CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: si bulat

anak luar nikah dibinkan bapa?

[Copy link]
Post time 8-2-2007 02:34 PM | Show all posts

Reply #66 sweethonesty's post

hmmmm.....

kalau anak tu ada ibubapa yang diketahui..kenalah letak nama ibubapanya yang asal
kalau tidak diketahui asal usul, lebih baik letak nama Abdullah
kalau letak nama sebagai penjaganyanya sahaja tak ada masalah asalkan kita tidak keliru suatu hari nanti bahawa kita menganggap anak itu anak kandung keluarga angkat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 04:51 PM | Show all posts

Nak habiskan...

Baiklah, untuk menamatkan post saya disini saya nak cepatkan penerangan, saya agak sibuk sebelum ini dengan urusan sekolah tak sempat berfikir panjang....

sebelum ini saya ada terangkan hukum berkaitan dengan artikel daisy71 dan hukum berkaitan dengan artikel saya.permudahkan saya katakan...dalam artikel Daisy hukum pertama dan dalam artikel saya hukum kedua.

Hukum 6 bulan(berlainan pandangan)

1)hukum pertama:  artikel daisy71... jika lahir lepas 6 bulan selepas kahwin dianggap anak sah taraf dan bukan anak zina.kalau sebelum 6 bulan dianggap anak tak sah taraf iaitu anak hasil perzinaan.

2)Hukum kedua:artikel gastrick...jika diketahui si ibu mengandung sebelum perkahwinan atau disebabkan mana-mana perkahwinan anak tersebut dikira anak tak sah taraf. maka walaupun sudah dilahirkan lepas 6 bulan berkahwin anak tersebut bukan anak sah taraf tapi masih boleh dibinkan nama dengan ayah kandung(biologinya). hukum 6 bulan cuma untuk ibubapa yang benar2 mengandungkan anak selama 6 bulan atau lebih tetapi belum cukup 9 bulan.


masih ada dua hukum saya ingin kongsikan iaitu

3) hukum ketiga: sama macam hukum kedua tetapi tiada toleransi pada hukum membinkan nama anak tersebut dengan ayah kandungnya(biology) ..maksudnya hukum 6 bulan tiada beri sebarang kesan atas status anak tersebut. dan seperti hukum kedua ia memberi keutamaan kepada ibubapa yang sememangnya hanya mengangdungkan selama 6 bulan atau lebih tetapi tidak cukup 9 bulan. yang ini popular....sebab itu kita boleh dengar orang-orang agama sering berkata anak luar nikah tak boleh dibinkan dengan bapanya(biology) walaupun sudah berkahwin dengan ibu anak tersebut walaupun si bapa itu penyebabnya.

maaflah sebab ringkas kerana penerangan pandangan hukum ketiga adalah sama dengan hukum kedua cuma sedikit perubahan pada proses membinkan anak tersebut. manakala hukum yang keempat yang saya pelajari adalah berkaitan dengan hukum 6 bulan tetapi tidak sama dan amat berbeza dengan yang lain.

dalam erti kata sebenar.. hukum pada pandangan keempat adalah pandangan yang membatalkan hukum 6 bulan!!!!

4) hukum ke4: hukum pembatalan hukum 6 bulan ....(tapi ni tak popular)
untuk ini boleh refer post #40 thread 2 keranama disitu terdapat penerangan dan saya sertakan 3 surah yang menjadi sumber kukuh hukum 6 bulan.

sepanjang penerangan saya tentang hukum 6 bulan ada sesuatu yang saya boldkan tetapi saya tidak sentuh iaitu ...

Surah Al-Baqarah 2:233

Para ibu hendahlah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. dan kewajipan ayah memberi makan dan minum kepada para ibu dengan cara yang makruf, seseorang itu tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannyanya, janganlah sesaorang ibu menderita kerana anak dan juga seorang ayah kerana anaknya dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyusukan(sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyuaratan, maka tidak ada dosa ke atas keduanya. dan jika kamu ingin anakmu di susukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Pada ayat kedua yang diboldkan warna biru, adalah merujuk kepada toleransi agama tentang tempoh penyusuan dimana tempoh 2 tahun penyusuan yang ditetapkan merupakan bukanlah tempoh tetap yang tidak boleh diubah kerana diberi kelonggaran kepada mereka yang mana ibubapa bersetuju sebulat suara untuk memendekkan tempoh penyusuan tersebut.

