CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kyas

Quran Syiah

[Copy link]
Post time 18-11-2006 02:46 AM | Show all posts
Originally posted by yahya at 16-11-2006 09:27 PM


Pertamanya selamat berjumpa kembali, keduanya mayat muhammad bin abu bakar bukan disumbat dari mulut keldai tapi perut keldai di sembelih kemudian disumbat mayatnya lalu dibakar.

Saya ambil  ...



Selamat berjumpa kembali... semoga saudara sihat sejahtera...

riwayat yg dibawa oleh golongan Syiah... itulah yg jelasnya untuk memahami cerita tersebut...so kalau dibaca sejarah-sejarah dan riwayat yg dibawa oleh golongan syiah nie.. mmg sahabat-sahabat merupakan gololngan yg jahjat sgt lah.. itulah yg diwar-warkan oleh golongan syiah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2006 07:33 AM | Show all posts
Takkan sahabat-sahabat yang dididik oleh Rasululah yang jahat? Mereka hidup bersama sezaman dengan Rasululah. Menerima kepimpinan dan tarbiah secara langsung dari Rasululah.

Tak tahu ler kot2 penulis Syiah tu yang jahat? Mereka hidup pun pada zaman selepas kewafatan Rasululah.  Siapa yang mengajarnyer? Hawa Nafsu ker atau Setan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 08:15 AM | Show all posts
rasanya penulis nahjul balaghah tiada siapa nak kata dia sunni atau syiah.  tapi ramai yang kata dia muktazilah.  yang pastinya, syiah gunakan kitab nahjul balghah sebagai bahan utk kritik sunni.  sementara sunni juga guna kitab nahjul balghah utk kritik syiah.  kesimpulannya, nahjul balghah ni guna utk hentam orang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 01:02 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 18-11-2006 08:15 AM
rasanya penulis nahjul balaghah tiada siapa nak kata dia sunni atau syiah.  tapi ramai yang kata dia muktazilah.  yang pastinya, syiah gunakan kitab nahjul balghah sebagai bahan utk kritik sunni.   ...


Sedikit info tentang Nahj al-Balaghah:

Ramai menyangka buku Nahjul Balaghah buku Syiah; tidak boleh digunakan dalam hal akidah dan sebagainya. Untuk pengetahuan, buku Nahj al-Balaghah yang disusun oleh Syarif Radhi itu adalah 搒urat menyurat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 01:13 AM | Show all posts
Berkenaan dengan Quran Syiah:

Ramai mempercayai bahawa Syiah Imamiah memiliki/mengguna al-Quran mereka sendiri, bukan al-Quran yang ada di hadapan kita Ahli Sunnah. Kita membuktikan hujah kepada 'suatu ucapan', yang berbunyi "Quran yang ada sekarang itu adalah ibarat terjemahan sahaja bukan yang sebenar".

Membicarakan soal Al-Quran akan membabitkan teologi yang mendalam, kerana ada di kalangan ulama ilmu-kalam menyatakan al-Quran ini adalah "terjemahan" daripada al-Quran yang wujud di Lauh Mahfuz ke dalam bahasa Arab.

Begitu juga setengah mereka berpendapat kitab Taurat yang  diturunkan  kepada  Nabi Musa (a.s) untuk umatnya dalam bahasa Ibrani, juga "terjemahan" dari Lauh Mahfuz. Di samping itu ada yang berpendapat Quran yang ada sekarang adalah baru (Hadish) bukan Qadim. Dan apa yang Qadim ialah Quran di Lauh Mahfuz. Ada yang berpendapat Quran yang ada sekarang adalah Qadim (lihat al-Ibanah, oleh al-Asyari, Tafsir al-Tabari, Mutasyabih al-Quran oleh Abd al-Jabar).

