|
Originally posted by niceghost2005 at 17-12-2007 07:14 AM
Itu bermakna miker 'belum memahami' akan perjalanan Pergerakkan Jemaah Tabligh.
...
saya rasa tak perlu saya join "pergerakan" Jemaah Tabligh. untuk mengajak manusia mengingati Allah...dan mengamal sebanyak2 amalan sunnah..ada banyak cara....tidak semestinya hanya dengan mengikuti jemaah tersebut. maaf bukan untuk menidakkan cara mereka...tapi saya lebih selesa dan suka dengan jalan thorekat.....saya telah memilih untuk memahami apa yang tokoh2 ulama al-Fathoni dulu lakukan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lloni at 17-12-2007 06:26 PM
saya rasa tak perlu saya join "pergerakan" Jemaah Tabligh. untuk mengajak manusia mengingati Allah...dan mengamal sebanyak2 amalan sunnah..ada banyak cara....tidak semestinya hanya dengan men ...
Terpulang laaa pada miker sendiri utk memikirkan jalan mana yg di fikirkan sesuai....
Bagi kami............jalan yg di tunjukki olih Rasulullah saw n para sahabat r.a. adalah yg paling sesuai sekali.
Salam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 niceghost2005's post
NG,
Masih ramai yang berfikiran... tak nak ikut Tabligh sebab 'kena join' Tabligh...
'Nak join' (atau 'masuk') tu yang 'berat' tu...
Kita doakan saja.... doakan untuk aku sekali.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 mnm77's post
Haipppp!!! JGN masuk tabligh. Gi KELUAR tabligh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 17-12-2007 06:38 PM
Terpulang laaa pada miker sendiri utk memikirkan jalan mana yg di fikirkan sesuai....
Bagi kami............jalan yg di tunjukki olih Rasulullah saw n para sahabat r.a. adalah yg paling se ...
.....adakah maksud saudara... hanya jalan yang dianjurkan oleh jemaah tabligh saja yang menepati jalan yang ditunjuki oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Macamana dengan para alim ulama silam...seperti Tuan Tabal, Tok Ku Paloh, Tok Kenali, Tok Keleba, Tok Bendang Daya, Tok Pulau Chondong, Tok Ku Melaka , Tok Selehor, Sheikh Daud al-Fhatoni, Sheikh Abdus Samad al-Falimbangi, Wan Ali Kutan dan ramai lagi itu tidak menepati jalan Rasulullah saw.
p/s : seperti yang saya katakan pada awalan...kena faham maksud kejadian kita...amanah yang ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad saw... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #65 Lloni's post
Tabligh bukan satu-satunya jalan...banyak lagi jalannya untuk mendekatkan diri kepadaNya. Kan Rasulullah pernah kata:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Kadang - kadang seorang lelaki yang lembut yang selalu kita suka mengata tentangnya, atau seorang manusia yang kita pandang hina kat dia, mungkin rapat dengan Allah. Dan mungkin juga doanya mudah dimakbulkan Allah. Kerana hatinya ikhlas...
Sebab tu, kadang-kadang nak kutuk orang-orang macam ni kena hati-hati juga.Bimbang kalau hatinya terusik dan dia meminta pada Allah supaya membalas perbuatan itu, tak pasal-pasal bala menimpa hidup kita... |
|
|
|
|
|
|
|
suatu petikan....
Pandangan pengikut jemaah
TABLIGH.
Usaha ini telah wujud sejak tahun 1930an dan sekarang telah berjalan di lebih 200 buah negara dgn tema dan cara kerja yang sama. Izinkan saya cerita serba sedikit latar belakang usaha ini. (Kalau ada yang lebih faham dr saya sila betulkan).
Maulana Ilyas seorang mudir madrasah saharanpur amat kecewa apabila mendapati murid dibawah didikannya tidak seperti yang diharapkan ketika bertemu diluar madrasah, sehingga beliau mengajukan soalan apakah ilmu yang tidak aku ajar lagi pada kamu hingga begini keadaan kamu.
sejak itu beliau meninggalkan madrasahnya dan memulakan usaha-usaha yang difikirkan baik bagi memantapkan jati diri seseorang itu termasuk melibatkan diri dengan tarekat. namun beliau tetap tidak berpuashati dengan usaha2 tersebut kerana apabila seseorang itu tidak berada didalam suasana yang baik maka dia turut terpengaruh dengan suasana itu.
maka beliau telah membawa diri ke madinah dan menziarahi maqam rasulullah dengan penuh risau dan bimbang dgn keadaan ummat islam yang semakin jauh dari agama.
pada suatu malam beliau telah bermimpi bertemu rasulullah dalam keadaan baginda berlumuran darah. setelah ditanya maka rasulullah memberitahu bahawa ummat baginda yang menikam2 tubuh baginda iaitu dengan meninggalkan sunnah baginda. didalam riwayat itu beliau telah diajar oleh rasulullah supaya kembali kepada cara baginda islah para sahabat ketika di makkah. sepertimana kata imam malik : "tidak sekali2 akan terislah ummat ini kecuali dengan cara ummat terdahulu diislahkan".
beliau telah pulang semula ketanah air dengan harapan baru iaitu memulakan semula cara tarbiah rasulullah kpd sahabat iaitu dakwah dan mujahadah. beliau telah merangka satu kerja dan telah membentangkan pada mufti pada ketika itu. malangnya jawapan yang diterima amat mengecewakan. mufti itu hanya mempersoalkan siapakah yang akan sanggup melakukannya.
beliau pulang dan berazam untuk memulakannya seorang diri. usaha mula dilakukan didaerah mewat iaitu kawasan penduduk asli. setelah 10 tahun membuat usaha maka satu jemaah yang sanggup keluar bermujahadah selama 3 hari dapat dibentuk. ketika itu beliau melompat kegembiraan dan berkata dunia akan berubah.
