|
Reply #61 thamrong's post
its complicated to discuss.. ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
tp bila diri sendiri yang menanggung..br akan terasa kebenaran nya..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 mongoose_kidz's post
sopi..ye la...dia ada spm...
pegi hospital la weihhh...buat ape tuduh2 org buat jahat kat kita... check dulu ape yang tak kena.... thyroid problem ke, wilson dz ke.. dll... sikit2 buatan org.... sibuk pikirkan org dengki kat kita.... cuba pikir positip
aku setuju thamrong.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 pressor's post
Benda ni tak lah komplicated sangat sebab tiap2 penyakit ada sebab dan ubatnya. Ini diperakui dalam para ahli Sufi tersuhur Abu Sina. Yang menjadi komplicated masyarakat mangaitkan sesuatu penyakit itu dengan benda ghaib....gara-gara metaphysics bukan logik dan saintifik.
Bomoh mengunakan macam-macam cara untuk menyakinkan kita tetapi dengan sendiri tidak dapat memberi jawapan yang betul....cuma jawapan yang bentuk pseudoscience. Kalau ia sendiri sakit mengapa tidak dapat mengubat dengan sendiri. Kalau pandai tengok nombor 4 ekor mengapa tidak merahsiakannya untuk menjadi kaya raya malah nombor dijual kapada yang medatanginya dengan harga yang 'pittence'. Keadaan hidupnya sendiri merempat. Mudah ambil kesempatan pada insan yang lemah dan yang putus harapan saperti wanita bermasaalah dan ibu tunggal yang tertekan.
Bomoh adalah manusia yang bukan 'altruistic' malah dianggap seorang yang tidak bermoral yang melanggari batasan agama. Mengunnakan kepandaian untuk menyakinkan manusia yang jahil dah percaya pada tahyul. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 thamrong's post
oh, kau ni sebenarnya siamese erk..tak tahu pula maksud thamrong tu![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #62 pressor\ catat
jangan dilayan si thamrong tu, dia ni bukannya melayu, agama dia pun kita tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 came77's post
aper ar ko ni
thamrong seorang muslim lah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul tu.Sy berasakan tuan rumah ini mesti atau mungkin ada buat salah mungkin.Jadi, dirinya rasa ndak secure dan mula la pikir orang buat macam ni macam tu.In the first place, sy nak tahu, mengapa mesti Tuan rumah berasakan dia disihir? |
|
|
|
|
|
|
|
pekate amalkan ayat2 ruqyah...mintalah pada Allah occay![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak bosan ke antu raya tu ikut tuan die gi opis ari2... |
|
|
|
|
|
|
|
Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)
Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)
Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).
Sekian wassalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 came77's post
he is muslim...aku dah pm dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #65 thamrong's post
mm..yeah..dulu aku tak percaya menda nih..but then..bila dah jadi kat my parents br aku percaya mende2 ghaib nih..santau2 lah..tuju2 lah..
dan yang penting bukan bomoh yang mengubat penyakit..tp Tuhan..bomoh adalah penyebab je sbb dia tau caranya..
mmg sukar nak meyakinkan org yang tak pernah mengalami..once u dah kena..br kamu akan mengiyakan nya..dulu aku pun sama selalu beri 1001 persoalan bila bercakap hal ni..tp skarg aku percaya wujudnya menda nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 orens's post
dah keje dia..nak wat cmaner... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 pressor's post
Aku percaya..dan aku sentiasa berdoa kepada Allah agar aku tidak akan bertemu dengan mereka![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #77 eastrun's post
kan!!..
mende ghaib sukar utk kita eksplen dgn logik..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #79 eastrun's post
Insya'allah...tk jumpa kot...kalo jumpa pun..just say HI to him.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #80 pressor's post
aku nak tanya la..kenapa letak budak tu dalam cerek?![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|