ponder This user has been deleted
|
Originally posted by satria_aku at 14-9-2005 10:38 AM
An Naas ayat 1 ;Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
An Naas ayat 2; Raja manusia.
An Naas ayat 3; Sembahan manusia.
An Naas ayat 4; Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
An Naas ayat 5; yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
An Naas ayat 6; dari (golongan) jin dan manusia.
Jelas dalam surah di atas yg selalu kita baca tapi tak tahu makna nyer...bahawa syaitan itu adalah tidak lain dan tidak bukan ialah manusia itu sendiri...golongan ni lah yg amat bahaya sekali...
Mengikut tafsir yang saya baca, Surah ni boleh kita baca macam ni:
Aku berlindung kepada Tuhan... dari kejahatan pembisik (penghasut) yang timbul tenggelam, yang membisik dan menghasut kedalam dada manusia, (dan) dari jin dan manusia.
Pembisik (waswas) itu ialah syaitan.
Surah ini menamakan 3 golongan yang menghasut, iaitu syaitan, jin dan manusia.
Tafsiran ini dikuatkan lagi oleh ayat berikut:
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al An'aam 6:112 )
Tapi, kita ni masih menyimpang dari tujuan thread ni. Marilah balik kepada persoalan asal. |
|
|
|
|
|
|
etaiqo This user has been deleted
|
kenapa mesti kite utamakan hadis iaitu ayat dr manusia...sedangkan kalam Allah nak diketepikan...YANG MANA LEBIH UTAMA? kite pun tahu ade hadis kuat ade hadis lemah...tp kenalah tahu yg mana hadis yg boleh dipakai.
Nak dipetik satu hadis yg kuat (pernah dibicarakan oleh satria aku) iaitu;
Berkata Rasullah" kutinggalkan utk kamu 2 perkara(pusaka), taklah kamu sesat selama-lamanya selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitabullah dan sunnah rasul-Nya"
Dah jelas takkan sesat selagi berpegang kepd ALQURAN dan sunnah rasul itu...apa lagi? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
saudaraku, sejak dr kewafatan Rasullullah dan beberapa sahabat yg telah
didoakan Nabi agar diberi pemahaman AL QURAN, tak ada ORANG YANG BERIMAN
yang BERANI menafsirkan KALAMNYA itu sebab takut tersalah
walaupun tafsiran mereka sama dgn KALAMNYA pun, bagi mereka masih SALAH
sedangkan yang MENGETAHUI YANG SEBENAR-BENARNYA HANYA ALLAH SAHAJA
tetapi selepas itu muncullah para manusia, yg dibri sedikit pengetahuan
dan menafsirkanNYA mengikut kehendak mereka
sesungguhnya tafsiran itu mengikut kemampuan masing-masing
utk digunakan/dihayati oleh individu itu sendiri
bukan oleh atau untuk orang lain
Apa yang saudara maksudkan ialah mungkin ayat-ayat mutasyabihat kerana ia boleh ditafsir berdasarkan pelbagai sudut dan dimensi. Namun apa yang jelas atau muhkamat seperti hukum halal dan haram tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam yang menjadikan alasan kepelbagaian tafsiran ayat-ayat mutasyabihat untuk tidak 'BERPEGANG' dengan Alquran.
sampaikan manusia sekarang tak boleh utk memahami Al-Quran lagi
dan hanya golongan tertentu sahaja yg boleh memahami Al-Quran...hmmm
Memang benar, hanya golongan tertentu sahaja yang memahami Alquran kerana mereka mengkajinya. Pendidikan
sekular telah menyebabkan mesej Alquran hanya sampai kepada golongan tertentu sahaja yang berminat atau yang terpaksa kerana ada dalam silibus pengajian mereka.
Terus terang pipi katakan, pipi merasakan satu kelompok insan yang telah memberikan pandangan ialah dari golongan Pro-Quran ataupun lebih senang digelar oleh insan-insan selain pipi sebagai Golongan Anti-Hadis. Sedikit demi sedikit segala usaha cuba dimasukkan. Itu apa yang pipi rasa. Sekiranya terdapat kesalah terhadap rasa pipi, maafkan pipi. Pipi mohon maaf, dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Pipi bermohon kepada Allah s.w.t. agar insan yang pipi melakukan kesalahan memaafkan pipi. Ampun dari pipi.
