CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: GasTrick

A few Question By Me (Salasilah dalam agama Kristian)

[Copy link]
tiM This user has been deleted
Post time 9-10-2006 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 6-10-2006 05:00 PM
Manakala Lukas 3:23-38 mencatatkan keturunan Jesus melalui keturunan Maria sebab Maria Anak Eli.Oleh kerana ketika itu undang2 masyarakat Yahudi tidak mengiktiraf sesaorang anak itu di namakan mengikut nama ibu maka kesimpulannya catatan silsilah ditulis oleh Lukas adalah catatan Silsilah GARIS MARIA, yang dicatat dengan nama-nama laki-laki. Ini adalah ketentuan adat Yahudi selalu menulis silsilah dari nama laki-laki. .
..

Adakah Maria anak Eli?
Atau Joseph anak Eli? Sayapun tak tau siapa bapa Maria....
Kalau tidak silap saya mereka (joseph dan Maria) ada pertalian saudara.... Salasilah Joseph sangat jelas dan terang bukan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 09:36 PM | Show all posts
esok aku bagi komen, fikir-fikir dulu apa yang hendak diterangkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 03:49 PM | Show all posts

Hehehe....

Salam sejahtera.... tIM kita jumpa lagi, nasib baik hari ini free (tapi soalan exam tak siap lagi)

Manimuthu boleh jadi nabi kalau itulah kehendak Tuhan. Tapi hakikatnya bukan semua keturunan nabi akan menjadi nabi, tapi tiada seorgpun bukan keturunan nabi dipilih Oleh Tuhan sebagai nabi.


Nah! tIM sudah menjawap persoalan tIM yang tIM kemukakan sendiri sebelum ini, apa yang tIM katakan dia atas adalah sama dengan saya katakan.tIM boleh semak semula....

Soal istilah anak tiri di situ tidak timbul. Kerana istilah itu hanya berlaku sekiranya ia diiktiraf masyarakat sezaman. Ini kerana Joseph melindungi imej pertunangan mereka dengan mengahwini Maria tanpa mendedahkan kandungan itu dari kuasa luar biasa. Kalau diketahui oleh org yahudi... faham2lah apa yg akan mereka perbuat pada perempuan yg mengandung tanpa kahwin.


Saya faham apa yang masyarakat yahudi akan lakukan pada Maria, tetapi dalam islam Maria memang mendedahkan hal tersebut dan dengan keizinan dan berkat perlindungan Allah swt, Maria terselamat dan dia tidak lagi di caci atau dihina... tIM boleh rujuk kisah Maria dalam surah Mariam ( maria) dalam al Quran. jelasnya versi islam lebih mementingkan kebenaran dengan mendedahkan tentang kelahiran Jesus kepada umum. saya bukan nak memaksa tIM menerima kisah itu cuma hendak tIM faham kenapa saya katakan Maria tidak memerlukan Joseph untuk memelihara salasilah keturunan Jesus selaku keturunan Yahudi.

Saya ingin tak susah utk anda membayangkan kerakusan masyarakat Yahudi terhadap perkara begini,... setanding juga dengan sifat org islam mereka ni......


Adakah tIM merujuk kepada hukum zina dalam Undang2 Jenayah Islam kategori Hudud?! hahahahahhaha... lucu betul, nampak sangat tIM beremosi mengenai hal ini. Saya sudah pun mengambil jurusan tersebut malahan selalu "bergaduh" dengan pensyarah kerana saya mahu mengemukakan pendapat saya. Namun okey juga kalau tIM mahu merujuk tentang hudud dengan saya. Jika ada masa saya akan terangkan mengenai hukuman zina terhadap perempuan yang mengandung dan bagaimana untuk menyabitkan kesalahan zina. saya akui Hukuman dalam islam sangat berat tapi..... lucunya.

Sedangkan ajaran Jesus bercanggah dengan sikap menghukum(menghakimi) manusia kerana dosa mereka


Hm..... Adam kena halau dari syurga...kenapa ya? oh... kerana dosanya, siapa pula bersikap menghukum(menghakimi) manusia? Allahkan!, Undang-undang jenayah islam adalah hukum dari Allah swt yang ditetapkan sebagai panduan kepada manusia kerana Allah swt tidak menyukai mereka-mereka melakukan dosa malahan neraka pun di buat untuk mereka-mereka yang melakukan dosa...neraka Jesus untuk siapa?. kenapa perlu menghukum...well sudah sifat manusia suka meniru atau mengikut perbuatan-perbuatan yang tidak elok, walau ditegah (semua ajaran sudah menegahnya) namun ada masih berdegil, takut nanti perbuatan buruk mereka ditiru orang.

saya pernah kenal dengan orang yang sanggup mengatakan

"Aku tak takut tuhan sebab tuhan itu tak wujud, kalau ada suruh dia jumpa aku"

malang sungguh dia, hingga kini dia masih begitu... saya pun tak dapat berbuat apa-apa lagi walaupun sudah puas memujuk...well kaki botol nak cakap macamana lagi hatinya sudah keras.