Maka disini pemberitahuan bahawa tempoh penyusuan boleh berubah-rubah dimana ibubapa boleh memendekkan tempoh 2 tahun tersebut. maka kita boleh mengira semuala pengiraan yang melibatkan hukum 6 bulan.iaitu..

Penerangan/pembentukkan hokum 6 bulan (recalculation)

Berdasarkan ketiga-tiga surah tersebut (merujuk yang berwarna biru),maka ...

Dengan mengambil perkiraan 30 bulan bagi tempoh penuh untuk mengandung dan menyusu berdasarkan surah Al-Ahqaf 46:15. kemudian Luqman menyatakan pula mengenai tempoh penyusuan lengkap ialah 2 tahun iaitu 24 bulan. dan Al-baqarah menyatakan tempoh penyusuan 2 tahun tapi boleh dipendekkan.

dengan melihat tempoh mengandung secara puratanya hampir atau genap 9 bulan pada kebiasaannya, dan tidak dinyatakan bahawa tempoh mengandung itu boleh berubah2 seperti penyusuan maka tempoh 9 bulan ditetapkan dan bakinya adalah tempoh minimum untuk anak tersebut menyusu!! bukannya tempoh mengandung yang minima.

maka tempoh 2 tahun penyusuan adalah tempoh maksima.....untuk mendapatkan tempoh minima penyusuan pula...

Beri perhatian disini!!匸/color]Maka dengan menolak 30 bulan ( Mengandung + menyusu) dengan 9 bulan (mengandung sahaja) maka bakinya 21 bulan (menyusu tempoh terminima).dimana tempoh 21 bulan merupakan tempoh paling minima untuk seseorang ibu menyusukan anak.....beza cuma 3 bulan je


habis 4 pandangan yang saya pelajari..dari empat ini saya membentuk pandangan dari diri saya sendiri.....lain kali lah yeee...mengenai pandangan saya terhadap hukum 6 bulan ini.....Selamat Tahun Baru cina bagi mereka yang menyambutnya...

Saya..sambut jugak sekadar untuk menziarah, sebab mak angkat saya orang cina... dia selalu ajak pergi bertandang kerumah saudara maranya (besar keluarga dia...taun lepas satu ari tak abis jalan dan itu belum rumah kawan2 dia lagi).




[ Last edited by  GasTrick at 16-2-2007 04:58 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 05:43 PM | Show all posts
Mcm my mom ialah Chinese, atuk amik dia sbg anak angkat. Tapi zaman dolu2... menda2 ni diroang tak kisah sgt.. so till now nama dia bin atok saya sedangkan atok ialah bapa angkat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 11:38 AM | Show all posts
Tumpang tanya -

1. Kalau anak perempuan kena pakai wali hakim juga boleh minta adik beradik siibu utk jadi wali.

Betul kan?

2. Kalau si A & si B berzina - si B mengadung dan berkahwin dgn si C pada usia kandungan si B 2 bulan lebih. 7 bulan selepas pernikahan dgn si A, si B bersalin dan anak mereka dibin kan dg nama si C.

Apa hukumnya?

Terimakasih

DARSITA Super Moderator 07-2-16 19:30 GasTrick Credits +15  anak luar nikah ...  
DARSITA Super Moderator 07-2-16 19:30 GasTrick Credits +30 anak luar nikah ...  
DARSITA Super Moderator 07-2-16 19:25 GasTrick Credits +30  anak luar nikah ...  
DARSITA Super Moderator 07-2-16 19:22 daisy71 Credits +15  anak luar nikah ...  
DARSITA Super Moderator 07-2-16 19:22 daisy71 Credits +30  anak luar nikah ...  
DARSITA Super Moderator 07-2-16 19:20 daisy71 Credits +30  anak luar nikah ... Thanks for the information  
[saiz]
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 02:37 PM | Show all posts
pernah dengar ada ustaz beritau bila berkahwin dgn perempuan yg mengandung ,pasangan tu tak boleh bersama sehingga dia bersalin.
Betulke pendpt tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 02:40 PM | Show all posts

