CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: cursebreaker

Apakah Benar...

[Copy link]
Post time 31-1-2009 11:45 AM | Show all posts

Balas #61 nursha\ catat

thanks sha..

jgn sesekali ketawakan curz tau, khairulazmi.....

aku kecik hati ko buat macam tu......

dia dah try sehabis upaya untuk buang perasaan dia yg tak betul tu.....patutnya
ko support dia..........

bukan senang nak berubah tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2009 11:50 AM | Show all posts
biar la die....dah die camtuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:05 AM | Show all posts
yer, biarkan ajer..

jgn biarkan org menghalang kita utk berubah...

tred nie mmg baguz, menyedarkan sy ttg kelemahan manusia yg suka menjdkan takdir Allah sbg alasan menghalalkan yg haram.

sepaling kurang tuan umah berusaha utk berubah & berjihad sedaya upaya melwn perkara yg diharamkan buatnya.

seperkara lg, jgn mudah menghina org lain, kita ada keturunan, sedara mara & kwn2..

kita x tau, ntah2 keturunan kita pula yg jd mcm nie.. ,ataupun lebih teruk lg...diri sendiri pun leh terbabit sama..masa tu tau la langit tinggi ker rendah..

teruskan usaha anda tuan umah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 09:40 AM | Show all posts
go curse...i will always support u...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 07:11 PM | Show all posts
Pertama skali tahniah diucapkan kepada tuan rumah di atas usahanya untuk mengekang diri daripda melaku perkara yang tidak diredhai oleh Allah. Dugaan ini mmg berat utk anda. Maybe orang-orang normal xkan faham ape yang tuan rumah alami, sbb kita x rasa ape yg dia rasa. Mungkin boleh aku tafsirkan keadaan dia sama mcm lelaki normal yang duduk satu bilik dengan gadis cantik mcm fasha sanda ke or maya karin ke? Entah la, andaian je. Hehe

Hm.. Berpuasa tu mmg cara yg baik untuk mengekang nafsu x kira la nafsu syahwat normal ke tak normal. Mungkin tuan rumah atau forumer kat sini pernah dengar bagaimana peristiwa di antara Tuhan dan nafsu apabila nafsu dicipta oleh Allah. Dalam kisah itu diceritakan apabila Allah mencipta nafsu dan bertanya siapakah dirinya dan siapakah DIA maka dengan angkuhnya nafsu menjawab, kau adalah engkau, aku adalah aku. Nafsu ini kemudiannya dilemparkan ke dalam neraka selama beribu tahun dan kemudiannya dihadapkan kembali ke hadapan Allah. Soalan yang sama dikemukakan namun jawapan yang serupa diberikan. Begitulah yang terus berlaku dimana nafsu dimasukkan lagi ke dalam neraka untuk jangka masa yang lebih lama. Apabila diajukan soalan yang sama, jawapan yang serupa tetap diberikan. Tetapi apabila nafsu ini disiksa dengan cara tidak diberi makan dan minum untuk jangka masa yang tertentu, nafsu akhirnya tunduk dan surrender di mana apabila soalan yang sama diberikan nafsu akhirnya menjawab Engkau adalah tuhanku dan aku adalah hambaMu.

Jadi kisah ini jelas menunjukkan bahawa nafsu boleh ditundukkan dengan tidak makan/minum dan cara yang terbaik adalah dengan berpuasa. So, tuan rumah boleh la cuba berpuasa sunnat dengan mencuba berpuasa isnin khamis sebagai permulaan. Apabila dah ok, maybe boleh cuba puasa nabi Daud iaitu selang seli puasa sepanjang hayat. Itu mmg dah tahap org alim dah. Aku pernah jumpa org2 yg amalkan puasa nabi daud ini dan mmg jelas di mata aku personaliti diorang mmg menyejukkan mata yang memandang. Waalahualam

[ Last edited by  bacteria82 at 3-2-2009 07:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 07:19 PM | Show all posts
hai curz....banyakkan bersabar....dugaan Allah Maha Hebat......u pasti bleh hadapinya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2009 07:36 PM | Show all posts
curz
Ingat Allah selalu.........

