CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shone

NAMA ALLAH............

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2009 05:44 PM | Show all posts

Balas #60 eastrun\ catat

bukan apa..aku sebenarnya bersyurkur dengan semua itu...banyak pgalaman kata org..x pernah pon aku rasa thina khulu thina khilir..aku pon x pernah marah2 bagai..cuma nk kongsi pngalaman aku je..Aku slalu anta kazen gi masjid, anak buah gi ngaji..xde rasa apa2 pon..

Aku ada dengar 1 teory..biasanya org fanatik ala2 thina khulu thina khilir sebenarnya mereka x tidak yakin dengan agama sendiri...klu blajar agama pon cuma di bawah tempurung sahaja...betul tidak aku x tahu..

Bagi kita yg bpengalaman berinteraksi dengan sistem yg bbeza dari kita..secara mudahnya metabolisme kita lebih kuat lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 11:30 PM | Show all posts

Balas #61 shalom\ catat

shalom, sebelum nie sy tak kisah pun tentang perkara nie, kerana , tp setelah mendengar pendapat saudara pasarmalam, sy tidak mendapat bukti penggunaan Allah di kalangan kristian trinity di era Islam lah....


jadi sebagai seorang yg tidak ingin bias kerana sy sedang belajar, sy menerima pendapatnya dan bersetuju dgn pasarmalam....iaitu kristian perlu nama lain, melainkan anda boleh menyatakan bukti kristian trinity telah guna Allah di zaman Muhammad....

memang ada bible dlm arab utk bangsa arab kristian, namun masukrip paling awal dijumpai ialah tidak kurang 3 ratus selepas kedatangan islam, tiada bukti lagi ia telah wujud sebelum kedatangan Islam....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 01:00 AM | Show all posts
menarik dan cukup menarik... moga mendapat kebenaran hasil dari perbincangan ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2009 03:28 PM | Show all posts

Balas #49 shalom\ catat

hanya bagi masyarakat malaysia sahaja menjadi pelik penggunaan nama Allah ini bagi disebelah timur tengah sudah lama digunakan..............sesungguhnya agama samawi menggunakan nama Allah sekian lama.............
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by shalom at 13-3-2009 14:24


Unitarian banyak jenis.

Arius, misalnya memang dia tidak percaya Yesus secara infinitinya adalah Tuhan. Beliau percaya Yesus adalah semi-god. Tuhan mengambil Yesus sebagai anak angkatNYA  ...


Memang benar Shalom, Unitarian adaBANYAK JENIS.

Injil-injil yang menggunakan 揂llah攄i Tanah Arab kerana ia diterjemahkan ke bahasa Arab. Bible terjemahan kebahasa Arab ini pun baru ada, bukan telah sedia ada pada zaman Jesus, parahawari, zaman Paul ataupun pada Persidangan Nicea pada abad ke-4 selepaskelahiran Jesus. Hanya setelah diterjemah, barulah ada perkataan 揂llah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:25 AM | Show all posts

Balas #65 pasarmalam\ catat

harap esok sy ada peluang utk ulas lebih panjang.

Sebelum itu, saya nak tanya, menurut pendapat sr. Nahjran itu Kristian aliran apa erk?

Sy ada tbaca 1 hadist, smasa nabi anda tiba di Mekah, beliau telah mmerintahkan semua bhala yg ada di dlm kaabah dimusnahkan..kecuali gambar Yesus dan Maria d. Kalau salah maafkan sy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2009 12:28 AM | Show all posts
SHALOM MENULIS:
Penggunaan Allah oleh Kristian Trinity dalam Quran.

Mari kita lihat 2 contoh :

5:72.
They do blaspheme who say: "Allah is Christ the son of Mary."  But said Christ: "O children of Israel! Worship Allah my Lord and your Lord." Whoever joins other gods with Allah Allah will forbid him the garden  and the Fire will be his abode.
There will for the wrong-doers be no one to help.

Apakah yang dibantah oleh Quran dalam ayat ini? Yang dikritik Quran apabila adalah kepercayaan orang Kristian iaitu Allah adalah Yesus Putera Maria. Tetapi ayat tersebut tidak membantah penggunaan Allah oleh orang Kristian. Ayat itu sendiri menjadi saksi bahawa orang Kristian di Arab menggunakan Allah untuk Yesus.


