CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan

[Copy link]
Post time 7-8-2008 12:05 PM | Show all posts
salah la kalau ckp mlayu kt msia ja...aku dah pg brunei jumpa bangsa mlayu kr sana...aku g indon,jumpa mlayu kt sana...

bahsa mmg sikit je beza tp still understandable...so mmg slh la ckp mlayu ni kt msia ja...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-8-2008 04:58 PM | Show all posts

Reply #64 atomicman's post

sedangkan perkataan 'melayu' itu sendiri  berasal dari palembang
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 4-3-2007 17:14
1. Kedudukan negeri trengganu sebagai jiran kepada negeri kelantan...sedikit sebanyak 'pengaliran atau penghijrahan' samada dari segi sosio budaya atau pun integrasi para penduduk tetap berlaku.  ...

1) Kelantan adalah bekas jajahan terengganu jadi pengaruh terengganu lebih byk mengalir ke sana.
2) orang2 terengganu lebih tua dr segi sejarah berbanding dgn orang2 kelantan.
3)Gu kami adalah orang Patani dan bukan orng kelantan.kelantan adalah 'anak saudara' jika dibandingkan dgn kami kerana mereka berketurunan Patani.Sedangkan terengganu dan Patani adalah adik-beradik'.
4)dipantai timur semenanjung, orang2 terengganu berhijrah menggunakan kapal dan kami memang sinonim dgn laut.berhijrah dgn kapal lbh cepat berbanding dgn berjalan kaki,bukan ke begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 08:58 PM | Show all posts
besut bukanlah negeri asingan atau sebahagian dr kelantan seperti yang digembar-gemburkan.ianya adalah suatu pembohongan dan pihak istana kelantan sendiri tidak mempunyai bukti.Besut mmg sebahagian dr terengganu dr awal lagi.istilah negeri asingan sebenarnya merujuk kuasa autonomi yang diberikan oleh sultan terengganu kepada besut seperti mana sultan kedah memberi kuasa autonomi kepada kubang pasu.

sekiranya besut dikatakan sebahagian dr kelantan disebabkan loghat yng dituturkan, maka terengganu juga boleh mengatakan bahawa daerah kuantan dan Pekan timur adalah milik terengganu kerana penduduk di sana bertutur dlm loghat terengganu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 09:22 PM | Show all posts
cmne plak dgn kalo anak dara dok kat tangga..lmbt kawin..klu itu mcm ini..kalo ini mcm itu..

haha..salah tmpat ek..sorry
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by BeachBoys at 7-8-2008 05:05 PM

1) Kelantan adalah bekas jajahan terengganu jadi pengaruh terengganu lebih byk mengalir ke sana.
---maka dgn itu banyaklah org kelantan bercakap dengan sleng tegganu....tetapi heran jugak kenapa orang patani bercakap sama dgn kelantan bukan sama dengan tegganu.....

2) orang2 terengganu lebih tua dr segi sejarah berbanding dgn orang2 kelantan.
----tapi heran jugak terdapat matawang pitis 'al-julusi' yg bertarikh 1178 M yg mana tarikh itu lebih awal dari batu bersurat..

3)Gu kami ada ...

---ggu?? usahlah nak berashobbiah...oghe teganung memang sejak dulu  mcm tu....dia duk begochoh dgn puak kelantan. tapi tak  menang-menang jugok..

Jangan mendabik dada dengan ilmu yg ada...jgn anggap rahsia dlm istana itu betul belaka...ingat...sejarah ditulis oleh pihak yg menang. tetapi tidak semestinya betul. Bacalah sejarah negeri lain bukan negeri gganu jo..jangan duk bawoh tempurung...apa yg adik mentakwil bahawa orang terengganu tu..dari patani...sila kaji siapa org patani tu...keturunan dari mana...apa yg dimaksudkan orang tegganu...adakah segelintir atau keseluruhan berasal dari patani...sila kaji orang tegganu dan kaji kesultanan tegganu...tak sama...dulu tak ada sempadan negeri macam sekarang...

jgn anggap tegganu lebih tua...sebab hakikat sbenar dari jamae dulu hingga lloni Terengganu memang 'adik' kepada Kelantan dalam segenap segi....sila kaji... jgn cepat melatah dgn ilmu yg tohor....sila tulis fakta bukan dakwaan. Fakta adalah senario sebenar apa yg berlaku.

saya tak nak berbahaslah pasal ni..sebab perbahasan itu dah lama dulu sejak memula masuk ke sini...since 2003...cuma jgn mendakwa dakwi....membacalah banyak2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2008 12:19 PM | Show all posts