jemaah ini telah dihantar berjumpa sang mufti dan hanya disuruh mendapatkan respon mufti. apabila bertemu mufti terkejut dan meminta dibawa berjumpa beliau. setelah berjumpa, beliau telah serahkan sebilah pisau kepada mufti supaya beliau dibunuh jika usaha yang dibuat ini sesat dan merosakkan ummat. mufti menangis dan mengatakan inilah usaha yang akan mengubah dunia.
hari demi hari, tahun demi tahun, berpuluh2, malah beratus2 jemaah telah dapat dibentuk dan dikeluarkan, sehinggalah pada tahun 1960an, satu jemaah telah sampai ke malaysia. pada waktu itu fokus jemaah ini adalah untuk bertemu dgn para ulama dan ustaz di KOlej Islam Kelang dan Akedemi Islam UM, tapi sgt menyedihkan apabila jemaah ini tidak dilayan sama sekali. (mungkin taksub kita pada Arab, hingga apabila orang India buat usaha agama, kita x terima). jemaah telah pulang tanpa dapat membentangkan usaha ini dengan baik.
10 tahun kemudian satu jemaah lagi telah sampai kemalaysia dan kali ini usaha telah dibuat dikalangan profesional, seperti engineer, doktr dsb. usaha ini telah diterima dengan baik.
maka bermulalah usaha ini dimalaysia dengan pelbagai tentangan yang hebat dipelbagai peringkat dari org kg sampai ke universiti. sehingga dihukum sesat.
jemaah2 yang berjaya dibentuk bukanlah melalui tawaran hadiah, atau dibantu oleh mana-mana pihak seperti dakwaan stgh2 penentang, jemaah dibiayai oleh yahudi. nauzubillah.
usaha ini asasnya adalah pengorbanan untuk agama. meninggalkan kepentingan2 hanya semata2 kerana agama. setelah sy kaji ia bertepatan dengan ayat 24 surah attaubah yang mencabar manusia terhadap kepentingan2 mereka. hanya dengan pengorbanan kita akan dapat taufik hdyh Allah untuk faham sayang pada agama: "والذين
جاهدوا
فينا
لنهدينهم
سبلنا" dan mrk2 yang bermujahdah dijalan kamu akan dibuka pintu2 hidayah.
pangalaman sy dalam jemaah ini cukup bereti buat sy. baru saya sedar ilmu yg saya peroleh selama ini belum cukup untuk mengislahkan diri. perintah2 Allah kadang2 berat utk dilakukan, sunnah2 rasul hanya dibibir shj. kalau dulu dalam kuliah saya beritahu solat berjemaah 27 darjat, tapi sy masih solat sendirian, kdg2 diofis, di rmh dan diakhir2 waktu. kefahaman saya solat berjemaah itu fardu kifayah. jadi org lain dah solat jemaah, kewajipan saya terlepas. tapi bila sy buat usaha ini, persepsi itu cukup berbeza, shgga nilai 27 darjat itu cukup tinggi dan sy tdk boleh terlepas. sepertima yang berlaku pada abdulrahmah auf yang sanggup menyerahkan seluruh dgangannya kepada agama kerana tertinggal takbiratul ula. tapi nabi kata kalau dihimpun seluruh dunia pun masih tdk dpt myamai.
tuan2, sptmana kata ulama2 dlm usaha ini yg saban tahun dtg ke negara ini, usaha ini asalnya usaha org alim, pewaris nabi. tapi bila org alim tolak usaha ini Allah telah serahkan pada org lain. sebab itu kita lihat tempat kita hanya org awam yang buat usaha. mrk faham nilai usaha ini, ramai dari mereka telah menemui cahaya iman yang hakiki. dulu org 'tepi longkang', skrg sudah boleh berpakaian sunnah, dgn jubah, serban dan janggut.
menyentuh bab janggut ini, dulu sy pun tdk ada kekuatan untuk memlihara janggut, setiap hari saya akan potong, trim dan paling sedih saya cukur. saya bukan tak tahu dalam hadith bukhari 10 perkara fitrah ialah memelihara janggut. (dalam hadith lain sehingga segenggam). tapi tak ada kekuatan. tapi skrg alhamdulillah, kecintaan pada rasulullah membuatkan kita ittiba' apa saja yang dtg dari rasulullah.
jadi sukalah sy sarankan pada rakan2 belajarlah usaha ini. jgnlah kita hukum dari luar shj tanpa kita selidiki dan fahami. tuan-tuan para ustaz amat diperlukan utk pimpin org2 yg tlh sedia utk mujahadahkan diri dan harta mereka utk agama. kehendak maulana, setiap jemaah perlu ada ustaz dan hafiz. tapi oleh kerena para ustaz masih sibuk dgn 8 perkara itu (ayat 24 surah taubah) usaha tetap diteruskan oleh mereka untuk islah diri dgn bekalan yang telah disediakan oleh maulana seperti tertib2 dan usul2.
untuk belajar usaha ini saya sarankan tuan2, dan ustaz2 dapat dtg ke masjid sri petaling dan bertanya pada ustaz2 yang mengajar disana. |
|
|
|
|
|
|
|
dan ini juga satu pandangan.....
Written by aznan on 2007-12-15 09:45:07
assalamualaikum,
Tentang komen dari karkun jemaah tabligh tu beberapa perkara ana nak bagi komen:
1) Usaha atas iman dan amal tidaklah semata2 dengan cara keluar dan itu bukanlah sunnah yang pasti bahkan itu adalah cara ijtihad dan cara yang di atur untuk menyusun gerak kerja dakwah dan tarbiah secara teratur dan dikira lebih berkesan.