PENJELASAN:
Harap dapat disemak semula ayat ini dalam bahasa asalnya. Di sana disebut, 揕aqad kafarallazina QAALU innallaha huwal Masih ibn Maryam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:32 AM | Show all posts
SHALAOM MENULIS:
5:73.
They do blaspheme who say:  Allah is one of three [in a Trinity]:  for there is no god except One Allah. If they desist not from their word (of blasphemy) verily a grievous penalty will befall the blasphemers among them.

Begitu juga dalam ayat ini. Yang dikritik adalah konsep ketuhanan Kristian iaitu Trinity. Bukannya penggunaan Allah oleh orang Kristian. Lagi ayat ini sekali lagi menjadi saksi bahawa orang Kristian memanggil Tuhan mereka Allah walapun percaya kepada Trinity.

PENJELASAN:
Sama seperti jawapan sebelumnya, lihat perkataan 揝AY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2009 12:45 AM | Show all posts
SHALOM MENULIS:
Kerana kemaslahatan ummat Islam, kerana ada yg jahil x cerdik....maka org Kristian menjadi mangsa...Bagus betul la tindakan itu..

Orang Kristian kat Sabah/Sarawak dan belum merdeka dah guna Allah....baru sekarang kerajaan nak hapuskan....bagus betul la tindakana...bijak2....  

Kenapa Tun Abdul Rahman x ambil kira semua ini semasa menjemput Sabah/Sarawak masuk Malaysia...

Sama juga dengan kes, Indonesia dakwa lagu rasa sayang adalah milik dorang...kenapa plak Malaysia x setuju  

PENJELASAN:
Itu maksudnya mereka yang menggunakan 揂llah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:53 AM | Show all posts
SHALOM
Ko rasa akidah korang je penting..
Akidah org lain x penting ye....  
Dalam hal ni..orang non muslim lagi terdedah ngan dakwah Islam..  xde pon kita org meroyan bagai...Aku lagi best..siap ekot kelas agama Islam..tingkatan 1 dah diberikan guru dari malaya quran terjemahan, masuk u, siap soklan exam ada tanya soalan begini..Alkitab penuh dengan kesalahan saintifik..betul atau salah...Bagus sangatla sifat tsebut...nak ngutuk agama org dlm paper wajip...x juga aku  meraung sana mraung sini...

Aku tetap ok pe..xde pun trasa kelu nak ucap creed....

Blum lagi awek2 btudung mgorat aku...x de rasa nak murtad pon...malahan rasa btuah lagi ler ada  
PENJELASAN:
Untuk memahami situasi yang anda sebutkan, kita mestilah kembali kepada persoalan pokok/ asalnya. Membincangkan perkara-perkara ranting/ cabang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kita sedia maklum, apabila rosak ASAS/ POKOK sesutau agama, maka sebaik manapun cabang dan rantingnya, akan dikira salah juga agama itu.

Jika berminat, sila baca karaya saya 揂pa Sebenarnya Ajaran Jesus
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:59 AM | Show all posts
SHALOM MENULIS;
hanya bagi masyarakat malaysia sahaja menjadi pelik penggunaan nama Allah ini bagi disebelah timur tengah sudah lama digunakan..............sesungguhnya agama samawi menggunakan nama Allah sekian lama.............

PENJELASAN:
Dalam isu ini, saya menganggap Malaysia adalah benteng terakhir yang selama ini masih gagal ditembusi dakyah dalam penggunaan 揂llah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 01:03 AM | Show all posts
SHALOM MENULIS:
harap esok sy ada peluang utk ulas lebih panjang.

Sebelum itu, saya nak tanya, menurut pendapat sr. Nahjran itu Kristian aliran apa erk?

Sy ada tbaca 1 hadist, smasa nabi anda tiba di Mekah, beliau telah mmerintahkan semua bhala yg ada di dlm kaabah dimusnahkan..kecuali gambar Yesus dan Maria d. Kalau salah maafkan sy.

PENJELASAN/ PERTANYAAN SEMULA:
Nahjran ni yang mana satu ye? Harap tuan dapat "detail"kan kerana saya seperti orang biasa juga, ada bahagian yang saya tidak tahu.

