CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GRINDSAKHTANIC

Kata-kata mutiara yang boleh kita kongsikan....

[Copy link]
Post time 19-11-2008 10:56 AM | Show all posts
Jika bersembahyang ada lazatnya, menunjukkan Tuhan ada perhatian pada kita,
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang, itu menunjukkan kita ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan!
Oleh Abuya At Tamimi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 11:01 AM | Show all posts
Bila kita memohon ampun, jiwa kita terasa LEMBUT,
Air mata taubat berguguran, moga Tuhan terima taubat kita.
Apabila jiwa kita GELISAH, tanda Tuhan murka pasti ada dosa,
Memohon ampunlah kepada Tuhan,
Dia pasti mengampunkan kita.

Oleh Abuya At Tamimi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:15 AM | Show all posts
Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah,
Bersyukurlah kita kepadaNya.

Oleh Abuya At Tamimi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:17 AM | Show all posts
Kalau kita berusaha mendekatkan diri dengan Tuhan,

Kemudian diujinya kita,
Itu tandanya Dia meredhoi kita,
Untuk bersihkan dosa dan tinggikan darjat.
Oleh Abuya At Tamimi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:27 AM | Show all posts
Kalau kita kaya, mudah saja kita mengagihkan kepada manusia,
Tanda Allah memberi dengan REDHO,
Jika setelah kaya makin berat, untuk menderma dan memberi keranaNya,
Tanda kekayaan dan kesenangan itu,
Diberi secara MURKA!

Oleh Abuya At Tamimi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 10:11 AM | Show all posts
Percaya kepada qada dan qadar amat mudah,
menghuraikan tentang qada dan qadar oleh cerdik pandai pun mudah juga,
tapi hendak tunduk dan senang hati dengan qada dan qadar bila terjadi amat susah,
orang yang BERTAQWA sahaja yang boleh berbuat demikian.

Oleh Abuya At Tamimi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2008 11:43 AM | Show all posts
Apabila terasa diawasi Tuhan,
rasa berdosa setiap masa,
jiwa derita dengan dosa,
rasa syukur dengan nikmatNya,
rasa kurang beramal,
rasa hina diri dengan Tuhan,
itulah tanda sudah memiliki sifat kehambaan
Oleh Abuya At Tamimi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:50 PM | Show all posts
[size=130%]
Aku mampu membayangkan AL MUJAHID itu sebagai seorang lelaki yg sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yg memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya..

Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yg terus menerus. Apabila di seru, dia menyahut. Apabila di panggil dia menjawab..

Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yg disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yg telah diletak atau di tuntut ke atasnya. Dia berjihad di jalannya..

Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yg benar, kesungguhan, cita-cita yg tinggi dan matlamat yg jauh sentiasa memenuhi jiwanya..

- Imam Hassan Al-Banna

[ Last edited by  capiloton at 20-11-2008 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 09:21 PM | Show all posts

Reply #1 GRINDSAKHTANIC's post

Assalamualaikum

>> sekadar berkongsi <<

Banyak orang menganggap masa depan itu hanya setakat hidup dunia. Sedikit sekali yang mengatakan masa
depan itu ialah kehidupan di akhirat. Maka ramailah manusia memikirkan dunia dan sedikit sekali yang
memikirkan akhirat.

Banyak orang yang berjaya mengalahkan musuh yang ramai menakluki bangsa yang besar menawan negara
yang luas tapi banyak orang yang gagal mengalahkan nafsu dalam diri.

Mencari ilmu tidak ada salahnya, yang salah kerana ilmu korbankan iman. Mencari rezeki memang tidak salah,
yang salahnya kerana rezeki korbankan maruah. Membangun tidak dilarang adakalanya fardhu kifayah, yang
dilarang ialah kerana membangun rosak syariat dan akhlak. Bergaul dengan orang kafir atau fasik tidak menjadi satu kesalahan, yang menjadi kesalahan itu bila bergaul dengan mereka korbankan prinsip. Mencari kekayaan
bukanlah satu kesalahan, yang salah itu mencari kekayaan tidak kira halal haram. Kita mendapat pangkat bukanlah satu kesalahan, yang salah itu kerana pangkat melanggar tata susila dan menjatuhkan orang lain.

Lebih baik kena nasihat daripada memberi nasihat, kerana memberi nasihat susah hendak menjaga daripada
merasa kelebihan diri. Baik di luar rosak di dalam, tiang nampak di luar bersih dan berkilat, di dalam penuh
dengan bubuk dan ulat.

Ilmu dunia sebanyak mana sekalipun dia tidak akan bersih kalau dia tidak diproses. Ia ibarat air yang
ditampung sebanyak-banyaknya, kalau air itu tidak diproses dan dibubuh klorin dia tidak akan jernih dan
bersih, merbahaya diminum. Begitulah ilmu dunia kalau dia tidak diproses dengan ilmu wahyu, ilmu dunia itu
tidak akan terlepas daripada kesalahan dan kesilapan, amat merbahaya kepada akidah.