Seperkara lagi,
Soal anak angkat? awak tak tahukah bahawa nabi musa merupakan anak angkat seorg raja? Dia tak dibinkan abdullah atau dibinkan periuk kera atau yg sewaktu dengannya..... Dari status sebagai bangsawan dia muliakan oleh Tuhan sebagai mesengerNya.


Bila pula saya kata dibinkan dengan periuk kera?  mengapa pula kamu mengada-gadakan sesuatu yang tidak pernah saya katakan? saya tahu niat kamu cuma hendak menambah-nambah tapi ini sesuatu yang tidak baik... kata-kata kamu itu seolah-olah cuba memberitahu orang lain disini bahawa saya mengatakan harus sesaorang itu di bin kan dengan periuk kera. padahal perkara ini tidak saya katakan... hanya bin abdullah atau Ibunya.

Bukankah saya katakan sebelum ini bila anak angkat di ambil, bukannya dinamakan dengan bin Abdullah tetapi dinamakan dengan nama asal ayahnya. berapa kalikah saya perlu ulang? atau sengaja tIM cuba memusing-musingkan point yang saya utarakan? bertenang tIM serta bersabar kita berforum disini harus faham apa yang telah yang lain utarakan.

Ya, saya tahu mengenai Nabi Daud tersebut dalam agama kristian. adakah kerana status kita dimuliakan? adakah kerana kita keturunan bangsawan dimuliakan? adakah kerana kita ini anak orang kaya dimuliakan? saya tak pernah fikir begitu.. kita mulia kerana sifat kasih dan pemurah dalam diri kita, kita mulia kerana iman dan takwa kita pada Allah... dan bukan kerana pangkat, bukan kerana harta dan bukan kerana kuasa. Mulia Nabi Daud adalah kerana imannya, kasihnya serta sebagianya.

Sangat jelas di situ etika salasilah anak angka, anak tiri anugerah Tuhan dan sudah pasti anda tahu juga hakikat anak tiri manusia biasa. Andai kasih diberi sebagai anak maka hukumnya tiada salah mewarisi salasilah keturunan dan juga harta tanpa dibeza-beza.


Ya, saya sangat jelas dengan etika anak angkat dalam kristian sekarang, tapi jelasnya kedudukan ayah kandung gugur selepas anak tersebut di jadikan anak angkat kerana salasilah anak angkat akan menuruti salasilah keluarga angkat. terima kasih... info ini amat berguna buat saya. saya juga ada keluarga angkat... 2 keluarga angkat saya sangat sayangkan mereka dan mereka sangat sayangkan saya.... apa boleh buat saya lebih mudah bergaul dengan kanak2 dan orang tua. Dan saya bukan mahukan harta mereka...tapi kasih sayang yang merupakan harta tidak bernilai.... Jesus tak bagitaukah tentang kasih sayang ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 04:24 PM | Show all posts

Pasal Maria lagi

Originally posted by tiM at 9-10-2006 07:43 PM

Adakah Maria anak Eli?
Atau Joseph anak Eli? Sayapun tak tau siapa bapa Maria....
Kalau tidak silap saya mereka (joseph dan Maria) ada pertalian saudara.... Salasilah Joseph sangat jelas dan te ...


Hm..... Kalau tIM selaku umat kristian sendiri tak pasti susahlah macam ini, kalau macam tu apa kata kita sama-sama mempelajarinya lebih mendalam tentang bible..jangan risau saya faham kita ini manusia dan selaku manusia tahap kita dalam ilmu sesuatu ada hadnya(tapi penambahannya boleh tambah tanpa had)...cuma rasa tIM ada kelebihan kerana tIM agak senang untuk merujuk pada yang pakar(paderi)... saya pulak takut-takut nak pergi gereja...lagipun susah gak nak jumpa Father.rujukkan saya bible dengan murid2 saya yang ilmu bible takat form 5 je.... saya tahulah sebab masa form 5 dulu walaupun cukup dapat A1 SPM tapi takat tahap tu asas sahaja.

Disini saya kehairanan, ini kerana di atas sana tIM mengatakan Joseph dan Maria mempunyai pertalian. maka pastinya salasilah Maria ada yang bercantum dengan salasilah Joseph dan ini menjelaskan bahawa Maria bukan keturunan biasa malah sama dengan Joseph mereka berketurunan Abraham...cak.

kenapa saya timbulkan ini, ini kerana sebelum saya memjawap soalan tIM dulu tIM katakan.....(refer kat bawah

Saya tak setuju Jesus dibinkan Mariam oleh Islam.
Kerana:-
1) Jesus bukan dari keturunan Muhamad yg membolehkan mereka menentukan salasilahnya.
2) Jesus kalau dibinkan dengan Maria, bermakna dia bukan dari keturunan Nabi. Kerana dengan berbinkan (bersandarkan peralian salasilah) Joseph yg merupakan Tunang Maria sahajalah yg berketurunan Nabi seperti mana hukum kenabian. Untuk pengetahuan. Kesemua Nabi adalah dari keturuan yg sana. Tak mungkin manimuthu diangkat jadi nabi, dan begitu juga Tong Sam Pah....
3) Tiada pertalian langsung Muhamad dan silam dengan Jesus (bible) mahupun  mana2 keturunan para rasul Jesus...
4) Tiada sejarah menunjukan Maria keturunan para nabi melainkan org biasa. Dia cuma sebagai seorg perempuan yg suci. Anda pernah lihat Salasilah Jesus sampai ke nabi Ibrahim?... Ada kalau ada ada masa buka Bible.


