CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thamrong

Tabiat Judi dan raja-raja Melayu

[Copy link]
Post time 16-3-2007 07:40 PM | Show all posts
ff:

Undang sg ujong dikatekan direct sescendants of Sultan Johor, Sultan Abdul jalil III ibni Sultan Alaudin raiyat Shah III, tp berape ramai yg tau? cube carik salasilah Sultan Melaka kat internet, cube check kat sultan abdul jalil III, tak tetulis pun seorang anak pun, walhal tahun die memerintah lame.. Kene gelapkan ke sejarah ni?  wallahualam..

[ Last edited by  shidie27 at 16-3-2007 07:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2007 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by shidie27 at 16-3-2007 07:40 PM
ff:

Undang sg ujong dikatekan direct sescendants of Sultan Johor, Sultan Abdul jalil III ibni Sultan Alaudin raiyat Shah III, tp berape ramai yg tau? cube carik salasilah Sultan Melaka kat  ...


Ni kena mengena dgn Bendahara Sekudai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 11:04 PM | Show all posts

Reply #62 hamizao's post

ha hamizao, tau jugak ke? citela skit.. aku ni pun denga2 cite org jer
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by shidie27 at 17-3-2007 11:04 PM
ha hamizao, tau jugak ke? citela skit.. aku ni pun denga2 cite org jer


Waduh..............! Ni kena semak tradisi Rembau, Naning, Sg Ujong dll baru leh faham ...:kunyah: Apa2pun ceritanya BS (Bendahara Sekudai )ni dianggap seorang pembesar yg terkenal pada masa dia.

Ampun ff: sekejap no.....

1. Cerita Rembau:

BS k. a. Batin(Jakun) Sa-ribu Jaya

Salah seorang cucunya, Klana Putra, menjadi Undang Sg Ujong dan seorang lagi Undang Rembau. Seorang lagi menjadi Bendahara Pahang. Semua dari berlainan perut ......lain2 ibu (ada 3 beradik)

2. Cerita Naning:

Seorang anak Sultan Abd Jalil k. Putri Mayang Selida, kemudiannya dikatakan anak Batin Sa-ribu Jaya.

Anak sultan inil kemudian menjadi Bendahara Sri Maharaja Sekudai. Seorang dari anak dia, Nenek Landasan buka Banda Lima di Rahang, Sg Ujong. Batin Sa-ribu Jaya ialah orang yang menebang2 pokok huta (feller).

3. Cerita Sg Ujong (1):

Seorang Sultan Johor k. Puteri Mayang Selida

Seorang dari anak mereka ialah BS tetapi dia menjadi Penghulu Rembau sehingga dia ke Pahang.

4. Cerita Sg Ujong (2):

Seorang Sultan Johor -----> anak perempuan ----> BS

Tetapi BS ini pergi ke Sempang Rembau berjumpa Batin Sa-ribu Jaya dan kemudian ke Sg Ujong. Last dia ke Pahang.

5. Catatan Shellabear

Anak BS, Tun Ahmad k. Tun Puteh, cucu Tun Sri Lanang( Bendahara ke-3 Johor)

6. Dikaji pula dari sejarah Johor pada masa itu circa 15xx - 16xx, tak seorangpun dari anak2 Sultan menjadi Bendahara sehingga selepas kematian Sultan Mahmud pada 1699 bilamana Bendahara menaiki takhta Johor.

Akhir sekali satu cerita lagi meyatakan BS adalah  Tun Jinal, anak kedua Tun Sri Lanang yg juga berkelar Dato' Sekudai .

Demikianlah serba sedikit catatan ttg BS. Apa2 perbezaan mungkin akibat cerita lisan yang dah bertukar selepas  masa berlalu. Walauapapun rasanya ramai mendapati cerita Negori tu tak tepat....Omputehpun percaya yang ketua kaum(Tribal Chiefs) di NS  berasal dari orang2 Minangkabau dari keluarga 2 yg baik dan Undang2 (Territorial Chiefs) adalah berasal dariketurunan atau calon(nominee) Bendahara Melaka (???)

Harap boleh di fahami...........sebab penin skit bila baca ttg diorang ni.

