|
"Kalau tanya pendapat saya secara peribadi, artis manakah yang akan
dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, siapa lagi kalau tidak Raja SMS itu, Mawi AF3.
Kalau anda tanya, Mawi dicabar oleh Siti Nurhaliza, jawapan saya, no comment!"
pandai gak Ramli MS ni perli siti.... :lol
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha
nak wat mcm mana, itu lah jawapan yang terbaik dan bermutu
yang selalu digunakan.
kekkeke |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Hebatnya komitmen Anita Sarawak
Oleh Ramli MS
Anita tak pernah ketinggalan menghadiri setiap sesi rehearsal bermula daripada dry run hinggalah full dress rehearsal. Itu sebabnya saya katakan, artis baru perlu mencontohi komitmennya
揂SSALAMUALAIKUM...Saya rasa sungguh lega apabila berakhirnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH05), Ahad lalu. Tapi, penatnya sampai ke hari ini saya masih merasainya.
Hari ini saya ingin bercerita mengenai persiapan yang saya buat tiga hari sebelum berlangsungnya ABPBH05 di Arena of Stars, Genting Highlands, selain kerjasama daripada artis terbabit.
Saya yakin, penonton sendiri dapat melihat betapa gahnya penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu. Ada yang datang raptai dan tidak kurang juga yang tidak disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.
Namun, dalam ramai-ramai artis yang datang latihan yang banyak memberikan saya kerja lebih, sememangnya saya suka bekerja dengan artis sepertinya dan berkongsi idea. Artis yang saya maksudkan itu ialah Anita Sarawak!
Dia seorang yang sungguh berdisiplin dalam kerjayanya. Punctuality yang ada pada dirinya, dah saya katakan sebelum ini, dia seorang artis yang perlu dicontohi oleh artis-artis muda sekarang.
Bagaimana cara Anita berkerja dan idea yang dilemparkannya kepada saya sebagai Pengarah Muzik ABPBH05, itu yang harus dicontohi. Kerjasama berkumpulan seperti ini yang lazimnya memberikan hasil terbaik. Lihat sajalah tenaga Anita apabila dia menari, mantap! Aksinya sungguh lincah di atas pentas.
Anita tak pernah ketinggalan menghadiri setiap sesi rehearsal bermula daripada dry run hinggalah full dress rehearsal. Itu sebabnya saya katakan, artis baru perlu mencontohi komitmennya.
Saya yakin, sebelum dia diundang oleh Berita Harian menjayakan persembahan ABPBH05, dia sudah diundang tiga atau empat bulan sebelum berlangsungnya ABPBH05. Jadi, jika ada sebarang show dua, tiga hari sebelum ABPBH05, dia tidak akan mengambil sebarang jemputan. Tiga hari itu perlu diberi fokus kepada ABPBH05.
Jika Anita, satu nama yang besar, veteran, kenapa tidak artis lain mencontohinya? Begitu juga dengan artis lain seperti M Nasir, Jay Jay, Zainalabidin dan ramai lagi, mereka juga datang setiap sesi rehearsal. Tidak ketinggalan Mirwana, Adibah Noor, Zahid, Jaclyn Victor dan Ning, mereka juga tidak ketinggalan muncul apabila diminta hadir rehearsal.
Kalau nak dikirakan tahap kepuasan persembahan ABPBH05, dikirakan betul-betul, sebenarnya saya belum puas lagi. Mungkin masalah bajet yang tak boleh dielakkan.
Saya lebih suka menghasilkan sesuatu yang lebih segar. Lagi besar dan lagi ramai pemuzik di atas pentas, sebenarnya itu adalah nadi kepada apa saja malam anugerah yang dianjurkan. Nadi bagi apa saja acara berprestij adalah dari segi persembahan.
Dari persembahan, dari situlah nampak besarnya atau berprestij majlis seumpamanya. Tapi, orang tak nampak. Mereka hanya nampak lighting dan penyanyi saja. Apa bezanya penyanyi yang menggunakan minus-one, dengan penyanyi yang menggunakan khidmat orkestra besar?
Di situlah betapa besarnya program berkenaan. Orkestra yang besar akan menghasilkan satu bunyi yang akan menghidupkan suasana malam itu.
Dalam ABPBH05 misalnya, saya membawa sembilan pemuzik termasuk saya yang bertindak sebagai Pengarah Muzik dan pemain keyboards. Dram dimainkan Ujang Exists, manakala gitar, Chobib.
Peralatan lain seperti trumpet (Shasha), trombon (Chee), tenor saksofon (Razak Rahman) dan percussions (Arthur King). Manakala Yuaz dan Farah bertindak sebagai penyanyi latar.