tIm katakan keturunan Maria adalah keturunan biasa namun ini bertentangan dengan kata tIM bahawa Maria juga mempunyai pertalian dengan Joseph, saya pula mendakwa keturunan Maria adalah berasal keturunan Nabi Ibrahim dan saya sudah membuktikan...dengan ayat dari Bible.,kalau saya keluarkan ayat al-quran sudah pasti tIM menolak sebab tIM bukannya beriman dengan kitab Al quran.Jadi saya sahut cabaran tIM untuk buka Bible (walaupun tak mahir...nasib baik saya ada skill baca pantas-mengelegakkan otak je)

sebenarnya saya boleh dikatakan memasang perangkap logik disini. perangkap ini adalah untuk menguji pemahaman tIM.

pertama :terdapat dua salasilah Matius dan lukas (refer penerang keturunan Maria by GasTrick) yang mana budak tadika pun hairan mengapa salasilah jesus ada dua. Dalam islam penulisan salasilah boleh dibuat dua iaitu mengikut keturunan bapa dan satu lagi keturunan ibu. tetapi jelas lukas dan matius menulis 2 salasilah menuruti nama Joseph.

Kedua: Saya perjelaskan bahawa kedua2 ini bukan percanggah tetapi tidak lebih kepada pencatatan yang kurang tepat iaitu Lukas menukar Nama Jesus anak Maria anak Eli... kepada Jesus anak Joseph anak Eli....., ada sebab saya mengambil tindakan ini dan ia berdasarkan penerangan tIM sebelum ini....

Jika tIm tak dapat menerima penjelasan saya dalam kenyataan kedua yang mana kenyataan ini telah melupuskan percanggahan salasilah Joseph antara Lukas dan Matius. maka boleh tIM jelaskan pada saya kenapa dua salasilah tersebut berlainan? yang mana satukan keturunan Jesus yang sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 07:58 PM | Show all posts
Pada masa kelahiran Yesus, Israel terletak di bawah pemerintahan Empayar Rom. Tidak ada dari keturunan daripada Raja David yang dibenarkan menduduki taktah selama 600 tahun. Herod bukanlah raja sebenar Israel, tetapi dia adalah Gebenor Yudea yang dilantik oleh maharaja Rom. Orang yang sepatutnya berhak memiliki taktah itu adalah Yusuf, iaitu seorang tukang kayu, suami Maria.

Sekarang kita tengok pula dalam salasilah Yusuf dalam Matius 1, perhatikan nama, Yekhonya. sekiranya Yusuf adalah bapa kepada Yesus menurut daging, Yesus tidak akan dapat menduduki taktah, kerana Firman Allah menyekat jalan itu. Telah ada kutuk dalam garis keturunan diraja ini sejak dari hari Yekoniah. dalam Jeremiah 22:30 kita baca demikian;

Beginilah firman TUHAN: "Catatlah orang ini sebagai orang yang tak punya anak, sebagai laki-laki yang tidak pernah berhasil dalam hidupnya; sebab seorangpun dari keturunannya tidak akan berhasil duduk di atas takhta Daud dan memerintah kembali di Yehuda."

Yusuf termasuk dalam garisan ini. Lagipun sekiranya Yesus adalah anak Yusuf, Dia tidak akan dapat menduduki Taktah David. Kita menemui satu lagi salasilah dalam Lukas 3. ini adalah garis keturunan Maria dari David melalui Nathan, dan bukan Yekhonya. (Lukas 3:31) tidak ada kutuk dalam barisan ini. Kepada Maria, Allah berkata: (lukas 1:30-33)
"Jangan takut, hai Maria, sebab engkau beroleh kasih karunia di hadapan Allah. Sesungguhnya engkau akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah engkau menamai Dia Yesus. Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah Yang Mahatinggi. Dan Tuhan Allah akan mengaruniakan kepada-Nya takhta Daud, bapa leluhur-Nya,  dan Ia akan menjadi raja atas kaum keturunan Yakub sampai selama-lamanya dan Kerajaan-Nya tidak akan berkesudahan."