Pipi seharusnya sedar, golongan yang beria-ia hendak berpegang kepada Alquran ialah golongan yang digelar GAH dalam forum ini. Manakala yang bukan GAH tidak berani menampilkan diri kerana takut terserlah kelemahan mereka sendiri apabila ditanya, apakah metodologi yang terbaik agar kita dapat berpegang dengan Alquran dan As-sunnah. Paling hebat pun mereka akan menyenaraikan berpuluh rujukan yang harus kita baca dan buat kesimpulan sendiri kalau nak tahu metodnya.
Bagi menutup kelemahan mereka itu, maka keluarlah hujah-hujah kosong yang tak setaraf dengan ilmu mereka.
Penerangan Pipi itu mudah difahami oleh orang awam dan seharusnya mendapat kredit yang lumayan. Namun masih belum menjawab persoalan bagaimanakan kita hendak berpegang dengan Alquran dan As-sunnah dengan cara yang paling baik?
Jika metod yang diamalkan oleh umat Islam sekarang menyebabkan mereka tidur kealpaan, maka bolehkah kita membuat konklusi bahawa metod itulah punca ketiduran umat Islam dalam kealpaan? Adakah Pipi bersetuju dalam hal ini?
Dah jelas takkan sesat selagi berpegang kepd ALQURAN dan sunnah rasul itu...apa lagi?
Orang Melayu biasanya mampu menjawab persoalan APA namun bila tiba persoalan BAGAIMANA, mereka mengantuk dan seterusnya tidur. Persoalan BAGAIMANA akan menyebabkan neural-neural otak bergerak aktif menjana fungsi carian dalam mencari penyelesaian yang kompleks. Semoga ada jawapan terhadap persoalan BAGAIMANA daripada etaiqo. |
|
|
|
|
|
|
|
saya rasa dari segi perlaksanaan golongan yang dikatakan GAH ini mungkin lebih baik..kerana dari segi pemahaman mereka terhadap A/Q..macamana kita berbalik kembali kepada perlaksanaan?..manafaatkan thread.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelaksanaannya agar ia berjaya boleh dilakukan secara reformasi yang menyeluruh meliputi aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek membawa kepada perubahan sikap masyarakat dan jika tak berjaya maka tiada jalan lain melainkan cara revolusi menggabungkan seluruh lapisan masyarakat dipimpin oleh ulama dan professional. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih pipi ucapkan kepada korokure kerana memberikan soalan. Pipi setuju pendapat Gravedigger,Sebelum melakukan sebarang perlaksanaan; bagi pipi, kita perlu memberikan keyakinan yang utuh kepada jati diri kita siapakah Tuhan kita. Yakin sebenar-benarnya Allah Yang Maha Esa Tuhan kepada semuanya. Yakin akan sifat-sifat Allah; KekuasaanNYA dan sebagainya. Sebagai contoh; kita rujuk Kisah Nabi-Nabi; sebelum diangkat menjadi Nabi/Rasul, mereka terlebih dahulu mencari keyakinan Tuhan.
sekian... |
|
|
|
|
|
|
satria_aku This user has been deleted
|
Terima kasih pipi ucapkan kepada korokure kerana memberikan soalan. Pipi setuju pendapat Gravedigger,Sebelum melakukan sebarang perlaksanaan; bagi pipi, kita perlu memberikan keyakinan yang utuh kepada jati diri kita siapakah Tuhan kita. Yakin sebenar-benarnya Allah Yang Maha Esa Tuhan kepada semuanya. Yakin akan sifat-sifat Allah; KekuasaanNYA dan sebagainya. Sebagai contoh; kita rujuk Kisah Nabi-Nabi; sebelum diangkat menjadi Nabi/Rasul, mereka terlebih dahulu mencari keyakinan Tuhan.
Setuju ngan pendapat pipi...
Sebelum kita pergi lebih lanjut lebih mendalam, kita selami dulu diri kita sendiri
Betul ke aku dah buat yg terbaik, betul ke ape yg aku buat selama ini dengan Mahunya Allah...
Tanya balik pada diri sendiri...kalo aku nak tegakkan Islam, kalo aku cintakan Islam, kat mana perlu aku rujuk...
