CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KakFie

[MERGED]Anak guna car seat?

[Copy link]
 Author| Post time 7-2-2006 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by teecklebone at 7-2-2006 11:01 AM
nawfal x pkai pon car seat tu. teeck juz pangku jek di...

tp, bile bc kat forum nih, ase x selamat jek kan! ade ke car seat yg bsr? utk bdak 1 thn lebih nih??



teecklebone, car seat ni memang comes in sizes, ikut berat baby.  Lebih baik kalau beli car seat yang sesuai dari baby hingga berat 20 kg terus.  Kadang2 agak mahal tapi berbaloi sebab boleh pakai sampai 3-4 tahun berbanding beli yang sesuai untuk baby saja.  Tapi kalau kita dah ada yang hanya sesuai untuk babies up to certain weight eloklah ditukar sebab kalau car seat tu tak muat untuk berat dan size baby, walaupun bercar seat tapi dah tak effective dan membahayakan.

Untuk anak akak yang umur 4 tahun dan dah terlebih berat untuk car seat, akak belikan booster seat.  Selalunya booster seat ni tak mahal brbanding dengan car seat sebab booster seat ni guna car seat belt instead of its own belt cam car seat.  Dengan booster seat ni, kanak2 boleh pakai tali pinggang dengan betul.  Kalau tidak tali pinggang tu sampai menutup ke muka dia jadi tak berapa safe.  Booster ni jugak meninggikan posisi kanak2 supaya dia boleh nampak ke luar tingkap jadi tak adalah budak2 berdiri kat belakang sebab tak nampak luar macam kebanyakan kanak2 kat Malaysia ni.  Bahaya tu kalau emergency brake, boleh tercampak keluar jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2006 11:32 AM | Show all posts
kakfie
thnx kak! info bes nih. teeck try la crik yg sesuwai ngn nawfal...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 11:33 AM | Show all posts
br ngk mag kete hasben..pehtu tertgk gambor kecik jek..carseat combi...siap leh pusing lagik...ganas tul carseat nih...saper penah jumper real life?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 11:35 AM | Show all posts
Wah kak fie, sungguh berpengalaman nampaknya.. berikan kami sedikit panduan mengenai brand yang elok dan lingkungan harga tempat duduk -tempat duduk tersebut. Ituler, kalau tau awal2 lagi dah beli. Bohsanla keluar nak bawak maid, dahlah dia byk spend time kat rumah dgn maid, nak jugak kita jalan berdua aje dgn anak kita masa keluar. My maid pulak asyik nak berkepit aje dgn my son sebab diorang tu 'best friend', hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 11:38 AM | Show all posts
snid
aah kan. kakfie de pnglmn mende2 cenggini. ank die pon dh bsr...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by anj2208 at 5-2-2006 10:18 AM
nak cerita pengalaman sakit hati blk kg baru2 ni....
anj mmg guna car seat for my baby yg 5 mth tu...
masa balik sini semalam my SIL nak tumpang dgn anak dia 4 tahun...
pastu mcm ckp2 yg car sea ...


mana la depa ni tau carseat ni tak selesa..
macam la diorang yg duduk dlm carseat tuh... he he
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2006 11:59 AM | Show all posts

kenapa kena gunakan carseat utk babies / toddlers

sebab utama (kalau utk babies) ialah kalau berlaku pelanggaran (tak kira la kita memandu dgn cara berbahaya, ataupun kita pemandu berhemah tetapi MENJADI MANGSA pelanggaran akibat kecuaian pemandu lain) biasanya dgn momentum yg kuat, for sure siapa2 yg memegang baby tersebut akan terlepas baby tu.
biasanya yg kita baca dalam akhbar, most case, babies akan tercampak keluar kenderaan, yg mengakibatkan kecederaan parah yg membawa kematian.
jadi tak kira lah siapa yg pegang baby, adakah kita nak put our children thru that risks?
kat rumah pandai pulak kita sorok pisau, mancis, dsb, tak bagi anak2 main. bila dalam kereta, biar je budak2 tak diikat dgn tali keledar atau duduk dalam carseat. saya sendiri byk kali tgk
parents biar toddlers BERDIRI kat front passenger seats semasa si ayah memandu, agaknya, it looked cool to them kot, tah la. ngeri memikirkan if tetiba ada eksiden...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2006 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 7-2-2006 11:42 AM


mana la depa ni tau carseat ni tak selesa..
macam la diorang yg duduk dlm carseat tuh... he he