Reply #67 mix_chinese's post

happen to family too,my mom dulu anak angkat n berbintikan ayah angkatnya.Now my mom 70s tak kan nak tukarkan nama dia kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2007 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by sweethonesty at 8-2-2007 01:07 PM
nde..sweethonesty ade mmber yg amik anak angkat mcm nde gak...jd nak tanya nde nie,nnti dlm surat beranak (bile dah 2 tahun) kat ruangan nama ibu dan ayah tu kita boleh letak nama ibu & ayah  ...


ada kawan ambil anak angkat after 2 yrs mereka tukarkan bin dlm surat beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by Nek_Fiona at 17-2-2007 02:37 PM
pernah dengar ada ustaz beritau bila berkahwin dgn perempuan yg mengandung ,pasangan tu tak boleh bersama sehingga dia bersalin.
Betulke pendpt tu?


Ada perbezaan pendapat tentang ni. Ada saya letakkan sedikir perbezaan pendapat dalam thread yang ni :

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=171617&extra=page%3D1&page=5

Lihat post saya nombor #123
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2007 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 17-2-2007 11:38 AM
Tumpang tanya -

1. Kalau anak perempuan kena pakai wali hakim juga boleh minta adik beradik siibu utk jadi wali.

Betul kan?

2. 2. Kalau si A & si B berzina - si B mengadung dan berkahwin dgn siC pada usia kandungan si B 2 bulan lebih. 7 bulan selepas pernikahandgn si A, si B bersalin dan anak mereka dibin kan dg nama si C.


This is where the 6 months ruling can be manipulated by certain people. This is where we have to be very careful.

Apabila dikatakan tentang 6 months ruling, adalah untuk menyatakan bahawa usia minima kandungan adalah 6 bulan, jadi sekiranya seseorang anak itu lahir selepas 6 bulan perkahwinan, tetapi belum mencukupi 9 bulan usia perkahwinan, janganlah sewenang-wenangnya orang keliling menjatuhkan hukuman zina terhadap pasangan tersebut, dan janganlah sewenang-wenangnya mengjatuhkan taraf anak tidak sah taraf kepada anak tersebut. Ini kerana berkemungkinan anak tersebut lahir tidak cukup bulan.

Tetapi ianya bukan bermakna bahawa pasangan yang telahpun berzina dan telahpun mengandung dua bulan sewaktu akad nikah boleh menasabkan anak kepada si suami. BUKAN bermakna perkahwinan 6 bulan tersebut boleh menukarkan bayi dalam kandungan dari hasil luar nikah kepada hasil pernikahan. If they know that child is hasil penzinaan, they should know what is rightful to be done, after all, God knows when the child is created. Anak tersebut, masih anak hasil penzinaan.

Banyak perbahasan dilakukan pada zaman teknologi berkembang seperti sekarang, terutama di negara-negara yang menggunakan hukum hudud dalam hal penzinaan ini. Oleh kerana teknologi sekarang memungkinkan usia kandungan ditentukan, lalu lahir perbahasan tentang melangkaui 6 months ruling ini. Begitupun ramai antara ulama tidak mahu bergantung kepadanya disebabkan teknologi juga ada the margin of error. Jadi apabila ianya tidak boleh ditentukan 100% accurate, maka ianya tidak boleh diguna pakai dalam penentuan hukum hudud.

[ Last edited by  antiQue at 17-2-2007 05:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 05:08 PM | Show all posts

Reply #67 mix_chinese's post

Assalamualaikum kepada Mix_chinese dan Nek_Fiona

by Mix_chinese : Mcm my mom ialah Chinese, atuk amik dia sbg anak angkat. Tapi zaman dolu2... menda2 ni diroang tak kisah sgt.. so till now nama dia bin atok saya sedangkan atok ialah bapa angkat.


Hm
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 03:24 PM | Show all posts

sambung

Originally posted by DARSITA at 17-2-2007 11:38 AM
Tumpang tanya -

1. Kalau anak perempuan kena pakai wali hakim juga boleh minta adik beradik siibu utk jadi wali.

Betul kan?

2. Kalau si A & si B berzina - si B mengadung dan berkahwin dgn si C pada usia kandungan si B 2 bulan lebih. 7 bulan selepas pernikahan dgn si A, si B bersalin dan anak mereka dibin kan dg nama si C.