Ingat!! Ia bukan tuntutan agama yang rigid dan bahkan menganggap dia sebahagian dari ajaran agama adalah termasuk bid'ah yang sesat. Tapi kalau sekadar mengganggap ia sebagai gerak kerja agama dan dakwah secara teratur dan berhak menerima perubahan jika perlu.. ia adalah boleh dan sangat baik..!!
2) Ingat komen ust Zaharuddin di atas tentang kata2 hikmah Ibn Atoillah As-Sakandari:
Ertinya : "Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati ( kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat ( sehingga tahap ujub)"
Saya minta ahli2 jemaah islam termasuk karkun jemaah tabligh janganlah kita merasa sombong dan takabbur walaupun di bibir kita, kita boleh kata bahawa tak boleh sombong takabbur atau sebagainya tapi adakalanya kita tak perasan dengan virus semacam ini sehingga kita merasakan kita sahajalah yang benar, baik dan betul dan akhirnya mengangkat diri kita dan jemaah kita lebih dari orang lain tanpa di sedari.. akhirnya mengurangkan kekuatan amalan kita dan ada ujub yang merosakkan amalan kita...
3) Saya dengar dari IKIM tentang Dr Kamil Prof di salah satu Universiti. Antara prof yang termuda di Malaysia.. Asbab hidayahnya ialah dia beroleh profesor.. Dia rasakan dia beroleh pangkat profesor yang tak logik dalam usianya dan kemampuannya atas sebab doanya kepada Allah.
Dia merasakan kekerdilan diri.. dan setelah itu diceritakan bagaimana taubatnya dan kisah2 seterusnya sehingga dari tak pandai baca qur'an kepada pandai dan peristiwa pelik dan ajaib ketika di Malaysia hingga menunaikan Haji di Mekah..
Dia juga menulis buku tentang Haji. Bukunya bersantai menyebabkan kebanyakan masyarakat kita terfikir perlunya mereka pada Allah dan hina dinanya diri mereka di hadapan Allah bahkan mungkin dalam sesetengah perkara asbab hidayah ini lebih menonjol dari kerja dakwah jemaah tabligh..
Oleh itu semata2 merigidkan kerja dakwah atau usaha agama semata2 dengan cara dakwah yang di asaskan oleh maulana ilyas itu dan sehingga menafikan kerja2 islam yang lain, saya kira amat sombong dan virus taksub telah menyerang.
Harap maklum.
4) Kita boleh keluar pergi haji dan menjalani tarbiah jiwa dan amalan kita di sana dan semasa bulan ramadan pun kita menjalani tarbiah dan latihan iman dan amal tapi cara keluar jemaah tabligh pun ada keistimewaan dan mujahadah yang tak dapat kita perolehi dengan cara lain dalam meningkatkan iman kita..
Tapi biasanya ada yang membawa virus taksub dan takabbur, meremehkan orang lain dan aku sahajalah yang betul sehingga akhirnya hidayah yang di cari tapi virus ujub telah menyerangnya tanpa di sedari!
wassaalam |
|
|
|
|
|
|
|
dan ini juga....
MENGAPA AKU MENINGGALKAN JEMAAH TABLIGH??? MENGAPA AKU MENINGGALKAN JEMAAH TABLIGH???
Aku berkelahiran dari negeri che Siti Wan Kembang. Walaupun begitu, aku dibesarkan di negeri Selangor Darul UMNO.
Kehidupanku semasa kecil banyak dihabiskan masanya di Selangor berbanding Kelantan. Ini disebabkan ibu bapaku merupakan orang yang telah lama menetap di Selangor.
Kehidupan di Negeri Kelantan bermula setelah aku berumur 13 tahun, dimana ketika itu aku menuntut ilmu agama di salah sebuah pusat pengajian Islam di sana.
Aku mengenali Jemaah Tabligh dari seorang kawan yang sama-sama belajar denganku. Dia telah mengajakku untuk keluar selama 3 hari di sebuah masjid di daerah Pasir Mas. Aku mula mempelajari kehidupan sebagai seorang pendakwah bercarakan Jemaah Tabligh.
Aku tidak mengerti, mengapa aku bersama-sama dengan jemaah tersebut. Aku memandangnya sebagai satu jemaah yang baik, kerana pada pandanganku ketika itu, Jemaah Tabligh merupakan satu-satunya jemaah yang betul-betul mengamalkan sunnah, disamping di 搒umbat |
|
|
|
|
|
|
|
dan lagi dan lagi....
Dilarang Bergaul dan Berkumpul dengan Jamaah Tabligh!Ditulis pada 10 Nov07Tue, 03 Jul 2007 15:57:32 +0000 2006 oleh antosalafy
Pertanyaan:
Dahulu, sebelum kenal paham salaf, kita juga anti kepada bid抋h yang ada. Karena itu, kami juga memisahkan diri dari keumuman masyarakat dengan membangun sebuah masjid kecil diatas sebuah tanah yang diwakafkan seorang ikhwan. Maka kami mendirikan shalat lima waktu dan jumat menurut sunnah yang kami ketahui. Kini banyak ikhwan2 yang pindah dari tempat kami ke tempat lain yang jauh. Ada karena pekerjaan, futur, dan termakan fitnah sururi. Hingga yang shalat lima waktu dan jumat hanya sekitar lima orang dewasa dan beberapa anak-anak.
Ada seorang dai menyuruh kami untuk meninggalkan mesjid itu dan bergabung dengan masjid awam terdekat sekitar 300 meter dari masjid kami dengan alasan agar mereka mengenal dakwah kami. Dan selama ini mereka memang tidak suka kepada kami dan masjid orang awam itu kadang menjadi markas tabligh ketika khuruj.
