|
kami bising bkn sbb student yg kami ske x kuar byk cite..tp x beragak la klu tunjuk pasal sorg student jek da na kt stengah jam...mmg la x logik utk show sejam na bahagi2kan kepada 8 student..tp nape tiap2 ari cite pasal org yg same???cite bende yg same..kte na tgk progress plajar... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kecikgurl at 16-4-2009 22:31 
kami bising bkn sbb student yg kami ske x kuar byk cite..tp x beragak la klu tunjuk pasal sorg student jek da na kt stengah jam...mmg la x logik utk show sejam na bahagi2kan kepada 8 student..tp ...
100% setuju...well said :handshake::handshake::handshake: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kecikgurl at 16-4-2009 22:31 
kami bising bkn sbb student yg kami ske x kuar byk cite..tp x beragak la klu tunjuk pasal sorg student jek da na kt stengah jam...mmg la x logik utk show sejam na bahagi2kan kepada 8 student..tp ...
betol tu..nih cerita mak dia meninggal dah sejak minggu ke brap lagi...aduh!...bosan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sudah terang lagi bersuluh......
 |
|
|
|
|
|
|
|
final nanti dah sure la tu... 3 ekor ( akimah menon, aril & yazid ) ni la yg akan dok kat final...pastu pemenang di pilih mengikut selera cikgu2 yg merembes+team produksi yg syiok sendiri. aje la ngan giler af kali nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya season2 sebelum neh tak de pun org meroyan pasla diari yg hanya fokus 2 org pelajar kannn?
kalau dah majority nampak dan komplen..
maknanye benda tuh obvious giler lah tu noksl..
tak yah la nak menegakkan benang yg basah kahnnn??
kalau benda tu tak obvious.. takde nye makcik2 felda pun turut tak puas hati dan komplen segala neh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 ashna's post
5min tu termasuk lalu lalang/nampak sipi2/nampak tangan hulur mic/etc
5 min dah la share 4 org  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eekkamouse at 16-4-2009 20:32 
bukan hafiz jer dianaktirikan...claudia dan qhaud sekali
ye btul claudia dan qhaud jarang dan kekdang tak nampak langsung dalam diari.......:@:@:@:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
memang nampak biasssssssssssssssssssssss asyik2 yaziddd ..... dulu memang suka yazidd tp bila astro dah expose dia tersangat2 naik nyampah ..sebab kesian kat pelajar lain.....bukan yazid jer part aril pun sama ...biass ... kalau korang perasan time nyanyi depan extrange tu naper part Akim lebeih pendek dari Aril .... nampak sgt yazid n Aril anak Emas Jongkong .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #70 azliza's post
Memang selalu diorang buat camtu
Part tunjuk bebudak berlatih nyanyi sorang-sorang pun macam tu
Time bebudak lain, kekadang tunjuk satu baris je diorang nyanyi
Time Aril, Yazid...siap tunjuk nyanyi ulang-ulang,
even berenti kejap amik nafas pun tunjuk
|
|
|
|
|
|
|
|
anak kesayangan la katakn ...eheeeh |
|
|
|
|
|
|
|
pastu mesti ada scene bercerita dari hati ke hati antara Yazid dan tenaga pengajar.  |
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Dianaktirikan?
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 16 MAC 2009: Hanya disebabkan sedikit sedutan paparan Diari AF yang nampak seakan lebih mengutamakan beberapa pelajar tertentu di Akademi Fantasia Ke-7 (AF7), Hafiz kini dianggap seperti dianaktirikan di dalam akademi tersebut.
Tidak cukup dengan itu, kesemua tenaga pengajar di akademi tersebut telah dituduh mengamalkan sikap pilih kasih apabila dilihat bangun untuk memperbetulkan kenyataan pengkritik sewaktu mereka menilai persembahan Aril dan Akim dalam konsert mingguan AF7.
Bukan setakat itu saja, tenaga pengajar sekali lagi disalahkan apabila Hafiz diberikan lagu-lagu yang dianggap tidak begitu hits atau popular, padahal pemilihannya membabitkan perbincangan mereka bersama pihak produksi.
Hal yang sama turut berlaku apabila tenaga pengajar memilih pelajar lain sebagai pelajar cemerlang khususnya Aril yang telah menyandang gelaran tersebut sebanyak 2 kali kerana telah menunjukkan peningkatan yang semakin baik sepanjang minggu berada di akademi.
