|
Susuk akhirnya ke pawagam
Source: Utusan Malaysia
JOYAH pasti peminat filem tempatan yang tahu mengenai filem ini seronok mendengar perkhabaran yang menggembirakan ini.
Iyalah... Dah dua tiga tahun terperap. Ada yang lupa tapi masih ramai yang ingat tentangnya. Joyah dengar, filem itu terperap bukan sahaja kerana masalah penapisan tetapi juga masalah dalaman.
Juga kerana kerja-kerja CGI yang khabarnya bukan sahaja memakan masa malah juga menelan belanja yang mahal.
Paling teruja nak tengok Susuk, tentulah member Joyah, si Papa Gosip tu sebab idolanya berlakon. Siapa lagi kalau bukan Ida Nerina.
Joyah dikhabarkan begitu meletup-letup lakonan si Ida dalam Susuk. Ada yang dah tengok treler filem itu pun mengakui, filem itu mampu menarik khalayak.
Khabarnya trelernya sahaja sudah menyeramkan. Sudah tentu filemnya pun begitu. Joyah harap sangatlah begitu. Jangan pulak sebaliknya.
Cuma member Joyah yang seorang lagi - yang bertubuh gebu dengan kulit putih mulusnya |
|