Terjemahan dari al-Kafi, II, 663, bab Fadl al-Quran:

Dari Salim Salmah dia berkata: Seorang lelaki membaca (al-Quran) di hadapan Abi Abdillah (a.s) dan aku sedang mendengar beberapa huruf daripada al-Quran (hurufan min al-Quran) tidak sebagaimana apa yang dibaca oleh orang ramai (Laisa ala ma yaqra uhum-Nas), maka Abu Abdullah a.s. berkata; Cukuplah/berhentilah dari bacaan ini (hadhihi l-Qirah). Bacalah sebagaimana orang ramai membacanya, sehingga datangnya al-Qaim (Imam al-Mahdi) apabila al-Qaim a.s. datang nanti, beliau akan membaca kitab Allah Azza Wajalla satu persatu dan mengeluarkan al-Mushaf yang ditulis oleh Ali a.s. Dan Ali telah menunjukkannya kepada orang ramai (an-Nas) manakala beliau selesai menulisnya. Maka dia berkata kepada mereka: Ini adalah kitab Allah Azza Wajalla sebagaimana telah diturunkannya oleh Allah kepada Nabi Muhammad (s.a.w) dan aku telah menghimpunkannya dari Lauh. Maka mereka berkata: Inikah dia musyaf yang meliputi al-Quran (Mushaf Jami Fihil-Quran) yang mana kita tidak perlu kepada musyaf yang lain. Maka dia (Ali a.s.) berkata: Demi Tuhan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 01:19 AM | Show all posts
Kita berpendapat musyaf yang lain daripada musyaf Uthman adalah tidak sah, akan merosakkan akidah dan sebagainya. Tetapi sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) dan ulama salaf tidak mempercayai begitu. Dan "Pembakaran" yang dilakukan oleh Uthman r.a. itu adalah untuk mengelakkan khilaf mengenai huruf-huruf dan bacaannya. Meskipun begitu masih wujud khilaf itu di kalangan Sahabat Nabi (s.a.w). Dan khilaf di segi bacaan (qiraat) di kalangan Sahabat itu tidak akan merosakkan akidah mereka. Misalnya Saidina Ali, Ibn Masud dan Ubayy membaca surah al-Isra': 23 sebagai Wa-wassa bukan Wa-qada (Suyuti, al-Itqan Fi Ulum al-Quran, jilid II, Cairo, 1935, hal. 184).

Ummul-Muknimin Aisyah r.a. membaca Surah al-Maidah: 69, Sabi'in bukan Sabi'un sebagaimana tercatat dalam musyaf Uthman (Quran Sekarang) Farra', Ma'ani al-Quran Cairo, 1955, Jilid I, hal. 106). Saidina Umar r.a. membaca Surah al-Fatihah: 7, Sirata man an'amta alaihim ghairah l-maghdubi alaihim, wa ghaira d-dalin, berlainan dari apa yang tertulis dalam musyaf Uthman. (Sajistani, (w. 316 H) Kitab al-Masahif, Cairo, 1936, hal. 51).

Imam Jafar as-Sadiq a.s. membaca Surah al-Ma'idah: 6, min al-Ka'bain (dari siku), bukan ila l-ka bain (kepada siku). (At-Tusi, Tahdhib al-Ahkum, Najab, 1942, bab Wudu). Sebab itulah Syiah Imamiah membasuh tangan dalam wuduk bermula daripada siku bukan daripada jari sebagaimana kita lakukan. Begitu juga ada khilaf dalam susunan surah-surah. Misalnya Ubay menyusun Surah an-Nisa selepas Surah al-Fatihah (Tafsir Qurtubi, Cairo, 1957, hal. 20). Walau bagaimanapun ia tidaklah mencacat al-Quran itu sendiri.

Wallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2006 09:46 PM | Show all posts
Originally posted by vato at 15-11-2006 23:49


Apa ler...kejap lompat sana, kejap lompat sini...discussion tak consistent.
Hmmm..ada hujah lain ker?? :nyorok:

Maaflah...
Buat masa sekarang agak sibuk dengan "kerja2" yang mendatang.....
Jika sempat pun hanya untuk mencelah sahaja....;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 09:07 AM | Show all posts
[quote]Sedikit info tentang Nahj al-Balaghah:

Ramai menyangka buku Nahjul Balaghah buku Syiah; tidak boleh digunakan dalam hal akidah dan sebagainya. Untuk pengetahuan, buku Nahj al-Balaghah yang disusun oleh Syarif Radhi itu adalah 搒urat menyurat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2006 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 20-11-2006 09:07 AM


Menarik berkenaan kitab Najhul Balaghah.  Kalau ia berkenaan surat-menyurat S. Ali, tentu cerita berkenaan Muawiyah membunuh Muhammad Abu Bakar tu bukan dari Najhul Balaghah.  Rujukan Yahya jug ...


Saudara Ibnur sudah khadam Kitab Nahjul Balaghah?

Soalannya, adakah kisah trersebut benar-benar bersumber Najhul Balaghah?