Pelbagai kata-kata kurang enak yang kedengaran, kononnya tenaga pengajar sengaja berbuat demikian kerana mahu menonjolkan pelajar yang lebih mereka gemari semata-mata.
Sungguhpun begitu, tiada siapa yang sebenarnya tahu apa yang dilalui Hafiz serta pelajar lain yang berada di dalam akademi itu selama 8 jam selepas mereka memulakan kelas mereka dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang setiap hari.
Malah, tidak siapa juga yang tahu bagaimana bertungkus-lumusnya tenaga pengajar menumpukan perhatian terhadap mereka semua untuk memastikan mereka berjaya menjadi pelajar AF7 yang dikagumi setiap minggu.
Dalam hal ini, tidak timbul sama sekali soal sikap pilih kasih, pilih bulu atau siapa yang paling banyak mendapat layanan yang istimewa daripada tenaga pengajar di dalam akademi tersebut. Namun, beberapa sedutan drama yang sentiasa dipaparkan di dalam Diari AF telah berjaya mencetuskan persepsi yang berbeza.
Sumber daripada pihak produksi AF7 sendiri mengakui bahawa apa yang dipaparkan di dalam Diari AF hanyalah sedutan daripada beberapa elemen-elemen menarik yang berlaku setiap hari di akademi.
"Untuk memaparkan kesemuanya adalah satu benda yang mustahil. Dengan waktu yang terhad inilah kita cuba gabungkan kesemua elemen-elemen menarik yang terdapat di dalam akademi.
"Jadi, apa yang ditonton itulah hanyalah cebisan daripada apa yang sudah kita gabungkan daripada kesemua rakaman yang diambil sepanjang hari di akademi. Proses ini berlaku setiap hari.
"Mungkin ada yang bertanya mengapa tidak kami cuba paparkan pengajian mereka di kelas dengan lebih banyak lagi. Kami pernah cuba tetapi apa yang dimahukan penonton secara majoritinya dan bukanlah pengajian mereka di akademi semata-mata.
"Tetapi, bagaimana mereka melalui kehidupan di akademi setiap hari. Bagaimana mereka menyesuaikan diri di antara mereka. Bagaimana emosi mereka pada waktu itu. Inilah yang sebenarnya yang penonton mahukan.
"Kami sedar keadaan ini telah menampakkan Hafiz seolah-olah seperti sedang dianaktirikan tenaga pegajar tetapi hakikatnya ia sama sekali tidak berlaku tetapi inilah sebahagian daripada rencah program realiti AF," kata sumber itu lagi.
Apapun, sepanjang berada di akademi, Hafiz sentiasa dilabel tenaga pengajar sebagai seorang pelajar yang sentiasa konsisten, mudah menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan, versatile serta mempunyai bakat menyanyi yang semulajadi.
Berikan apa saja lagu kepada Hafiz, kebanyakan tenaga pengajar tahu bahawa Hafiz mampu melakukannya dengan baik. Bakat Hafiz sebenarnya telah ditemui Cikgu Syafi sewaktu Hafiz menghadiri ujibakat di Kuching, Sarawak.
Begitu kagum dengan bakat Hafiz, Cikgu Syafi telah melabelkan Hafiz sebagai Guy Sebastian Malaysia serta menyifatkan Hafiz sebagai salah seorang pelajar yang bakal memberikan kejutan di dalam AF7.
Ternyata ramalan Cikgu Syafi terhadap Hafiz sangat tepat. Sekarang ini, terletak kepada pelajar lain pula untuk mencapai tahap yang sudah dicapai Hafiz. Atas sebab itu, gelaran pelajar cemerlang diberikan kepada pelajar yang lemah tetapi berjaya menunjukkan peningkatan yang baik dari masa ke sama.
[ Last edited by farakim88 at 17-4-2009 17:12 ] |
|
|
|
|
|
|
|
is it just me or kau mmg bukak thread redundant yang pernah ada?  |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa thread yg sama niH???? |
|
|
|
|
|
|
|
sorrry lau dah ada thread ni
[ Last edited by farakim88 at 17-4-2009 16:56 ] |
|
|
|
|
|
|
|
opppssss.sorry x prasan lak dah ada thread ni....so sorry |
|
|
|
|
|
|
| |
|