CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadiskampung25

KONTRAKTOR PENIPU - PETER AK EMUS

[Copy link]
Post time 10-7-2009 08:32 PM | Show all posts
ooo..tu kah muka penipu tu.

siapa2 yg terjumpa dia, kasitau dia ada org kirim salam sama dia. :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2009 08:10 PM | Show all posts
ooo..tu kah muka penipu tu.

siapa2 yg terjumpa dia, kasitau dia ada org kirim salam sama dia. :@
hhbks Post at 10-7-2009 20:32


harap-harap ada la yang jumpa...lama suda salam tidak kesampaian ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2009 08:19 PM | Show all posts
Geng, sapa-sapa ada info pasal akta ni bagitau ya...rasa macam best jak kan klu tau selok belok untuk membuat tindakan selanjutnya.... TQ

Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2001 dikuatkuasakan bagi membolehkan penubuhan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang antara lain adalah untuk :
*       Mengawalselia perkara berhubung dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berkaitan dengan undang-undang seperti :
*       Akta Syarikat 1965
*       Akta Syarikat Amanah 1949
*       Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
*       Akta Larangan Wang Simpanan Kotoo 1971

*       Menjalankan penyelidikan  mengenai apa-apa perkara berhubung dengan kegiatan korporat dan perniagaan.

*       Mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya dikalangan para pegawai sesuatu perbadanan dan pengawalseliaan diri oleh perbadanan syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan iktisas untuk memastikan kegiatan perniagaan dijalankan dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 03:46 PM | Show all posts
63# Gadiskampung25

saya kurang arif pasal ini...mungkin ada yg bulih bantu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 10:23 AM | Show all posts
60# Gadiskampung25

Maaf..bagi saya, setakat berdoa tanpa usaha..tidak akan ke mana. pada pandangan saya, anda sudah tahu siapa dia, di mana dia berkerja , gambar pun ada. Jadi takkan tindakan undang-undang tidak boleh diambil langsung? apatah lagi dia kakitangan kerajaan, sekolah pula tu..nak lari ke mana melainkan dia tak datang langsung ke sekolah dan menghilangkan diri. Hatta, kalau dia pindah sekolah pun dia masih boleh dikesan ke mana dia berpindah.

dan lagi, alasan kesiankan kepadanya hanyalah memberikan dia peluang utk mengulangi apa yang telah dilakukan melainkan dia ada/pernah datang jumpa anda utk selesaikan hal ini. Setidak-tidaknya, buatlah pengaduan kepada GB sekolah berkenaan atau PPD atau laporan Polis. Kesian, kesian juga tapi janganlah sampai makan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 11:45 PM | Show all posts
makin panas pula thread ni, sampai letak2 gambar suda ni..

patutka diletak read pem?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2009 02:07 AM | Show all posts
66# sixfullbar
apa suda jadi sama kes sikgu ini?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 02:56 PM | Show all posts
67# G_vitagen

masih lagi begitu bah...

tapi ada hari tu seorg sigu kana bicara pasal buat klem palsu kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2009 02:31 PM | Show all posts
belum selesai lagi ini kes kah ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 06:34 PM | Show all posts
69# latina_hermosa

macam blum ada tindakan dari mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 09:19 PM | Show all posts
Buat semua yang merancang untuk membina rumah atau bangunan demi memajukan dan menyenangkan kehidupan, saya berpesan agar berhati-hatilah memilih kontraktor. tidak semuanya jahat dan penipu...cuma rea ...
Gadiskampung25 Post at 10-7-2009 12:48


Gambar ada, bukti2 semua ada. Jadi napa x buat tindakan selanjutnya? Rasanya cukup sudah untuk dibawa ke pengetahuan Unit Pengurusan Sekolah PPD Sandakan n trus pg Bah. Tatatertib di JPN. Kalau tiada tindakan diambil, cikgu ni akan terus mencari mangsa2 lagi. seterusnya akan mencemarkan nama cikgu2 lain, PPD dan JPN.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 11:29 AM | Show all posts
71# ayanglind

betul tu...tindakan perlu diambil untuk memberi pengajaran kpd sigu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:12 AM | Show all posts
Adinda GK....saya akan kembali ke SDK raya ni....dalam masa 2 minggu....kalau ada masa call saya...dtg ke rumah...sia akan cuba bantu.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:14 AM | Show all posts
makin panas pula thread ni, sampai letak2 gambar suda ni..