[ Last edited by  hamizao at 30-3-2007 05:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 06:34 PM | Show all posts

Reply #64 hamizao's post

time kasih hamizao sbb berkongsi cerita.
Sy skang ni tgh mengumpul cite2 asalnye luak Sg. ujong dan luak2 yg lain di N9.
Sy telah bertanye ramai org dan mereka setuju mengatakan Bendahara Sekudai dan Batin Sekudai ialah org yg lain. Cerita2 ini diambil dari terombo@tombo lama2.
Sy penah jugak buat kajian siapekah Sultan Johor itu. Dr pendapat saye, Sultan johor yg dikatekan itu adalah Sultan Abdul Jalil III ibni Sultan Alaudin Riayat Syah III berdasarkan tahun pemerintahannye bersesuaian dgn tahun hidupnye Bendahara Sekudai.

Sg. Ujong dan Kelang terletak dibawah kekuasaan Bendahara Sejak dr zaman Kesultanan Melaka lg. Tapi sejarah Sultan Abdul Jalil III ni mcm hilang skit. Walaupun tahun pemerintahan die lame dan macam2 perang berlaku dibawah pemerintahannya, tapi tak penah diceritakan siapakah anaknya.Ini yg pelik skit.
Pada pendapat sy Tun Jenal bukanlah Bendahara Sekudai.

Org putih tak menerima salasilah ini kerana pendapat mereka terombo@tombo ini tidak boleh diterima menjadi satu sumber sejarah dan byk unsur mistik. tetapi, institusi undang2 luak di n9 pula menguna pakai terombo@tombo ini menerangkan salasilah mereka. Siapa2 yg dilantik menjadi undang wajib mempunyai terombo ini didalam simpanan keluarga mereka dan mestilah asli iaitu turun temurun dr zaman dahulu lagi. Terombo ini menjadi satu harta pusaka yg tak ternilai harganye.

Bg pendapat sy, sejarah undang2 luak byk digelapkan kerana  lebih mengutamakan salasilah dan cerita dari Yam Dipertuan Besar N9. Hingga ramai waris2 undang luak di n9 tak sanggup pergi ke Muzium Negeri Sembilan kerana banyaknya cerita tak betul kat sane. Diceritakan ada beberapa keluarga waris yg boleh pergi ke istana Yam Tuan tu dgn selambenye dan Yam Tuan pula perlu turun bersalam dan cium tgn dieorang.

Cerita tentang Bendahara sekudai ni mmg susah nak dpt, sy pun pelik. Kenapa tak diceritakan dlm sejarah melayu seperti sejarah negeri yg lain. yg byk diceritakan hanyalah mengenai Yam Tuan Besar n9. Sy berharap kalo Hamizao mempunyai cerita lagi, blehla tuliskan atau pm kat saye ye.. Sy mmg minat sejarah n9 ni sbb die unik, empat undang satu Yam tuan.. Sorry all, off topic jap
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 02:10 AM | Show all posts
Info Hami berdasarkan A History of Johore oleh R O Winstedt.....ada satu chapter tang nak trace siapa Bendahara Sekudai ni....but you know sejarah Melayu ni .........so kena banyak compare cerita dema. But I think Winsted did a fine job at this.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2007 02:25 PM | Show all posts

Reply #65 shidie27's post

Mungkin kerana Sultan Abdul Jalil tu lari ke Pahang dan mangkat di sana Tanpa anak(?). Mana mungkin Sejarah Johor menceritakannya lagi sebab kesultanan mereka sekarang adalah dari keturunan yang lain.

Hami kurang arif tang terombo@tombo ni. Cerita2 Sg Ujong tupun di tulis pada 1895 & 1908. Kalau benar ada tombo yang asal mengapa berlainan? Adalak cerita yang kononnya BS mempunyai seorang anak perempuan berpayu dara 4 (susu ganda). Semistinyalah dalam kajian sejarah, elimen mistik harus di asingkan.

Mengapa tak banyak cerita  BS? Mungkin sebab asal usul dia ni tak seorangpun boleh tentukan. Pada zaman Sultan Abdul Jalil tu, Tun Sri Lanang adalah Bendahara Johor ke-3 . Dia di ikuti oleh 2 orang anak dia sebagai Bendahara ke-4 (Tun Enum) & ke-5 (Tun Jinal, juga bergelar Dato' Sekudai). "Dagh-Register" menyatakan bahawa semua urusan mengenai orang2 Minangkabau di NS diuruskan oleh Bendahara.