Reply #69 Lloni's post

aku xsuruh kau percaya pun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 12:21 PM | Show all posts

Reply #69 Lloni's post

sekurang-kurangnya ptolemy dah nyatakan di terengganu ada dua pelabuhan utama iaitu primula dan kole.kenyataan ini dilakukan pada tahun 200 sebelum masehi lagi.pk2 tgk.........
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 9-8-2008 10:59 AM | Show all posts
ada sesetengah pihak yang mengatakan merekalah yang paling hebat tetapi sebenarnya tidak.kehebatan mereka sebenarnya tidak ke mana dan hanya digembar-gemburkan.Aku mewakili orang2 terengganu mintak maaf bebanyak sekiranya aku menyinggung perasaan orang lain.kadang2 kebenaran adalah suatu perkara yang sukar diterima oleh sesetengah pihak

kami orang2 terengganu tidak suka bercakap pasal sejarah terutamanya sejarah mengenai puak kami dan aku rasa, akulah orang terengganu pertama yang bercakap ttg ini di forum.

Tidak enak untuk aku mengatakan ini, tetapi bagi aku Kelantan hanyalah sebahgian dr warisan dan kesinambungan dr Patani.tidak lebih dr itu.tetapi biler aku membuat kenyataan ini, aku mengagak pihak2 lain akan cuba merendah2kan kelantan.

Jika diimbau balik sejarah.Kenapa Patani sanggup menolong terengganu utk menyerang kelantan pada tahun 1795 dan 1800 sehingga membawa penguasaan terengganu ke atas kelantan?sedangkan mereka itu bersaudara ibarat ayah dan anak.

Tidak lain dan tidak bukan kerana orang2 kelantan ingin memisahkan diri dr Patani utk membina identiti sendiri.Jujur aku mengatakan bahawa merekalah puak melayu yang paling suka berpecah-belah dlm negeri sendiri.kewujudan lbh dr satu raja dkm satu tempoh membuktikan perkara ini.

Kami memahami sgt perangai mereka walaupun mereka akan menafikannya.Seringkali menjadi adat kepada sebahagian besar keluarga di terengganu utk mengingatkan perkara ini kepada keturuunan mereka.antara ungkapan yang pernah diucapka kepada aku, "Doksoh layang sangat sek Barat.Biler awok dier cakak,kiter dengo dan jgn kate nape2 pung".(Jangan layan sangat kalau orang Kelantan bercakap,kita dengar dan jangan kata apa2 pun).

Itulah antara sbb kami amat rapat dimana2 pun.Apabila seorang cuba menunjukkan kehebatan mereka,seorang lagi kena diam.

Kenapa Sultan2 kelantan tidak memilih jodoh dr kalangan orang2 kelantan sendiri tetapi lebih suka berkahwin dgn orang2 Patani?pk2 kanlah.

sejarah tetap sejarah dan kita xkkan mampu mengubahnya.Adillah kita dalam soal kebenaran.

[ Last edited by  BeachBoys at 9-8-2008 11:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:38 AM | Show all posts
Apabila aku menulis sesuatu mengenai Kelantan, yang paling memeningkan kepala aku adalah aku akan merasa segan kepada kawan2 aku yang berasal dr kelantan yang mana ada diantara mereka amat baik sekali dr segi pergaulannya dgn aku.mmg btul apa yang telah diberitahu oleh keluarga aku.Jangan layan sgt bila orang kelantan bercakap, dengar dan diam sahaja.usah kata apa-apa lagi selepas itu.........senario ini pernah aku saksikan sendiri semasa tokki aku (datuk) yang berusia hampir 80 tahun sedang bercakap dgn seorang tua dr kelantan...........datuk aku hanya diam dan mengangguk-anggukkan sahaja apa yang diucapkan olehnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 04:42 PM | Show all posts
usahlah nak menegak benang yg basah..bacalah sejarah patani dan fahamkan bahawa kelantan dan patani itu asalnya negeri yg diperintah berasingan walaupun ia adalah berada dalam satu kawasan jajahan dan kemudianya bersatu kerana permintaan patani untuk bergabung dan begitu juga berlaku pertalian saudara mara demi melawan pihak siam yg mengancam.

Ibrahim fikri menulis..

