CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanas_tanjong

pembida pon boleh jadi jutawan..yg senyap

[Copy link]
 Author| Post time 13-5-2009 04:30 PM | Show all posts

Reply #59 Kamen_rider's post

kamen ..ko byk tanya...so ko wajib attend..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 04:55 PM | Show all posts

Balas #61 nanas_tanjong\ catat

umah ko area mana nanas, aku berminat gak nk tau bidang ni mcm menarik jer..klu xde contact jerung2 mcm mn erk, bab nk cr cleint2 berduit ni poning skit bg aku la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 10:42 AM | Show all posts
aku pon pening juga

nanas tanjung apa YM id ko?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 07:13 PM | Show all posts
alok setak ker ...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2009 06:42 PM | Show all posts
guys..

kelas akn dibuat d sg petani,sila confirm penyertaan sebelum @ pada 18.5.09. once korg confirm,aku akn bagi full address. at the moment masih ada kosong,1st confirm 1st serve ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2009 06:47 PM | Show all posts

Reply #62 cimiau's post

apa2 masalah dlm kepala ko just lontarkan masa kelas nanti..takkanlah masalah ko tu sukar tahap rocket scientist kot..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2009 07:55 PM | Show all posts
just to spark the thrill of becoming the future bidder
---------------------------

RENCANA UTAMA( http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ma&pg=ru_02.htm )

Buat tinjauan awal
Jika anda berminat dengan sesebuah rumah yang diiklan untuk dilelong, sebelum membuat bidaan pergilah membuat pemeriksaan tentang persekitaran dan keadaan rumah terlebih dahulu.



PEMBIDA perlu memeriksa maklumat-maklumat hak milik sama ada ia bersamaan dengan maklumat yang tertera dalam notis pengisytiharan jualan.



MEMBELI rumah lelong bukanlah satu perkara yang negatif. Selain membantu pembeli terdahulu melangsaikan hutangnya dengan pihak bank, pembeli baru pula berjaya memperoleh hartanah pada kos yang diimpikan.

Menurut Pengurus Jualan yang juga jurulelong berlesen di Ehsan Auctioneers Sdn. Bhd., Mohd. Ali Abdul Majis, rumah lelong memberi peluang kepada pembeli memperoleh rumah idaman mereka pada harga yang mampu milik.

"Namun pada masa kini, masih ramai yang beranggapan rumah lelong adalah satu tabu di mana ia hanyalah rumah yang bermasalah.

"Ada di antara hartanah lelong ini satu permata bagi pembeli itu sendiri kerana lokasinya," ujar Mohd. Ali yang memaklumkan hartanah lelong mampu membantu pembeli berjimat.

Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada pelabur untuk membuat pelaburan dalam bidang hartanah.

Sungguhpun begitu, katanya, ramai yang tidak mengetahui mengenai perkara-perkara asas yang berkaitan lelongan hartanah.

"Dalam lelongan awam, seperti yang dikendalikan oleh Ehsan Auctioneers yang merupakan wakil pihak bank untuk lelongan hartanah, lelongan dilakukan terhadap hartanah yang dirampas daripada pemilik asal kerana tidak menjelaskan hutang mereka.

"Biasanya pemilik asal akan diberikan beberapa notis dan amaran oleh pihak bank.

"Sekiranya pembayaran masih tidak dilunaskan, pihak bank akan menghantar surat tuntutan bayaran sebelum rampasan harta dibuat," kata Mohd. Ali.

Beliau memaklumkan bahawa di Malaysia, hartanah dilelong pada harga pasaran yang telah dinilai oleh penilai profesional.

"Harga pasaran ini akan menjadi harga rizab atau permulaan dalam acara lelongan."

Setelah itu, pengisytiharan jualan untuk acara lelong akan dilaksanakan.

"Undang-undang telah termaktub bahawa hartanah yang dilelongkan perlu diiklankan. Antara tempat di mana maklumat tersebut boleh diperoleh termasuklah surat khabar, mahkamah dan pejabat tanah.

"Syarikat-syarikat lelong turut akan mengiklankan hartanah yang akan dilelongkan sama ada melalui risalah ataupun melalui laman sesawang," jelas Mohd. Ali yang memberitahu ia biasanya dilakukan 14 hari sebelum tarikh lelongan.

Pada hari lelongan, mereka yang berminat membeli suatu hartanah lelong perlu membawa kad pengenalan dan juga wang tunai antara lima sehingga 10 peratus sebagai deposit seperti yang ditetapkan oleh pihak bank.

Di samping itu, pembida juga perlu menyediakan dokumentasi berkaitan sekiranya ingin membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank seperti salinan kad pengenalan, slip gaji dan borang taksiran cukai pendapatan.

Pembida hanya boleh membida hartanah yang telah didaftar lebih kurang sejam sebelum acara bermula.

"Bidaan terbuka tidak dilakukan semasa acara. Sekiranya tiga orang telah mendaftar pada satu hartanah, hanya mereka bertiga yang akan bersaing untuknya," jelas Mohd. Ali.

Pembida yang berjaya mendapat hartanah yang diingini setelah penukul diketuk di meja dan jurulelong mengisytiharkan si pembelinya.

"Apabila penukul muktamad dibunyikan, ia bermakna pembida itu adalah pembeli sah.

"Beliau tidak dibenarkan menukar fikiran terhadap pembelian itu," jelas Mohd. Ali.

