|
Kedai Pingan Mangkuk - Bahagian Ketiga dah update
[Copy link]
|
|
Hiven,
tahniah atas pembukaan kedai baru. harap-harap banyak perkara yang boleh kita belajar dan bertukar pandangan. dalam keadaan dunia sekarang, i do believe yang kalau kita nak berjaya - kita tidak boleh berjaya SEORANG. i wish u good luck, dan kalau senang2 tu boleh lar kiter lepak minum lagi.
p/s:- selalu rajin baca aje..skang dah register...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
untuk pengetahuan semua.. arica nie ada kedai kat masjid india.. kedai dia tu lagi besar.. jika kedai saya tu baru RM 4k sebulan.. kedai dia dlm RM 15k sebulan. Tak jauh lokasi dari kedai saya...
Renovation pun cantik sangat.. terpegun saya.
semalam sempat gak lepak sembang dgn dia.. ada pengalaman buruk sket semalam sewaktu masuk kedai dia.. tapi tak cakap kat dia semalam.. sbb segan.
mula2, saya tengok2 kedai tu dgn tulisan ARICA yg besar.. cantik dan sangat menarik.
saya pun melangkah masuk.. ada 3 org dlm kedai tu.. 2 laki sorang pompuan.. masing2 pandang dengan perasaan benci.. saya dah heran dah.. apsal diorang jaga kedai macam nie.. mungkin diorang dah perasan aku saja datang tengok kot.
then saya pun mula bercakap la.. "cantik kedai nie" .. masing2 menyiakan..
then saya cakap la.. saya baru bukak kedai kecik kat hujung tu.. masing2 buat tak tahu dan masing2 buat muka lebih benci.. hahahhahahhaa.. aku tergelak dlm hati. Terus aku terdiam. Tak mesra langsung aku fikir dlm hati.
diorang ingat aku nie bangla kot. boleh jadi gak la.. sebab pakai baju pun selekeh ja..
Then tiba2 ada sorang kawan lama aku.. dah kenal 10 tahun lepas lagi.. masuk kedai tu dan berborak dgn diorang yg jaga kedai nie.. wah.. mesra plak diorang nie..
lepas beberapa minit, aku tegur la kawan lama aku tu yang juga kawan diorang kat situ...
lps tu barulah geng2 jaga kedai nie mula sembang dgn aku.. kecewa sket pada awalnya.. tapi lama2 tu dah ok la.. mungkin semua orang ada masalah masing2.. bersangka baik.. he he he.
Bagus kedai diorang nie..
1. Kedai lokasi cantik
2. Renovation First Class
3. Produk aku kurang pasti ok atau tidak. Tapi unik sebab disitu tak ada orang buat.
4. Kedai bersih dan selesa.
datang la melawat kedai kecik aku plak bro.. hahahaha.. jgn risau.. aku layan baik punya... pastu kita pi kena teh tarik kat kedai mamak sempit.. hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
jual pakaian wanita moden.. dan juga beg tangan yang unik dan ekslusif.. saya tak nampak beg nie kat tempat lain. bagus juga kalau kita ramai2 pergi melawat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Obses beg tangan Bali
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Arni Baizura Tun Biyajid Athani (kanan) dan Rica Apriani Kurnadi memilih untuk memasarkan beg buatan tangan dari Bali, Indonesia.
OBSES kepada beg tangan membuatkan dua wanita muda yang berbiras ini, Arni Baizura Tun Biyajid Athani, 29 dan Rica Apriani Kurnadi, 24, menceburi bidang perniagaan beg buatan tangan daripada bahan semula jadi.
Semuanya bermula apabila Rica dan Arni pergi berbulan madu bersama suami masing-masing di Bali dan melihat beg- beg yang diperbuat daripada tumbuhan semula jadi seperti agel, pandan, rotan, jut dan mengkuang begitu laris dijual terutamanya di kalangan pelancong.
揔ami juga tidak ketinggalan membelinya, hampir 20 buah semuanya untuk kegunaan sendiri kerana kami berdua sememangnya obses kepada beg tangan. Mana sahaja yang cantik pasti dicapai, sampai tidak menduga hampir 20 beg telah dibeli.
揃ermula dari situ, kami berdua sering berulang alik dari Kuala Lumpur dan Bali bagi mencari pengilang yang membuat beg ini kerana kami melihat ia merupakan peluang yang perlu direbut bagi memasarkan beg-beg sedemikian di Malaysia.
揝etelah mengadakan rundingan dengan pihak pengilang di Bali, kami mula mereka beg-beg itu mengikut kesukaan kami dan disesuaikan dengan cita rasa rakyat di sini. Pelbagai rekaan telah dibuat dan alhamdullilah semuanya diterima di pasaran sini,拻 kata Arni yang juga graduan kursus Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Teknologi Mara.
Menurut Rica, pasar Ramadan tahun lalu merupakan detik permulaan bagi perniagaan mereka.
揝ambutan yang menggalakkan itulah yang menyebabkan kami mencari premis tetap yang ada sekarang iaitu di Arked Rimbun, Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk memasarkan barangan kami.
揇engan menggunakan jenama sendiri iaitu Arica iaitu gabungan Arni dan Rica, kami membuat rekaan demi rekaan terbaru setiap tiga bulan sekali. Oleh itu, jika seseorang pelanggan itu datang tiga bulan kemudian untuk mendapatkan beg yang dijual, pasti tidak akan dapat kerana kami sentiasa memasarkan trend terbaru.