Di antara orang Inggeris yang datang bersama-sama dengan kapal The Globe itu adalah seorang saudagar Inggeris yang bernama Peter William Floris, dia telah menulis berkenaan dengan perjalanan ke Patani itu demikian bunyi:

Pada 31 Julai 1612 Sultan Pahang telah sampai ke Patani, kita telah di jemput juga oleh Raja Perempuan Patani pada 1 Ogos kerana menyaksikan istiadat perkahwinan Sultan itu dengan tuan puteri adinda bongsu kepada baginda. Kita telah diberitahu sebab berlaku perkahwinan itu menyatakan, bila baginda ini hendak mengahwini adinda bongsunya dengan Sultan Pahang itu maka baginda telah menghantar utusannya kepada Sultan Pahang merundingi hal itu, serta mempersila Sultan Pahang melawat ke Patani supaya dapat menyaksikan rupa paras adinda bongsunya. Tetapi Sultan Pahang enggan memenuhi jemputan baginda oleh itu amatlah murkanya baginda kepada Sultan Pahang keran kehendaknya tidak berjaya. Lalu diperintah mengadakan satu angkatan tentera sebanyak 4 ribu orang dan 80 buah perahu pergi ke Pahang kerana hendak mengugut sultan itu supaya sanggup berkahwin denga adindanya bongsunya. Berbetulan pada masa itu negeri Pahang di dalam kesusahan. Melihat kepada angkatan tentera dari Patani yang tersebut itu maka Sultan Pahang pun takutlah negerinya akan binasa lalu sangguplah ia seperti kehendak Raja Perempuan Patani itu dan bila sampai perjanjian dan tempoh maka berangkatlah Sultan Pahang ke Patani dan perkahwinan itu pun dilangsungkan.

Pada 21 Oktober tahun Masehi  1613 kita sekalian telah mengambil keputusan akan kembali ke England lalu masuklah kita mengadap Raja Perempuan mempersembahkan kehendak kita itu, setelah kepada baginda maka Raja Perempuan itu mengurniakan kepada kapten F. Pington sebilah keris kemudian kita pun beredar keluar turun ke kapal The Globe lalu belayar ke Meslipatam dalam India.
          Sekianlah bunyinya tulisan di dalam riwayat perjalanan seorang saudagar Inggeris yang telah datang ke negeri Patani di dalam masa pemerintah baginda Raja Hijau. Segala tulisan itu dapatlah memberi peringatan yang besar sekali merupakan bagaiman kemajuan dan kekuatan kerajaan Melayu Patani pada akhir kurun Masehi yang 16, yang sayugia diperingati oleh orang-orang  Melayu Patani hari ini.
          Adapun adinda bongsu Raja Hijau yang berkahwin dengan Sultan Pahang itu ialah Raja Ungu, sesudah berkahwin kemablilah sultan itu ke Pahang membawa Raja Ungu bersama-sama.
          semenjak itu tetaplah kerajaan Patani di dalam kemajuan dan kemakmuran, seluruh rakyat jelatanya hidup dengan aman dan damai tiada lagi dikacau oleh musuhnya. Setelah kembalinya kapal The Globe ke England maka negeri Patani semakinlah terkenal dikalangan ahli-ahli  perniagaan  Inggeris, kapal-kapal dan ahli-ahli  perniagaan  Inggeris yang lain pun sentiasalah datang berniaga ke Patani.

Masa terus berjalan, hari sentiasa beredar, maka beberapa tahun kemudian baginda Raja Hijau pemerintah kerajaan Patani pun mangkat, baginda ini ini juga yang digelarkan oleh rakyatnya Marhum Temangan iaitu baginda mengambil sempena di atas keberangkatan baginda melihat rakyat jelatanya menggali sungai di Kampung Temangan.
          Dengan kemangkatan baginda ini, maka kaum kerabat di raja dengan pembesar-pembesarnya telah mengambil keputusan melantik adindanya Raja Biru menduduki takhta raja Patani.

          Beberapa tahun kemudian suatu perkhabaran diterima oleh Pahang mengatakan bahawa Sultan Pahang suami Raja Ungu sudah mangkat lalu ditulis seorang pembesarnya ke Pahang menjemput Raja Ungu itu kembali ke Patani. Raja Ungu telah kembali ke Patani dengan membawa seorang puterinya yang beroleh dengan Sultan Pahang puterinya itu diberi namanya, Raja Kuning iaitu kerana kulitnya berwarna putih kuning.