Belum pasti, masih mencari sumber yang Shoheh..

Berkenaan Muawiyah, ahmadi ada sebut berkenaan para sahabat yg dimuliakan dlm Al-Quran.  Persoalannya, adakah Muawiyah tersenarai dlm para sahabat yg dimaksudkan ayat quran berkenaan?  Maksud saya ialah, Muawiyah ni dah masuk islam ke masa turunnya ayat berkenaan?


Bagaimana pula ayat Quran yang menyebut tentang golongan Muhajirin dan Anshar yang munafik? Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah swt sebagai golongan munafik? Bukankah Muhajirin dan Anshar mojoritinya sahabat Rasulullah saw? Yang pasti persoalan ini tidak akan terjawap sampai kiamat...dan saya rasa thread ni dah tersasar dari tajuknya. Wal'afu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 03:48 PM | Show all posts
Saudara Ibnur sudah khadam Kitab Nahjul Balaghah?


Apa nak di katamkan, kitab pun saya tak ada.
Sebab yahya kata kitab tu mengandungi surat menyurat S.Ali.  Macamana boleh terdapat cerita Muawiyah membunuh Muhammad Abu Bakar?  Melainkan peristiwa pembunuhan tu berlaku semasa zaman S. Ali menjadi khalifah.  Kalau begitu, kenapa tak S.Ali tak hukum Muawiyah?  Kesimpulan yg boleh saya buat, kisah pembunuhan tu berlaku selepas waftanya S. Ali tapi bukan dari kitab Najhul Balaghah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 04:15 PM | Show all posts
Kitab NB adalah himpunan surat-menyurat, khutbah serta nasihat Imam Ali ra semasa era pemerintahan beliau. Hanya setakat ini shj info yang mampu saya perolehi. Dan persoalan yang lain-lain tu, saya serahkan kepada mereka yang tahu. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 18-11-2006 02:37 AM



anda terlalu 'beriman' pada kitab-kitab sejarah yg ditulis manusia....yg ditulis pada zaman kebangkitan Bani Abbas... berhati-hati.... cuba melihat dan menilai sejarah menurut neraca al-quran ...


Anda juga bebas untuk memilih mana-mana kitab yang anda yakini namun jika sikap prejudis begini yang anda tunjukkan maka tidak heranlah anda akan memilih kebenaran mengikut hawa nafsu yang terlebih awal membuat hukum sendiri. Jika takut untuk menerima kebenaran sejarah yang terjadi maka elok sajalah anda  membaca kitab-kitab seperti hayatus-Sahabah Tabligh serta tak perlulah melibatkan diri dalam dialog-dialog yang memanaskan. Disana ia kan menceritakan seolah-olah semua sahabat itu maksum dan pasti akan mengikut selera anda.

Oh ya ...satu lagi jangan lupa membuang semua kitab-kitab Al-Maududi dan Syed Qutb yang menjadi teks usrah sahabat kita. Mreka ini pun menulis sejarah juga dan membuat penilaian yang kritis terhadap golongan-golongan sahabat yang mungkin terlepas pandang oleh Naqib dulu.


[ Last edited by  Gravedigger at 24-11-2006 12:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 20-11-2006 09:07 AM

Berkenaan Muawiyah, ahmadi ada sebut berkenaan para sahabat yg dimuliakan dlm Al-Quran.  Persoalannya, adakah Muawiyah tersenarai dlm para sahabat yg dimaksudkan ayat quran berkenaan?  Maksud saya ialah, Muawiyah ni dah masuk islam ke masa turunnya ayat berkenaan?




Persoalan yang dikemukakan ini oleh tuan mod kiter ini...tidak kah sahabat Ahmadi_bangi mahu menghuraikannya sedikit??
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 21-11-2006 03:48 PM
Apa nak di katamkan, kitab pun saya tak ada.
Sebab yahya kata kitab tu mengandungi surat menyurat S.Ali.  Macamana boleh terdapat cerita Muawiyah membunuh Muhammad Abu Bakar?  Melainkan peristiwa pembunuhan tu berlaku semasa zaman S. Ali menjadi khalifah.  Kalau begitu, kenapa tak S.Ali tak hukum Muawiyah?  Kesimpulan yg boleh saya buat, kisah pembunuhan tu berlaku selepas waftanya S. Ali tapi bukan dari kitab Najhul Balaghah.