Setelah itu, pembeli akan menandatangani dokumen kontrak jualan dan membayar baki deposit.

"Jualan lelongan dilakukan dengan telus kerana orang ramai dapat melihat sendiri bidaan yang dilakukan oleh mereka yang berminat."

Mohd. Ali menegaskan, pembeli perlu memeriksa hartanah yang diingini dengan cermat sebelum menyertai acara lelongan.

"Mereka perlu melihat lokasi hartanah dan keadaannya. Butir-butir dalam pengisytiharan jualan hanya mengandungi maklumat asas seperti alamat kediaman itu.

"Tinjauan terlebih dahulu dapat mengelakkan pembeli terkilan. Antara perkara yang perlu dilihat ialah sama ada kediaman itu berpenghuni dan keadaan rumah sama ada anda perlu melakukan banyak kerja penyelenggaraan atau tidak dan juga kos-kos tambahan lain seperti bil-bil yang tertunggak."

Mohd. Ali menjelaskan, terdapat sesetengah bank yang akan menanggung kos-kos penyelenggaraan dan ada juga yang tidak berbuat demikian.

"Oleh itu, pembeli haruslah mendengar dan mengetahui dengan teliti terma-terma dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak bank.

"Jurulelong akan memaklumkan tentang perkara itu. Tetapi pembida perlu faham apa yang dimaksudkan," katanya lagi.

Menyentuh mengenai kediaman lelong berpenghuni, Mohd. Ali berkata, sungguhpun perkara itu jarang berlaku, namun ia adalah tanggungjawab pembeli untuk menguruskan situasi berkenaan khususnya apabila dokumentasi hak milik hartanah telah ditukarkan kepada nama pembeli baru.

Selain itu, pembida perlu memeriksa maklumat-maklumat hak milik sama ada ia bersamaan dengan maklumat yang tertera dalam notis pengisytiharan jualan.

Berpengalaman selama enam tahun dalam bidang lelongan hartanah, Mohd. Ali berkata, terdapat permintaan yang tinggi terhadap hartanah lelongan.

"Ini kerana bank-bank pada masa kini menawarkan kadar dan pakej pinjaman yang menarik.

"Orang ramai juga telah sedar tentang potensi besar hartanah-hartanah lelong ini." - JOHANNA A. SOBREY
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2009 08:57 AM | Show all posts
Kursus "PEMBIDA PON BOLEH JADI JUTAWAN...YANG SENYAP" masih dibuka

tempat adalah terhad.sila confirmkan penyertaan sebelum @pada 18.5.09

sekian,terimakasih

[ Last edited by  nanas_tanjong at 17-5-2009 09:03 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2009 02:38 PM | Show all posts
boleh jd jutawan tp lmbt skt laaa


regards
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 10:41 AM | Show all posts

Reply #65 nanas_tanjong's post

aiseh dah lepas due date
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:57 PM | Show all posts
minat tapi jauhnyer,...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 07:28 PM | Show all posts
Apa cerita...aku dah PM lama dah....tak dak update apa-apa pun
Tok Guru tak free lagi ke...?

[ Last edited by  cyborq at 22-5-2009 19:30 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 03:35 PM | Show all posts
syukur. kursus sesi pertama telah selesai dgn selamatnya tadi. terima kasih kpd yg hadir.

untuk kursus yg akn dtg,korg jenguk2 le thread ni,aku akan update info terkini. kursus akan dtg probably  in june,masa cuti sekolah. so just make urself available guys...

[ Last edited by  nanas_tanjong at 23-5-2009 15:46 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 03:38 PM | Show all posts

Reply #72 cyborq's post

ko xtgk ke posting aku #60 tu..tu update dah tu. baru je selesai tadi.

anyway ,aku akn buat sekali lagi in june..perhaps 2nd week of june. venue yg sama,max 5 org jek. 1st confirm 1st serve. exact date aku akn bitau soon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 03:45 PM | Show all posts

Reply #71 roquezz's post

ko stay mana? jauh tu subjektif. org utara kata dekat,org selatan kata jauh...hehe..
sg petani ada karnival..yg mcm sunway lagoon dan bukit tambun tu.so kalo dtg sini jgn semata2 attend kursus aku...buat la plan serampang dua mata. kursus aku abis kul 12pm...so pastu korg gi ler pdg besar ke,bukit kayu hitam ke,penang ke. penang from here just 30 min by highway...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 03:48 PM | Show all posts

Reply #70 JFK's post

xlepas..ada lagi in june...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2009 03:51 PM | Show all posts

Reply #69 zarul427's post

lambat cepat berbalik kpd usaha plus strategi kita. syed bukhari pon start dengan jual lembu kambing dulu...hhehe.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 06:18 PM | Show all posts
belajar online boleh tak boss...camne aku leh terlepas update ni...bulan june kang ada aktivit lain plak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 06:42 PM | Show all posts
La..dah terlepas bas rupanya aku ni.....
nanas_tanjung ............June punya course plz count me in:handshake:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 11:00 PM | Show all posts
kamen,cyborq ..

tentatively aku akn buat lagi on 6/6/09 . same time,same place..so kalo sesiapa berminat ,sila confirm on@before 29/5. slps ni aku agak bz...mngkin next course is on bulan 11/12. anyway semua bergantung kpd kelapangan aku.

kamen- sebaiknya face to face . tapi kalo online...camno tu? any ideas?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.078107 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list