|
Resepi Camping
Sy suka camping. Tiap-tiap minggu camping :2cool:. Sy ada a few resepi camping yg selalu masak.
Roti Pintal
1 kg tepung gandum
1 pkt mauripan
1/2 gelas gula pasir
sedkit butter, susu segar
Cara :
1. Mauripan dan gula dicampurkan sehingga naik.
2.Buat lubang dalam tepung, masukkan mauripan dan susu segar, Gaul hingga jadi doh macam nak buat roti. Simpan sehingga jadi double size. Uli lagi sekali.
3.Ambil buluh/kayu yg dibersihkan. Uli doh nipis-nipis dan panjang-panjang. Lilitkan pada kayu/buluh tu.
4.Bakar pada bara api campfire / arang BBQ. Bila dah masak, sapukan butter dan taburkan gula.
Cucur Nasi (selalunya jadi menu utk sarapan hari akhir)
Tepung gandum
Nasi lebihan dinner
Bawang, ikan bilis dan apa-apa sayur lebihan - kobis, tomato, sawi ..
sedikit garam, sedikit gula
Air secukupnya
Cara :
1. Campurkan tepung, garam, gula dan air macam biasa nak buar cucur ikan bilis
2. Masukkan lebihan nasi dan ikan bilis
3. Biarkan sekejap. ( Batter akan naik sikit dan ada bubles)
4. Masukkan ikan bilis dan sayuran lain
5. Goreng
Kami masak balance meal jugak walaupun bercamping. Tak de nya makan maggi jer |
|