|
Debaran AIM16 bermulaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
BIARPUN ramai yang memperkatakan mengenai kemeruduman industri muzik negara, itu bukanlah satu penghalang untuk anak seni tempatan terus diiktiraf menerusi hasil kerja yang mereka berikan.
Tidak dinafikan, impak yang terhasil menerusi Anugerah Industri Muzik atau AIM begitu besar dan sememangnya ia antara acara anugerah yang paling ditunggu-tunggu saban tahun.
Masakan tidak, inilah masanya untuk peminat serta pemerhati industri seni suara melihat sejauh mana kehebatan hasil karya komposer, penyanyi dan mereka yang terlibat di belakang tabir dalam setiap album dan karya dalam medium hiburan lain yang dihasilkan.
Memasuki edisi ke-16 tahun ini, senarai calon akhir AIM16 telah diumumkan dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini.
Agak sesuatu yang menarik juga ingin diperkatakan tentang AIM 16 apabila format penjurian telah banyak berubah seiring dengan senario industri muzik terkini.
Sejak album tidak banyak lagi diterbitkan, AIM 16 kini dinilai menerusi lagu mahupun single diterbitkan sepanjang tahun lalu.
Secara tidak langsung, ia membuka lebih banyak peluang kepada artis yang mungkin sebelum ini tidak mampu menyertai AIM kerana terikat dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan sejak AIM berlangsung pada tahun 1994.
Bukan itu sahaja, persaingan hebat penyanyi senior dan junior juga memperlihatkan bagaimana industri hiburan kita sebenarnya mempunyai bakat seni yang tidak kurang hebatnya.
Mungkin ramai yang sudah tahu atau bagi mereka yang tidak sedar dengan kehadiran AIM 16, penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow dan biduanita muda negara, Datuk Siti Nurhaliza mendahului AIM 16 apabila masing-masing menerima tujuh pencalonan.
Pencalonan yang diterima mereka itu adalah daripada penghasilan album mereka, masing-masing berjudul President dan Lentera Timur yang diterbitkan tahun lalu.
Menerusi albumnya itu, Joe dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik, Kulit Album Terbaik, tiga pencalonan bagi Lagu Hip Hop Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
Bagi Siti yang sememangnya cukup sinonim dengan AIM menerima dua pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman.
Kedua-dua lagu itu juga akan merebut kemenangan dalam kategori Lagu Pop Etnik Terbaik selain album Lentera Timur yang akan bersaing hebat dengan tiga calon lain untuk dinobatkan sebagai Album Pop Etnik Terbaik.
Selain itu, dua buah lagu nyanyian Siti, Di Taman Teman dan Pada Cintanya pula dicalonkan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.
Untuk menghangatkan lagi debaran AIM 16 yang bakal berlangsung pada 2 Mei depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), stesen televisyen yang terkenal dengan tagline Saluran Ceria Anda, ntv7 akan menyiarkan sebuah rancangan khas, Prelude AIM 16.
Sejak diperkenalkan lima tahun lalu, Prelude AIM mengalami evolusi yang sangat ketara dari segi penerbitan serta isi kandungannya sekali gus debaran AIM dapat dirasai setiap tahun.
Sebagai kelainan, untuk tahun ini tidak akan ada lagi persembahan nyanyian oleh bekas pemenang serta calon akhir AIM sebagaimana lazimnya. Satu pendekatan baru telah diambil dalam usaha untuk mendekatkan lagi AIM dengan penonton setia ntv7.
Dengan mengambil konsep infotainment, Prelude AIM 16 yang akan memulakan siarannya malam ini bermula pukul 9 malam akan melihat sejarah penganjuran AIM sepanjang 15 tahun yang lalu.
Dibahagikan kepada empat episod, penonton akan menyaksikan bagaimana perkembangan AIM yang kini menjadi acara anugerah yang cukup signifikan di negara ini.