Walau apapun semua cerita NS menyatakan yang BS akhirnya pindah ke Pahang selepas meletakkan cucunya berkuasa di Sg Ujong. Dalam "Dagh-Register" (rekod Dutch) pada Okt 1644 membayangkan yg kedatangannya ke Pahang digeruni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 07:52 PM | Show all posts
Pelik jugak, kalo ade dlm rekod dutch nape tak diberitahu namenye? Cume gelaran sahaja. Kalo tak silap sy, Tun Seri Lanang betugas sbg bendahara semasa S.Alaudin Riayat Syah III iaitu bapa kepada S.Abdul Jalil III. Tun Seri lanang Dan Sultan Alaudian Riayat Syah III meninggal dunia pade tahun dan tempat yg same iaitu 1615 dan di Acheh. S.Abdul Jalil III juge pernah menjadi Sultan Pahang pada 1615. Mungkin sebab ini kedatangan BS ke Pahang digeruni kerana mase tu keturunan Bendahara blum lg menjadi Sultan Pahang.

Identiti BS masih lg samar2 kerana tiada bukti siapakah die ini sebenarnye. Di dalam salasilah Sg. Ujong, hanye dinyatakan anak Sultan Abdul Jalil+Puteri Mayang Selida. Adapun Puteri Mayang Selida ni seorang bunian. Mungkin kerana ia ada unsur mistik, salasilah ini tak diterima didalam sejarah. Penghulu Luak Sg. Ujong yg pertama adalah anaknya Tok Kelambu, bukan cucunya. Saya lihat salasilah Melaka, S.Abdul Jalil III berkahwin dgn tiga org. Isterinya yg kedua tidak dinyatakan namanya.

[ Last edited by  shidie27 at 2-4-2007 07:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2007 12:08 AM | Show all posts

Reply #68 shidie27's post

Benar, Tun Sri Lanang telah menjadi Bendahara semenjak kira2 1586 dan kemudiannya anak2 dia pula ...tak ada Bendahara Sekudai. Hanya certa NS aje yang menyebut2nya.....politik masa itu? Tetapi semua bercanggah......

Mungkin kena semak sejarah Pahang pula??

Cerita Putri Mayang Selida(PMS) ada beberapa versi pula:

1. Cerita Naning

Nenek Bangkong dari Ulu Jelebu pergi memburu dan berjumpa seorang budak perempuan cantik, PMS,di sebuah gua dan dia buat anak angkat. Selepas itu PMS di kenali sebagai anak Batin Sa-ribu Jaya dan berkahwin dengan Chahaya Putra, anak Sultan Abd Jalil yg menjadi Bendahara Sri Maharaja Sekudai. Mereka dapat 7 orang anak. Oops, dah adapun namanya anak Sultan tu!

2. Cerita Sg Ujong

Batin Berchanggai Besi berjumpa seorang budak perempuan, Mayang Selida, di dalam gua. Bila dia besar dia berkahwin dgn seorang Sultan Johor .....naik ke Pantai di Tg Puteri , nama selepas PMS. Anak kedua mereka kononnya BS ...tetapi menjadi Penghulu Rembau sebelum ia ke Pahang.

[ Last edited by  hamizao at 3-4-2007 01:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 01:39 PM | Show all posts

Reply #69 hamizao's post

interesting!

mmg cerita ini byk bercanggah.. cerita PMS juga terdapat di asal usul Kelang kalo tak silap sy. Pada pendapat sy, sg ujong dulu diperintah oleh orang asli jakun dan degn kedatangan Bendahara Sekudai, lalu dilantik menjadi penghulu berdaulat kerana berdarah S. Abdul Jalil III. tp kebenarannye tak diketahui sbb ade pelbagai versi. Dr Rembau pula, mereka percaya yg luak mereka plg lame dan keturunan undang dr luak2 lain dtg dr Rembau. Di dlm salasilah Rembau tidak tercatat bendahara sekudai tp Batin Sekudai. tak dapat dipastikan org yg same atau tidak, tp sy bertanye org Rembau, mereka mengatakan org yg berlainan.

Byk juga cerita di N9 yg kontrversi sperti Raja Melewar yg sebenar bukanlah org minang. Di mati dibunuh di Rembau kerana kezalimannye.