Kita tgk sejarah, kenapa Allah turunkan wahyu Al-Quran kepada Rasulullah pada zaman Jahiliyah tu? Kenapa Allah gelar zaman tu zaman Jahiliyah?
Sedangkan sebelum nya telah ada kitab wahyu dari Allah iaitu Taurat, Zabur & Injil sebagai pegangan...Kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
saya juga setuju dengan grave,pipi dan satria..setelah kita perbetulkan diri kita barulah kita menuju kearah revolusi seperti yg disaran oleh grave..jika kita mula untuk laksanakan kita akan terhalang oleh undang2 seperti ISA..jadi apa pandangan forumner? |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Maaf saudara sekalian kerana saya tidak bersependapat dengan cara kalian mengejutkan umat yang sedang tidur ini. Cara grave tuh sebenarnya adalah perlaksanaan yang ideal dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Jawapan beliau kepada permasalahan ini adalah umpama daun-daun layu diranting yang rapuh, yang akan gugur bila dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Bagi saya, sebarang permasalahan harus diselidik dari tunjang akar hingga ke hujungnya. Selagi kita 'bermain-main' dengan ranting permasalahan selagi itulah masalah tidak akan selesai kerana akarnya akan terus menghasilkan ranting masalah yang baru.
Pada pendapat saya, hadis berkenaan Alquran dan As-Sunnah adalah tunjang akar kepada permasalahan serta jawapan kepada thread ini. Namun, mungkin atas kesuntukan masa, para ustaz/ustazah tidak dapat berkongsi ilmu mereka ataupun golongan ini sebenarnya tidak wujud diforum ini. Kepada pelakon ustaz/ustazah, hentikanlah membaca pemikiran forummer sama ada yang baru atau yang veteran. Buat pening kepala sahaja. Lihat pada hujah bukan pada orangnya kerana manusia boleh berubah sekelip mata. Kita sama-sama makhluk Allah mencari keredhaanNya.
Berbalik kepada soal metodologi dan persepsi Alquran dan As-sunnah. Saya ada terbaca satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama berkenaan soal metodologi;
[quote]
Istilah Ahlus Sunnah tentu tidak asing bagi kaum muslimin. Bahkan mereka semua mengaku sebagai Ahlus Sunnah. Tapi siapakah Ahlus Sunnah itu? Dan siapa pula kelompok yang disebut Rasulullah sebagai orang-orang asing?
Telah menjadi ciri perjuangan iblis dan tentara-tentaranya yaitu terus berupaya mengelabui manusia. Yang batil bisa menjadi hak dan sebaliknya, yang hak bisa menjadi batil. Sehingga ahli kebenaran bisa menjadi pelaku maksiat yang harus dimusuhi dan diisolir. Dan sebaliknya, pelaku kemaksiatan bisa menjadi pemilik kebenaran yang harus dibela. Syi抋r pemecah belah ini merupakan ciri khas mereka dan mengganggu perjalanan manusia menuju Allah merupakan tujuan tertinggi mereka.
Tidak ada satupun pintu kecuali akan dilalui iblis dan tentaranya. Dan tidak ada satupun amalan kecuali akan dirusakkannya, minimalnya mengurangi nilai amalan tersebut di sisi Allah Subhanahu Wata抋la. Iblis mengatakan di hadapan Allah Subhanahu Wata抋la: 揔arena Engkau telah menyesatkanku maka aku akan benar-benar menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus dan aku akan benar-benar mendatangi mereka dari arah depan dan belakang, dan samping kiri dan samping kanan. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
[quote]
3. Mereka mendahulukan ucapan Allah dan Rasul daripada ucapan selain keduanya. Firman Allah:
揌ai orang-orang yang beriman janganlah kalian mendahulukan (ucapan selain Allah dan Rasul ) terhadap ucapan Allah dan Rasul dan bertaqwalah kalian kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
etaiqo This user has been deleted
|
kembali kpd persoalan BAGAIMANA dr cik sauber kite...jom kite perhatikan bagaimana turutan wahyu diturunkan dan pelaksanaan rasullah itu..
langkah pertama- wahyu pertama yg diturunkan iaitu...iqra'
iqra' lah keadaan diri sendiri dan secara globalnya masyarakat islam
jika kite lihat ayat ini diturunkan pd rasullah itu ketika baginda sedang bertahanut di gua hira'...setelah bingung keadaan di kota mekah masih tidak aman berterusan walaupun ketika baginda menjadi hakim....dan kemudian rasullah jelas punca keadaan itu disebabkan manusia berbuat sewenang2nye...kitab taurat(kalam allah) ade tetapi itu ditolak ketepi...hukum manusia juga yg diapplikasikan..