Jadi saya harap pada masa akan datang, penganjur yang menjayakan majlis anugerah yang besar-besar, tumpukanlah lebih perhatian kepada muzik. Anda tidak perlu menghasilkan muzik yang sama seperti rekod walaupun anda letak artis yang besar di pentas, tapi kalau bunyinya kecil, ia tidak akan membawa sebarang erti.
Berbalik kepada ABPBH05, secara keseluruhan selepas edisi ke-19 penganjurannya, tahun ini saya kira paling sempurna. Timing semua OK.
Tiada cacat cela. Kalau orang nak kritik pun mungkin dari segi artis berpakaian. Biasalah, tak ada yang benar-benar sempurna.
Cuma, saya harap pada tahun depan, muzik ABPBH akan lebih besar, besarlah juga impak yang bakal Berita Harian kecapi. Jangan dilihat muzik, persembahan artis sebagai nombor empat dalam sebarang acara, sebaliknya nombor satu. Cuba bayangkan, anda buat apa saja acara, tapi tak ada muzik.
Bukan saja pudar, tapi ibarat anda menonton filem yang tak ada muzik. Mana kita nak tengok? Baiklah, sehingga di sini saja dulu, kita bertemu lagi minggu depan, insya-Allah. Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Jac nyanyi macam dah datang 'hantu'!
Oleh Ramli MS
ASSALAMUALAIKUM... Minggu ini saya sengaja nak bercakap mengenai keputusan Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20) TV3, baru-baru ini. Bukanlah rumah siap, pahat masih berbunyi, tetapi sekadar memberikan pendapat atau penjurian peribadi saya. Kekecewaan itu tidak ada, sebaliknya sekadar nak berkongsi pendapat saya dengan anda.
Malam itu ada yang menampilkan keputusan yang tepat dan ada juga yang meleset keputusannya daripada jangkaan saya. Saya ingin memperkatakan yang meleset dulu. Dua minggu sebelum AJL20 berlangsung, saya langsung tidak menaruh harapan, vokal terbaik berpihak kepada Hazami.
Tapi, selepas saya membuat raptai dengan Hazami, saya merasakan persembahannya memang tersusun walaupun tidak ada apa-apa kelebihan yang akan mendapat perhatian sewaktu malam final. Dengan erti kata lain, persembahan Hazami, sebenarnya biasa saja. Saya masih menaruh harapan kepada dua penyanyi ini untuk memenangi kategori vokal terbaik iaitu Ning Baizura dan Jaclyn Victor.
Tambahan pula, kedua-dua penyanyi berkenaan perlu menyanyikan lagu yang mencabar kebolehan mereka dalam AJL20 kali ini.
Namun pada malam sebenar, Ning sudah membuat kesilapan. Malah kalau saya menjadi juri pada malam berkenaan, saya juga akan memotong markahnya.
Pada tahap nyanyian seperti Ning, dia tidak sepatutnya menyanyi sumbang pada awal-awal lagu Awan Yang Terpilu. Sebagai seorang penyanyi berkaliber, Ning tidak seharusnya membuat kesilapan seperti itu. Bagi saya, di situlah kekalahan Ning. Tapi, kalau dilihat dari penjiwaan (feel) lagu itu, ia memang cukup bagus.
Ning menyumbangkan nada lagu berkenaan dalam peratusan yang banyak. Dia nyanyi sharp.
Kesilapan seperti ini tidak seharusnya berlaku kepada seorang penyanyi seperti Ning. Di dalam pertandingan nyanyian, sumbang memang diharamkan! Jadi, di sinilah kenapa Ning kalah untuk vokal terbaik.
Bagi Jac pula, dia menyanyi macam dah datang 'hantu'! Dia langsung tidak memberi ruang untuk lagu Gemilang bernafas! Mana ada tempat yang kosong dalam lagu itu, dia akan ad-lib.
Kalau saya jadi juri, Jac sebenarnya 'menyibukkan' nyanyian beliau dengan kusut itu. Terlalu banyak ad-lib, melampau!
Apa yang dilakukan Jac itu mengganggu pernafasannya. Di situlah saya melihat kekalahan Jac untuk vokal terbaik. Jadi, di sinilah kelebihan yang ada pada Hazami. Sekalipun dia menyanyi biasa saja, tapi keseluruhannya tersusun. Hazami tak buat kesilapan, tidak ada sumbang, tidak ada flat atau sharp.
Sebutannya semua jelas. Jadi, di situlah kemenangan vokal terbaik berpihak kepada Hazami.