Pembunuhan Muhammad Abu Bakar memang tiada dalam Nahjul-Balaghah melainkan khutbah Imam Ali tentang peristiwa pembunuhan Usman.

" Seandainya aku yang menyuruh pembunuhan atas dirinya, berarti aku pembunuhnya. Namun kalau aku mencegah orang membunuhnya, berarti aku penolongnya. keadaannya begini: orang yang menolongnya, maka sekarang tak mungkin dia mengatakan bahawa dirinya lebih baik dibandingkan orang yang meninggalkan dia, sementara orang yang meninggalkan dia tak mungkin mengatakan bahawa dia lebih baik daripada orang yang menolongnya.
Aku kemukan pada kalian fakta kebenarannya. Dia merampas harta dan melakukannya dengan cara tidak bermoral. Kalian memprotes itu dan berlebihan. Allah lah yang memutuskan dengan benar antara si perampas dan si pemprotes"
Khutbah 30...Nahjul-Balaghah oleh Sayid Syarif Radhi.

Nak citer sikit lagi....pembunuhan Muhammad Abu Bakar itu terjadi semasa Imam ali as menjadi Khalifah dan masih hidup. Muhammad Abu bakar adalah dilantik menjadi Gabenur di Mesir dan waktu itu keadaan masih tegang dengan permusuhan antara Muawiyah dengan Imam Ali. Sungguhpun perang Siffin telah mengendur akibat peristiwa Tahkim dan penipuan yang dilakukan oleh Muawiyah namun masih berlaku pertempuran kecil antara kedua-dua pihak termasuk puak Khawarij yang menjadi musuh baru kepada Imam Ali as.
Diwaktu inilah Muawiyah telah mengutuskan Amr bin Al Ash untuk memerangi kedudukan Muhammad Abu Bakar di Mesir lantaran dendamnya yang masih membara menuntut bela atas kematian Usman (bukan Muhammad Abu bakar yang membunuh Usman). Muhammad Abu Bakar telah meminta bantuan  dari Imam Ali yang berada di kufah namun beliau tidak sempat mengumpulkan tentera-tenteranya apabila Muhammad Abu Bakar dikalahkan dan disembelih oleh golongan-golongan Laknatullah tersebut. Kekecewaan dan kesedihan jelas tergambar dalam khutbahnya selepas peristiwa tersebut,

" Mesir sekarang telah ditakluk oleh orang-orang derhaka dan pemimpin zalim lagi bathil. Mereka itu ialah orang yang selama ini berusaha membendung jalan menuju kebenaran Allah, dan orang-orang yang hendak menyelewengkan agama Islam.Muhammad Abu Bakar telah gugur sebagai pahlawan syahid. semoga Allah melimpahkan rahmat kepadanya. Perhitungan tentang kematian itu kita serahkan kepada Allah"

"Demi Allah", kata Imam Ali ra selanjutnya," sebagaimana ku ketahui ia memang seorang yang penuh tawakkal kepada Allah dan rela menerima takdir Illahi. Ia telah membuat untuk memperolehi pahala. Ia seorang yang sangat benci kepada segala bentuk kedurhakaan dan sangat mencintai jalan hidup orang-orang beriman..........

Tidak lama selepas itu Imam ali pula telah syahid di bunuh oleh Ibnu Muljam pada waktu subuh 17 ramadhan tahun 40 Hijriah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 02:42 PM | Show all posts
Pandai betul menulis cerita-cerita sejarah nie. Macam na pulak sahabat-sahabat nabi yang dididik dalam kasih sayang boleh bermusuhan seperti ini lak. Ini dongeng syiah yang sengaja di tulis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 28-11-2006 02:42 PM
Pandai betul menulis cerita-cerita sejarah nie. Macam na pulak sahabat-sahabat nabi yang dididik dalam kasih sayang boleh bermusuhan seperti ini lak. Ini dongeng syiah yang sengaja di tulis.


Kalau ada cerita2 sejarah versi lain...ceritakanlah. Mari kita pertimbangkan sama-sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2006 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 28-11-2006 01:42 PM
Pandai betul menulis cerita-cerita sejarah nie. Macam na pulak sahabat-sahabat nabi yang dididik dalam kasih sayang boleh bermusuhan seperti ini lak. Ini dongeng syiah yang sengaja di tulis.


Memang sah karakter sama dengan nama...:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 18-10-2006 12:17
Cuba kita lihat dari sejarah pengumpulan alquran itu sendiri. Di bawah ini sebuah rencana ringkas bersumberkan dari sunni yang boleh di renungkan.