Al-Maidah
[43] Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
[50] Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.
dan iqra'lah diri sendiri....sedarkah kita ini hamba Allah
[56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
...dan manusia tidak diciptakan utk main2
...dan kebykan manusia merasa dirinya serba cukup....
6] Ketahuilah! Sesungguhnya manusia telah melampaui batas
[7] Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup
To be continued...pls comment.. |
|
|
|
|
|
|
satria_aku This user has been deleted
|
bagaimana utk kejutkan umat Islam dari tidur...
Berbalik kita kepada basic...kenapa manusia diciptakan?
Apa tujuan manusia diciptakan?
Adz Dzaariyat ayat 56. "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."
Jadi tidak ada sebab lain mengapa manusia diciptakan di bumi utk menyembah Allah sahaja...
Rata2 kita umat Islam sudah lupa bahawa kita diciptakan Allah hanya utk menyembah Nya sahaja...
Tu yg berlaku macam2 kerosakan kat dunia, sebab mereka lupa...kalo ingat sure takut nak buat yer tak..
Sebelum itu, saya ingin bertanya kpd antum semua...yang mana datang dulu...rukun iman atau rukun Islam?
Kemudian, ramai yg mengaku beriman sedangkan Allah berfirman jika tak kenal kitab maka tak kenal iman...
Asy Syuura ayat 52. "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus."
Jadi bagaimana utk mengenali iman? kita perlu mengenali kitab...sebab ape?
Mari kita lihat rukun iman satu persatu...
Iman: Percaya & Yakin ; Terdetik di hati, mengaku dgn lidah & melakukan dengan perbuatan
Jadi ape yg perlu di yakini dan dipercayai?? Setuju tak kalo saya katakan manusia tidak akan percaya & yakin 100% tentang sesuatu perkara melainkan die dapat melihat perkara tersebut dengan mata kepalanya sendiri...ini psikologi manusia...
Jadi kita lihat rukun iman;
1.Percaya & Yakin kpd Allah - Pernah nampak Allah? Ada Allah turun pada antum semua bagitau yg Die Allah? pasti tidak kan...pasti takkan 100% percaya
2.Percaya & Yakin kpd Malaikat - Sama juga seperti di atas...pernah lihat malaikat? pasti takkan 100% percaya & yakin kpd malaikat...
3.Percaya & Yakin kpd Kitab - Al Quran adalah kitab wahyu yg diturunkan Allah yg membenarkan kitab terdahulu...nampak depan mata? boleh baca?
4.Percaya & Yakin kpd Rasul - Ada pernah jumpa Rasul? Hanya tahu cerita sahaja...pasti takkan yakin & percaya 100%
5.Percaya & Yakin kpd Kiamat - Betul ke ade hari kiamat? ape sebenarnya hari kiamat? Ada Allah/malaikat hantar sms bagitau bile nak kiamat?sudah pasti
lagi takkan percaya 100%
6.Percaya & Yakin kpd Qadaq & Qadar - Antum semua tahu ape akan terjadi esok? Tahu bile Allah nak cabut nyawa? pasti takkan percaya 100%
Jadi dlm rukun iman yg mana satu yg boleh membuatkan kita yakin & percaya 100%? Sudah pastinya Kitabullah, Al-Quran!!!
Ade tak dlm Al-Quran diceritakan tentang sape Allah, sape malaikat, sape Rasul, ape itu hari kiamat dan qadaq & qadar?
Sudah pasti kesemuanya tadi ada diceritakan dalam Al-Quran...jadi tu sebab Allah berfirman kalo tak kenal kitab sudah pasti tak kenal iman...