Dalam masa negeri Patani diperintah oleh Raja Biru, sentiasalah datang khabar-khabar angin yang pasti mengatakan, Raja Siam-Thai yang di Kota Ayuthia sedang mengadakan angkatan perang yang besar hendak menyerang negeri Patani. Mendengar khabar-khabar itu Raja Patani itu sentiasalah khuatir dan bimbang kalau betulnya perkhabaran itu. Oleh itu baginda telah mengetahui bahawa orang-orang  Siam-Thai pada zaman di waktu itu bukan lagi seperti orang-orang  Siam-Thai pada zaman menyerang Patani di dalam masa pemerintahan kakandanya Raja Hijau dahulu. Sebabnya kekuatan orang-orang  Siam-Thai telah bertambah-tambah lengkap dan senjata-senjata api seta meriam sudah banyak dibelinya sebaliknya di dalam angkatan perang Patani tidak berapa cukup menggunakan senjata-senjata itu. Harapan akan mendapat bantuan dari orang-orang  asing sudah tipis benar kerana mereka itu banyak yang telah berpindah keluar dan sentaja-senjata api atau meriam-meriam itu sudah tidak ada lagi dijual dalam Patani.

          Dengan kerana melihat bahaya-bahaya yang sebegitu maka baginda Raja Biru telah mulai berunding dengan para menteri dan pembesar-pembesarnya. Kerana akam mengambil suatu persetujuan hendak melengkapkan senjata-senjata itu buat menyelamatkan kemerdekaan negeri Patani dan mengawal segala serangan musuh-musuhnya. baginda telah mencadangkan, hendaklah diperbuat meriam-meriam besar seberapa banyak yang dapat kerana telah diketahui bahawa dengan meriam-meriam yang dijual oleh orang-orang  Eropah itu tidak memadai buat menyelamatkan kemerdekaan negeri Patani dan kedaulatan raja-rajanya.

Beberapa tahun kemudian baginda Raja Biru pun mangkat dan dilantik adindanya Raja Ungu yang menjadi Sultan Pahang menaiki takhta Kerajaan Patani menggantikan kakandanya itu. Tiada beberapa tahun kemudian datanglah utusan dari seorang anak Raja Johor yang memerintah negeri Terengganu yang bergelar yang Dipertuan Muda Johor, maksudnya hendak meminang Raja Kuning anakanda Raja Patani itu. Pinangan anak Raja Johor itu telah diterima oleh Raja Patani dengan penuh sukacitanya. Setelah itu datanglah Yang Dipertua oleh Raja Patani dengan penuh sukacitanya. Setelah itu datanglah Yang Dipertuan Muda Johor itu ke Patani dengan seorang menterinya yang bernama Encik Idris serta dengan tiga ribu rakyatnya dan berpuluh-puluh buah kapal layar kerana perkahwinan itu. Dalam hal itu Raja Patani telah menangguh selama tiga bulan kerana menyediakan kelengkapan perkahwinan itu dan terpaksalah yang Dipertua Muda Johor menunggu di Patani sehingga sampai tempohnya.
          Dalam masa negeri Patani sedang sibuk melengkapkan istiadat perkahwinan agung itu maka Raja Siam-Thai di Kota Ayuthia semakin kuat nafsunya hendak menakluk negeri Patani menjadi hamba abdinya. Oleh itu dalam tahun Masehi  1632 datanglah sebuah angkatan laut Siam-Thai dengan diketui oleh panglimanya Upya-Deca juga dengan maksud hendak menyerang negeri Patani bagi kali yang kedua.
          Tetapi sebelum daripada angkatan tentera Siam-Thai ini menyerang negeri Patani, maka Raja Siam-Thai telah membuat perhubungan dengan kompeni Belanda yang berpusat di Betawi (Jakarta) meminta bantuan di dalam serangan. Kompeni Belanda itu telah sanggup menghantar dua buah kelengkapan serta alat senjata membantu orang-orang  Siam-Thai itu, tetapi bila sampai angkatan tentera Siam-Thai itu di Patani, bantuan yang disanggup oleh kompeni Belanda itu tidak dihantarnya.

          Bila tamat peperangan itu, baginda Raja Biru terus melangsungkan istiadat perkahwinan anaknya dengan Yang Dipertuan Muda Johor. Setelah selesai perkahwinan itu Yang Dipertuan Muda Johor pun tetap tinggal di Patani tidak mahu lagi kembali ke Terengganu.

Setelah dua tahun kemudian dari tamat peperangan dengan Siam itu maka dalam tahun Masehi  1635 baginda Raja Ungu pun mangkat. Dalam permesyuaratan di balai agung di antara kerabat diraja dengan pembesar-pembesarnya telah bersetuju melantik Raja Kuning anak baginda itu menaiki takhta kerajaan Patani serta ditimbal oleh Yang Dipertuan Muda Johor suaminya.

