CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kekekek

Filem Notti : MAWI sbg Ajis, polis perisik[pg.4]

[Copy link]
Post time 18-6-2008 03:41 PM | Show all posts
fafau fafau... best...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2008 04:07 PM | Show all posts

Reply #59 kekekek's post

aku nak tengok gak ler, buka sebab mawi tau, tapi fafau
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 08:37 AM | Show all posts
macam best aje tajuk.....
kosmo hari ni

Tolak Nabil terima Mawi
Oleh JESSABELL SOO


.............."Diberi latihan oleh cikgu Hamzah dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Fara mengaku dia berasa keliru pada awalnya. Selepas menjalankan beberapa latihan kini sudah bersedia dan bakal berlakon bersama Mawi pada 23 Jun ini.

"Buat masa ini Mawi berada di Kaherah, Mesir. Kami akan berlakon bersama dalam banyak babak. Sebelum ini, kami pernah berlatih bersama tetapi kami asyik ketawa.

"Mawi merupakan kawan 'gangster' saya. Jadi amat sukar bagi kami berpura-pura. Ditambah pula kami perlu menjadi pasangan 'kekasih' dalam filem ini yang menyukarkan saya memberikan fokus," jelasnya lagi."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2008 08:52 AM | Show all posts
Tolak Nabil terima Mawi - Kosmo

Oleh JESSABELL SOO

SUDAH lama dilamar oleh KRU Films, Fara Fauzana akhirnya menerima tawaran untuk memainkan lima watak berlainan dalam filem keempat terbitan syarikat itu, Notti arahan Azhari Mohd Zain. <sib baik bukan prof razak >

Bukan kerana terlalu memilih tetapi seperti yang diketahui umum, Fara adalah antara individu yang paling sibuk dalam industri seni. Mempunyai tanggungjawab di konti radio HotFM, Fara juga merupakan hos program realiti GangStarz dan Melodi serta terlibat dalam drama Fara.

Maka, dia berkali-kali menolak pelawaan Ketua Pegawai Eksekutif KRU, Norman Abdul Halim untuk berlakon dalam filem itu. Namun, selepas berbincang berulang kali, kata putus tercapai dan keseluruhan produksi ini akan berjalan mengikut keselesaan Fara.

"Sudah agak lama KRU menawarkan watak ini. Tapi dulu saya tidak yakin. Selain daripada itu, filem memerlukan komitmen lama. Namun, selepas kami berbincang, mereka bersetuju untuk menjalankan penggambaran berdasarkan jadual saya.

" Penggambaran bermula hari Selasa lepas dan minggu ini saya mengambil cuti seminggu untuk menyiapkan sebanyak mungkin babak yang terlibat. Selepas ini, saya hanya boleh berada di lokasi sehingga 10 malam kerana perlu bersiap sedia untuk kerja HotFM esok harinya," kata Fara.

Jadual penggambarannya juga tidak boleh menganggu hujung minggu Fara apabila dia mempunyai tugas sebagai hos Melodi dan GangStarz serta menyertai konsert Lets Jam di Batu Pahat, Johor.

Dia yang berasa cemas dan malu pada hari pertama penggambaran memberitahu watak yang dipegangnya amat menarik.

"Satu daripadanya adalah watak budak jahat yang melakukan benda-benda nakal seperti ponteng sekolah. Watak orang jahat pula melakukan kerja seperti membunuh dan menjual dadah. Itu adalah watak orang Cina.

"Watak jahat profesional pula merupakan orang mengambil rasuah serta penggodam komputer. Yang selebihnya adalah watak kecil tetapi nama mereka tidak boleh diberitahu lagi," tambah Fara yang turut menjayakan watak bersifat lelaki.

Dijangka menemui peminat tahun depan, filem ini juga bakal disempurnakan dengan teknik khas CGI seperti karya Duyung dan Cicakman.

Cuma menariknya, solekan dan kesan khas kali ini tidak digunakan ke atas seorang pelakon sahaja.

"Filem ini ada elemen seperti filem Duyung dan Cicakman terutamanya apabila ia menyentuh genre romantik komedi fantasi. Kalau dalam filem Cicakman, seorang sahaja yang memakai kostum.

"Tetapi dalam filem ini, lebih lima orang akan memakai kostum. Jadi ia amat menarik," tambah Fara yang menjalankan penggambaran di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Diberi latihan oleh cikgu Hamzah dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Fara mengaku dia berasa keliru pada awalnya. Selepas menjalankan beberapa latihan kini sudah bersedia dan bakal berlakon bersama Mawi pada 23 Jun ini.