Tentang hadis yang disebutkan, tidak pernah wujud kerana Islam sedari awal melarang gambar-gambar di tempat peribadatan lebih-lebih lagi di Kaabah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 10:57 AM | Show all posts
Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Isu dalam artikel ini telah ditulis oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin setahun yang lalu. Dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: 揑su ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

[quote]Firman Allah: (maksudnya) 揇an Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 揝iapakah yang menciptakan mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:55 PM | Show all posts
Jika kata baca thread ini dari awal, boleh dikatakan kesemua hujah Asri ini sudah kita tolak.

Ayat pertama yang dianggapnya sebagai hujah... itu untuk Arab Musyrik yang memang tahu Allah, bukan untuk selain mereka. Ayat kedua pun sama. Ayat itu buka untuk BUKAN MUSLIM selain Arab Musyrik. Kelas Asri tersalah faham ataupun dia mendengar kuliah tafsir yang salah lalu menghidangkannya kepada kita pula.

Dalam ayat ketiga, yang disebut dalam gereja dan sinagog ialah NAMA ALLAH, sebutan "ALLAH". Sangat jauh bezanya. Dalam Islam saja nama Allah yang popular ada 99, ada lagi selain itu. Dalam agama lain tentulah banyak lagi. Jiak mereka menggunakan nama Allah sebagai "God" dalam sebutan mereka, maka teruslah gunakan. Itu pun dengan syarat bertepatan dengan sifat-sifat Allah. Jika tak tepat, maka "Gid" ataupuns elain itu tidak boleh dinisbahkan kepada Allah sebenar.

Jelas Asri tersalah lagi kerana menyangka yang isebut dalam gereja dan sinagg itu ialah "Allah", padahal "nama-nama Allah". Harap jelas perbezaannya.

Ayat eempat juga sudah kita jelaskan. Malah ayat itu adalah hujah untuk kita pula. Allah mengatakan, sesiapa yang BERKATA/ MENYEBUT (bukan menyembah) Allah itu Jeuss ataupun Jesus itu Allah, maka kafir. Jika kita orang Islam bersetuju mereka berbuat demikian, maka kita akan mendapat dosa.

Ayat ke-5, memang orang musyrik Quraisy menyebut Allah untuk tuhan tertinggi sebelum kedatanagan Nabi  Uhammad lagi, Tapi bukan untuk kristian trinitarian yang hendak menggunakannay di negara kita ini.

Ayat kenam pun sama.

Pada saya, Asri telah menyelwengkan maksud al-Quran kerana mengagganp Ara musyrik itu adalah keseluruhan orang kafir/ bukan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 03:56 PM | Show all posts
cemane kalau pasarmalam jadik mufti ek?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 10:14 PM | Show all posts

Balas #72 pasarmalam\ catat

Nahjran, negeri Kristian dimana kumpulan pertama Islam berhijrah dan mendapat perlindungan dari pemerintah Kristian. Mereka sembah Yesus..

Berkenaan hadistnitu, maafkan saya, bukan hadist tapi dari penulis Islam. Al-Azraqi dalam Martin Ling:

"On the day of the conquest of Mecca the Prophet entered the House (=the Kaaba; my comment) and sent al-Fadl ibn al-Abbas ibn Abdalmuttalibto get water from the well of Zemzem. He ordered to bring pieces ofcloth and to imbue them with water and then he commanded to wash offthese pictures, as it was done. He stretched his arms, however, overthe picture of Jesus, the son of Mary, and of his mother and said:'Wash off all except what is under my hands!' But eventually he tookaway his hands away from Jesus, the son of Mary, and his mother."(al-Azraqi p. 111, cf. p. 76)

(Martin Lings, "Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources"p.300, ref: al-Waqidi, Kitab al-Maghazi 834, and Azraqi, Akhbar Makkahvol. 1, p. 107)

[ Last edited by  shalom at 15-3-2009 22:34 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2009 10:22 PM | Show all posts
Memandangkan kesuntukan masa, saya rangkumkan semua jawapan saya terhadap soalan PasarMalam.