Cerita2 ini sy tak dapat pastikan kebenarannye, hanye mendengar org bercerita.
Thanks Hamizao, ceritalah lagi, getting more interesting bcos sejarah n9 ni tak byk yg diceritakan didalam buku atau pengkaji sejarah pada pandangan sy.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 04:48 PM | Show all posts
Cerita Jempulpun ada..............lagi campur aduk!:hmm:

Dua beradik datang dari Minangkabau........To' Temenggong(TT) dan To' Bendahara(TB). TT buka tanah di Johor. TB mula2 pergi ke Sg Terap (Padang, Sumatra) dan kemudian ke Sekudai. Dia buka tanah dan meninggal di situ . TB mempunyai seorang anak To' Panjang Rambut. Seorang warisnya tinggalkan Sekudai ke Pasir Besar dimada dia membuka tanah di situ. Kemudian keturunan dia pergi ke Johol dan menjadi Undang Johol.

Hmmmm...apa agaknya cerita Johol pula??:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 08:59 PM | Show all posts

Reply #71 hamizao's post

cerita ni tak pernah pulak sy dengar hamizao.. misteri nusantara betullah n9 ni ek?

tambah lagi hamizao, tak kisahla cite pasal ape2 pun janji n9.. tapi kang marah plak MOD.. slah thread ni.. Ko bukakla satu thread baru
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 12:39 AM | Show all posts
I am a bit new here. The place where I live (brunei) in ade cerita begini:

my version (yg aku baca kat buku cerita/skul): sebelum 1393 AD, Brunei merupakan sebuah kerajaan dibawah tanah jajahan majapahit. Setiap tahun, Brunei disuruh menghantar 40 kati kapur barus (or air pinang muda) sebagai ufti kepada majapahit. Pada tahun 1393, seorang betara majapahit (BM) ni datang lah kat brunei. Betara ni datang bawa ayam sabungnyer, Asmara yang undefeated. Lalu, Betara ni buat sabung ayam match dengan Raja Brunei ketika tu, Awang Alak Betatar (AAB) (kemudian pada tahun 1405 memeluk islam ketika mengahwini Puteri Johor/Temasik) pun terima jer tapi AAB pakai Mutiara, ayam sabung anak saudara AAB. pertaruhan untuk perlawanan ni: kalau ayam majapahit menang, majapahit akan kekal memerintah brunei TAPI kalau ayam brunei menang, brunei akan merdeka dari majapahit. Dalam persabungan itu, Asmara, ayam BM telah kalah. Asmara pun terbang melarikan diri, lalu jatuh ke laut berdekatan dengan Pantai Muara dimana ianya menjadi batu dan menjadi sebuah pulau yang dikenali dengan nama Pulau Pilong-Pilongan. BM merasa malu dan murka dengan kekalahan Asmara itu, lalu baginda menyumpah Mutiara menjadi batu. Akibat sumpahan itu, Mutiara yang sedang terbang pada waktu itu kerana gembira denga kemengan nya, telah jatuh ke Sungai Brunei dan menjadi sebuah pulau kecil yang dikenali dengan nama Lumut Lunting. Semenjak itulah Brunei merdeka dari Majapahit dan tak perlulah hantar ufti.

Cerita versi rasmi:Menurut Syair Awang Semaun, ketika Brunei diperintah oleh Awang Alak Betatar, Batara Majapahit yang bernama Raden Angsuka Dewa telah datang ke Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam. Raden Angsuka Dewa mempunyai seekor ayam sabung yang perkasa diberi nama Asmara dan telah banyak mengalahkan ayam sabung dari negeri-negeri yang lain. Mamandangkan di Brunei juga terdapat ayam sabung yang perkasa, dipunyai oleh Awang Senuai iaitu anak saudara Awang Alak Betatar. Ayam tersebut diberi nama Mutiara, maka Ratu Majapahit telah menyatakan kepada Raja Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam.
          Dalam perlawanan itu Betara Majapahit telah membuat pertaruhan iaitu jika ayamnya kalah, baginda akan menyerahkan 40 buah kapal serta isi harta di dalamnya kepada Raja Brunei dan sebaliknya jika ayam Raja Brunei kalah, Raja Brunei hendaklah menyerahkan sebahagian daripada wilayah kekuasaan baginda kepada Majapahit.
         Dalam persabungan itu ayam Ratu Majapahit telah kalah dan terbang melarikan diri, lalu jatuh ke laut berdekatan dengan Pantai Muara dan seterusnya menjadi batu, dikenali dengan nama Pilong-Pilongan. Kekalahan ini menyebabkan Ratu Majahapit merasa malu dan murka lalu menyumpah Mutiara menjadi batu. Akibat sumpahan itu, Mutiara yang sedang terbang telah jatuh ke Sungai Brunei dan menjadi batu yang seakan-akan menjadi sebuah pulau kecil dan dikenali dengan nama Lumut Lunting. Kedua-dua tempat ini, Pulau Pilong-Pilongan dan Lumut Lunting masih kekal dan dapat dilihat sehingga sekarang.