patutka diletak read pem?
sixfullbar Post at 18-7-2009 23:45


i second the motion, this will help her getting back her money or at least finish the joblah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 02:32 PM | Show all posts
Adinda GK....saya akan kembali ke SDK raya ni....dalam masa 2 minggu....kalau ada masa call saya...dtg ke rumah...sia akan cuba bantu.....
soulquarianz Post at 18-8-2009 11:12


ada sudah bantuan ni...apa lagi....kol lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 11:24 PM | Show all posts
69# latina_hermosa

buat masa ni belum ada sebab ada beberapa halangan yang perlu saya selesaikan. selain itu, saya sedang membuat kajian untuk mengambil langkah yang berpatutan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2009 11:39 PM | Show all posts
Pertama sekali, harap belum terlambat untuk saya titipkan ucapan salam ramadhan buat semua teman yang beragama islam. jutaan terima kasih juga atas keprihatinan anda memberi komen dan pandangan yang menjadi panduan untuk saya.
Menjawab beberapa soalan sebelum ini berkenaan kenapa saya tidak mengambil tindakan? adakah saya hanya berdiam diri sahaja dan memakan hati sendiri? Sebenarnya, kalau ikutkan hati memang saya ingin terus mengambil tindakan, membuat laporan polis, ambil tindakan di mahkamah, dan jumpa GB dan sebagainya. Namun, jika difikir dari sudut lain, tindakan tersebut belum tentu dapat menyelesaikan masalah saya. Mungkin ia akan merumitkan saya pula kerana seperti yang kita sedia maklum, manusia ini mempunyai pelbagai agenda terutamanya yang memang pakar dalam bidang menipu orang. Maka, pepatah melayu lama, menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berterabur saya aplikasikan dalam hidup saya. Dalam masa yang sama, sebagai umat Islam, saya tetap membaca Al-Fatihah dan Yaasin bagi mendapatkan petunjuk-Nya. Kuasa Tuhan siapa yang dapat lawan kan?

Kedua, menjawab soalan kenapa saya tidak terus bertemu dengan beliau di sekolah? Memang saya tahu sekolah dan rumah beliau di mana, namun cuba bayangkan sikap manusia, Fokuskan kepada diri saya...apabila ditipu dengan sejumlah wang yang saya tanggung hampir 20 tahun untuk mendapatkannya, hati ini rasa terbakar...saya khuatir apabila berjumpa dengan beliau, tindakan membelakangkan UNDANG-UNDANG mungkin akan berlaku. Justeru, saya tidak ingin hal ini terjadi. Sebab itulah saya memohon pandangan teman-teman berkaitan langkah terbaik yang mengikut lunas undang-undang negara kita. Dan saya percaya tentunya jika saya dapat melaksanakan dengan baik, maka ia tidak akan menjejaskan karier saya sebagai seorang guru juga.

Saya memohon maaf kerana jarang menjenguk forum kerana limitasi perkampungan yang tidak menyediakan perkhidmatan internet. Malah menggunakan perkhidmatan jalur lebar broadband celcom juga sangatlah lambat. Maka bila berkesempatan pergi ke bandar saya manfaatkan untuk menjenguk forum ini.

Buat kawan-kawan dan ahli keluarga, maaf jika anda terasa dengan pendedahan ini. Namun sebagaimana saya tidak mengaitkan anda dengan permasalahan saya bersama MANUSIA ini, maka saya juga berharap anda tidak cuba menghentam saya sewenang-wenangnya. Kerana jika anda memulakan, saya terpaksa mengikutnya.

Mohon semua faham dan saya SANGAT MENGHARGAI panduan anda. InsyaAllah, jika ada perkembangan terbaru, kepada anda juga akan saya kongsikan khabar gembira ini.

Percayalah...Yang jahat tidak akan bertahan lama...Kebenaran pasti akan menumbangkan kebathilan...Wallahualam

Wassalam....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 11:47 PM | Show all posts
65# CharlieDale

Terima kasih...anda tidak perlu meminta maaf kerana pandangan anda sangat saya hargai.. Terima kasih sekali lagi... Sebenarnya sekarang ini saya dan keluarga bukan sekadar berdoa..malah dalam masa yang sama sedang berusaha. Biar kata orang hasilnya nanti ibarat buku bertemu ruas. Sebab kadang-kala bagi saya kalau tersalah langkah mungkin rugi kami yang bertambah. kos mahkamah, kos minyak dan sebagainya. Justeru moga perancangan kami akan membuahkan hasil yang lumayan.