Di negeri kami biasa terjadi masjid berdekatan. Kami masih berharap akan lahirnya generasi salafy untuk menghidupkan kembali masjid ini. Yang mewakafkan masjid bersedia membeli kembali tanah yang dia wakafkan jika memang boleh dan masjid harus diruntuhkan. Yang ingin kami tanyakan:
1. Bagaimana nasihat sang dai ini?
2. Apakah kami tetap mendirikan sholat lima waktu dan jumat di masjid kami?
3. Atau hanya sholat lima waktu di masjid kami dan jumat dengan masyarakat umum?
4. Bolehkah yang mewakafkan membeli lagi tanah itu kembali?
5. Berikan kami nasihat dan bimbingan dalam masalah ini!
Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi -Semoga Allah senantiasa menjaganya- menjawab: Segala puji hanya milik Allah, shalawat serta salam semoga senantiasa tercurah kepada Rasulullah beserta keluarga dan para shahabatnya.
1. Pertama-tama: Menurut pandanganku, tinggallah kalian di Masjid kalian, itu lebih baik bagi kalian daripada kalian kumpul-kumpul bersama Jamaah Tabligh. Kedua: Saya beritahu kalian bahwa Jamaah Tabligh adalah khurafiyyun (penganut khurafat), mereka memiliki keyakinan-keyakinan kepada oran-orang mati dari pengikut tarikat-tarikat sufiyah Diubandiyah. Mereka berjalan di atas empat macam tarikat sufiyah: Jusytiyah, Sahrawardiyah, Qadiriyah dan Naqsyabandiyah. Dan mereka memotong dzikir Laa Ilaahi Illallaah, menjadi: Laa Ilaaha, dan mengulang-ulangnya 200 atau 300 kali, kemudian mereka membaca Illallaah 200 atau 300 kali.
Dan para ulama Ahlussunnah mengatakan: barangsiapa yang memisah kalimat nafi (penafian: yaitu Laa Ilaaha) dari kalimat Itsbat (Penetapan: yaitu Illallaah), dia telah kafir.
Dan mereka memiliki khurafat-khurafat dan bid抋h-bid抋h yang banyak sekali. Wajib bagi kalian untuk tidak bergaul dengan mereka. Dan apabila kalian sanggup untuk menasihati mereka, nasihatilah mereka. Apabila mereka menerima nasihat kalian (itu yang diharapkan 杙enerj) dan saya kira mereka tidak akan menerimanya, dan apabila mereka tidak menerima nasihat kalian maka tinggalkanlah mereka dan menjauhlah dari mereka. Dan Allah Ta抋ala berfirman, 揃erilah peringatan, sesungguhnya kamu (Muhammad Shallallahu 慉laihi Wasallam) adalah pembawa peringatan, dan kamu tidak berkuasa atas mereka |
|
|
|
|
|
|
|
4. Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz
Pertanyaan:
Semoga Allah merahmati Anda, ya syeikh. Kami mendengar tentang (firqah) tabligh dan dakwah yang mereka lakukan, apakah anda membolehkan saya untuk ikut serta dengan mereka? Saya mengharap bimbingan dan nasihat dari anda. Semoga Allah memberi pahala kepada anda.
Jawab:
Siapa yang mengajak kepada Allah adalah muballigh, (sebagaimana Nabi bersabda 杙ent) "Sampaikan dariku walau satu ayat." Adapun jama'ah (firqah) tabligh yang terkenal dari India itu, di dalamnya TERDAPAT KHURAFAT-KHURAFAT, BIDAAH-BIDAAH dan KESYIRIKAN-KESYIRIKAN. Maka tidak boleh khuruj (keluar) bersama mereka. Kecuali kalau ada ulama yang ikut bersama mereka untuk mengajari mereka dan menyadarkan mereka, maka ini tidak mengapa. Tapi kalau untuk mendukung mereka, maka tidak boleh, karena mereka memiliki khurafat dan bid'ah. Dan orang alim yang keluar bersama mereka hendaknya menyadarkan dan mengembalikan mereka kepada jalan yang benar. (Dari kaset Al Qaulul Baligh)
Tanya:
Para penuntut ilmu menanya kepada anda dan para ulama kibar (senior) lainnya tentang: Apakah anda menyetujui kalau mereka bergabung dengan kelompok yang ada seperti IKHWANUL MUSLIMIN, TABLIGH, kelompok Jihad dan yang lainnya atau anda menyuruh mereka untuk belajar bersama para da'i salaf yang mengajak kepada dakwah salafiyyah?
Jawab:
Kita nasIhati mereka semuanya untuk belajar bersama para thalabul ilmi lainnya dan berjalan di atas jalan Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kita nasehati mereka semuanya agar tujuannya untuk mengikuti Al Kitab dan sunnah dan berjalan di atas jalan Ahlus sunnah wal Jama'ah. Dan hendaknya mereka menjadi ahlus sunnah atau para pengikut salafus shalih. Adapun BERGABUNG dengan IKHWANUL MUSLIMIN, TABLIGH atau yang lainnya, MAKA TIDAK BOLEH. Ini keliru. Kita nasihati mereka agar menjadi satu jemaah dan bernisbah kepada Ahlus sunnah wal jama'ah. Inilah jalan yang lurus untuk menyatukan langkah. Kalau ada berbagai nama sedangkan semuanya di atas satu jalan, dakwah salafiyyah, maka tidak mengapa, seperti yang ada di Shan'a dan yang lainnya, tapi yang penting tujuan dan jalan mereka satu. (Dari kaset Al Qaulul Baligh)
5. Abdullah bin Abdurrahman Al Ghudayyan (anggota Hai'ah Kibarul Ulama`)
Pertanyaan:
Kami berada di suatu kampung dan berdatangan kepada kami apa yang dinamakan dengan (firqah) Tabligh, apakah kami boleh ikut berjalan bersama mereka? Kami mohon penjelasannya.