Matius mengesan garis keturunan Yesus berbalik kepada Abraham dan David untuk menunjukkan yang Dia adalah seorang Yahudi dari keturunan Raja David. Matius juga menunjukkan bahawa Yesus sebagai Raja, Messiah, Singa dari suku Yehuda dan pemerintah Israel yang telah dijanjikan.
Lukas pula mengesan garis Yesus berbalik kepada Adam untuk menunjukkan yang Dia berasal dari bangsa manusia. Lukas menunjukan Yesus yand datang dari garis turunan manusia; manusia ideal yang dilahirkan oleh perempuan
kenapa kita mengambil-berat akan hal geneology ini? sebab ia menunjukkan bahawa dari mula-mula lagi Yesus bukanlah hanya manusia biasa; Dia berketurunan keluarga diraja - darah Raja mengalir dalam tubuhnya. Sekiranya dia bukan seorang Raja, maka dia tidak dapat tuntut haknya dalam menguasai hidup kita. Dan kalau dia bukan manusia, maka Dia tidak akan dapat mengetahui kedukaan dan memahami kesedihan kita

Matius 1:1-17
Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham.
Abraham memperanakkan Ishak, Ishak memperanakkan Yakub, Yakub memperanakkan Yehuda dan saudara-saudaranya,
Yehuda memperanakkan Peres dan Zerah dari Tamar, Peres memperanakkan Hezron, Hezron memperanakkan Ram,
Ram memperanakkan Aminadab, Aminadab memperanakkan Nahason, Nahason memperanakkan Salmon,
Salmon memperanakkan Boas dari Rahab, Boas memperanakkan Obed dari Rut, Obed memperanakkan Isai,
Isai memperanakkan raja Daud. Daud memperanakkan Salomo dari isteri Uria,
Salomo memperanakkan Rehabeam, Rehabeam memperanakkan Abia, Abia memperanakkan Asa,
Asa memperanakkan Yosafat, Yosafat memperanakkan Yoram, Yoram memperanakkan Uzia,
Uzia memperanakkan Yotam, Yotam memperanakkan Ahas, Ahas memperanakkan Hizkia,
Hizkia memperanakkan Manasye, Manasye memperanakkan Amon, Amon memperanakkan Yosia,
Yosia memperanakkan Yekhonya dan saudara-saudaranya pada waktu pembuangan ke Babel.
Sesudah pembuangan ke Babel, Yekhonya memperanakkan Sealtiel, Sealtiel memperanakkan Zerubabel,
Zerubabel memperanakkan Abihud, Abihud memperanakkan Elyakim, Elyakim memperanakkan Azor,
Azor memperanakkan Zadok, Zadok memperanakkan Akhim, Akhim memperanakkan Eliud,
Eliud memperanakkan Eleazar, Eleazar memperanakkan Matan, Matan memperanakkan Yakub,
Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria, yang melahirkan Yesus yang disebut Kristus
.


Injil Matius mulai dengan daftar silsilah ini, yang merunut garis keturunan Yesus melalui garis Yusuf sebagaimana kebiasaan Yahudi ketika itu. Walaupun Yusuf bukan merupakan ayah Yesus secara biologis, ia tetap merupakan ayah Yesus secara hukum. Karena Allah sudah berjanji bahwa Mesias akan menjadi keturunan Abraham dan Daud, maka Matius merunut salasilah Yesus sampai ke kedua tokoh ini untuk membuktikan kepada orang Yahudi bahwa Yesus mempunyai salasilah yang tepat sehingga memenuhi syarat sebagai Mesias.

Matius menetapkan bahwa Yesus adalah keturunan Daud yang sah dengan merunut garis keturunan Yusuf yang berasal dari keluarga Daud. Walaupun Yesus dikandung oleh Roh Kudus, secara resmi Ia tetap dicatat sebagai anak Yusuf dan menurut hukum adalah anak Daud.

Lukas 3:23-38
Ketika Yesus memulai pekerjaan-Nya, Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun dan menurut anggapan orang, Ia adalah anak Yusuf, anak Eli,
anak Matat, anak Lewi, anak Malkhi, anak Yanai, anak Yusuf,
anak Matica, anak Amos, anak Nahum, anak Hesli, anak Nagai,
anak Maat, anak Matica, anak Simei, anak Yosekh, anak Yoda,
anak Yohanan, anak Resa, anak Zerubabel, anak Sealtiel, anak Neri,
anak Malkhi, anak Adi, anak Kosam, anak Elmadam, anak Er,
anak Yesua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi,
anak Simeon, anak Yehuda, anak Yusuf, anak Yonam, anak Elyakim,
anak Melea, anak Mina, anak Matata, anak Natan, anak Daud,
anak Isai, anak Obed, anak Boas, anak Salmon, anak Nahason,
anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda,
anak Yakub, anak Ishak, anak Abraham, anak Terah, anak Nahor,
anak Serug, anak Rehu, anak Peleg, anak Eber, anak Salmon,
anak Kenan, anak Arpakhsad, anak Sem, anak Nuh, anak Lamekh,
anak Metusalah, anak Henokh, anak Yared, anak Mahalaleel, anak Kenan,
anak Enos, anak Set, anak Adam, anak Allah.