Fasa pengumpulan kandungan-kandungan al-Qur'a ...


Setau ana pengumpulan Al Quran ini sudah menjadi ijma' para sahabat, dan ijma' para sahabat itu ma'sum. Dan semua sahabat Nabi shalallahu alaihi wasallam itu orang-orang yang paling takut kepada Allah dan mereka adalah generasi terbaik Islam sebagaimana yang telah di jelaskandalam hadith Nabi.
Dan perihal Quran syiah ini adalah benar adanya. MEmang wujudnye quran mereka itu sama, tapi i'tiqad mereka meyakini bahwa quran kite nii tidak asli dan telah di rubah oleh para sahabat. Dan lalu mereka mengkafirkan para sahabat. Para ulama -seperti Ibnu Hazm, ulama andalusia- telah  mengeluarkan orang-orang syiah ini dari rombongan orang-orang Islam.
Dan jike ada yang membela pemahaman syiah nii, maka patut di curigai ini adalah orang syiah, dan mungkin mereka sedan bertaqiyyah. Atau mereka orang-orang yang termakan kitab-kitab syiah. Sesungguhnya revolusi Iran itu adalah revolusi Syiah juge dalam membunuhi orang-orang sunni. Laknatullah atas mereka. Untuk lebih jelasnye tentang orang syiah nii silakan meruju ke kitab ulama kita yang salih, yakni syaikh IHSAN ILAHI DHAHIR. Beliau ulama ASWJ yang mati di bom oleh orang syiah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 13-12-2006 05:58 PM


Setau ana pengumpulan Al Quran ini sudah menjadi ijma' para sahabat, dan ijma' para sahabat itu ma'sum. Dan semua sahabat Nabi shalallahu alaihi wasallam itu orang-orang yang paling takut kepad ...


Waduh..waduh, dikatakan para sahabat itu jumlahnya mencapai 124,000 orang malah lebihin. Bila masa ya para sahabat itu ada melakukan ijmak?? Yang kita teliti sejarah versi ASWJ mengatakan bahawa Usman lah yang mengumpul mashaf al-quran lalu ditetapkanlah oleh nya bahawa itu saja yang asli sedangkan semua mashaf-mashaf sahabat yang lain di bakarin. Lalu Usman mengirimi mushaf yang di kumpulinnya itu diserata tempat yang dijajahin nya lalu mengeluarkan perintah supaya patuh pada quran itu saja. Apa ini sih??

Tentang quran syiah pulak...baik saja lho rujuk balik pada post Yahya sebelum ini. Mungkin lho akan mengereti apa yang dimaksudkan dengan ertikata quran. Mungkin seperti wahabi yang lurus bendul, lho akan memahami ertikata quran cuma dari sudut harfiahnya saja tanpa ada pengertian2 ilmiah yang lain disebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 06:32 PM | Show all posts
Enggak apa...gue salin dan tampal semula pos sebelum ini...

Berkenaan dengan Quran Syiah:

Ramai mempercayai bahawa Syiah Imamiah memiliki/mengguna al-Quran mereka sendiri, bukan al-Quran yang ada di hadapan kita Ahli Sunnah. Kita membuktikan hujah kepada 'suatu ucapan', yang berbunyi "Quran yang ada sekarang itu adalah ibarat terjemahan sahaja bukan yang sebenar".

Membicarakan soal Al-Quran akan membabitkan teologi yang mendalam, kerana ada di kalangan ulama ilmu-kalam menyatakan al-Quran ini adalah "terjemahan" daripada al-Quran yang wujud di Lauh Mahfuz ke dalam bahasa Arab.

Begitu juga setengah mereka berpendapat kitab Taurat yang  diturunkan  kepada  Nabi Musa (a.s) untuk umatnya dalam bahasa Ibrani, juga "terjemahan" dari Lauh Mahfuz. Di samping itu ada yang berpendapat Quran yang ada sekarang adalah baru (Hadish) bukan Qadim. Dan apa yang Qadim ialah Quran di Lauh Mahfuz. Ada yang berpendapat Quran yang ada sekarang adalah Qadim (lihat al-Ibanah, oleh al-Asyari, Tafsir al-Tabari, Mutasyabih al-Quran oleh Abd al-Jabar).

Maaf ya Pak yahya kerana nyalin in tanpa kebenaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.076059 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list