jangan turutkan sangat nafsu dan perasaan curz tu ok............
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 08:36 PM | Show all posts
Lupa nak komen untuk soalan no 1 tuan rumah. Pada pendapat aku, di syurga nanti, semua manusia adalah berkeadaan sempurna. Sempurna kat sini tentunya kembali kepada fitrah right? Secara berpasangan, lelaki dan perempuan. Mudah mudahan tuan rumah berjaya hadapi dugaan yang dialaminya. All the best and gud luck
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 09:42 AM | Show all posts
salam

hi curz.....

how r u?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 11:25 AM | Show all posts
yup.. mana tuan tanah?

semoga tidak jemu2 mendptkan rahmat Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 07:00 AM | Show all posts
Tah curse, lama x nampak. Buat mcm biasa la walaupun aku dah tau ko ni sape. Hm.. Dunia ni kecil rupanya, baru je tau rupa-rupanya curse ni officemate aku. Takpe, toksah malu, toksah segan kita sama2 kongsi masalah ye. Ganbatte!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 09:06 AM | Show all posts
tahniah jugak pada awak sbb berjaya kawal diri...

awak kena banyak fikir benda2 yang positif je...

banyak wat solat hajat malam2 tue...

InsyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 09:25 AM | Show all posts

Reply #72 nafisa85's post

Ya ya, tahniah. Cuba cuba lupakan si dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 10:52 PM | Show all posts

Balas #1 cursebreaker\ catat

Apakah Benar...


Salam semua,

sy ade terpikir satu keadaan...sebelum tuh, mungkin ade yg dah tahu sape sy....

sy punya naluri pd kaum sejenis..lelaki....Alhamdulillah sy x penah ikutkan nafsu buat benda terkutuk mcm liwat etc...walau kekadang keinginan tu memuncak...sy de juga tergelincir...sy lepaskan keinginan tuh bersendirian..paham kan mksud sy...sy tahu itu berdosa..cuma kekadang x mampu tahan....

makin usia meningkat makin jiwa & hati sy kesunyian....sy cmburu ya amat tgk org laen yg hidup normal.. bkahwin...ade anak etc...tp x pelah...slowly sy redhakan hati...dah ini bahagian sy..dugaan Allah utk saya..

So, skang sy dlm proses dekatkan diri pd-Nya...sy blajar balik satu2...ape yg sy tertinggal..tlalai selama ni....
Banyak nasihat2 bkaitan masalah sy, sy bc....kesimpulannya..org2 mcm sy kene terima ini dugaan Allah & satu je cara....ikut jalan Allah....sabar...jihad menentang hawa nafsu......


Penjelasan:

Allah yang Maha Pencipta terhadap seluruh kejadian di Alam ini. CiptaanNya sempurna,tiada cacat satu pun. Allah berfirman di dalam surah At Tin bahawa manusia (lelaki dan perempuan) ini adalah sebaik-baik kejadian. Disebut olehNya, sebaik-baik kejadian termasuklah lahir dan batin.Jika Allah telah sabitkan sedemikian,kenapa(zahir) ada bayi yang lahir cacat? Kenapa(batin) pulak ada lelaki yang suka pada lelaki? Jawabnya,kecacatan itu berpunca dari manusia itu sendiri. Tidak boleh disabitkan, Allah mencipta bayi itu cacat. Allah SWT telah mensabitkan Qada' dan Qadar. Jika manusia berbuat begitu,maka beginilah jadinya. Setiap sesuatu telah disabitkan dengan Qada' dan QadarNya.


Soalan sy,

1. Sy de tbace yg bagi ahli2 syurga yg dpt nikmat itu atas rahmat Allah, dikatakan benda2 yg dilarang/diharamkan di dunia akan jadi halal di syurga..cth arak...khinzir......betulkan sy kalo sy silap.....adakah haramnya naluri & keinginan sesame jenis di dunia, kalo sabar & x buat masa di dunia, di akhirat Allah balas balik dgn membenarkan apa yg dia x dpt di dunia? maksud sy, pasangannya juga lelaki? (Selalu dinyatakan dlm kitab suci & hadith tentang bidadari syurga yg akan jadi pasangan mukmin yg taat pd Allah) sy x tau nape bley terpikir camni.....