Sejak  bilakah penggunaan Allah oleh orang Kristian di Tanah Arab? Menurut Alkitab, penggunaan Allah oleh orang Kristian bermula dengan Para Rasul lagi. Rujuk Kisah Para Rasul 2:1-13. Semasa Pentakosta, Para Rasul dan pengikut Kristian awal setelah turunnya Roh Kudus, memuji-muji Elohim/Theos dalam dalam pelbagai bahasa. Perbuatan umat Kristian tersebut telah mengejutkan pengunjung, termasuklah peniaga-peniaga dari Arab. Kerana mereka mendengar, umat Kristian itu memuji - muji Elohim/Theos dalampelbagai bahasa termasuk Arab! Sudah pasti dalam bahasa ArabElohim/Theos adalah Allah!

Berdasarkan inkripsi Kristian pre-Islam, penggunaan Allah oleh orang Kristian memang telah meluas. Salah satunya adalah inkripsi Kristian, Zabad,bertarikh 512AD yang ditulis dalam tiga bahasa iaitu Arab, Greek danSyria. Allah dieja  الاه.Ini juga benar dengan Bism Rahmanan (salah satu daripada nama Allah),juga dijumpai dalam inkirpsi Kristian pre-Islam iaitu Himyarites .

Mana-mana ensiklopedia dan kajian-kajian, termasuk dari Islam memberitahu kitaYahudi dan Kristian hanya menggunakan Allah untuk Elohim/Theos diTanah Arab sejak pre-Islam.

Saudara Usopp bertanya, sehingga sekarang tiada terdapat manuskirp Injil yang ditemui yang bertarikh pre-Islam. Memang diakui, susah hendak menjumpai. Saya rasa, tidak perlu untuk saya menjawap soalan ini(sebab ada unsur-unsur sensitiviti). Walaubagaimanapun menurut Kenneth J. Thomas dalam“Allah in Translations of the Bible,” TechnicalPapers from the Bible Translator52, no.3 (July 2001), journal rasmi terbitan  the United BibleSociety.

“ …theArabs used the word Allah for the supreme being before the time ofMuhammad. Inscriptions with Allah have been discovered in Northernand Southern Arabia from as early as the fifth century b.c. Christians have used the word Allah from pre-Islamic times, and Allahhas been used continuously in Arabic translations of the Bible fromthe earliest known versions in the eighth century to this day. OneArabic translation of the New Testament using the word may even bepre-Islamic.”

Tradisi Kristian memberitahu kita, bahawa WaraqahIbn Nawfal dariMekah telah memeluk Kristian menjadi rahib dan membaca Alkitab dalam bahasa Arab semasa menyebarkan agama Kristian di sekitar Arab. Begitujuga dengan Bahira (SergiusBahira atau Georgius Bahira), rahib, yang dikatakan pernah menjadi guru kepada Muhammad.

Alkitab(kedua-dua OT dan NT) dalam bahasa Syria telah diterjemahkan sebelum kelahiran Muhammad lagi, dimana Alaha telah digunakan untuk menterjemahkan elohim dan theos.

Siapakah Kristian Arab? Adakah mereka unitarian dan trinity? Malahan sr. Pasarmalam sendiri mengakui maklumat tentang unitarian di Arab adalah terbatas.Sebenarnya tidak terbatas pon.Menurut ibn Ishaq, sejarahwan Islam,Najran merupakan komuniti Kristian pertama di south arabia. Semasa peperangan komuniti Najran dengan Yahudi sekitar 524 AD, Kristian Nazjran lebih rela mati martir dari keluar Kristian. Salah satu surat, memori bagi kaum Nazran adalah surat dari Bishop Beth Arsham,dimana beliau menulis :

"ourparents and brothers and sisters who have died for the sake of Christour lord".

Begitu juga dalam ingatan, akan kata-kata Ruhm, seorang wanita Kristian Najran, datang kepada Raja Himyaritedan berkata :

"Cutoff our heads, so that we may go join our brothers and my daughter'sfather."

Kematian-kematain martir masyrakat Najran ini telah dimasukkan dalam kalender Rome,Melkisedek, Arab sendiri (yang sah-sah sembah Yesus).