Apa hukumnya?


soalan pertama... mari kita rujuk perwalian dari empat mazhab

Mengenai susunan perwalian(harap difahami jelas)匸/color]

Dari Mazhab Hanafi

1)      Bapa
2)      Datuk
3)      Anak lelaki
4)      Saudara lelaki seibu sebapa
5)      Saudara lelaki sebapa
6)      Anak saudara lelaki seibu sebapa
7)      Anak saudara lelaki sebapa
8)      Bapa saudara seibu sebapa
9)      Bapa saudara sebapa
10)  Sepupu seibu sebapa
11)  Sepupu sebapa
12)  Hakim(qadi)

Dari mazhab Maliki

1)      anak lelaki
2)      bapa
3)      saudara lelaki seibu sebapa
4)      saudara lelaki sebapa
5)      anak saudara lelaki seibu sebapa
6)      anak saudara lelaki sebapa
7)      datuk
8)      bapa saudara seibu sebapa
9)      bapa saudara sebapa
10)  sepupu seibu sebapa
11)  sepupu sebapa
12)  hakim(qadi)

Dari Mazhab syafie

1)      Bapa
2)      Datuk
3)      Saudara lelaki seibu sebapa
4)      Saudara lelaki sebapa
5)      Anak saudara seibu sebapa
6)      Anak saudara sebapa
7)      Bapa saudara seibu sebapa
8)      Bapa saudara sebapa
9)      Sepupu seibu sebapa
10)  Sepupu sebapa
11)  Hakim(qadi)

Dari mazhab hambali

1)      Bapa
2)      Datuk
3)      Anak lelaki
4)      Saudara lelaki seibu sebapa
5)      Saudara lelaki sebapa
6)      Anak saudara seibu sebapa
7)      Anak saudara sebapa
8)      Bapa saudara seibu sebapa
9)      Bapa saudara sebapa
10)  Sepupu seibu sebapa
11)  Sepupu sebapa
12)  Hakim(qadi)

itu saja saya boleh berikan setakat ni nanti saya huraikan kalau sempat tapi jika ada yang lainm lebih memahami bolehlah membantu cik Darsita

bagi soalan kedua rasenya link yang Antique berikan adalah sesuai sebagai rujukkan Darsita serta yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 02:52 PM | Show all posts
erm stahu aku..if anak yang dikandung usia sebelum 3 bulan...n bapak tu kawin sebelum tu ngan maknye...
anak tu leh la bin bapak tu..tapi if da lepas kena la bin abdullah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 06:08 PM | Show all posts
nk tanye pendapat mana satu cara buat sijil kelahiran yg betul utk budak2 tak sah taraf ni? pada tahun sebelum2 ini, maklumat bapa yg bertanggungjawab boleh dimasukkan tetapi cuma tidak boleh berbinti / berbinkan bapa tersebut. tiada masalah besar kepada anak tadi bila bersekolah atau urusan2 lain.
kalu merujuk JPN, ada 2 cara shj skg (mengikut peraturan yg baru, bulan julai):

1. anak akan berbinti / berbin kepada abdullah atau mana2 99 nama tuhan. maklumat pada bahagian bapa akan dikosongkan @ 'tiada maklumat'.

@

2. anak boleh dibuat sijil lahir anak angkat, iaitu ibu dan bapa yg bertanggungjawab mengaku sebagai bapa angkat. maklumat sijil lahir angkat lebih lengkap. tetapi anak ini dianggap spt anak angkat la..

ada pihak di JPN menyarankan agar dibuat sijil lahir anak angkat kerana lebih lengkap dan tidak menimbulkan masalah kepada anak tersebut bila berurusan kelak terutamanya bila bersekolah. ibubapa bertanggungjawab menerangkan kpd anak itu kelak. ini kerana cara pertama akan menimbulkan byk persoalan @ anak luar nikah dianggap lebih teruk berbanding anak angkat.

apa pendapat korg, yg mana cara terbaik utk anak ini
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 03:21 PM | Show all posts
kadang kita nk menghukum mak ayah ALN, yg lebih terhukum adalah ALN tu sendiri. kalu mak ayah ALN tu dh insaf xpe la jgk tp ada yg xsedar2 lg.. sebilangannye..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 03:31 PM | Show all posts

