|
Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; )
"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah,
ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu
diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,
niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang
diperolehi
mereka.
Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah
saleh
tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh
didapati.
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya
camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,
sungai,
pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan
Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang
terendah
dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya
diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan
zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh
tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat
dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra' dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia
yang
tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada
mereka
ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah
selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama
mereka.
Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi
seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun
kalimah
Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang
kemas
kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan
peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,
pasti
ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda
akan
terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas
pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian
(kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping
la
sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik
kenderaan
yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi
kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap
minggu
juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun
hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak
'berehat
di rumah' saja.. ;-j
---
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
*Qaalu
salaaman-salaama~ *
Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi para isteri yang solehah nanti di Syurga..akan menjadi Ratu kepada Bidadari..bidadari sekalian.
Suami yang soleh akan mendapat 125 ribu bidadari di syurga kelak.
Di syurga nanti tiada perasaan cemburu menyemburui...walaupun si suami punyai 125ribu bidadari dikelilingnya..
Subhanallah, sama2lah kita beramal |
|
|
|
|
|
|
|
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata
...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
Wallahu wa'lam |
|
|
|
|
|
|
|
sonok baca kesah2 kat cni...
sesuai dgn tajuk... |
|
|
|
|
|
|
|
nak masuk syurga
tp mcm mana ng amalan aku ni... |
|
|
|
|
|
|
|
setiap kali teringat paga kematian, jangtung aku berdebar semacam aje.
adakah ini tandanya amalanku masih tidak mencukupi untuk mengharungi
alam kubur apatah lagi untuk melepasinya di padang masyar nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Di Syurga nanti penghuninya akan dapat melihat seorang lelaki yg mempunyai sayap yg sgt indah.Orang itu adalah Jaafar Attayyar atau nama sebenarnya Syaidina Jaafar bin Abi Talib. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..
Ada seorang sahabat Kiah pernah bercerita..
Di syurga ada seorang lelaki tua yang sent ...
kiahbosan Post at 26-5-2010 17:02
ku pasti kau berbahagia,duduk disampingnya ,mendengar cerita,segala rahsia -lirik lagu terlalu Istimewa. |
|
|
|
|
|
|
|
wow syurga sungguh indah!aku kena solat banyak2 sebab solat adalah ibadah terpenting!lepas tu baru la buat ibadah yang lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 68# sayapghaib
Rasa syahdu pulak tetiba kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 71# Fieza-mira
x hahahaha.... aku takut x dapat masuk syurga |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mynameisdot at 23-1-2011 12:18
huhuh...silap comment |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
kalo pasangan suami isteri macam mana ye?
contoh,jika masuk syurga,adakah suami akan dapat seorang bidadari yg cantik?bagaimana pula dengan isterinya?
maksud saya,si suami apabila masuk syurga,dia x dapat balik ke isterinya? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rimau_manja at 24-1-2011 14:13
Suami yang soleh akan mendapat 125 ribu bidadari di syurga kelak.
dzaraa Post at 4-6-2010 16:43
tidak ada hadith sahih mahupun ayat Quran yang mengatakan perkara ini...
berdasarkan hadith2 sahih, majoriti lelaki di syurga mendapat 2 bidadari setiap sorang, lelaki2 yang mati syahid pula mendapat 72 bidadari setiap sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rimau_manja at 24-1-2011 12:51
Reply 63# dzaraa
kisah ainul mardhiah ni tak sahih...rasanya kisah ni kisah malayuwiyyat je, coz kalau check kat google, cuma sumber2 dari malaysia je yang menyatakan kisah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rimau_manja at 24-1-2011 14:05
Reply 74# Mede
wa'alaikumussalaam
si suami akan mendapat kedua-dua sekali, bidadari dan isteri (tu pun kalau isteri masuk syurga lah)
setiap lelaki yg masuk syurga akan mendapat bidadari, cuma tidak semua lelaki mendapat bidadari dalam bilangan yg sama, majoriti dapat 2 bidadari setiap sorang manakala golongan syuhada pula dapat 72 bidadari setiap sorang. paling sikit 2 bidadari la.
harap tak timbul soalan "kalau lelaki dapat bidadari, perempuan dapat apa?" coz soalan sebegini tak logic, ini kerana soalan ini seolah-olah menyatakan bahawasanya bidadari hanyalah satu2nya nikmat syurga, sedangkan bidadari bukanlah satu2nya nikmat syurga, ada banyaaaaaaak lagi nikmat lain seperti makanan, minuman, pakaian, sungai, pokok, taman, tempat tinggal, kuda terbang, etc.
di syurga, kedudukan wanita/perempuan dari dunia adalah lebih tinggi berbanding bidadari. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rimau_manja at 24-1-2011 14:43
Wildan ini adalah para pelayan.Untuk wanita yang tidak sempat berkahwin atau yang suaminya tidak menjadi ahli syurga akan mendapat pelayan-pelayan ini.
sayapghaib Post at 12-11-2007 20:58
wildan tu para pelayan bagi semua ahli syurga, dan wildan tidak melayan kehendak seksual ahli syurga, sekadar bertugas seperti pekerja ataupun waiters je. kat syurga takde orang yang melakukan hubungan seks luar nikah, even bidadari syurga pun dinikahkan dengan lelaki. wanita yang tak sempat berkahwin atau suaminya tiada di syurga akan berkahwin dengan lelaki yang berada di syurga juga. |
|
|
|
|
|
|
|
owh begitu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 77# rimau_manja
tq2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|