"...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 05:13 PM | Show all posts
...Sekalipun telah tiga kali orang-orang  Siam menyerang negeri Patani, dan tiap-tiap kali serangannya itu tidak berjaya serta menanggung pula kerugian dan kebinasaan yang banyak akan tetapi nafsu keinginan Raja Siam hendak mankluk negeri Patani serta maksud hendak memperhambakan orang-orang  Melayu itu tidak berkehilangan selama-lamanya. Dalam hal demikian sampailah berita kepadanya mengatakan Raja Ungu sudah mangkat dan pemerintahan negeri Patani telah diserahkan kepada anakandanya Raja Kuning. Mendengar berita ini, maka Raja Siam-Thai pun menghatar panglimanya Upya-Deca ke Patani dengan sepasukan tenteranya. Kedatangannya pada kali ini tidaklah bermaksudnya hendak menyerang negeri Patani, tetapi kedatangannya sebagai utusan Raja Siam kerana meminta dengan baik supaya Raja Patani itu menyerah tunduk ke bawah daulat Raja Siam-Thai. Permintaan Raja Siam itu tidak dihiraukan oleh Raja Kuning bahkan semakin mendidih darah perwiranya kerana permintaan yang seumpama itu seolah-olah menghinakan daulat baginda. Setelah Raja Siam mengetahui permintaannya itu tidak diturut oleh Raja Kuning. Bertambah panas hatinya serta bertambah kuat nafsunya akan menakluk negeri Patani dan memperhambakan orang-orang  Melayu hingga sampai pada tahun Masehi  1638 negeri Siam-Thai itu pun bertukar rajanya diperintah oleh seorang Raja Siam yang baharu. Dalam hal itu pun kemahuan kerajaan Siam hendak menakluk negeri Patani tidak juga hilang.
          Setelah kekuasaan negeri Siam-Thai di serah kepada raja yang baharu ini, terus diberi perintah kepada perusuhjaya Siam-Thai yang memerintah negeri Ligor membawa rakyatnya menyerang negeri Patani. Pesuruhjaya ini asalnya ialah seorang bangsa Jepun bernama Yamada, ia telah datang ke negeri Siam sebagai seorang pengawal tentera yang berkhidmat kepada Raja Siam-Thai dan mengetuai sepasukan tentera budiman Jepun di Kota Ayuthia, tetapi dengan keranan kebaikan dan jasanya kepada Raja Siam-Thai terus dilantik ia menjadi pesuruhjaya Siam di Ligor dan diberi gelaran kepadanya Upya Sina Phimuk.
          Apabila ia telah menerima perintah dari Raja Siam-Thai itu datanglah ia dengan sepasukan tentera Jepun dan Siam Ligor menyerang negeri Patani, tetapi orang-orang  Melayu Patani pada masa itu sudah biasa dengan peperangan dan sangat menghargakan daulat raja serta tahu kelebihan hidup yang merdeka. Maka serangan tentera Jepun dan Siam Ligor pada kali ini tidak juga berjaya hendak menghacurkan pertahanan orang-orang  Melayu Patani itu. Akhirnya terpaksalah mereka itu kembali ke negeri Ligor dengan membawa kekalahan juga.

          Pada masa itu negeri Patani telah mempunyai jajahan takluk yang sangat luas serta dengan penduduk-penduduknya yang terlalu ramai. Seorang bangsa Inggeris yang bernama Hamilton telah sempat melihat negeri Patani pada masa itu dia berkata demikian bunyinya :
Negeri Patani ini pada masa itu ia ada mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan Kelantan, tetapi manakala seorang daripada anak Raja Johor datang berkahwin menjadi suami kepada puteri Raja Patani, negeri Terengganu pun termasuk menjadi jajahan takluk negeri Johor, sultan Johor telah menghantar seorang menterinya yang dipercayai memerintah di situ dan negeri Patani pun tertinggal mempunyai 42 jajahan sahaja.
Dan katanya lagi :
Negeri Patani ada mempunyai dua kuala iaitu Kuala Patani(9) dan Kuala Bekah(10), bandar Patani ini dipanggil Kota Kedil, tidak berapa lama anak Raja Johor (suami Raja Kuning) itu pun jatuh asyik kepada seorang puteri yang sangat cantik rupanya iaitu seorang daripada anak-anak raja di dalam Patani juga (11) Raja Kuning marahlah lalu dipaksa suaminya membuat sebuah caping emas besarnya satu hasta beratnya lima kati, sangatlah ajaib tukang yang membuatnya, manakala baginda memakai caping itu nampaklah seperti orang-orang  sedang hamil lakunya. Yang memberi geli hati kepada orang-orang  besar yang melihatnya. Tetapi tiadalah berani mereka ketawa kerana takut dimurkai oleh baginda dan suaminya.
Lebih lanjut Tuan Hamilton itu berkata :
Rakyat jelata di dalam negeri Patani pada masa itu dikira yang laki-laki (tidak termasuk perempuan) yang berumur dari 16 tahun hingga 60 tahun adalah sebanyak 150,000 orang. penduduk-penduduk di dalam bandar Patani pun terlalu ramai sehingga menjadi sebuah kota yang besar sekali serta penuh dengan rumah yang besesak banyaknya iaitu mulai dari Pintu Kota Raja hingga sampai ke Kampung Bandar tiadalah keputusan rumah. Jika seekor kucing berjalan di atas bumbung rumah-rumah itu mulai dari pangkal kota hingga ke hujungnya boleh dijalani terus sahaja dengan tidak payah lagi turun berjalan di tanah.
Setelah beberapa lamanya baginda Raja Kuning menduduki takhta kerajaan Patani maka hal perselisihan dengan Yang Dipertuan suaminya semakinlah kuat sehingga Yang Dipertuan itupun terpaksa berangkat kembali ke Johor serta dengan rakyatnya. Dan tinggallah baginda Raja Kuning memerintah negeri Patani dengan seorang diri dengan keadaan aman dan damai sehingga baginda mangkat.