:setuju: good point atira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2006 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by mclaren at 7-2-2006 11:59 AM
sebab utama (kalau utk babies) ialah kalau berlaku pelanggaran (tak kira la kita memandu dgn cara berbahaya, ataupun kita pemandu berhemah tetapi MENJADI MANGSA pelanggaran akibat kecuaian pemandu  ...


itu la... bahaya kepada baby tak lak risau...
yg risau lebih2 pasal selesa lak...

hasben aku pon amat strict pasal carseat ni...  memula org tua bising gak laa... tak selesa la.. hapa laa... buat donno je
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 02:00 PM | Show all posts
mclaren,

nak pasang car seat tu sangat senang. i ker, hubby pasang sekejap je. seat belt keta masukkan kan belakang car seat, then terus click.sungguh mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 02:03 PM | Show all posts
mclaren,

pastu seat belt utk car seat baby tu mcm style angkawasan.tapi kekadang baby mcm x comfort la.tapi rasanya tu yg buat lagi safe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2006 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by teecklebone at 7-2-2006 11:38 AM
snid
aah kan. kakfie de pnglmn mende2 cenggini. ank die pon dh bsr...


snid, teeck, akak pun belajar dari pengalaman orang lain.  Dan masih lagi belajar. Anak sulung akak dulu masa baby tak guna car seat.  Jahil masa tu.  Bila pikir balik sekarang ni syukur sangat sebab tak jadi apa-apa.  Biar dia berdiri dalam kereta, duduk kat bawah, tak pakai tali pinggang langsung, riba dia dengan kita terlena.  Kata kawan akak, kalau kita tak nak letakkan anak kita dalam car seat tak apalah cuma "be prepared to forgive yourself if anything happen" sebab bukannya kita tak tahu tentang kebaikan car seat untuk keselamatan anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by anj2208 at 5-2-2006 10:18 AM
nak cerita pengalaman sakit hati blk kg baru2 ni....
anj mmg guna car seat for my baby yg 5 mth tu...
masa balik sini semalam my SIL nak tumpang dgn anak dia 4 tahun...
pastu mcm ckp2 yg car sea ...

anj...org kite seat belt pun kalo bleh takmo pakai..lg plak nak suh anak dia pakai carseat.anyway kalo ada org menumpang ckp mcm tuh,what if kite test/experiment skit,bwk dlm 50-60kmph jek..then kasik emergency brake...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 02:43 PM | Show all posts
kakfie
aah la kak. tul tu... teeck slalu gak tlena ngn ank ats pangkuan. kekadang ibu dh lena, ank lom g... eeshh... bhy tol la...

hubby slalu bangunkan kau mcm tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2006 02:44 PM | Show all posts

Cara memilih car seat

- untuk babies selalunya sampai 10 kg max pastikan dia duduk dalam car/infant seat yang mengadap ke belakang.  Cari yang ada adjustable harness dan lebih baik kalau disediakan jugak head support sebab leher bayi masih terlentok dan belum keras.
-Kenapa mengadap ke belakang? Dalam sesuatu kemalangan, bukan saja talipinggang tu memberikan protection tapi jugak car seat shell tu.  Jadi dalam kemalangan yang selalunya memungkinkan bayi terhumban ke hadapan, car seat shell tu boleh protect badan dan kepala bayi.
- Ada jugak convertible seat yang boleh mengadap ke hadapan dan belakang tapi kena check weight limit dia.  Ada yang boleh guna dari baby sampai 20/30 kg tapi ada jugak yang boleh pakai bermula dari berat 10 kg ke 30 kg.
-Rear facing seat ni mesti di pasang di tempat duduk belakang sebab car seat tu akan bersandar pada kerusi hadapan jadi meminimisekan kemungkinan untuk terhumban ke hadapan.
-Pastikan kita mematuhi had berat ni untuk infact/car seat.