Penjelasan:

Tidak benar mengatakan apa-apa yang diharamkan oleh Allah di Dunia akan dihalalkan di Akhirat maksud saya di Syurga! Semua yang diharam di Dunia telah diberi sebabnya oleh Allah SWT. Perkara itu tetap haram. Contohnya seperti arak,berzina,daging babi dan sebagainya,kesemuanya itu tidak baik bagi manusia. Allah itu cantik dan suka kepada perkara-perkara yang cantik. Allah suka kepada perkara-perkara yang baik,maka apa-apa yang akan didapat oleh ahli Syurga adalah perkara yang baik-baik belaka. Makanan yang baik-baik yang pernah kamu kenal dan makan di Dunia pasti kamu akan mendapatinya di sana tetapi tiada tandingan kesedapannya seperti yang kamu makan di Dunia ini.

Oleh itu nasihat saya,tak perlulah kamu menanti akan balasan Allah memberi kamu seorang lelaki untuk menjadi pasangan kamu disana nanti. Secara pasti dan yakin saya mengatakan bahawa tidak akan terjadi seperti itu.

Diberitakan didalam AlQuran bahawa lelaki ini dijanji dengan bidadari yang cantiknya seperti permata. itu adalah perumpamaan. Istilahnya,jika pertama itu cantik,bidadari itu lebih cantik,tak dapat dinukilkan dengan perkataan. Bukan saje cantik tetapi perawan belaka;jugak ada diterangkan.

Buktinya: Ayat An Nissak 5:57 Allah berfirman: "Orang-orang yang beriman dan beramal salih,akan Kami masukkan mereka kedalam Syurga yang mengalir air sungai dibawahnya,sedang mereka kekal dalamnya selama-lamanya. Bagi mereka itu ada isteri(bidadari) yang suci dan Kami masukkan mereka kenaungan yang melindunginya.

Itu bagi lelaki dan itu jugaklah kesukaan bagi lelaki yang berada di Dunia ini. Bagaimana pulak bagi perempuan-perempuan;semasa di Dunia menjadi isteri atau pun tiada suami, di sana nanti? Diberitakan bahawa perempuan akan dikurnia perhiasan-perhaisan. Apa jugak yang dinamakan perhiasan di Dunia ini akan mereka perolehi seperti permata-permata,sofa-sofa dan sebagainya. Kerana perempuan itu sememangnya menyukai kepada perhiasan-perhiasan di Dunia ini.

Saya tidak mahu pergi jauh daripada apa yang nak saya perjelaskan mengenai pertanyaan kamu itu kerana akan timbul persoalan-persolan lain yang insyaAllah akan dijawab pada sessi lain.

2. Allah berfirman dlm Al-Quran, bagi lelaki yg x mampu kawen (gay slh satu), hendaklah menjaga kehormatan (kemaluan) & nafsunya dgn berpuasa.... mksud di sini bykkan puasa sunat untuk tundukkan nafsu..
so, selalu kan puasa sunat isnin & khamis (sepengetahuan sy ah)...jadik cukupke dua hari seminggu tuk tundukkan nafsu yg membuak x kire mase? or, bley ke puasa sunat x kire hari? maaf, saya naif sket...

time kasih pd yg sudi bantu..hanya Allah akan balas kebaikan korunk....


Penjelasan:

Allah tidak katakan sedemikian,'bagi lelaki yang tidak mampu kawen', salah tuuu! Allah katakan,'bagi lelaki yang belum mampu untuk berkahwin' maksudnya berbeza?

Jika lelaki itu belum mampu untuk berkahwin disyariatkan mereka berpuasa bagi mengekang daripada membuat maksiat. Itulah anjuran agama sebagai penyelesaian kepada nafsu sex. Kalau dah mampu nanti,kawin leee! Office boy pun kawin!

Belum lagi saya berjumpa dengan firman Allah tentang penciptaan manusia tengah-tengah;gay leee;yang suka kepada lelaki! Kalau adalah,sudah tentu ada disebut tentang balasan nikmat-nikmat yang akan mereka kecapi di Syurga nanti.

Sejarah telah membuktikan bahawa dizaman Nabi Allah Lut a.s.,kaumnya yang suka kepada lelaki ditimpa malapertaka. Oleh itu,Allah telah menafikan kaum yang dikatakan berminat kepada kaum sejenis.

Akhirkata,perbaiklah cita rasa kamu itu kerana ianya menyalahi syariat Allah dan RasulNya serta janganlah kamu berangan-angan dibuai oleh gangguan serta permainan Iblis, mengharapkan perkara yang tidak akan menjadi kenyataan.

Sekian.


[ Last edited by  cursebreaker at 25-1-2009 07:06 PM ]

[ Last edited by  Amir at 23-2-2009 12:14 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075158 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list