Walau sebanyak mana pun kita bersembahyang, berpuluh tahun kita lakukan hitam dahi, sakit-sakit kaki, tapi
yang sembahyang itu ialah fizikal lahir kita. Yang berdiri badan, akal dan hati tidak berdiri. Badan yang rukuk,
akal dan hati tidak rukuk. Badan yang sujud, akal dan hati tidak sujud. Yang membaca lisan, akal dan hati
tidak membaca. Itulah rahsia mengapa sembahyang tidak memberi kesan. Itulah rahsia mengapa orang yang
bersembahyang berbohong, rasuah, menipu, bakhil, sombong, khianat, mengumpat, kejam, zalim, pemarah,
riyak, sum'ah, tidak bertimbang rasa, tidak ada tolak ansur, tamak, jahat sangka, ingin nama, suka glamour
dan lain-lain lagi sifat yang keji. Sedangkan sembahyang Allah berkata: tanha 'anil fahsa i'walmunkar.

Orang mukmin sejati itu kalaulah menasihat itu bukan satu kewajipan, rasanya hendak meninggalkan sahaja
kerana sibuk menasihati diri sendiri.

Ampun Maaf Wallahu`alam
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 10:42 PM | Show all posts

Balas #99 ukhti_nur85\ catat

best baca......

sebut pasal nasihat2 nie....ya, benar, kalaulah ia bukan satu yang penting, maka tinggalkan saja, lantaran sibuk menasihati diri sendiri.....

yang mana paling penting utk dinasihati....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 01:19 PM | Show all posts

Balas #101 hanyakoygmampu\ catat

ko ingat ko sorang je yang permintaan tak ditunai, ko ingat ko sorang je sakit ati.....

aku pun same jugak, tapi aku tak pernah niat nak putus asa......

sampai mati pun kita takleh putus asa berharap pada Tuhan....

kenape?

fahamilah hakikat kehidupan, nescaya kau tak akan jumpa logik utk berputus asa.....
sekalipun engkau seorang yg dilahirkan utk berputus asa.

sekalipun berjuta-juta permintaan ko tak ditunai.....

mungkin ko boleh berputus asa utk perkara2 dunia yg lain, tetapi bukan pada rahmat Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 01:36 PM | Show all posts

Balas #103 hanyakoygmampu\ catat

..........

janganlah bebal, semua orang dalam dunia ni pun susah.....

tak caya tanya eastrun......

apalah erti susah kalo kita hanya tahu mengutuknya....boley lah kalo merungut sekali dua, biasa la....

tapi kalau nak kutuk banyak2 tu, takdek value lah kehidupan kita, rugi umur, kalau buta kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:43 PM | Show all posts
our lives are not determined by what happens to us...

but by how we react to what happens...

not by what life bring to us...

but by the attitude we bring to life...

a positive attitude cause a chain reaction of positive thoughts, events and outcomes..

it is a catalyst...

a spark that creates extraordinary results...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:45 PM | Show all posts
SUCCESS

dont quit!!...

every obstacle is a stepping stone to success...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:46 PM | Show all posts
SPEED

we can achieve more each day if we move that little faster!...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 10:13 PM | Show all posts

Susah Hati???

Anda Susah Hati??? Risau???

Saya nak tanya anda ,,, apakah yang paling anda risau???
Risau tersebut anda dah lupa betul tak???

So Mutiara Kata Saya Adalah:

"Jika anda risau... maka...
Janganlah risau, runsing dan gundah gulana... kerana keadaan itu pasti berlalu..."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2008 12:26 AM | Show all posts
Seeloknya mutiara kata digandingkan dengan mutiara perbuatan,
kerana Nabi diutus untuk menyempurnakan akhlak yang agung.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 09:40 PM | Show all posts
Hatimu akan merasakan manisnya takdir tuhan jika engkau mencintai-Nya..engkau akan mencintai-Nya jika engkau mengenal-Nya..semakin tinggi pengenalanmu terhadap tuhan semakin tinggi pula darjatmu dan semakin terase agung ketentuan-Nya bagimu..DIA sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri, kerana itulah dikatakan orang yang paling mencintai ALLAH adalah orang yang paling mengenali-Nya..  ~imam al hakim al tarmizi~   
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 09:51 PM | Show all posts
THE BEAUTY OF ISLAM

Look at the beauty of Islam
Spreading around the world
See the prettiness of Islam
Like flowers blooming everywhere
Blooming and spreading gracefully
On the highlands and on the valleys
Take a look at the cause of the beauty
They are servants working for their god And the beauty has been showered
With the sweats of the companions
And the prettiness has been enriched
With the coming of the reformers
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by nursha at 28-12-2008 09:51 PM
THE BEAUTY OF ISLAM

Look at the beauty of Islam
Spreading around the world
See the prettiness of Islam
Like flowers blooming everywhere
Blooming and spreading gracefully
On the highlands  ...


Lirik nasyid oleh penasyid2 arqam dolu2...dh lbh 20 thn usia nasyid nih...teringat nostalgia plak bila nursha paste kat sini. Nasyid ni mmg best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.440273 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list