Hazami juga memenangi kategori lagu pop rock terbaik, Kata, itu saya akui. Orang tidak dapat mempertikaikan kemenangan kepada Hazami untuk lagu pop rock terbaik dan vokal terbaik.
Bagi kategori lagu balada terbaik, secara peribadi saya memilih Awan Yang Terpilu daripada Gemilang. Dilihat pada susunan muzik Awan Yang Terpilu dan notasi-notasi yang merangkumi lagu serta liriknya, lagu itu lebih cemerlang di atas kertas! Tapi saya faham, kalau Gemilang dah menang, takkan Awan Yang Terpilu pun nak menang!
Cuma satu saja yang saya kurang setuju, persembahan terbaik. Persembahan terbaik kalau dilihat apa yang hendak dipersembahkan, ia merangkumi skil, tenaga kerja dan kreativiti, barulah anda mendapat persembahan terbaik.
Tenaga kerja bermaksud, peserta yang membuat persembahan itu, mengeluarkan wang sendiri, tidak ditaja oleh sesiapa. Segala keringat dibiayai duit sendiri. Memang, dua, tiga tahun kebelakangan ini, persembahan terbaik dinilai secara SMS.
Saya tidak menyalahkan Mawi sebagai Raja SMS dinobat sebagai persembahan terbaik. Mawi memang cemerlang, terbilang dan gemilang dalam kaedah SMS. Dia juga artis terpopular. Namun, skil sepatutnya tidak dijuri menerusi SMS, sebaliknya menggunakan khidmat juri profesional. Kalau dibiarkan, ia boleh merosakkan prestij Juara Lagu itu sendiri. Kita jumpa lagi minggu depan, insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa.... Ramli MS pun tak puas hati ke Mawi menang ?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak rasa dia ckp tak puas hati
dia ckp berdasarkan pengalaman, pengamatan
dgn mengambil kira
kualiti AJL |
|
|
|
|
|
|
|
"Cuma satu saja yang saya kurang setuju, persembahan terbaik. Persembahan terbaik kalau dilihat apa yang hendak dipersembahkan, ia merangkumi skil, tenaga kerja dan kreativiti, barulah anda mendapat persembahan terbaik.
Tenaga kerja bermaksud, peserta yang membuat persembahan itu, mengeluarkan wang sendiri, tidak ditaja oleh sesiapa. Segala keringat dibiayai duit sendiri. Memang, dua, tiga tahun kebelakangan ini, persembahan terbaik dinilai secara SMS."
bukannya apa... pelik bila dia kata macam kat atas tu...
kalau persembahan ditaja..adakah persembahan itu tak boleh dikatakan persembahan terbaik ?
dia ngantuk ke masa menulis ? :lol
takpela... tu pendapat dia :bgrin:
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #68 houdini's post
c'monlah, secara jujurnya adeke kau pikir Mawi layak dpt persembahan terbaik, berdasarkan skil, tenaga kerja dan kreativiti dan vokal (ini aku tambah sendiri). Bila dia dapat persembahan terbaik, ia seolah menidakkan persembahan yg lain, cthnya Ning (tak payah bergerak banyak, tapi penjiwaan simply great), Jac, Hazami. Even ketua juri (Farihin) pun cakap, klu tidak kerana SMS, mungkin ade lain yg menang persembahan terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Maafkan saya kalau ada terguris rasa...
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM... Minggu ini saya ingin mengimbau kembali tulisan saya yang terdahulu hingga hari ini, kira-kira lapan bulan saya menulis di ruangan ini. Dalam saya menulis itu, saya menerima banyak kiriman e-mel yang kebanyakannya cukup positif. Tapi, ada juga yang negatif.
Jadi, bagi saya, tak semua orang sempurna. Saya sendiri masih belajar dari apa saja aspek. Tujuan saya memilih topik ini, mengimbau tulisan saya yang sudah-sudah ialah ingin berkongsi pendapat dengan anda semua.
Kepada mereka yang sering membaca tulisan saya, tolong hantarkan e-mel kepada saya dan beri pandangan. Perlu ke saya menulis dengan cara saya, tanpa berselindung?
Jika dari mula hingga hari ini, ada tulisan saya yang mengguris hati sesetengah pihak, termasuk teman-teman rapat saya, tapi mereka tak berani menyampaikan secara langsung perasaan itu, saya mohon maaf secara terbuka.
Kalau anda dapat memberikan pandangan supaya saya sepatutnya menulis secara terbuka, tolong e-mel kepada saya. Kita orang Melayu, kadang-kadang keterbukaan itu tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak.