Baginda Raja Kuning ini ialah raja perempuan atau Raja Nang Cayang yang akhir sekali memerintah negeri Patani. Dengan kemangkatan baginda ini habislah raja Patani yang kerketurunan daripada Raja Seri Wangsa iaitu raja yang awal membuka negeri Patani.

Manakala Raja Kuning sudah mangkat dan tiada lagi warisnya yang berketurunan daripada Raja Seri Wangsa yang boleh dilantik menjadi pemerintah menduduki takhta kerajaan Patani. Sekalian kerabat diraja dan orang-orang  besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yagn tertua bernama Raja Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini mendai pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu pun mangkat.
        Yang demikian soal memilih raja menaiki takhta kerajaan Patani telah membawa sekali lagi dalam majlis mesyuarat kerabat diraja dan orang-orang  besarnya. Permesyuaratan pada kali ini telah mengambil keputusan bahawa mereka yang akan menjadi Raja Patani itu berkehendaklah kepada seorang yagn berketurunan raja yang tulen. Pada masa itu di dalam negeri Patani sudah habis keturunan raja-raja yang boleh menaiki takhta kerajaan oleh itu dengan persetujuan majlis mesyuarat juga telah mempersilakan seorang daripada anak raja dalam Kelantan menjadi raja di negeri Patani yagn bernama Raja Mas Kelantan. Dari semenjak itu mulalah negeri Patani ini diperintah oleh raja-raja yang berketurunan dari raja Kelantan. Raja Mas Kelantan ini telah menjalankan pemerintahan di Patani beberapa tahun lamanya hingga mangkat dan takhta kerajaan Patani diserahkan kepada puterinya bernama Raja Mas Jayam menggantinya.

Setelah beberapa tahun kemudian Raja Mas Jayam ini pun mangkat dengan tiada meninggalkan seorang waris juga. Kemudian dengan persetujuan mesyuarat telah melantik seorang anak raja bernama Raja Ahmad duduknya di kampung Dual (dalam daerah Rakak sekarang) menaiki kerajaan Patani dan digelarkan Sultan Muhamad.

BERBALIK kepada pemerintahan ratu biru...

ketika raja Biru memerintah Patani...baginda menghantar wakil ke Kelantan untuk membentuk gabungan negara persekutuan patani besar. Ini bagi mewujudkan pakatan tentera yang padu dan kuat bagi menghadapi serangan siam. Sultan kelantan pada masa itu (1616) ialah Sultan Abdul Kadir. Perlawaan pertama ini gagal.

Pada 1617 Ratu Biru sendiri berkunjung ke Kelantan. Pada 1618 untuk kali kedua kunjungan ke Kelantan beliau telah berjaya mendapat persetujuan dengan bersyarat..."Kelantan hendaklah mempunyai kawasan wilayah negeri sendiri dgn memperolehi kawasan autonomi serta tidak ada apa2 ufti atau cukai dikenakan atas pergabungan itu".