Kedua, kasihan itu tidak pernah saya tujukan pada PETER sebaliknya untuk nenek dan keluarga saya. Lantaran kasihan pada mereka saya tumpukan pada pembinaan rumah. Tidak pernah terbit rasa kasihan pada MANUSIA ini.

Terima kasih atas pandangan anda..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 10:37 AM | Show all posts
kasian sy bca statement ko ni .. ada juga a few relative sy pernah kna tipu kontraktor
sy ada cek nama ni org dlm sistem skrg dia pindah kja suda di SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BATU PUTIH BARU P.O.BOX 220 90000 SANDAKAN, SABAH.
buli buat laporan sm jab pendidikan tu .. biar dia kna tindakan tatatertib buang kja lps tu blacklist .. kotoh la dia .. x ble apply apa2 ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2009 11:42 PM | Show all posts
Salam Sejahtera semua n salam 1Malaysia....

1st.... terima kasih utk semua nasihat, sokongan etc... yang cukup2 buat sya terharu n rasa masih ada SAHABAT di ruang ini... ewaah.... n MAAF juga... sbb ada few reply ni ditulis oleh WAKIL sya (tq)... siapa yang kenal mesti tau bezanya kan..... tak payah xplen pun mesti semua maklum sebabnya... utk soalan di mana sya... sya tinggal di daerah Beluran, tak payah sebutlah nama kg nanti terlebih glemer... karang bos minta royalti pula atas pengIKLANan yang tidak disengajakan....hihihi....

2nd....terima kasih jugak utk mod yang terus membenarkan thread ni on sehingga hari ini, walaupun ada few benda yang agak sensitif.... DAN, selepas ini, saya REDHA N IKHLAS jika mod mau edit or delete my thread atas sbb2 KESELAMATAN atau atas dasar tanggungjawab beliau utk terus menjaga keharmonian bod SABAH yang amat KU CINTAI ini.  terpulang pada mod... sya OK jak atas apa pun tindakan dan keputusan mod utk page ni ya... dun wori be hepi....

3rd.... tq for my hou pang yau... DANE... yang banyak bagi nasihat n sms apa saja bentuk laluan dan jalan yang boleh sya rintis... sbb bantuan ini membuka sedikit otak sya utk kenal lebih byk dunia luar dan merasai asam garam pahit kehidupan insan di dunia ini.

4th... tq jugak utk semua kenkawan yang ada dalam ruangan ini, semoga ini menjadi pengajaran berharga utk saya dan panduan utk kita semua, agar perkara ini tidak berulang lagi....

5th.... saya dengan rendah hati, memohon ampun maaf utk semua warga pendidik di mana pun berada, kerana pendedahan ini sedikit sbyk mencalar kredibiliti warga ini amnya, dan diri sendiri khasnya sedangkan sudah termaktub dalam perjanjian bahawa WAJIB menjaga maruah sesama rakan sekerja.... TETAPI sebagai insan biasa yang lemah dan tak berdaya....  kejahilan dan kelemahan saya mungkin meninggalkan sedikit calar di hati warga seangkatan... saya mohon maaf dan mohon difahami, bahawa apa yang saya tulis tidak berniat mencalar kesucian dan perjuangan murni warga pendidik, sekadar mahu berkongsi pengalaman pahit agar tidak berulang pada orang lain.   kerana HAKIKATnya yang murni dan suci itu adalah NYAWA PENDIDIK sedang sebagai MANUSIA biasa, setiap kita (terutama saya) masih lagi belajar dan sesungguhnya bila sya kata sya masih belajar maka JELAS bahawa saya masih perlu bimbingan.  Oleh itu, sekali lagi, MAAFKAN SAYA....