Prelude AIM 16 juga akan menampilkan temu bual bersama personaliti terkenal seperti Roslan Aziz, Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Habsah Hassan, Anuar Zain serta ramai lagi untuk memberikan pandangan mereka terhadap penganjuran AIM.
Apatah lagi, ada di antara mereka merupakan pemenang terdahulu dalam AIM dan pastinya sesuatu yang cukup menarik apabila mereka berkongsi pengalaman dengan peminat saat nama mereka diangkat sebagai pemenang.
Selain itu, rancangan yang diterbitkan oleh Bairulnizam Bahrom ini juga akan menyorot kembali persembahan- persembahan hebat yang pernah mewarnai pentas AIM sejak 15 tahun lalu selain memaparkan fesyen yang digayakan oleh personaliti dan artis sewaktu malam AIM.
Episod keempat Prelude AIM yang disifatkan sebagai episod kemuncak pula akan merungkai segala rahsia tentang konsep AIM 16 serta pengacara yang diberi mandat untuk mengemudikan acara gilang-gemilang itu nanti.
Malah, elemen kejutan yang ditampilkan pada malam itu nanti juga bakal didedahkan menerusi episod ini, selain daripada barisan artis yang dipilih untuk membuat persembahan tahun ini.
Untuk itu, adalah menjadi satu kerugian besar sekiranya anda melepaskan peluang menonton Prelude AIM 16.
Jadi, pastikan temu janji anda bersama ntv7 setiap hari Khamis, pukul 9 malam bermula malam ini selama empat minggu berturut-turut untuk menyelami dan menyelusuri perjalanan acara AIM, anugerah yang cukup berprestij ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Hope DSN menang sbhgn pencalonan tuuuu g o!go!go! |
|
|
|
|
|
|
|
siti deserved for the awards |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dauswq at 10-4-2009 12:25
siti deserved for the awards
untuk semua penncalonan!!
SITI NURHALIZA LAGENDA YANG TIADA TURUNYA |
|
|
|
|
|
|
|
AIM16 bakal saji persembahan hebat
Oleh WAHIDA ASRANI
DEBARAN Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) yang akan berlangsung pada 2 Mei depan sudah mula dirasai bukan saja di kalangan karyawan dan penggiat seni tanahair yang tercalon sebagai finalis, malah peminat-peminat muzik tempatan.
Senarai calon akhir sudah pun diumumkan baru-baru ini dan menyaksikan banyak perubahan dari segi penjurian yang mana penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi hip-hop Joe Flizzow dilihat 'menguasai' AIM16 ini dengan masing-masing memperolehi tujuh pencalonan menerusi album Lentera Timur dan President.
Apa yang pasti, AIM16 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8.30 malam itu turut menjanjikan banyak persembahan hebat oleh penyanyi-penyanyi terkemuka tanahair yang akan menampilkan gandingan artis pelbagai genre muzik.
Barisan artis yang bakal membuat persembahan pada acara berprestij itu ialah Datuk Sheila Majid, M.Nasir, Faizal Tahir, Misha Omar, Meet Uncle Hussein, Hujan, Joe Flizzow, Goldkartz, Chakrasonic dan Man Jiang Hong.
Antara barisan artis yang terlibat untuk persembahan dan sebagai penyampai anugerah AIM16
Penyanyi popular Indonesia, Rossa juga turut diundang membuat persembahan pada malam itu.
Persembahan artis-artis tersebut akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional di bawah pimpinan komposer dan Pengarah Muzik, Ramli M.S.
Mengulas mengenai persembahan artis-artis terbabit, kata Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson, beberapa artis lain juga dijangka akan turut serta membuat persembahan pada acara tersebut.
Namun, buat masa ini, pihak penganjur masih lagi meneliti artis yang bakal terlibat itu.
"Untuk buah sesebuah 'show' bukanlah satu perkara yang mudah. Malah, kami juga berdepan kesukaran untuk memilih artis-artis tersebut.