Salasilah yang disajikan oleh Lukas merunut garis keturunan Yesus melalui kaum lelaki dalam garis keturunan Maria (yang juga dari keturunan Daud). Lukas menekankan bahwa Yesus adalah anak kandung Maria sehingga menjadi sama seperti kita. Dengan demikian para penulis kitab Injil menegaskan bahwa Yesus berhak menjadi Mesias baik secara hukum maupun secara biologi
Perhatikan lukas 3:23, tidak mengatakan Yesus anak Yusuf. Ia mengatakan "menurut anggapan orang ia adalah anak yusuf". Dalam Matius, di mana salasila Yusuf diberikan, kita menemukan bahawa Yusuf adalah anak Yakub. Lukas pula mengatakan Yusuf anak Heli. Mana mungkin yusuf menjadi anak yang asli kepada dua orang ini. Perhatikan betul-betul recod ini tidak menyatakan yang Heli "memperanakkan" Yusuf. Jadi maknanya Yusuf adalah anak Heli menurut hukum (anak menantu). Heli dipercayai bapa kepada Maria.
Dari mana Lukas mengetahui bahwa ayah Maria adalah Eli? Lukas menulis Kisah Para Rasul, apabila ada berita dalam Kisah Para Rasul dengan ungkapan kami berarti berasal dari Lukas. Ternyata Lukas menyertai Paulus ke Yerusalem, bertemu dengan Maria, ibu Yesus, dan menulis Injil Lukas berdasarkan penyelidikannya.
Kisah Para Rasul 21:17-18, "Ketika kami tiba di Yerusalem, semua saudara menyambut kami dengan suka hati. Pada keesokan harinya pergilah Paulus bersama-sama dengan kami mengunjungi Yakobus; semua penatua telah hadir di situ."

Lukas 1:3, "Karena itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan seksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu
salasiah David dalam lukas melalui Nathan dan buka Solomo. ini adalah penting. Messiah mestilah anak dan waris David


[ Last edited by  casejulia at 6-1-2008 12:08 AM ]
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 11-10-2006 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 11-10-2006 02:49 PM
Bila pula saya kata dibinkan dengan periuk kera?  mengapa pula kamu mengada-gadakan sesuatu yang tidak pernah saya katakan? saya tahu niat kamu cuma hendak menambah-nambah tapi ini sesuatu yang tidak baik... kata-kata kamu itu seolah-olah cuba memberitahu orang lain disini bahawa saya mengatakan harus sesaorang itu di bin kan dengan periuk kera. padahal perkara ini tidak saya katakan... hanya bin abdullah atau Ibunya.

Maafkan saya kalau simbolik saya itu anda terima sabagai disandarkan pada hujah anda. Sebenarnya tidak. cuma, sama membayangkan akan apalah yg wajar disandarkan pada nama Musa... Itu sahaja... tak perlu mereret memanjang rasanya. Anda pasti tahu kisah nabi musa dari hari kelarian hingga ke dewasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
tiM This user has been deleted
Post time 11-10-2006 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 11-10-2006 02:49 PM
Saya faham apa yang masyarakat yahudi akan lakukan pada Maria, tetapi dalam islam Maria memang mendedahkan hal tersebut dan dengan keizinan dan berkat perlindungan Allah swt, Maria terselamat dan dia tidak lagi di caci atau dihina... tIM boleh rujuk kisah Maria dalam surah Mariam ( maria) dalam al Quran. jelasnya versi islam lebih mementingkan kebenaran dengan mendedahkan tentang kelahiran Jesus kepada umum. saya bukan nak memaksa tIM menerima kisah itu cuma hendak tIM faham kenapa saya katakan Maria tidak memerlukan Joseph untuk memelihara salasilah keturunan Jesus selaku keturunan Yahudi

Bukan atas prinsip memaksa atau anda percaya memberi kebenaran..... tapi ia tidak layak dirujuk sebagai sumber untuk org kristian mengenai Ketuhan Jesus.  Kalau sekadar membuat kerangka cerita yg lebih kuat sudah pasti karangan saya sendiri lebih sempurna dan jelas. Tapi mesejnya bukan kesempurnaan fakta tapi karangan (nukilan) mereka yg menyaksikan kitaran zaman itu. Awak pernah baca Bible Jahova witnesses?....  Kalau kewujudan Quran ratusan tahun selepas zaman Jesus masih boleh memperagakan cerita jesus dlm bentuk lebih teknikal.. JW* lahir ribuan tahun selepas zaman Jesus mapu melakukan lebih dari itu. kalau tidak ada yg mengkagumkan manakan mungkin ada yg mempercayai dokumen itu. Pada saya ini hukum akal dan jiwa dipersenda. "Yg indah dan boleh difahami dengan mudah itulah yg benar!!?

Apapun moral dan prinsip asal perbincangan adalah berkisarkan nilai budaya salasilah keturunan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2006 02:10 PM | Show all posts

wow.... terkezutnya

Originally posted by casejulia at 11-10-2006 07:58 PM
Pada masa kelahiran Yesus, Israel terletak di bawah pemerintahan Empayar Rom. Tidak ada dari keturunan daripada Raja David yang dibenarkan menduduki taktah selama 600 tahun. Herod bukanlah raja seb ...