6th.... selepas hampir setahun.... atoookkk... sedih pulak sya... ok..tukar tune....
ok...diringkaskan ceritanya....
Pada 30hb Oktober 2009 bersamaan hari Jumaat jam lebih kurang pukul 3.00pm, telah diadakan penyelesaian masalah sya dan Cikgu Peter di Balai Polis Beluran....
Pengakuan beliau sebelum ini untuk membayar ganti rugi telah diselesaikan pada hari itu.  Sengaja kami minta diselesaikan di Balai Polis agar perkara ini lebih telus dan jelas....dan syukurlah, walaupun pada masa itu di balai polis pun beliau masih mahu menipu dan memutar pelit, tetapi tindakan pegawai polis yang bertugas itu amat sya hargai....

Tindakan beliau meminta maaf dari kedua ibu bapa sya, dan jelingan marah beliau (mungkin) terhadap sya amat sya hargai.... walaupun calar yang ada tak mungkin hilang parutnya, sekurang2nya pada saat itu, sya belajar bahawa hidup adalah perjuangan yang tidak pernah berhenti....

Semoga episod hitam ini... berakhir di sini....mudah2an 2010 adalah tahun yang menggembirakan utk saya sekeluarga juga utk Cikgu Peter.... (tidak saya sebut keluarga, sebab sehingga berakhirnya hal ini, sya tidak pernah sekalipun menghubungi isteri, keluarga, atau rakan setugas beliau) kecuali adik beliau yang memperkenalkan kami....

TERIMA KASIH buat anggota polis Daerah Beluran yang begitu telus, jujur dan ikhlas memahamkan sya tentang undang2 dan seperti yang sya pernah tulis sebelum ini, BILA KITA MENGHORMATI UNDANG2... satu hari nanti UNDANG2 PASTI MENGHORMATI HAK KITA.

semoga tiada lagi episod duka begini utk sya atau mana2 pn individu lain dalam dunia ini, khususnya yang bersama sya sejak awal sejarah ini, juga sejak topik ini dibuka.  
Saya membenarkan quote seorang dari anggota polis yang bertugas "REZEKI YANG SIKIT KALAU PUTIH MAKA IA AKAN TERUS BERTAMBAH, TETAPI REZEKI YANG BANYAK KALAU IA HITAM MAKA IA AKAN TERUS MEMBUSUK DAN TIDAK PERNAH CUKUP."

perkongsian utk semua kontraktor, bekerjalah dengan jujur, kerana kejujuran pasti membawa rezeki yang penuh keberkatan dan berpanjangan....jika hati punya rasa tamak, sentiasalah tunjuk diri sendiri jika kita berada di tempat orang yang kita aniaya....sanggup kah kita?

utk mereka2 yang merancang utk membina bangunan mcm sya.... berhati2lah sebelum bertindak, kekalutan kita utk membahagiakan orang2 yang kita sayang kadang2 tanpa kita sedar kita menyediakan tapak penderitaan utk mereka....

dipenghujung kalimah sya... sekali lagi saya memohon AMPUN & MAAF jika akibat kejahilan dan ketidakstabilan emosi sya selama sya menulis di sini, mungkin ada coretan sya tanpa sya sedari telah melukakan atau menyinggung perasaan sesiapa sahaja.....  kerana sesungguhnya perkara ini memang tidak pernah sya jangkakan dan di sini adalah tempat sya berkongsi segala rasa dan beban....

Syukur juga kerana ujian Tuhan yang dilalui ini, banyak membantu sya mengenal dunia luar yang byk corak warnanya.... adakala rasa hati tidak tertanggung beban, tp akhirnya sya sedar, sengaja Tuhan letakkan dugaan ini atas bahu sya utk sya sedar bahawa kasih sayangNya tetap ada dalam apa situasi pun walaupun saat sya lalai mengingatiNya...

Jutaan TERIMA KASIH (terlalu terima kasih) utk semua sahabat& kawan baru (yg jumpa atau sekadar dlm dunia maya), ahli keluarga sya, pihak polis, peguam dan pegawai pendidik - yang banyak menyokong dan tidak jemu2 menasihatkan sya, saat sya tidak lagi mampu utk berdiri.... kalianlah yang terus kuat memberikan sya tongkat sakti yang akhirnya memberi sya kekuatan utk terus bertahan hingga ke hari ini... semoga apa yang telah sya pelajari akan menjadikan sya insan yang lebih tabah di masa akan datang.

akhir kalimah diruang ini, MAAF kan sya dan TERIMA KASIH utk segalanya......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.334876 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list