Pergabungan kali kedua ini (Kelantan dalam persekutuan Patani) telah memakan masa 131 tahun iaitu sehingga 1750. Pergabungan pertama ialah dari tahun 1502 hingga 1524.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 05:16 PM | Show all posts
Kenapa Sultan2 kelantan tidak memilih jodoh dr kalangan orang2 kelantan sendiri tetapi lebih suka berkahwin dgn orang2 Patani?pk2 kanlah.

orang yg tak tahu sejarah titihan saja menulis demikian...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 05:20 PM | Show all posts
Dari tahun 1817 hingga tahun 1842, Patani telah diperintah oleh sekurang-kurangnya dua orang Raja Melayu. Orang yang pertama memegang jawatan itu ialah Tuan Sulong, anak Raja Bendahara Kelantan, Long Jenal. Baginda telah memegang jawatan itu sehingga tahun 1832 apabila baginda disingkirkan kerana terlibat dalam kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1831. Berikutan penyingkiran itu, pihak Siam melantik pula Nik Yusof, yang berasal dari Grisek, sebagai Raja Patani. Semasa berlakunya kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1838, Nik Yusof tidak terlibat. Dalam tahun 1842, Nik Yusof dilantik menjadi Raja Jering berikutan kematian Nai Him Sai. Bagi mengisi kekosongan itu, Siam melantik Tuan Besar Tun Ahmad, Raja kampong Laut dan bekas Perdana Menteri Kelantan sebagai Raja Patani. Sejak itu sehingga 1902, Patani telah diperintah oleh Tuan Besar dan keturunannya.

Kerajaan Melayu Patani di Bawah Keluarga Tuan Besar
Di antara ketujuh-tujuh buah negeri Melayu bekas kerajaan Melayu Patani,negeri Melayu Patani adalah yang paling berpengaruh. Dari tahun 1842 sehingga 1902, negeri Patani telah diperintah oleh keturunan Tuan Besar Tuan Ahmad, bekas Perdana Menteri Kelantan dan juga Raja Kampung Laut semasa Kelantan di bawah pemerintahan Long Jenal (1837-39) (Rahmat Saripan 1979, 72-73). Perlantikan Tuan Besar sebagai Raja Patani dalam tahun 1842 itu mempunyai kaitan dengan pergolakan politik di Kelantan dalam tahun 1838-39 yang dikenali sebagai Peperangan Saudara II.

Peperangan saudara itu berpunca daripada perebutan takhta antara Long Senik Mulut Merah atau Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar Tuan Ahmad, Raja Kampung Laut. Walaupun telah diiktiraf sebagai Sultan oleh Siam, Sultan Muhammad II masih curiga di atas kehadiran Tuan Besar dalam politik Kelantan. Baginda menganggap Tuan Besar sebagai pencabar utama terhadap kedudukannya sebagai Sultan kerana hubungan rapat Tuan Besar dengan Long Jenal, musuh politiknya. Pada pendapat Sultan Muhammad II,selagi Tuan Besar tidak disingkirkan dari Kelantan maka selama itu kedudukan baginda di atas takhta belum kukuh. Justeru, tidaklah hairan Sultan Muhammad II mengetepikan Tuan Besar daripada memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan. Walaupun ada ura-ura untuk melantik Tuan Besar sebagai Raja Bendahara namun tidak ada bukti menunjukkan bahawa jawatan itu pernah ditawarkan kepada Tuan Besar secara rasmi. Sebaliknya, sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Muhammad II, jawatan itu dipegang oleh mereka yang bukan daripada kalangan kerabat diRaja (Rahmat Saripan 1979, 115). Di samping itu, hak Tuan Besar ke atas Kampung Laut juga dikatakan telah dihapuskan oleh Sultan. Keadaan ini akhirnya mencetuskan penentangan bersenjata secara terbuka di antara Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar.

Kedua-dua belah pihak telah meminta pihak berkuasa Siam untuk campur tangan supaya menyebelahi mereka. Pada pertengahan tahun 1839, Phraya Phipath telah menghantar wakilnya ke Kelantan untuk mendamaikan konflik yang berlaku di antara kedua-dua pihak tetapi gagal. Pada 7 Julai 1839, Siam sekali lagi telah menghantar misi damai tetapi kali ini kedatangan misi itu telah disertai sebilangan anggota tentera Phraya Chaiya. Ketua misi itu telah memaksa kedua-dua pihak itu supaya berhenti berperang dan pergi ke Songkhla untuk menyelesaikan masalah masing-masing. Berikutan tekanan itu kedua-dua pihak berangkat ke Songkhla. Bagaimanapun, Tuan Besar telah diminta oleh Gabenor Songkhla pergi ke Bangkok untuk berunding dengan Raja Siam, Rama III (1824-51) mengenai masalah tersebut.

Dalam peristiwa tersebut pihak Siam lebih menyokong Sultan Muhammad II. Semasa Pemergian Tuan Besar ke Bangkok, Sultan Muhammad II, dengan disokong oleh Phraya Chaiya, telah melancarkan serangan ke atas kubu Tuan Besar dan menjelang bulan Ogos 1839, Sultan Muhammad II telah berjaya menumpaskan penentang-penentangnya.