Hebat! hebat! penerangan yang penuh input.... bukan itu sahaja, malahan ia juga menyempurnakan tafsiran saya sungguh bermakna!. apa boleh buat penafsiran saya bukan 100% lengkap tapi sedikit sebanyak gambarannya saya boleh dapatkan(tapi sekarang dah 100% berkat casejulia). kalau macam ni tak salah kalau saya katakan dalam masa 15 atau 20 tahun lagi saya akan mahir dalam bible.(al quran masih ada target 7 tahun lagi nak mahir sepenuhnya ...lepas ni nak belajar apa lagi?)

Baiklah casejulia, berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. dengan pendedahan ini saya harap muslim semua faham bahawa bahagian tersebut tiadanya percanggahan dan penganut kristian faham kedudukan Maria yang suci sebenarnya.

Lepas ini saya bolehlah mentafsir kitab Bible dengan lebih yakin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2006 03:01 PM | Show all posts
Salam sejahtera tIM

Originally posted by tiM at 11-10-2006 09:48 PM

Maafkan saya kalau simbolik saya itu anda terima sabagai disandarkan pada hujah anda. Sebenarnya tidak. cuma, sama membayangkan akan apalah yg wajar disandarkan pada nama Musa... Itu sahaja... ta ...


saya maafkan tIM, kadang-kadang saya pun boleh buat silap... cukup kita menyedari kesalahan kita dan memperbaikinya. dan saling memaafi antara satu sama lain dengan ini tiadalah permusuhan walaupun jurang perbezaan antara kita sangat luas.

Kakak angkat saya sering berpesan dalam pembelajaran, jika kita tersilap atau tersalah maka terimalah kesilapan itu dengan hati yang terbuka dan kamu akan dapati ilmu dalam diri akan berlipat kali ganda kerana kesilapan telah digantikan dengan pembetulan..... katanya itulah kasih sayang terhadap ilmu pengetahuan.


Bukan atas prinsip memaksa atau anda percaya memberi kebenaran..... tapi ia tidak layak dirujuk sebagai sumber untuk org kristian mengenai Ketuhan Jesus.  Kalau sekadar membuat kerangka cerita yg lebih kuat sudah pasti karangan saya sendiri lebih sempurna dan jelas. Tapi mesejnya bukan kesempurnaan fakta tapi karangan (nukilan) mereka yg menyaksikan kitaran zaman itu. Awak pernah baca Bible Jahova witnesses?....  Kalau kewujudan Quran ratusan tahun selepas zaman Jesus masih boleh memperagakan cerita jesus dlm bentuk lebih teknikal.. JW* lahir ribuan tahun selepas zaman Jesus mapu melakukan lebih dari itu. kalau tidak ada yg mengkagumkan manakan mungkin ada yg mempercayai dokumen itu. Pada saya ini hukum akal dan jiwa dipersenda. "Yg indah dan boleh difahami dengan mudah itulah yg benar!!?

Apapun moral dan prinsip asal perbincangan adalah berkisarkan nilai budaya salasilah keturunan


Kita semua ada pegangan masing2... tIM percaya kebenarannya pada Jesus, Kitab Bible dan dari segi pandangan tIM manakala saya percaya kebenaran yang dibawa oleh Allah swt. sebab itu saya tidak mahu mengatakan pada tIM bahawa ini benar dan tIM harus menerimanya...tetapi saya katakan ini pegangan saya dan saya harap tIM faham mengapa saya katakan begitu atau begini.setakat ini benarlah al quran menyatakan bahawa Maria adalah keturunan nabi Ibrahim as walaupun asalnya tIM mengatakan tidak... kini tIM faham mengenai Maria berdasarkan bible sendiri.

Jangan salah faham mengenai penulisan kitab suci, bagi kami umat islam kitab suci ialah wahyu daripada Allah swt bukan karangan mana-mana manusia. ia bukan buku sejarah atau  bukannya buku sains. Ia adalah sebuah kitab kebenaran sebuah kitab yang menerangi hati manusia dengan pengetahuan dan ilmu. Jika Allah swt menurunkan injil dengan penuh hikmah maka Allah swt  juga menurunkan al quran dengan penuh mukjizat. selepas wahyu itu diterima manusia pun menukarkan ia kepada bentuk simbol didalam buku dan disebarkan untuk mereka yang belum menerimanya.manusia akan memilih sama ada mahu beriman dengannya atau tidak.

tIM hairan kenapa al quran yang boleh wujud ratusan selepas zaman Jesus mampu menerangkan lebih terperinci? kami ada saksi yang memerhatikan kejadian tersebut ketika itu dan saksi tersebut memberitahu kami melalui Al quran... dan saksi tersebut ialah ALLAH SWT.Siapa lagi yang mengetahui kisah-kisah terdahulu dengan lebih jelas selain daripada ALLAH SWT.