Jawab:
JANGAN KAMU IKUT BERJALAN DENGAN MEREKA!! Tapi berjalanlah dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam!! (Dari kaset Al Qaulul Baligh)
6. Abdul Muhsin Al Abbad
Pertanyaan:
Seikh, di sana ada KELOMPOK-KELOMPOK BIDAAH, seperti IKHWAN dan TABLIGH serta yang lainnya. Apakah kelompok ini termasuk Ahlus Sunnah? Dan apa nasihat anda tentang masalah ini?
Jawab:
"Kelompok-kelompok ini... Telah diketahui bahwa yang selamat adalah yang seperti yang telah saya terangkan tadi, yaitu kalau sesuai dengan Rasulullah dan para sahabatnya, yang mana beliau berkata ketika ditanya tentang Al Firqatun Najiyah: Yang aku dan para sahabatku ada di atasnya. Firqah-firqah baru dan beraneka ragam ini, pertama kali: bid'ah. Karena lahirnya di abad 14. Sebelum abad 14 itu mereka tidak ada, masih di alam kematian. Dan dilahirkan di abad 14. Adapun manhaj yang lurus dan sirathal mustaqim, lahirnya atau asalnya adalah sejak diutusnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
Maka siapa yang mengikuti ini dialah yang selamat dan berhasil. Adapun yang meninggalkan berarti dia menyimpang. Firqah-firqah itu telah diketahui bahwa padanya ada kebenaran dan ada kesalahan, akan tetapi KESALAHAN-KESALAHANNYA BESAR SEKALI, maka sangat dikhuatirkan.
Hendaknya mereka diberi semangat untuk mengikuti jamaah yakni Ahlus Sunnah wal Jama'ah dan yang berada di atas jalan salaf ummat ini serta yang menta'wil menurut apa yang datang dari Rasulullah bukan dengan yang datang dari si fulan dan fulan, menurut tarikat-tarikat yang ada di abad 14 H. Maka kedua kelompok yang tadi disinggung adanya hanya di abad 14 H. Mereka berpegang dan berjalan di atas jalan-jalan dan manhaj-manhaj itu. Mereka tidak berpegang dengan dalil-dalil dari Al Kitab dan Sunnah, tapi dengan pendapat-pendapat, pemikiran-pemikiran dan manhaj-manhaj yang baru dan bid'ah yang mereka membangun jalan dan manhaj mereka di atasnya.
Dan yang paling jelas di kalangan mereka adalah: Wala` dan Bara`. Al Wala` wal Bara` di kalangan mereka adalah bagi yang masuk ke dalam kelompok mereka, misalnya Ikhwanul Muslimin, siapa yang masuk ke dalam kelompok mereka, maka dia menjadi teman mereka dan akan mereka cintai walaupun dia dari rafidlah, dan akhirnya dia menjadi saudara dan teman mereka.
Oleh karena ini mereka mengumpulkan siapa saja, termasuk orang rafidlah yang membenci sahabat dan tidak mengambil kebenaran dari sahabat. Kalau dia masuk ke dalam kelompok mereka, jadilah dia sebagai teman dan anggota mereka. Mereka membela apa yang dia bela dan membenci apa yang dia benci.
Adapun TABLIGH, pada mereka TERDAPAT PERKARA-PERKARA MUNGKAR. Pertama: dia adalah MANHAJ YANG BIDAAH dan berasal dari Delhi (India 杛ed) bukan dari Mekkah atau Madinah. Tapi dari Delhi di India. Yakni seperti telah diketahui bahwa di sana penuh dengan khurafat, bid'ah dan syirik walau di sana juga banyak Ahlus Sunnah wal Jama'ah, seperti jama'ah ahlul hadits, yang mereka adalah sebaik-baik manusia di sana. Tetapi Tabligh ini keluar dari sana melalui buatan para pemimpin mereka yang ahli bid'ah dan tarekat sufi yang MENYIMPANG DALAM AQIDAH. Maka kelompok ini adalah kelompok bid'ah dan muhdats. Di antara mereka ada SUFI dan ASY扐RI yang jelas-jelas bukan berada di atas jalan Ahlus Sunnah wal Jama'ah, dalam aqidah dan manhaj. Dan yang selamat adalah orang yang mengikuti manhaj salaf dan yang berjalan di atas jalan mereka." (Dari kaset Al Qaulul Baligh)
|
|
|
|
|
|
|
|
7. Rabi' bin Hadi Al Madkhali
"Saya tidak pernah khuruj dengan mereka (Firqah tabligh), tapi saya pergi untuk suatu keperluan, yakni ke Kashmir. Setelah selesai dari pekerjaan ini aku melewati Delhi. Maka ada yang mengatakan kepadaku: Mari kita singgah ke suatu tempat untuk dikunjungi, yaitu ke markas Tabligh yaitu di Nizamuddin. Nizamuddin ini adalah masjid yang dekat dengan markas jama'ah tabligh. Di dalamnya ada lima kubur yang diberi kubah. Yakni kuburan yang disembah, BUKAN MENYEMBAH KEPADA ALLAH. Ini ibadah yang jelas syirik. Maka kami melewati 'monumen' ini. Kemudian kami singgah ke markas tabligh. Orang-orang berselisih apakah di dalamnya ada kuburan atau tidak.