揝ebenarnya beg buatan tangan daripada bahan semula jadi ini telah lama dipasarkan di luar negara tetapi di Malaysia, agak kurang kerana masih ramai yang tidak menghargai beg sebegini berbanding beg kulit berjenama,拻 ujar anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Tambah Arni, adalah salah menyatakan beg ini tidak tahan lasak kerana bahan yang digunakan seperti agel memang dikenali sebagai bahan yang tahan lasak daripada air dan panas kerana ia adalah tumbuhan tasik yang terdedah kepada air dan matahari.
Begitu juga dengan bahan-bahan seperti pandan, mengkuang dan rotan yang terkenal dengan kekuatan dan kelasakannya.
揃ahan-bahan ini kebanyakannya dibiarkan sebetul-betul kering, menjalani proses mewarna, ditenun dan dijahit. Saya jamin kualiti beg-beg Arica ini adalah daripada gred A. Ini kerana kami sentiasa mengadakan pemantauan ke atas pembuatan beg-beg ini.
揗alah proses pembuatan seperti menenun dan menjahit dilakukan oleh pekerja yang mahir dan tekun. Dalam masa sehari walaupun pembuatannya rumit tetapi bilangan produk yang siap sungguh membanggakan,拻 kata Arni yang pernah menjadi guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di ibu kota.
Kata Rica, cabaran yang mereka hadapi ialah untuk menyakinkan pelanggan bahawa beg Arica sememangnya bermutu tinggi kerana masih ada stigma di kalangan masyarakat kita, bahan-bahan semula jadi umpama bahan terbuang yang tidak berkualiti untuk dijadikan kraf tangan, sedangkan di luar negara, produk sebeginilah yang dicari.
揚remis kami dibuka dari 10 pagi hingga 8.30 malam,拻 jelas isteri kepada Fadilah Rasul.
Hanya bermodalkan RM60,000 hasil sumbangan ahli keluarga, Arni dan Rica bercadang untuk membuka kios-kios Arica di pusat membeli-belah dan mencari pengedar di seluruh Malaysia bagi memasarkan produk Arica. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiven at 22-3-2009 22:10
untuk pengetahuan semua.. arica nie ada kedai kat masjid india.. kedai dia tu lagi besar.. jika kedai saya tu baru RM 4k sebulan.. kedai dia dlm RM 15k sebulan. Tak jauh lokasi dari kedai saya... ...
bro ... sorry to tanya laa..
yg bro citer tu pekerja kedai tu ke owner dia??
klu owner should change the image laa.. berniaga kena mesra pelanggan.. tak kira la sesiapa yg masuk ke kedai... walau selekeh mana pun org yg masuk tu.. kena bersyukur ada org nk masuk kedai kita.. so mesti anggap diorg adalah raja..
tp klu pekerja ..owner kena take tis as a note.. kena tegur pekerja tu... klu dibiarkan melarat maksudnye lama2 org akan benci utk dtg lagi.... trully said klu kena kat aku... skali je aku masuk.. walau hebat mana.. walau unik mana pun walau hanya kat situ je yg ada brg tu.. i'll ignore it.. |
|
|
|
|
|
|
|
betull aku rasa..owner kena tegur sikit pekerja dia tu..bad image..jgn pandang org selekeh takder duit....elok sekolahkan pekerja mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
owner la.. sbb lepas tu kami keluar minum sekali.. lepas dah kenal... he he he. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiven at 23-3-2009 11:27
owner la.. sbb lepas tu kami keluar minum sekali.. lepas dah kenal... he he he.
hopefully owner tu dh masuk sini .. dpt blajer bnyk lagi.. jgn mare yek cik arica....
komen membina hope dpt dipertimbangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by safamm at 23-3-2009 11:44
hopefully owner tu dh masuk sini .. dpt blajer bnyk lagi.. jgn mare yek cik arica....
komen membina hope dpt dipertimbangkan
dah masuk dah...tu...posting #61.... pertama kali posting.... |
|
|
|
|
|
|
|
wah.. tadi arica dah mai melawat kedai aku yang daif ini.. Terima kasih bro. |
|
|
|
|
|
|
|
bape range harga beg tuh?
cam minat jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
En. Hiven..
corningware dgn vision takmo jual ke??
beat harga katalog tu..mahal naw..huhu
[ Last edited by peachRose at 23-3-2009 15:03 ] |
|
|
|
|
|
|
|
belum lagi la kak buat masa nie. Nanti saya try usha2. |
|
|
|
|
|
|
|
kat bangkok pun ada gak beg pelik2.. tp tk tau asal thailand atau china... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiven at 23-3-2009 14:45
wah.. tadi arica dah mai melawat kedai aku yang daif ini.. Terima kasih bro.
arica ni bro ke sis??
hehehee..nyebuk lakss |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sinar_inspirasi at 23-3-2009 18:39
kat bangkok pun ada gak beg pelik2.. tp tk tau asal thailand atau china... hehehe
vietnam pon lawa kan? |
|
|
|
|
|
|
|
hiven, update ler gambo kedai...nak tgk huhu |
|
|
|
|
|
|
|
jap jap.. barang tak masuk lagi.. kalau update skg pun buat malu jer. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|