"Seboleh mungkin, kami ingin tampilkan sesuatu yang berbeza untuk AIM16 ini. Apa yang pasti, kami memang amat teliti dari segi pemilihan artis untuk menjayakan persembahan ini," kata Jennifer yang ditemui pada sidang media AIM16 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, semalam.
Ditanya mengapa AIM16 tidak membuka ruang yang banyak kepada artis-artis indie lain seperti Bunkface dan Pesawat untuk membuat persembahan pada acara gilang-gemilang itu, kata Jennifer, pihaknya akui muzik indie semakin menguasai industri ketika ini, namun banyak kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh penganjur.
"Kami faham sekarang ini begitu ramai artis indie yang mempunyai potensi hebat. Tetapi AIM adalah di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan seperti mana yang diketahui ramai, mereka yang ingin menyertai AIM perlulah menjadi ahli RIM.
"Kami akui, separuh daripada ahli-ahli RIM memang terdiri daripada artis indie. Jadi, kami perlu mengambilkira faktor ini juga untuk memilih artis yang akan menjayakan AIM.
"Selain itu, kami juga perlu melihat dari segi material yang mereka ada. Kalau kami pilih artis yang tidak ada material atau produk di pasaran, ia seperti sia-sia kerana kami tidak langsung dilihat seperti membantu mereka," kata Jennifer.
Dalam pada itu, AIM16 kali ini juga menyaksikan gandingan sekali lagi tiga pengacara iaitu Afdlin Shauki, Adibah Noor dan Bob Lokman.
Dan antara penyampai-penyampai anugerah pada malam itu pula ialah Aizat, Atilia, Camelia, Dafi, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Rahim Maarof, Salamiah Hassan dan Syafinaz.
Sementara itu, persembahan bergerak AIM16 masih lagi diteruskan di dua buah lokasi iaitu Sungai Petani Mall, Sungai Petani pada 18 April dan Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 25 April depan.
Antara artis-artis yang terlibat di dalam persembahan bergerak itu ialah Alyah, Dina, Hujan, Meet Uncle Hussein, Misha Omar, Reshmonu, Shila dan The Times.
Tiket berharga RM50 untuk menghadiri AIM16 boleh didapati di pejabat Akademi dengan menghubungi talian 03-40445388.
source: Tankyu Syd
nampaknye tokti x pefom la mlm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
keputusan tok ti blm muktamad lg |
|
|
|
|
|
|
|
siti takde buat persembahan ek kat aim |
|
|
|
|
|
|
|
ye kot..
btw mlm td ade ulasan pasal pemenang2 aim yg lepas kt ntv7..so adela sket part tokti cakap2 pasal memang vokal, album, lagu..pakai baju, tudung merah..sikit je la..
ct plg byk menang album pop terbaik..2 kali album etnik (kak ani 4 kali)..lagu terbaik sekali (jerat percintaan)..vokal xyah cakap la kan |
|
|
|
|
|
|
|
tak tgk pon semalam |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #66 hyie\ catat
Siti x perform ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
tak leh jangka.. tetibe nanti perform je macam dulu..yang nyanyi last minit dengan kak mimi lagu getaran tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni ada kata dia perform ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #76 eddysheddy's post
Sabtu April 18, 2009
AIM16 bakal saji persembahan hebat
Oleh WAHIDA ASRANI
DEBARAN Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) yang akan berlangsung pada 2 Mei depan sudah mula dirasai bukan saja di kalangan karyawan dan penggiat seni tanahair yang tercalon sebagai finalis, malah peminat-peminat muzik tempatan.
Senarai calon akhir sudah pun diumumkan baru-baru ini dan menyaksikan banyak perubahan dari segi penjurian yang mana penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi hip-hop Joe Flizzow dilihat 'menguasai' AIM16 ini dengan masing-masing memperolehi tujuh pencalonan menerusi album Lentera Timur dan President.
Apa yang pasti, AIM16 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8.30 malam itu turut menjanjikan banyak persembahan hebat oleh penyanyi-penyanyi terkemuka tanahair yang akan menampilkan gandingan artis pelbagai genre muzik.