Malahan,dikatakan Surah Buruj ayat 4-8 ditujukan kepada Kristian Nazjran. Komuniti Nazjran merupakan terdiri daripada aliran Nestorian. Nestorian percaya bahawa Yesus adalah Tuhan, Cuma pandangan mereka tentang kemanusiaan dan ketuhanan Yesus berbeza.Menurut perumusan Kristian ortodox, kemanusiaan dan ketuhanan Yesus adalah bersatu. Tetapi menurut Nestorian, kemanusiaan dan ketuhanan Yesus berpisah.Tapi seperti orthodox, mereka percaya Yesus adalahTuhan.

Lagipun sehingga, sekarang baik dari Quran, hadist, catatan sejarah interaksi Kristian-Islam, belum ada kita menemukan terdapat orang Kristian yanghanya percaya Yesus adalah nabi.Quran pon tidak berkata apa-apa.  Kebanyakan hanya berdasarkan tafsiran-tafsiran, seperti yang dibuat oleh PasarMalam.Kalau ada  segi fakta sejarah, maklumkan kepada saya.

Menurut sr. PasarMalam lagi,”Golongan Unitarian yang sesuaidengan Islam ialah yang mengakui Bapa saja sebagai Allah/ Tuhan(yakni sudahsedia ada sejak azali) manakala selainnya ialah makhluk(yakni baru ada selepasadanya Bapa, iaitu LEBIH MUDA daripada Bapa)”.

Saya amat bingung dengan keyataaan ini. Selain unitarian yang liberal,semua unitarian lain percaya Yesus adalah mempunyai kuasa ilahi, cuma second class. Atau bak kata Arius, Bapa ambik Yesus, menjadi anakNYa kemudian memberi kuasa ilahi kepada Yesus. Itukan Kristian yang dikatakan sesuai dengan ajaran Islam? Tetapi perlu diingat, kecualian unitarian liberal, unitarian lain seperti Arius percaya Yesus disalib dan tebus dosa manusia.

Didalam penjelasan sr. PasarMalam terhadap isu surah 5:72.Menurut Sr. PasarMalam ayat tersebut :

Ayatini bercerita tentang orang-orang yang MENGATAKAN Jesus ialah Allah.Ayat ini tidak bercerita tentang orang-orang yang MENYEMBAH Jesussebagai Allah.Maksudnya, sesiapa saja yang MENYEBUT Jesus itullah?ataupunllah?ituJesus, dikira kafir menurut al-Quran.”

Jadi yang dikritik disini adalah kerana orang Kristian panggil Yesus Allahdan bukannya kerana orang Kristian percaya Yesus Allah? Jadi kalau orang Kristian tukar dari panggil Yesus Allah kepada kura-kura(seperti yg diberi contohnya oleh sr. Pasarmalam sendiri) maka cop kafir itu akan dicabut dari Kristian kew?

Tetapi malangnya, kalau kita baca polemik-polemik Kristian-Islam, orang Islam akan gunakan ayat tersebut untuk mengkritik kepercayaan orangKristian dan bukannya gelaran gelaran yang digunakan oleh orang Islam.

Memang benar, Yesus bercakap dalam bahasa aramic, greek, latin dan hebrewdan bukannya arab. Tetapi ada persoalan disini.

Quran,yang ditulis dalam bahasa arab, mengunakan  Allah untuk ucapan orangKristian bagi Elohim, Theos, Deus, Eli/Eloi.

Jadisecara tidak lansung, tidakkah Quran iktiraf terjemahan yang dibuatoleh orang Kristian?

Menurutsr. PasalMalam, Allah mengkafirkan Kristian kerana menisbahkan Allahdengan Yesus. Quran tidak bantah penggunaan Allah oleh org Kristian.

Sr.Pasal Malam membantah Alkitab dalam English sebut God dan bukannyaAllah, jadi kenapa nak guna Allah? (dalam hal ini saya galakkan sr.PasalMalam belajar tentang hubungkait bahasa dan sejarah bahasa).Walaupun tiada orang Islam setuju Allah dinisbah dengan Yesus, tetapidiluar sana ramai orang Islam bersetuju, konsep ketuhanan Kristian-Islam adalah sama. Cuma berbeza tentang zat ketuhanan.Mungkin sr. PasarMalam dan ulama-ulama di Malaysia tidak mengetahui bagaimana pada 12 Oktober 2006 sebanyak 36 orang ulama Islam yang antaranya dari Egypt, Russia, Bosnia, Croatia, Kosovo, Istanbul,Uzbekistan, Oman etc.. menghantar surat kepada Pope Benedict. Begituj uga setahun selepas itu, sebanyak 138 orang ulama dan sarjana Islam bersama sarjana Kristian membuat deklarasi. Dalam dokumen-dokumen tersebut, dinyatakan oleh ulama Islam, sarjana Islam, Kristian-Islam berkongsi Allah yang sama yang dikenali sebagai  Abraham heritage.Belum lagi dengan ulama-ulama Islam di barat, yang sentiasa memberitahu orang Kristian bahawa kita menyembah Tuhan yang sama.Malahan ada Quran english menterjemahkan Allah kepada God. Mungkinmereka-mereka ini tidak cukup Isle kot?

