|
Orang muda sekarang ni kalau nak watper semua main bantai jer
sampaikan tok mufti tu dah bagitau naper sebabnyer takboleh sambut
valentine pun masih ada yang nak berdalih lagi.
Rosak!Rosak orang muda sekarang.Zina pun macam benda biasa jer.
Aku sedih.. |
|
|
|
|
|
|
|
NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan. Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.
Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.
Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.
Misalnya, di Sarawak tahun lalu, media-media tempatannya juga tidak terkecuali. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.
Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah.
Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.
Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.
Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.
Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa lebih-lebih lagi pada bulan Syawal yang mulia ini. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tiM at 19-2-2006 07:32 PM
:hmm: Oopsss..... Adakah kebetulan kejatuhan islam di spanyol adalah pada hari valentine? Kalau gitu maksudnya adalah berbeza. BTW kenapa islam jatuh? Ada kaitan dengan perjuangan Fr Valentine?
bkn kebetulan saudara Tim...
tp slps kejatuhan Islam oleh 'perjuangan' sir valentino..mereka menyambutnya sbg merayakan kejatuhan Islam..
dan hari itu dinamakan Valentine's Day...klu x silap saya..
klu silap btul2 kan lah..
dat's y no need laa sambut valentine ni...umat Islam laa especially... |
|
|
|
|
|
|
|
Esok ker valentine's day...huhuhu....
Entahnyer akupun heran apa lah ikut sgt budaya org putih nih....macam tk der jati diri org islam yg suka ikut-ikutan ini...inipun salah satu ketaksuban yg menjahanamkan diri juga.... |
|
|
|
|
|
|
|
VALENTINE'S DAY
(Bilangan 93 Bahagian Pertama)
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Apa pandangan Islam?
VALENTINE扴 Day atau 慔ari Kekasih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AceHand at 18-2-2004 01:54 AM
Maaf... Aku tak pikir alasan tu kukuh... Wayang masih ada banyak waktu siaran hapa... Terlepas yang tu ada satu lagi... Terlepas yang tu ada l ...
pada aku cuti jumaat atau ahad ada pro and con die.... aku dulu kat kg mmg cuti jumaat... sekarang dah keje kl cuti hari ahad.... tapi aku rasa ada eloknye klu cuti hari ahad ... sebabnye masa aku kat kg dulu klu plan ngan family nak kuar g berkelah mmg ada prob sikit... nak kena pikir nak semayang jumaat lagi... masa g berkelah tuh bila time masuk waktu jumaat aku ngan ayah aku akan g cari masjid... tapi apa yang aku nampak berapa ramai org lelaki yang still lepak2 lagi kat tempat perkelahan tuh... ramai yang ponteng jumaat...... so cuti ke tak cuti ke hari jumaat... yang penting dalam diri, klu dari kecik dah diasuh pegi masjid ,bila dah besar insyaallah akan melekat sampai besar |
|
|
|
|
|
|
|
VALENTINE'S DAY
(Bilangan 93 Bahagian Akhir)
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
慔ARI Kekasih |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Hari Kekasih
Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.
Komen muda-mudi
Rosyani Ya抋cob, 26, (Pembantu Audiologis)
揝aya tidak ada pengalaman meraikannya sebab tidak pernah menyambutnya. Apatah lagi, ia bukan budaya orang Islam dan orang Melayu. Sambutan Hari Kekasih adalah budaya yang dibawa oleh orang Barat yang memuja seorang paderi Kristian dan umat Islam tidak perlu menyambutnya.
Fatimah Mat Adi, 24, (Pembantu Audiologis)
揟idak perlu ada hari-hari khas untuk meraikan kekasih atau orang yang disayangi. Apa salahnya setiap hari kita meluahkan rasa kasih-sayang tetapi biarlah menerusi saluran yang menepati syariat Islam.
揑a juga satu budaya yang merugikan kerana terpaksa membazirkan wang ringgit kepada pasangan yang belum tentu jodoh kita.
Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi, 25, (Pegawai Teknologi Maklumat)
揌ari Kekasih kalau kita lihat hari ini macam seperti satu kemestian disambut. Hakikatnya kesilapan ini bukanlah disebabkan sikap remaja yang mudah terikut-ikut tetapi banyak pihak yang bertanggungjawab menyebabkan ia disambut secara berleluasa.
揝edihnya, di kalangan yang menyambutnya adalah umat Islam sendiri. Saya pelik mengapa mereka boleh sanggup merayakan dengan alasan kononnya matlamatnya baik.
揚erayaan ini juga ialah jalan ke arah kemungkaran dan membawa lebih banyak kesan negatifnya terutamanya dari segi akidah umat Islam, |
|
|
|
|
|
|
|
Kes remaja hamil luar nikah meningkat selepas Valentine's Day
KUALA LUMPUR 9 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 alahai's post
Hari Valentine nie coklat mesti mahal... |
|
|
|
|
|
|
|
Wah..bestnya tgk korang bertelagah.. :bgrin:
By the way, I don't celebrate Valentine's Day as I'm still single and available.. |
|
|
|
|
|
|
|
drp pandangan syiah, mana lagi sesat antara merayakan kejatuhan islam (valentine) atau merayakan hari karbala (hari asyura)? |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang mcam mana nak kasi ingat suma orang yang Valentines Day nie tak payah nak sambut???