-Perlu jugak consider adakah car seat tu sesuai untuk kereta kita
-Pastikan ia senang di install oleh adults.  Ada cukup safety requirements dan dipasang dengan betul dan ketat.
-Pastikan maid jugak belajar macam mana nak guna car seat tu. Kadang2 ada car seat yang menggunakan puzzle lock supaya kanak2 safely secure tapi mungkin jugak puzzle lock ni memeningkan orang lain terutamanya maid.  Jadi make sure maid dan sesiapalah yang akan letak baby kat car seat tu belajar jugak. Akak mula-mula pun pening gak dengan puzzle lock car seat anak akak.  Mula2 tu hubby je lah yang buatkan.  Lama2 barulah akak pandai.
-Pastikan ada adjustable strap supaya kita boleh adjust dengan ketinggian anak.  Kalau tak boleh adjust dan tak padan dengan dia , itu yang buatkan dia tak selesa.
-Pastikan jugak besi harness tu ada protection just in case kita tinggal kereta tengah panas kesian baby kalau kena besi yang panas tu.
-Pastikan seat pad tu cukup tebal cushionnya supaya anak selesa dalam perjalanan jauh.  Kalau tak kesian diorang sebab sakit punggung.  Itu yang meragam tu.
-Yang penting, tanya jugak kedai yang kita beli car seat tu return policy.  Takut bila dah beli sekali bila bawak balik tak sesuai pulak dan tak ada ciri2 di atas jadi boleh la tukar dengan yang lain.  Tak adalah membazir dan kita pun naik angin terus tak nak guna langsung car seat.:cak:



Tentang brand yang sesuai.  Akak tak bolehlah nak recommend di sini sebab kena ikut kesesuaian dan budget masing2.  Akak guna brand Baby Love untuk car seat dan Go Safe untuk booster seat. Dua2 akak tak beli di Malaysia sebab tulah akak tak nak recommend tapi dari forumers lain akak tengok yang bagus brand Sweet Cherry dan Elago/Anakku ke?  Kalau untuk yang branded akak tengok orang Malaysia suka guna Britax.  Memang bagus brand ni.

Panjang pulaklah message akak, mungkin orang lain boleh tambah dan share jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2006 05:25 PM | Show all posts

Jusco Sale

Jusco tengah sale sekarang.  Sampai 26 March kalau tak silap akak.  Tadi akak tengok car seat brand Sweet Cherry sale di Jusco Wangsa Maju.  Range harga antara 150-400.  Quality wise  ok jugak.  Better than nothing.  Tapi ada sesetengah model  yang cushioning/padding tak berapa tebal.  Kalau beli make sure tambahkan alas di bawah cover supaya lebih lembut bila baby duduk.  


[ Last edited by KakFie at 6-3-2006 08:00 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2006 01:09 PM | Show all posts
ahaa... semalam anj g jusco puchong...
tgk car seat sweet cherry rasanya price dlm rm179++ je....
tekejut gak tgk murahnya....
sbb b4 this survey pric dlm rm300++....
but my hubby bos kata nak bagi car seat sbb infant car seat yg guna skrg my baby dah tak muat.....
ingat nak beli yg facing depan plak...... tapi dah ada org offer, amik jelah.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 5/3/06 05:25 PM
Jusco tengah sale sekarang.  Sampai 26 March kalau tak silap akak.  Tadi akak tengok car seat brand Sweet Cherry sale di Jusco Wangsa Maju.  Range harga antara 150-400.  Quality wise  ok jugak.  Be ...


wow! bes la cenggitu! nk g survey n beli la... utk si comeyy yg dh 1 thn 5 bln...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2006 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by teecklebone at 6-3-2006 03:35 PM


wow! bes la cenggitu! nk g survey n beli la... utk si comeyy yg dh 1 thn 5 bln...



Survey jangan tak survey teeck..:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 10:21 PM | Show all posts
anj2208,

Dulu pun my galfren ada nak bagi car seat anak dia tak.. anak dia pun dah 4thn sekarang.. dia cakap dr benda tu dok dlm store room je.. baik bagi org... so i pun seronok le... sbb tak yah nak beli.. bukan murah pun.. ada 2 dlm RM800++...

Tapi bila kitorg tanya both hb... dua2 tak moh... hb my galfren kata.. benda tu sentimental value... n manalah tau ada adik lagi... n my hb lak cakap... anak dia dah le sorang... biar le dia nak spend utk anak sendiri... ended.. kami pun bele le.. jenis Britax kat Mother's Care KLCC...

itulah kan.. I rasa org perempuan ni tak berapa kisah sangat... beli yg 2nd hand pun tak be... tapi org lelaki le... his... sanggup berabis utk anak2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.068768 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list