Bagi saya, selama saya menulis, saya tak pernah menghentam atau mengutuk secara peribadi artis berkenaan.
Secara amnya, apabila saya menulis, ia atas dasar kerjaya artis itu.
Sesiapa saja artis yang pernah saya sebut nama mereka di ruangan ini, tidak semestinya mereka itu masih muda dalam industri ini. Nama-nama yang pernah saya sebut adalah mereka yang saya iktiraf.
Sama ada anda berkebolehan atau sebaliknya, nama-nama itu adalah yang terbaik dalam industri kita. Saya tidak akan menulis nama seseorang itu jika saya tidak nampak keperibadian kerjaya yang menonjol daripadanya dalam industri ini.
Ada ramai artis yang saya puji dan komen secara peribadi. Apabila saya komen tu, saya tidak bertujuan menjatuhkan mereka. Sekiranya nama mereka saya sebut dalam kolum saya, mereka adalah yang terbaik.
Nama-nama besar seperti Datuk M Daud Kilau, Tan Sri SM Salim, Ahmad Jais, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah (gambar), M Nasir dan ramai lagi, adalah artis yang memang saya kagumi terutama dari sudut kerjaya seni mereka.
Namun, jika ada pihak yang terasa, tulisan saya itu sebagai satu kutukan, anda salah! Kolum saya ini, apabila saya menulis mengenai seseorang itu, tahap dia bukan sekadar penyanyi biasa. Dia adalah seorang penyanyi yang saya iktiraf kehebatannya.
Anda boleh kira dengan jari, nama-nama penyanyi yang pernah saya sebut menerusi ruangan ini, di mana saya pernah memuji dan menyedarkan apa yang mereka tidak sedar untuk mengatasi kesedaran yang tidak disedari.
Tapi, kalau ada sesetengah pihak itu yang jauh atau kecil hati apabila melihat tulisan saya dari sudut negatif, sekali lagi saya minta maaf secara terbuka.
Sekali lagi saya ingin meminta pandangan daripada anda, jika ada apa-apa topik menarik yang mereka ingin saya bercakap mengenai perkara itu, tolong e-mel kepada saya.
Kesimpulannya, apa yang saya tulis selama ini adalah dari pandangan yang positif. Tak pernah saya memandang sesuatu itu negatif dan pandangan kita harus ke hadapan. Baiklah, sehingga kita bertemu lagi minggu depan.
Wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #65 Syd's post
Zainal Abidin kena baca statement ni.
Ramli MS pon bg komen tp dgn ilmu bukan main ikut sedap jer. |
|
|
|
|
|
|
|
zenal tuh kan penah kena sedas ngan si bang ramli tu hari |
|
|
|
|
|
|
|
Nama-nama besar seperti Datuk M Daud Kilau, Tan Sri SM Salim, Ahmad Jais, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah (gambar), M Nasir dan ramai lagi, adalah artis yang memang saya kagumi terutama dari sudut kerjaya seni mereka.
oh, patutlah si bang rameli ni asyik2 sbut nama ning dlm ruangan nya. |
|
|
|
|
|
|
|
dia tegur ker dia puji ker dia kritik ker
ikhlas |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 23-3-2006 10:17 AM
zenal tuh kan penah kena sedas ngan si bang ramli tu hari
masa MENTOR Final ,kan???
ff:...aku heran dgn si Jenal ni...apa kes dia ni??? tak abis2 guna isu sms utk menyindir...yg terbaru dia kuar statement masa buat show kat Hard Rock masa AIM prelude ari yg berbunyi " I STILL CAN SURVIVE WITHOUT SMS!!!..." dia lupa ke yg dia menang mentor ari tu pun guna sms... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan :Ramli MS suka Ning Baizura |
|
|
|
|
|
|
|
dia hargai semua artis yang berbakat besar. mcm tulisan dia:
Nama-nama besar seperti Datuk M Daud Kilau, Tan Sri SM Salim, Ahmad Jais, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah (gambar), M Nasir dan ramai lagi, adalah artis yang memang saya kagumi terutama dari sudut kerjaya seni mereka.
yang pasti, kalau salah dia ttp tegur, dan kalau dorang betul dia tidak lokek memuji |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 24-3-2006 01:49 PM
dia hargai semua artis yang berbakat besar. mcm tulisan dia:
Nama-nama besar seperti Datuk M Daud Kilau, Tan Sri SM Salim, Ahmad Jais, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah (gambar), M Nas ...
JANGAN LUPA SITI NURHALIZA. . . .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|