Pada saya ini hukum akal dan jiwa dipersenda. "Yg indah dan boleh difahami dengan mudah itulah yg benar!!?


tIM. tIM.. dengarlah kata-kata ini

" Bukan sesuatu itu indah maka ia benar
dan bukan juga  sesuatu yang buruk itu benar,
bukan kerana sesuatu itu berkuasa maka benar
dan bukan juga  kerana ia lemah maka ia benar
benar sesuatu perkara itu adalah kerana ia benar"


Kebenaran itu datang dari Allah swt dan Allah swt mengasihi dan menyayangi mereka yang memelihara kebenaran
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 14-10-2006 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 14-10-2006 02:01 PM
saya dan saya harap tIM faham mengapa saya katakan begitu atau begini.setakat ini benarlah al quran menyatakan bahawa Maria adalah keturunan nabi Ibrahim as walaupun asalnya tIM mengatakan tidak... kini tIM faham mengenai Maria berdasarkan bible sendiri.


Mungkin ada fakta yg tersasar di sini. samada gaya penjelasan saya atau cara anda memahaminya. Bagi kami umat kristian...kami percaya kamipun keturunan (anak) Abraham! Maksud saya di situ adalah pertalian nabi dlm cronologi nabi pada bangsa Israel. Seperti mana keterangan Julia tu... Jesus mewarisi takta nabi yg dinanti2kan itu mengikut salasilah Joseph... Saya tidak menafikan akan persaudaraan Maria dgn keturunan nabi tapi itu bukan etika tamadun manusia. Bangsa sayapun tidak menyusun salasilah merujuk pada Perempuan. Saya tidak tahu Adakah tidam masyarakt dunia yg melakukan begitu. Awak lihat org Cina, kalau tiada anak lelaki bermaksud keturunan mereka hilang. Anda pernah beli motor Honda Boon siew tak?? Beliau tidak ada zuriat lelaki yg mematikan empayer keturunannya dan sekaligus kuasa bangsanya dlm perniagaan. Perempuan tidak boleh lari dari sekadar tulang rusuk Adam dalam mana2pun prinsip masyarakat dunia dari dahulu sampai kiamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2006 12:29 PM | Show all posts

Hmm....

Originally posted by tiM at 14-10-2006 06:38 PM

Mungkin ada fakta yg tersasar di sini. samada gaya penjelasan saya atau cara anda memahaminya. Bagi kami umat kristian...kami percaya kamipun keturunan (anak) Abraham! Maksud saya di situ adalah pertalian nabi dlm cronologi nabi pada bangsa Israel. Seperti mana keterangan Julia tu... Jesus mewarisi takta nabi yg dinanti2kan itu mengikut salasilah Joseph... Saya tidak menafikan akan persaudaraan Maria dgn keturunan nabi tapi itu bukan etika tamadun manusia


Dan semata-mata untuk memuaskan hati masyarakat yahudi ketika itu dan semata-mata kerana untuk melengkapkan salasilah nabi nama Maria disisihkan dalam penulisan salasilah. disitu saya faham. Hmm... saya pun sendiri tak pasti sama ada saya keturunan Abraham atau tidak, jika tIM percaya tIM keturunan Abraham.... terpulanglah pada tIM... bagi saya keturunan bukan untuk bermegah-megah hanya sekadar untuk mengetahui kebenaran sahaja, tak kira saya ni datang dari keturunan yang mulia atau keturunan yang hina... yang pasti saya bersyukur kepada Ilahi dengan apa yang telah diberikan.


Bangsa sayapun tidak menyusun salasilah merujuk pada Perempuan. Saya tidak tahu Adakah tidam masyarakt dunia yg melakukan begitu. Awak lihat org Cina, kalau tiada anak lelaki bermaksud keturunan mereka hilang. Anda pernah beli motor Honda Boon siew tak?? Beliau tidak ada zuriat lelaki yg mematikan empayer keturunannya dan sekaligus kuasa bangsanya dlm perniagaan.  


Memang tiada satu bangsa pun mengiktiraf perempuan sebagai penyambung warisan salasilah, mereka hanya mementingkan lelaki..lelaki..lelaki... dalam keluarga. Hakikatnya perempuanlah yang mengandung selama 9 bulan, merasai sakit melahirkan anak dan merasa sakit apabila anak disakiti. Islam pun memberi keutamaan begitu terhadap lelaki...namun berbeza dengan adat budaya lain islam turut mengiktiraf perempuan sebagai penyambung warisan... dalam penulisan keturunan saya... saya juga ada salasilah dari ibu saya malahan lebih panjang daripada salasilah dari keturunan bapa.

Honda Boon Siew.... saya ada satu motor(kesayangan saya), memang begitulah keadaannya jika boon tiada anak lelaki... tapi jika dia mempunyai anak perempuan dan mengiktirafnya sebagai penyambung warisan.. bukankah masih boleh diteruskan? lagipun kebanggaan dan kuasa empayer Boon bukanlah sesuatu yang kekal abadi... Yang kekal cuma Allah swt. legasinya masih berterusan bukan kerana keturunan tetapi kerana usahanya terdahulu maka orang mengenalinya.


Perempuan tidak boleh lari dari sekadar tulang rusuk Adam dalam mana2pun prinsip masyarakat dunia dari dahulu sampai kiamat


Perempuan hanya sekadar tulang rusuk....... hm.... Pandangan kamu terhadap wanita sangat lemahlah tIM.