Maku Abdurrab bertanya, ini orang yang saya ceritakan tadi, apakah di dalam masjid Tabligh ini ada kuburan? Yang cerdas di kalangan mereka berkata: Tidak, di sini tidak ada kuburan! Kuburan Ilyas di Mekkah atau di tempat ini atau itu yang jauh. Maka dia terus bertanya hingga ada seseorang yang menunjukkan atau mengabarkan bahwa di sana ada kuburan Ilyas dan di sebelahnya kuburan istrinya.
Kemudian al Akh Abdurrab pergi ke kedua kuburan itu dan mencari-carinya setelah ketemu, dia datang kepada kami sambil berkata: Mari, saya tunjukkan kepada kalian dua kuburannya. Maka kami melihat, ini kuburan Ilyas dan ini kuburan istrinya yang keduanya ada di dalam masjid.
Kemudian setelah itu kami pastikan bahwa di dalamnya ada empat kuburan, bukan dua kuburan saja. Kami memastikannya melalui orang-orang yang dipercaya yang telah berjalan bersama Tabligh bertahun-tahun.
Tidak akan berkumpul masjid dan kuburan (di satu tempat) dalam agama Islam. Akan tetapi, mereka ini karena kesufiannya, kebodohannya terhadap manhaj dakwah para nabi, jauh darinya dan meremehkannya, mereka menguburkan para gurunya di masjid, padahal para ulama telah mengatakan: bahwa shalat di dalam masjid yang ada kuburan atau beberapa kuburan, shalatnya tidak sah. Saya bertanya tentang hal ini kepada Syaikh Bin Bazz. Sebenarnya saya tahu tentang ini dan juga para Thalabul Ilmi bahwa shalat di dalam masjid yang ada satu kuburan atau beberapa kuburan, shalatnya tidak sah. Maka saya tanyakan kepada Syaikh Bin Bazz, agar hadirin mendengar jawabannya. Saya katakan: Apa pendapat anda, syaikh, tentang masjid yang ada kuburan di dalamnya, apakah sah shalat di dalamnya? Beliau menjawab: Tidak! Saya katakan: Di dalamnya ada banyak kuburan? Beliau mengatakan: Terlebih lagi demikian! Saya katakan: Kuburannya bukan di kiblat masjid, tapi di sebelah kiri dan kanannya? Beliau menjawab: Demikian juga, tetap tidak sah. Saya katakan kepada beliau bahwa masjid induk atau markas induk tabligh di dalamnya ada beberapa kuburan? Maka beliau menjawab: Tetap shalatnya tidak sah!
Sangat disayangkan sekali, kelompok ini bergerak di dunia, tetapi beginilah keadaannya; tidak mengajak kepada tauhid, tidak membasmi syirik dan tidak membasmi jalan-jalan menuju kesyirikan. Mereka terus berjalan dengan melewati beberapa kurun dan generasi tetap dengan dakwah seperti ini. Tidak mau berbicara tentang tauhid, memerangi kesyirikan dan tidak membolehkan bagi para pengikutnya untuk melaksanakan kewajiban ini. Ini adalah suatu hal yang telah diketahui di kalangan mereka.
Maka kita meminta kepada mereka agar kembali kepada Allah dan mempelajari manhaj dakwah para nabi, mereka juga jama'ah yang lainnya.
Mengapa demikian wahai saudara-saudara? Karena kalau ada yang berdakwah mengajak kepada shalat, orang akan berkata: Silahkan! Tidak ada yang melarang, mereka tidak akan khawatir. Akan tetapi coba kalau mengatakan: Berdo'a kepada selain Allah adalah perbuatan syirik! Membangun kuburan haram hukumnya! Menyembelih untuk selain Allah adalah syirik! Maka mereka akan marah.
Ada seorang pemuda yang berkhuthbah di suatu masjid tentang persatuan, akhlak, perekonomian, dekadensi moral, dan yang lainnya. Orang-orang semuanya, masya Allah, berkumpul dan mendengarkannya. Kita katakan kepadanya: Ya akhi... jazakallahu khairan, khuthbah anda sangat baik, tetapi orang-orang yang ada di hadapanmu ini tidak mengenal tentang tauhid, mereka terjatuh dalam kesyirikan dan bid'ah, maka terangkan kepada mereka tentang manhaj dakwah para Nabi 'alaihimush shalatu was salam! Maka ketika dia mulai berbicara, merekapun mulai bersungguh-sungguh. Ketika dia terus berbicara, merekapun semakin jengkel. Maka ketika yang ketiga kalinya ada sekelompok orang yang ada di masjid bangkit dan memukulinya! Maka dia datang kepadaku sambil menangis. Dia berkata: Aku habis bertengkar dengan mereka, mereka memukuliku!
Kelompok ini tidak bisa masuk ke dalam lapangan ini, karena mereka takut kepada sisi ini. Tetapi mereka akan ditanya di hadapan Allah. Demi Allah, telah datang kepada kami seseorang atau segolongan Tabligh di Benares, di sebuah rumah yang saya tempati dengan syaikh Shalih Al Iraqi. Mereka berkata: Kami dengar kalian datang, kami sangat senang, maka kami datang mengunjungi kalian agar kalian ikut bersama kami berdakwah kepada Allah. Dan tempat kami adalah masjid ini. Maka kami juga gembira dan mendatangi masjid itu, ternyata masjid itu tempat tarikat Berelwian. Mereka adalah para penyembah berhala dan sangat keterlaluan dalam penyembahan itu.