"Buat masa ini Mawi berada di Kaherah, Mesir. Kami akan berlakon bersama dalam banyak babak. Sebelum ini, kami pernah berlatih bersama tetapi kami asyik ketawa.

"Mawi merupakan kawan 'gangster' saya. Jadi amat sukar bagi kami berpura-pura. Ditambah pula kami perlu menjadi pasangan 'kekasih' dalam filem ini yang menyukarkan saya memberikan fokus," jelasnya lagi.

[ Last edited by  kekekek at 19-6-2008 08:57 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 09:23 AM | Show all posts
macam best je jalan cite dia... nak tengok la
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #65 redsentra's post

tgk jgn tak tgk.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2008 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 19-6-2008 08:52 AM
Tolak Nabil terima Mawi - Kosmo

Oleh JESSABELL SOO

SUDAH lama dilamar oleh KRU Films, Fara Fauzana akhirnya menerimatawaran untuk memainkan lima watak berlainan dalam filemkeempat terbita ...


lima watak tu...
KRU nak jimat kos ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 09:54 PM | Show all posts

Reply #65 redsentra's post

Aku pun dengar macam best aje
Suka fafau  mawi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2008 09:47 AM | Show all posts
kalu camni lah....cancel jer lah terus aduh saleha tu...aku lebih bminat tgk fillem KRU ni dari filem yang tak siap2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 11:24 AM | Show all posts
I rasa dah terkensel kot sbb penerbit kacau mnasir, mnasir fedup, and para pelakon utama pakat tak mau continue kalau mnasir takda...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 11:38 AM | Show all posts
aku pun nak tengok cite ni tapi bila nak siap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 10:33 PM | Show all posts
Aku harap citer ni tak terbengkalai macam yg satu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 02:43 PM | Show all posts
cam best je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by litra at 20-6-2008 10:33 PM
Aku harap citer ni tak terbengkalai macam yg satu tu.


KRUny product
tak terbengkalai rasanya sbb aku pun nak gi tengok gaks
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by rajaulam at 22-6-2008 02:43 PM
cam best je...


kannn???

jom reramai kita gi tengok nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 11:19 PM | Show all posts
KRU gandingkan Mawi, Fara Fauzana

SELEPAS filem Aduh Saliha tidak diketahui apa kesudahannya, Kak Pora dapat tahu Mawi terus merebut pe luang untuk berlakon filem lain, kali ini bertajuk Jin Notti terbitan KRU Studio. Dalam filem itu, Mawi di gandingkan de ngan Fara Fauzana, DJ Popular Hot FM.

Ia satu gandingan cukup bagus. Mawi ialah pe nyanyi dan sudah tiga kali pegang Bintang Paling Popular, manakala Fara pula sebagai Penyampai Radio Wanita dan Pengacara TV Wanita Popular pada ABPBH. Maknanya, mereka sama-sama popular. Kalau kena dengan gayanya, filem Jin Notti boleh jadi boxoffice.

Daripada judul filem ini, ceritanya mungkin mengenai kenakalan mereka. Tapi macam mana cerita yang sebenarnya, Kak Pora tidak tahu lagi sebab belum sempat jumpa Norman atau Yusry Abd Halim untuk bercakap lebih lanjut pasal filem itu. Cuma, Kak Pora tidak boleh bayang kan kecohnya Fara mengusik Mawi nanti dalam filem itu nanti. Kak Pora harap filem Jin Notti betul-betul menjadi, bukan siap separuh jalan atau bermasalah apabila penggambaran sedang dibuat seperti filem Aduh Saliha. Kita tunggulah M Nasir cakap sendiri filem Aduh Saliha. Dah bosan tunggu filem itu siap. Elok batalkan sajalah, tak payah sambung penggambaran.

KAK PORA: Mungkinkah Ikin akan cemburu apabila Fara bermesra dengan Mawi dalam filem nanti?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2008 11:20 PM | Show all posts
up sket...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 11:20 PM | Show all posts
Satu lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 11:25 PM | Show all posts
NAK CEMBURU APA NYA MAWI SAJE YG BODOH NAK POMPUAN TU.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by lyddok at 22-6-2008 11:25 PM
NAK CEMBURU APA NYA MAWI SAJE YG BODOH NAK POMPUAN TU.


mmg mawi dah bodoh alang betul ke???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.066258 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list