Aku tak sambut... laki aku lagi lah menentang keras.Tak rugi apa pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hemmm.....sama-samalah doakan semuga kita sesama islam tidak tertipu dengan dakyah musuh2 islam ni...
mari sama-sama baca doa JIHAD..... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm pandangan sy, valentine day bagaikan penghinaan yg sgt besar utk umat islam sejagat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Presa1200 at 14-2-2007 09:36 AM
dlm pandangan sy, valentine day bagaikan penghinaan yg sgt besar utk umat islam sejagat.
malang sekali kerana taksub dan jahil, ada umat Islam turut sama meraikan PENGHINAAN itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DARSITA at 12-2-2004 08:11 AM
]
Em .. macamana kalau sesetengah orang Melayu dari keluarga perkahwinan campur merayakan Gong XI Fat Cha bila nenek mereka (bangsa cina) menyambut perayaan ini? adakah dikira Murtad juga?
Originally posted by True-X at 13-2-2004 11:09 PM
.. camner lak ngan sambutan tahun baru/New Year... kan ker tuh amalan kristian asalnyer... kat mesia nie siap pak2 menteri join.. org melayu lah yg paling banyak melepak kat konsert free tuh..
...
Salam,
sy sndiri org cina tp selepas peluk islam sy pantang meraikan CNY. sbb perayaan nih berkaitan ngan ketuhanan cina, sejarah CNY jugak berkaitan ngan kepercayaan tahyul masyarakat cina, yg seoleh2 syirik terhadap Allah.
dlm CNY, masyarakat cina mengucapkan gong xi fa chai bertujuan mendoakan kekayaan sesama sendiri. sy rasa ini haram bg umat islam mengucapkan sbb mrk org2 bukan islam tidak percaya kpd Allah, dan kita tidak boleh ucapkan sesuatu utk diaorg sedangkan mrk tidak percaya segala doa adalah dimakbulkan oleh Allah shj. Contohnya mrk percaya duit adalah kurniaan dewa cina.
cara yg paling baik utk menghormati keluarga sendiri/jiran, sy rasa kita boleh ucapkan "semoga Allah melindungimu dan membuka hatimu", ataupun "semoga anda diberkati Allah".
CNY jugak perayaan yg mengundangkan maksiat dan arak judi, syirik dan murtad. CNY adalah semata2 utk hiburan, keseronokan yg berbentuk kduniaan. langsung tidak memikirkan akhirat.
Setakat nih, makpapak sy sgt memahami sy wlaupun mrk bukan islam, mrk tetap sayang kpd sy wlaupun sy tak celebrate CNY. tp sy ade balik rumah jenguk diaorg, makan sama2 masa chi new year eve nnt. utk tujuan menghormati mrk. sy sendiri pun amat bersyukur kpd Allah yg kurniakan ibubapak yg begitu memahami sy, wlaupun mula2 peluk islam terdapat tentangan drpd diaorg tp tak lama kemudian Allah telah melembutkan hati diaorg, sy pn harapkan semoga Allah membuka hati diaorg..... sbb sy tak sanggup tgk diaorg susah di dunia dan akhirat.
nenek(sebelah bapak) sy jgak amat memahami pendirian sy sbg sorang muslim. kg sy kebykan adalah org cina, dikelilingi benda2 haram dan khinzir... kalo sy balik makan pun diaorg akan bungkus makanan halal utk sy makan, tp kita makan sama2 lah. cuma sy bg tau diaorg, sy tak pernah diskriminasi sape2 dlm kuarge sy tapi sy perlu mematuhi kewajiban sbg sorang islam.
Ujian mmg ade, wlaupun nenek dan atuk tiada masalah ngan pendirian sy, tp ade segelintir makcik beragama kristian yg sering dengki terhadap sy.....
[ Last edited by Presa1200 at 14-2-2007 10:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 14-2-2007 09:40 AM
malang sekali kerana taksub dan jahil, ada umat Islam turut sama meraikan PENGHINAAN itu....
ye btol mmg tidak dpt dinafikan. gejala sebegini pun salah golongan itu sendiri dan salah ibubapak yg tidak mengajar dgn baik. Jika berterusan maka diaorg akan disoal nnt di akhirat ttg tanggungjawab sorang makpapak memimpin anak.
antara sbb kejahilan nih adalah kekurangan ilmu agama, peka dan sensitiv terhadap nilai2 Islam. faktor lain termasuk media yg mewar2kan perayaan tersebut, kekurangan prihatin krjn terhadap rakyat sendiri yg beragama islam. Ini bukan tanggungjawab jabatan islam shj, tapi ia adalah tanggungjawab krjn dan negara. Ini pun menunjukkan kegagalan sistem pemerintahan negara malaysia, yg sering tiada beza ngan pemerintahan kafir dan zalim.
[ Last edited by Presa1200 at 14-2-2007 09:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|