Barisan artis yang bakal membuat persembahan pada acara berprestij itu ialah Datuk Sheila Majid, M.Nasir, Faizal Tahir, Misha Omar, Meet Uncle Hussein, Hujan, Joe Flizzow, Goldkartz, Chakrasonic dan Man Jiang Hong.
Antara barisan artis yang terlibat untuk persembahan dan sebagai penyampai anugerah AIM16
Penyanyi popular Indonesia, Rossa juga turut diundang membuat persembahan pada malam itu.
Persembahan artis-artis tersebut akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional di bawah pimpinan komposer dan Pengarah Muzik, Ramli M.S.
Mengulas mengenai persembahan artis-artis terbabit, kata Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson, beberapa artis lain juga dijangka akan turut serta membuat persembahan pada acara tersebut.
Namun, buat masa ini, pihak penganjur masih lagi meneliti artis yang bakal terlibat itu.
"Untuk buah sesebuah 'show' bukanlah satu perkara yang mudah. Malah, kami juga berdepan kesukaran untuk memilih artis-artis tersebut.
"Seboleh mungkin, kami ingin tampilkan sesuatu yang berbeza untuk AIM16 ini. Apa yang pasti, kami memang amat teliti dari segi pemilihan artis untuk menjayakan persembahan ini," kata Jennifer yang ditemui pada sidang media AIM16 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, semalam.
Ditanya mengapa AIM16 tidak membuka ruang yang banyak kepada artis-artis indie lain seperti Bunkface dan Pesawat untuk membuat persembahan pada acara gilang-gemilang itu, kata Jennifer, pihaknya akui muzik indie semakin menguasai industri ketika ini, namun banyak kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh penganjur.
"Kami faham sekarang ini begitu ramai artis indie yang mempunyai potensi hebat. Tetapi AIM adalah di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan seperti mana yang diketahui ramai, mereka yang ingin menyertai AIM perlulah menjadi ahli RIM.
"Kami akui, separuh daripada ahli-ahli RIM memang terdiri daripada artis indie. Jadi, kami perlu mengambilkira faktor ini juga untuk memilih artis yang akan menjayakan AIM.
"Selain itu, kami juga perlu melihat dari segi material yang mereka ada. Kalau kami pilih artis yang tidak ada material atau produk di pasaran, ia seperti sia-sia kerana kami tidak langsung dilihat seperti membantu mereka," kata Jennifer.
Dalam pada itu, AIM16 kali ini juga menyaksikan gandingan sekali lagi tiga pengacara iaitu Afdlin Shauki, Adibah Noor dan Bob Lokman.
Dan antara penyampai-penyampai anugerah pada malam itu pula ialah Aizat, Atilia, Camelia, Dafi, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Rahim Maarof, Salamiah Hassan dan Syafinaz.
Sementara itu, persembahan bergerak AIM16 masih lagi diteruskan di dua buah lokasi iaitu Sungai Petani Mall, Sungai Petani pada 18 April dan Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 25 April depan.
Antara artis-artis yang terlibat di dalam persembahan bergerak itu ialah Alyah, Dina, Hujan, Meet Uncle Hussein, Misha Omar, Reshmonu, Shila dan The Times.
Tiket berharga RM50 untuk menghadiri AIM16 boleh didapati di pejabat Akademi dengan menghubungi talian 03-40445388. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #76 eddysheddy's post
tak ada pun siti perform..
rossa ada... |
|
|
|
|
|
|
|
ada kejutan kot.. hehe..
mcm apm hari tu.. tetibe jer ct nyanyi lagu fantasia bulan madu tu..
rasanya takde mention kan ct akan perform malam tu
kalau tak mesti aku dah tercongok depan tv hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dulu siti pnah ckp kemungkinan besar die perform kat AIM nnt. kejutan la tuh |
|
|
|
|
|
|
|
wah tahniah ct
arap byk menang anugerah |
|
|
|
|
|
|
| |
|