Jadi, sudah kah antum semua kenal kitab Al Quran? tanya diri sendiri satu soalan, tak perlu search internet lagi, tak perlu rujuk apa2 lagi...Ada berapa ayat dlm Al Quran? ... kalo tak tahu atau tak sure...bermakna antum semua belom lagi mengenali Al Quran, skang boleh cari...sape yg dah tahu pun perlu check balik bape ayat dalam Al Quran...just nak make sure...itu baru basic tentang ayat Al Quran...belum masuk tujuan Al Quran diturunkan, apa yg terkandung dlm Al Quran...apa sinopsis Al Quran...ayat-ayat Al Quran sebenarnya bukan utk dicetak atau dibaca sahaja atau pun di simpan...tetapi ia perlu ada dlm diri setiap umat Islam sebagai pegangan, panduan dan peringatan...Allah berfirman:
Surah Al 'Ankabuut ayat 49, "Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim."
Jadi berapa % ayat-ayat Al Quran dah berada dlm dada antum semua? Fikirkan sendiri...sejauh mana iman antum semua...ini adalah basic kepada rukun iman...
Bile Al-Quran dah berada dlm dada setiap umat Islam barulah tiada kerosakan yg akan berlaku, tiada lah maksiat, tiadalah org2 yg ingkar sebab semua dah tahu ape isi kandungan Al-Quran....barulah ikatan antara manusia dengan Allah tu menjadi kuat...barulah kukuh Aqidah seseorang itu dengan berAl-Quran...tak perlu ade hakim lagi sebab semua org dah tahu kesudahan bagi org yg melakukan kesalahan...semua org dah kenal Allah...Barulah tiada paksaan dlm memasuki agama Islam...
Al Baqarah ayat 256, "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Jadi berpegang kepada buhul tali yg amat kuat umpama berpegang kepada Al-Quran...iaitu kata2 Allah...baru lah tiada paksaan sebab org dah tahu mane yg benar mane yg salah...
Barulah umat Islam boleh bangkit kembali seperti ketika zaman kegemilangan Islam dulu..bagaimana caranya utk kembangkan empayar Islam ialah dengan berpandukan kepada Sunnah Rasul-Nya...sunnah yg bagaimana? Iaitu sunnah utk menegakkan Islam di atas muka bumi...ni pun Allah dah ceritakan dalam Al-Quran bagaimana Rasul2 terdahulu bersolat & berjuang utk tegakkan agama Islam...Allah berfirman;
An Nisaa' ayat 59, "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. "
Dan terakhir dari saya...Allah berfirman lagi;
Thaahaa ayat 100, "Barangsiapa berpaling dari pada Al qur'an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat, "
Jadi kat sini tidak timbul persoalan antara golongan pro Al Quran dan pro Hadith dan pro ape2 ntah lagi... Islam itu agama Tauhid...jadi kenapa perlu ada banyak golongan? Allah berfirman supaya tegakkan agama dan jangan berpecah belah
Asy Syuura ayat 13; "Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). "
Salamun 'Alaikum... |
|
|
|
|
|
|
etaiqo This user has been deleted
|
setuju ngan cik satria aku...tp persoalannye...org yg mengaku islam dan beriman takut betul dgn kitab(al-quran) tu....takut salah tafsir la...kena ikut hadis yg kata hanya sebarangan org je yg boleh faham al-quran ni....mcmana diorg nak kenal al-quran tu...nak kenal iman camane kalu pemikiran dah set mcm tu...
tp bila difikir2 blk mmg la manusia je yg nak dan boleh faham al-quran ni...sbb yg tak nak faham tu mmg pilih nak jd binatang ternak pun....:cak:
surah al-a'raf[7]
[179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
saya setuju dengan forumner yg memberi cadangan perlaksanaan untuk kejutkan umat islam dari tidur..sebenarnya kita hendak melaksanakan tetapi tidak tahu dimana titik mula nya..oleh itu..untuk forumner2 yg sudah memahami A/Q dalam M&M nih cuba lihat ayat ini.. Ibrahim:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
[1] Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
ayat ini jelas menyatakan perintah Allah kepada kita! oleh itu kita bukan sekadar berforum tetapi laksanakan diluar sana..oleh mari kita sama2 ajak org2 yg terdekat dengan kita dahulu untuk memahami A/Q..sekiranya kita ingkar akan ayat ini maka kita ingkar pada perintah Allah! |
|
|
|
|
|
|
etaiqo This user has been deleted
|
betul tu skdr berforum tp tak laksana...baik tak payah...
[61] surah as-shaaf
[2] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
[3] Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|