bersambung..

[ Last edited by  shalom at 15-3-2009 22:32 ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 10:22 PM | Show all posts

Balas #77 shalom\ catat

Sambungan...

Dalam konteks Malaya, penggunaan Allah telah digunakan seawal tahun 1514 oleh orang Kristian. Kitab salat as-sawai (Christian prayers) yang diterbitkan pada tahun 1514 menggunakan Allah. Begitu juga Christian catechisms dalam bahasa melayu yang diterbitkan sekitar tahun 1545. Begitu juga dengan Injil Matius yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu pada tahun 1629. Sama juga dengan kamus Melayu-Latin yang diterbitkan pada 1631, dimana Deus diterjemahkan sebagai Allah.

Begitu dengan Sabah/Sarawak. Penggunaan Allah/Allah Taala telah meluas digunakan sebelum kemasukan kedua-dua wilayah tersebut ke dalam Persekutuan Malaysia. Mungkin kita pula, salah satu sebab mengapa Sabah/Sarawak DIJEMPUT menyertai persekutuan Malaysia adalah untuk menyimbangi komposisi kaum dimana kemasukkan Sabah/Sarawak akan menyeimbangi kaum bumiputra dengan bukan bumi.

Malahan, semasa pengistiharan Pembentukan Malaysia, deklarasi dimulakan dengan “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa’, dimana pada masa itu telah diketahuai Allah bukan milik mutlak orang melayu di Malaya.

Ada yang mendakwa, memandangkan terdapat perbezaan konsep ketuhanan Kristian-Islam, maka orang Kristian tidak boleh menggunakan Allah. Menurut Kenneth Thomas lagi :

The use of the same word for the supreme being by people of various religions need not mean that they all have the same views about deity. Each religion defines the meaning of the supreme being according to its own convictions. Those of different religions who use the word “Allah” understand the nature of the supreme being to which it refers according to the beliefs of their own traditions. English speakers can understand this reality by reference to their own usage patterns. Allah is the equivalent to the English word “God” with a capital “G”. Michel observed that “Just as ‘God’ is the name in English for the one divine being who alone is to be worshipped and obeyed, used by Muslims, Christians and Jews, so God’s name in Arabic and those languages who derive their religious terminology from Arabic (like Bahasa, Indonesia) is ‘Allah.’” /22/ Many Muslims have recognized the equivalency of these words as generic terms when writing in English by using the English term “God.”

Begitu juga dengan perkongsian budaya dan sebagainya. Ia adalah perkara normal dalam masyarakat dunia, walaupun berlainan bangsa, agama, ideologi bahkan negara.Saya tidak dapat bayangkan kalau orang Buddha melakukan perkara yang sama. Perkataan dosa, manusia, surga adalah berasal dari pengaruh Buddha semenjak zaman Empayar Sri Wijaya lagi.Saya juga tidak dapat bayangkan kalau masyarakat melayu Indonesia, Hindu, pagan,Thailand, Kristian Arab, Yahudi Arab dan Pagan Arab membuat tuntutan yang sama. Apa yang lagi tinggal dengan kebudayaan Melayu Malaya? Tidak keterlaluan kalau saya katakan, orang Melayu hanya tinggal sehelai sepinggang!


Peace...


[ Last edited by  shalom at 15-3-2009 22:33 ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 12:29 AM | Show all posts
islam atau apa agama pun hanya tool

ia terpulang pd penganut atau pengguna menggunakan tool tu konon2nye je, so no big deal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 11:13 AM | Show all posts

Balas #77 shalom\ catat

boleh diterima...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.130093 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list