Mereka meyakini bahwa para wali bisa mengetahui perkara yang ghaib dan mengatur alam. Mereka membolehkan untuk bernadzar, menyembelih, SUJUD DAN RUKUK KEPADA KUBURAN. Singkat kata: MEREKA ADALAH GOLONGAN PENYEMBAH BERHALA. Maka Syaikh Shalih pergi dan bersama kami ada seorang penerjemah, namanya Abdul Alim, sekarang dia ada di Rabithah Al Alam Islami. Kami bawa orang ini untuk menerjemahkan ucapan syaikh. Maka syaikhpun berbicara. Setiap selesai berbicara beliau melihat kepada penerjemah agar diterjemahkan. Maka penerjemahpun akan bergerak, maka ternyata pemimpin tabligh melihat dan berkata: Tungguh, saya yang akan menerjemahkan. Maka syaikh terus berbicara, tapi tidak ada seorangpun yang menerjemahkan. Hingga ceramahnya selesai. Ketika selesai acara itu dia mengucap salam dan malah pergi.
Maka kami tetapi di situ menunggu terjemah. Dia berkata: Saya ada keperluan, biar orang ini yang menerjemahkan. Maka kami shalat Isya' sambil menunggu terjemahan ceramah itu, tapi tidak kunjung diterjemahkan. Maka saya temui lagi orang itu dan mengatakan: Ya akhi, kami datang ke tempat kalian ini bukan untuk main-main. Tapi kalian tadi meminta kepada kami untuk ikut serta bersama kalian berdakwah, maka kamipun datang menyambut ajakan kalian. Dan syaikh tadi telah berbicara. Ketika penerjemah akan menerjemah engkau malah melarangnya. Dan engkau menjanjikan akan menerjemahkannya, tapi engkau tidak lakukan sedikitpun. Maka dia berkata: Ya akhi, engkau tahu?! Masjid ini milik Khurafiyyin!! Kalau kita berbicara tentang tauhid, mereka akan mengusir kita dari masjid. Maka saya katakan: Ya akhi, apakah seperti ini dakwah para Nabi? Ya akhi, dakwah kalian sekarang menyebar di penjuru dunia. Kalian pergi ke Amerika, Iran dan Asia, kalian tidak dapati sedikitpun perlawanan selama-lamanya. Apakah seperti ini dakwah para Nabi? Semua manusia menerimanya dan menghormatinya? Dakwah para Nabi padanya ada pertempuran, darah, kesusahan-kesusahan dan lain-lain. Kalau engkau diusir dari suatu masjid, berdakwahlah di masjid lain atau di jalan-jalan atau di hotel-hotel. Katakan kalimat yang haq dan tinggalkan. Rasul saja diusir dari Mekkah karena sebab dakwah ini. Kemudian saya tanya sudah berapa lama dakwah ini berjalan? Dia berkata: Belum tiga puluh tahun. Saya katakan: Kalian telah menyebar di India, utara dan selatan. Dan engkau melihat fenomena kesyirikan di hadapanmu dan telah mati berjuta-juta orang. Sudah berapa juta orang yang mati selama itu dalam keadaan berada di atas kesesatan, kesyirikan dan bid'ah yang kalian sebarkan ini?! Dan engkau belum menerangkan hal itu kepada mereka! Apakah engkau tidak merasa kalau engkau akan ditanya di hadapan Allah karena engkau menyembunyikan kebenaran ini dan tidak menyampaikannya kepada para hamba Allah?! Diapun diam. Maka aku permisi dan keluar.
(Dari kaset Al Qaulul Baligh)
|
|
|
|
|
|
|
|
8. Shalih bin Abdullah Al Abud
Adapun tabligh... ketika Khilafah Utsmaniyyah runtuh bangkitlah firqah ini dengan pemikiran jama'ah ini, firqah tabligh. Dan mereka membuat dasar-dasar untuk para pengikutnya dengan nama "Ushulus Sittah" yang mereka dakwahkan manusia kepadanya. Dan di akhirnya mereka membai'at menurut empat macam tarekat sufi; Jistiyyah, Syahrawardiyyah, Naqsyabandiyah dan Matur... saya lupa yang keempat, yang jelas empat tarekat.
Mereka dalam bidang aqidah adalah Maturidiyah atau Asy'ariyyah. Dan dalam pemahaman syahadat mereka, yaitu syahadat Laa Ilaaha Illallah dan Muhammad Rasulullah. Mereka tidak memahami maknanya kecuali bahwa: Tidak ada yang Kuasa untuk Mencipta dan Mengadakan serta Membuat kecuali Allah. Dan dalam memahami makna Muhammad Rasulullah, (mereka tidak memahaminya seperti yang kita fahami, yaitu membenarkan apa yang beliau sampaikan, mentaati apa yang beliau perintahkan, menjauhi apa yang beliau larang dan peringatkan dan Allah tidak diibadahi kecuali dengan apa yang beliau syariatkan).
Pemahaman ini tidak ada di kalangan jama'ah tabligh, bahkan kadang-kadang mereka mengkultuskan individu-individu tertentu dan menyatakan mereka memiliki 'Ishmah (tidak akan salah). Dan sampai-sampai bila para syaikhnya mati, mereka bangun di atas kuburannya bangunan-bangunan dalam masjid. Tabligh adalah firqah, tanpa perlu diragukan lagi. Karena menyelisihi firqatun Najiyah. Mereka memiliki manhaj khusus. Yang tidak ikut ke dalamnya tidak dianggap sebagai orang yang mendapat hidayah. Tabligh membagi manusia menjadi: Muhtadi (orang yang mendapat hidayah) dan manusia yang masih diharapkan mendapat hidayah (tim penggembira saja 杙ent). Golongan Muhtadi adalah yang telah masuk keseluruhan dalam tandhim (keorganisasian) dan firqah mereka. Dan yang non Muhtadi, tidak termasuk golongan mereka walaupun dia imam kaum muslimin. Ini dalam pemahaman mereka.