IRONINYA: Menurut cerita orang tua-tua, Lumut Lunting ini dipercayai boleh menjadi satu tanda alamat kepada Negeri Brunei, iaitu sekiranya akan berlaku sesuatu peristiwa yang mendukacitakan menimpa Negeri Brunei, menurut kepercayaan, pulau ini tiba-tiba akan ghaib atau hilang. Menurut cerita lain pula jika Lumut Lunting dilanda banjir, adalah juga dipercayai sebagai petunjuk bahawa sesuatu peristiwa yang mendukacitakan akan berlaku ke atas Negeri Brunei.
Bagaimanapun itu adalah sebagai kepercayaan sahaja semata-mata. Sesungguhnya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Untuk maklumat lanjut: www.history-centre.gov.bn/peristiwa.htm
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 12:09 PM | Show all posts
advance gile korang
aku pun rs sedih dgn raja2 skrg
dh lari dr landasan syiar islam
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 08:40 PM | Show all posts

Reply #73 keep88's post

Terima kasih bawa cerita dari negeri keep88.

Hami dapati hal2 ttg sumpah menyumpah ini suatu idea yang amat digemari dalam cerita2 mitos dan dongeng Melaya atau nusantara. Hami berminat kalau ada sesiapa yang boleh beri sedikit penjelasan...........
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 09:06 AM | Show all posts

Reply #73 keep88's post

First time dengar citer pasal brunei ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 02:28 AM | Show all posts
duit banyak iman kurang......
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 10:49 AM | Show all posts
Reply 40# shidie27

Hang refer yg mana? Kesultanan melaka k kesultanan skrg? Islam da bkembang pesat ms kesultanan melaka, tp hang kena tau camne cara hidup sultan melaka dulu...


Kalo ksultanan skrg, diorg nama jea islam tp mgabaikan Islam ada lah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 01:45 PM | Show all posts
Hahahahaha... Hohoohohoohooo...

"Judi" pulak...

Pelik jugak.. - kalah judi = dikatakan 'menjual harta negara'..

tapi...

klu 'menang' judi = tak cakap ape2 pulak.. tak ke bodo tuu??
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 02:03 PM | Show all posts
Judi = dah terang2 memang haram.. itu dia punye pasal nak tanggung kat sane nanti...

now.. bab "Judi" tu effect kehidupan harian korang ke tidak... tergadai tanah korang ke.. tidak??

Contoh, Test Subject :

Sultan Husin Singapore = suka berjudi... TAPI.. tergadai negeri
Sultan Abu Bakar = anglophile, lebih kurang juga.. TAPI.. tak tergadai negeri

so.. tengok konteks 'influences' dia...

Sultan Hussin = berjudi, tapi tak industrialized and not energetic ruler
Sultan Abu Bakar = 'berjudi' atas percaturan politik = di perjudikan "Kesang" dan "Endau" dan dipertaruhkan "Pulau Tioman".. last2, dia berjaya

AT TURN OF THE CENTURY

Sultan Ibrahim = Kuda2 mcm ; Cambell, Storey etc.. (siap dibikin name jalan lagi) = di gunakan untuk mengalahkan kuda2 Lumba bangsawan British.. sampai dorang pun terkedu.. ;

so??? tergadaikah  negara.. or harta bende korang??

Anyway....

Johore ade 13 kasino sejak 1880's.. and yang paling akhir, ade portfolio "Menteri Judi, Arak dan Candu" yang dimansuhkan pada tahun 1960..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.638233 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list