Di Bangkok, Tuan Besar telah ditawarkan oleh Rama III jawatan sebagai Raja Patani sebagai satu penyelesaian politik terhadap masalah di Kelantan.Tawaran itu dibuat berikutan berlakunya kekosongan jawatan Raja negeri di Patani selepas Nik Yusuf, raja Patani, dilantik sebagai Raja Jering. Pada peringkat awalnya Tuan Besar agak keberatan untuk menerima tawaran itu tetapi setelah melihat kuasanya sebagai Perdana Menteri telah berkurangan dan ramai pula pengikutnya yang berpaling tadah, maka tawaran itu telah diterimanya. Pada pertengahan tahun 1842, Tuan Besar bersama pengikut-pengikutnya yang setia telah berangkat ke Patani. Dengan itu terdirilah wangsa Tuan Besar di Patani. Setelah disahkan oleh Rama III sebagai Raja Patani, Tuan Besar telah menukar namanya kepada Sultan Muhammad dan memakai gelaran Phya Pipik Pakdi. (Ibrahim Syukri) Kebetulan dengan perlantikan baginda sebagai Raja Patani, Kerajaan Siam telah mengubah dasar pentadbirannya terhadap negeri-negeri Melayu. Kerajaan Siam telah memberikan kuasa mentadbir tanpa campur tangan daripada pegawai-pegawai Siam. Raja-Raja Melayu hanya dikehendaki menghantar bunga Emas dan Perak setiap tiga tahun sekali ke Bangkok serta berikrar tidak akan menderhaka kepada kerajaan Siam.

Perubahan dasar Siam terhadap negeri-negeri Melayu dewasa itu mempunyai hubungan rapat dengan dasar kerajaan Rama III yang ingin mengekalkan keamanan dan keselamatan negeri Siam itu sendiri. Sebagaimana ditegaskan oleh Mills, Rama III menyedari bahawa
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 05:21 PM | Show all posts

Post time 9-8-2008 06:12 PM | Show all posts
Originally posted by BeachBoys at 9-8-2008 10:59 AM
Kenapa Sultan2 kelantan tidak memilih jodoh dr kalangan orang2 kelantansendiri tetapi lebih suka berkahwin dgn orang2 Patani?pk2 kanlah.

Orang kata cakap siang pandang-pandang... cakap mlm entah lerr... kalau tak nampak... selak lerr kain.. kalau serabut cukur ler sikit....

Kalau dah dimurkai... sendiri la tanggung... !!!!

Originally posted by BeachBoys at 9-8-2008 10:59 AM
Aku mewakili orang2 terengganu mint ...

Kalau habis berfikir ... diam sebentar.... kelak tersilap... tergadai ... tiada siapa yang nak rapat.....

Kalau dah kuat... buat lerr negari sendiri... tak payah wakilkan negeri yg dah beraja.....!!!!

Salam hormat... dari hamba... titah raja utk jelata... bukan diikut akal dan nafsu yang tiada kemana !!!!
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 9-8-2008 06:23 PM | Show all posts
THE EARLY HISTORY OF KELANTAN
KELANTAN which is also known as 襎anah Serendah Sekebun Bunga
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 06:41 PM | Show all posts
Dimanakah penglibatan orang-orang terengganu dalam kancah politih pemerintahan Negeri patani ?? Itupun hanya sechoek pernikahan ratu kuning saja.

Kini saya nak baca pula versi kisah sejarah yg ditulis oleh orang tegganung.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 06:52 PM | Show all posts
Jolokan Kelantan sebagai negeri Serambi Mekah bukan sahaja di abad ke 20, bahkan nama Serambi Mekah ini telah wujud lebih 800 tahun dahulu lagi berikutan penemuan duit yang dipercayai Wang Dinar yang telah dijumpai oleh Cik Abdullah B. Cik Muhammad serta isterinya di Kota Kubang Labu (kini Pasir Pekan).

Wang Dinar ini berbentuk bulat, kecil dan nipis berwarna emas (agak merah kekuningan), yang mana ukur lilitnya ialah kira-kira 10 milimeter, tebal 0.5 sentimeter dan berat 0.6256 gram.

Tulisan pada duit ini bertulis 揂l-jaluusi Kelantan 577
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 06:55 PM | Show all posts
kelate ngan ganung sokmo gadoh..

dah2..masing2 kasik fakta masing2..aku org bkn kelantan tganu nk menilai...tadek sape menang kaloh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.152063 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list