Ikhwanul Muslimin juga demikian, yang termasuk tandhim mereka adalah Ikhwanul Muslimin dan yang tidak masuk, maka bukan Ikhwanul Muslimin walaupun orang itu adalah alim dalam Islam. Cukup sikap ta'ashshub ini menjadi dalil bahwa mereka telah mengeluarkan diri-diri mereka sendiri dari jama'ah kaum muslimin. Karena jama'ah kaum muslimin tidak menganggap bahwa hidayah hanya sampai kepada mereka saja. Dan manhaj mereka adalah manhaj yang paling luas, karena mereka tidak mencap setiap orang yang tidak sefaham dengan mereka sebagai orang kafir. Tapi mereka masih mengakui bahwa mereka adalah kaum muslimin dan mengharapkan agar dia mendapat hidayah. Meskipun orang itu mengkafirkan mereka, mereka tetap tidak membalasnya dengan mengkafirkannya pula. Maka manhaj Firqatun Najiyah adalah manhaj yang paling luas dalam hal ini. Wallahu A'lam.
(Semua fatwa ini diambil dari kaset Al Qaulul Baligh 'ala Dzammi Jama'atit Tabligh)
9. Muqbil bin Hadi Al Wadi'i
Setelah membawakan pendirian beliau terhadap Ikhwanul Muslimin beliau berkata: "Adapun Jama'ah tabligh, silakan engkau membaca apa yang dituturkan syaikh Muhammad bin Abdul Wahab Al Washshabi, ia berkata:
1. Mereka mengamalkan hadits-hadits dla'if (lemah) bahkan maudlu' (palsu) serta Laa Ashla Lahu (tidak ada asalnya).
2. TAUHID MEREKA PENUH DENGAN BIDAAH, bahkan DAKWAH MEREKA BERDASARKAN BIDAAH. Karena dakwah mereka berdasarkan Al Faqra (kefakiran) yaitu khuruj (keluar). Dan ini diharuskan di setiap bulan 3 hari, setiap tahun 40 hari dan seumur hidup 4 bulan, dan setiap pekan 2 jaulah... jaulah pertama di Masjid yang didirikan shalat padanya dan yang kedua berpindah-pindah. Di setiap hari ada 2 halaqah, halaqah pertama di masjid yang didirikan shalat padanya, yang kedua di rumah. Mereka tidak senang kepada seseorang kecuali bila dia mengikuti mereka. Tidak diragukan lagi bahwa ini adalah bidaah dalam agama yang TIDAK DIBOLEHKAN ALLAH TAALA.
3. Mereka berpendapat bahwa dakwah kepada tauhid akan memecah belah ummat saja.
4. Mereka berpendapat bahwa dakwah kepada sunnah juga memecah belah ummat.
5. Pemimpin mereka berkata dengan tegas bahwa: Bidaah yang bisa mengumpulkan manusia lebih baik daripada sunnah yang memecah belah manusia.
6. Mereka menyuruh manusia untuk tidak menuntut ilmu yang bermanfaat secara isyarat atau terang-terangan.
7. Mereka berpendapat bahwa manusia tidak bisa selamat kecuali dengan cara mereka. Dan mereka membuat permisalan dengan perahu Nabi Nuh 'alaihis salam, siapa yang naik akan selamat dan siapa yang enggan akan hancur. Mereka berkata: "Sesungguhnya dakwah kita seperti perahu Nabi Nuh." Ini saya dengar dengan telinga saya sendiri di Urdun (Yordania 杄d) dan Yaman.
8. Mereka tidak menaruh perhatian terhadap tauhid Uluhiyyah dan Asma` was Sifat.
9. Mereka tidak mau menuntut ilmu dan berpendapat bahwa waktu yang digunakan untuk itu hanya sia-sia belaka." (Dinukil dari kutaib Hadzihi Da'watuna wa 'Aqidatuna, Syaikh Muqbil bin Hadi al Wadi'i hafidhahullah hal. 15-17)
_________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa-rasa aku tajuk thread ini ialah "tips bergaul dengan tabligh" dan bukannya "tips untuk menjauhkan orang tabligh". |
|
|
|
|
|
|
|
bergaullah dgn orang Tabligh baik2, dan kalau mrk salah bimbinglah mrk. samada mrk berkiblatkan india ataupun pakistan itu mrk punya fasal, janji mrk tak buat kemusnahan & mengganggu gugat kestabilan politik dunia islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #73 Lloni's post
Dalam hidup ini kita perlu usahakan sebelum mati 3 perkara
1. Meraih redha Alllah
2. Memperbaiki iman dan amal/akhlak
3. Sebagai khalifah dimuka bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lloni at 18-12-2007 08:46 AM
.....adakah maksud saudara... hanya jalan yang dianjurkan oleh jemaah tabligh saja yang menepati jalan yang ditunjuki oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Macamana dengan para alim ulama ...
Sekiranya Tok Tok Guru yg miker sebut tadi mengikut Perjalanan Rasulullah saw n para sahabat r.a., alhamdullilah. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pandangan terhadap Jemaah Tabligh...
Yang setuju.... dari orang bawahan, sehingga doktor dan professor, Ulama2 dan Mufti2 pun ada buat juga usaha Dakwah Tabligh...
Yang tak setuju.... Pandangan2 peribadi, pandangan Salafi, pandangan Ulama2 yang tak setuju.... pun ada...
Yang dok pertengahan pun ada....
Tepuk dada tanya iman..... |
|
|
|
|
|
|
abusyakira This user has been deleted
|
Bro mnm77, boleh saya minta alamat email anta? |
|
|
|
|
|
|
|
buat apa yg mampu & iklhas:-
1.Solat diawal waktu
2.Berbuat baik kpd 2 orgtua (sendiri)
3.Keluar jalan ALLAH. |
|
|
|
|
|
|
| |
|