Ya, sekadar tulang rusuk...
yang mengasihi kita dan menjaga kita...
sekadar tulang rusuk...
Yang membelai dan mendakap kita...
sekadar tulang rusuk..
Yang melindungi kita dari bahaya dan sakit...
Sekadar tulang rusuk........
Tulang rusuk... Allah buatkan manusia darinya
manusia yang digelar perempuan
sebagai peneman dan penyelamat lelaki daripada kesunyian
kerana lelaki tak dapat hidup sempurna tanpa perempuan
adakah kerana tulang rusuk maka Maria tiada hak untuk salasilah Jesus
Habis keturunan siapa yang Lukas catatkan? dari lelaki atau perempuan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2006 12:36 PM | Show all posts

Dengarlah deruan angin...

tIM

saya rasa kita sudah hampir tiba dipenghujungnya, mengenai salasilah saya rasa sudah pun sampai penamat. Jika tIM ada perkara untuk di tanya mengenai salasilah keturunan.. bolehlah tIM tanya kerana topik yang kita bincangkan sudah semakin jauh dari objektifnya.

Amat seronok bermain dengan kamu dan saya sudah lama mencapai objektif sebenarnya cuma selebih ini hanya untuk bermain sahaja. selamat bercuti dan saya pulang ke kampung untuk menemui bonda.
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 23-10-2006 06:49 PM | Show all posts

Sang bayu mengisi kedinginan subuh.

Gastrick,
TQ atas huraian yg panjang lebar mengenai topik salasilah ini. Saya percaya kita saling belajar atau membangunkan ilmu dlm mengukuhkan pengenatahuan. Atas dasar berforum. Saya setuju tak banyak lagi ruang utk kita bongkarkan mengenainya, melainakan kalau terus dibincangkan mungkin tersasar atau berulang fakta. Biarlah para pembaca yg minat membaca melihat secara kritis dan analitik mengenaii mesej di sebalik perbincangan kita ini.

Kalau u anggap ianya satu permaianan, mungkin boleh juga... tapi saya merasakan ia berbientuk perbincangan yg ringan. Kalau taham bermain bagi saya sain tahapnya. Saya sering juga bermain dengan org seperti Ibnur, Nice2000, siapa lagi seorg budak hinguan tuuuuu.... Ada kalanya saya menjentik dan mencubit, kemudian tepuk tangan untuk menghiburkan dia.... Hahahahahah! begitulah kehidupan di alam cyber.

Selamat hari raya
Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2006 03:14 PM | Show all posts

Ucapan penutup

Salam sejahtera

Memandangkan sudah ada persetujuan untuk menutup perkara ini maka saya yang membuka thread ini bertanggungjawap untuk menutupnya.

Kepada tIM
saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menemankan saya dan menghuraikan panjang lebar. kita disini berbincang sesuatu hal pada tahap sekarang iaitu tahap ilmu yang kita miliki sekarang.. suatu hari nanti tak mustahil ilmu kita bertambah dan dapat menghuraikan lagi sesuatu isu lebih mendalam. dan jika disuatu hari nanti kita mahu lagi berbincang diharapkan apa yang ada disini boleh rujuk atau ditambah...buat masa sekarang saya rasa sudah memadai. semua perkara saya buat secara main-main kerana bermain-main timbul perasaan seronok.....namun jangan disangka air tenang tiada buaya...hehehe main-main saya pun,ia penuh dengan ilmu dan pengetahuan.( kalau serius sangat macamana saya nak ajar budak2 kat sekolah subjek physic.....tahun lepas 100% lulus sekurangnya tahun ni nak ada seorang dua yang dapat full A)

kepada casejulia dan shalom
walaupun anda berdua tidak terlibat secara langsung dalam perbincangan ini, tapi sedikit sebanyak apa yang yang telah diberikan oleh kamu berdua amat berguna.terima kasih

Bai bai


hafis  dan Presa1200  serta nice2000

terima kasih kerana turut serta, kata-kata saya pada ke #53 sebenarnya bukan ditujukan kepada kamu tetapi kepada eiyoei .  dan maaf saya tidak mempedulikankan kamu kerana ini forum C&C, jadi saya berharap boleh saya fokus dan mengurangkan thread yang lain(kalau boleh saya seorang sahaja. ini kerana saya bukan bermazhab syafie seperti warga malaysia yang lain..... kerana kebenaran saya telah mengambil keputusan ini untuk keluar dari mazhab syafie sejak waktu universiti lagi...jangan risau pengetahuan agama saya adalah kebanyakkannya berteraskan iman syafie.

dan kepada  eiyoei  
kata-kata awak pada thread sebelum ini terlalu provoke tanpa sebab. ia adalah sesuatu yang kita boleh elakkan. saya harap awak tidak mengulanginya lagi.maaf jika terkasar bahasa.

kepada mereka berugama kristian yang lain
terima kasih semua kerana sudi membaca, Jika ada permasalahan lagi saya akan datang lagi jika perlu.....
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 17-11-2006 09:46 PM | Show all posts
Dipersilakan....
Jangan segan kalau ada keperluan perlu bantuan di sini....
Selamat bertugas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051408 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list