Reply #77 jihah's post

aku rase yang kekdah ke2 tu mcm menolong la menutup mana2 yang perlu...dari die menghadapi masalah in future esp yang memerlukan sijil branak ni..at least kalu kat sijil tu tercatat anak angkat..orang tak akan angkat kening..tapi ni terang2 tiada maklumat bapa...sangatlah mengaibkan dia..secara tak langsong die jadik inferiorty complx dan tak yakin ngan diri..kite tak mahu itu tejadik pada generasi2 akan datang...apa pon kita terima la dorang ni dalam masyarakat ..regardless mcm mana kelahirannye...yang lain2 tu biar lah antara ibu bapa dan Allah Taala ...Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 07:27 PM | Show all posts
kita pernah terbaca bahawa anak luar nikah ni dari segi hukum boleh bernikah dgn bapa biologinya tu...betul ke..?

orang sekarang byk ambil mudah perkara membin atau membintikan anak luar nikah..yg penting malu dapat ditutup... kesian anak tu..kalau perempuan masa nak nikah jika tidak diberitahu siapa yg sebenar layak jadi walinya takut mendatangkan masalah sepanjang zuriat keturunannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2007 10:14 AM | Show all posts
ye betul.  anak tidak sah taraf tiada ikatan bapa-anak dgn mana-mana lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 11:15 AM | Show all posts

Reply #81 ibnur's post

ooo tq...keras peringatan dari Allah supaya menjaga zuriat keturunan....sedihnya masih lagi dianggap remeh...zaman ni lebih lagi mencabar...byk sgt godaan...nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 02:16 PM | Show all posts

Reply #80 magnus's post

Assalamualaikum

persoalan saudara menarik minat saya, walaubagaimanapun saya buat ketika ini tidak dapat membantu banyak cuma saya boleh buat huraian ringkas.

mengikut mazhab syafiee, ulama-ulama aliran syafiee sepakat mengatakan boleh berkahwin dengan bapa biology bagi anak luar nikah.

walaubagaimanapun, pendapat ini bukanlah pendapat asal Iman syafiee (kalau tak salah) kerana setahu saya ketika belajar undang-undang keluarga islam di university dalam 4 mazhab... mazhab syafiee sahaja yang tidak memiliki pandangan dalam soal iniu.

beginilah.. tanyalah diri anda semua dalam hati nilainya ikut fitrah nurani manusia. adakah ini cara yang betul??? bapa biology kahwin dengan anak luar nikahnya...bagi saya pula. saya katakan ini tidak betul... mujurlah saya belajar 4 mazhab..mazhab lain ada menerangkan tentang pengharaman bapa biology mengahwini anak luar nikahnya.tak salah saya dalam hukum persemendaan.

buku rujukkan sesuai yang boleh saudara-saudari rujukkan ialah buku undang2 keluarga islam atau ambil sendiri kursus undang-undang keluarga islam dengan pensyarah Mohd Fauzi ...lupee..lah nama penuh dia. dia merupakan pensyarah university UPM. dan bukunya boleh dibeli dari pusat penerbitan UPM dekat perpustakaan UPM.

bacalah dan nilai sendiri... saya ada penerangan penuh mengenai pengharaman tersebut. tapi maafkan saya buat masa sekarang saya tidak memiliki masa untuk meringkaskan dan mengeditnya supaya ia tak meleret sangat.

namun ilmu masih boleh diusahakan..... beli je buku tu.. perbincangan hukum dalam 4 mazhab. sangat bagus dan sebab inilah saya mula mengunakan hukum - hukum dari mazhab lain secara serius.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 09:31 AM | Show all posts
Ok saya ada soalan juga..
Macam mana kalau dia berzina dan mengandung anak luar nikah, lalu mereka bernikah selepas kandungan mencecah lapan bulan, biler anak itu lahir (anak lelaki) adakah sah dibinkan pada ayahnya (lelaki yg sama dinikahi ibunya)?:cf:

Ada plak hukum mengatakan selepas habis pantang bersalin, diwajibkan bernikah sekali lagi. Tolong jawab kemusykilan ini..

Tima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.092812 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list