CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctredzuan

ada yg melabur tak - upin dan ipin?

[Copy link]
Post time 19-5-2009 01:13 PM | Show all posts
Aku rasa les kopak ni kena belajar dengan marketing cina le.
Macam cina dia dah tetap ambil borong untuk first time dalam amaun tertentu dan register as belian cara borong dengan diaorang pahtu untuk belian seterusnya boleh ambil berapa jumlah ikut keperluan sebagai tambahan produk dalam bisnes kita. Kalau macam ni barulah peniaga kecil akan terus kekal dengan mereka.
Tak pun tetapkan untuk setiap item kena ambil enam (sebagaimana syarat yang selalu ditetapkan oleh pemborong). Barulah peniaga boleh buat pilihan mana barang yang perlu dijual.

Lagi satu produk les kopak ni sangat ketinggalan
Maksud aku kedai apek kat Jalan Kenanga boleh jual design yang canggih dengan kualiti yang baik dan harga sangat rendah. (Kualiti sama dengan t shirt diaorang yang rege RM22) tapi kat kenanga dua kali ganda lebih murah.
Tu belum campur lagi kat GM banyak barangan dia termasuk patung, beg,  stiker memang cun habis.

Kalau betul nak buat serbuan pergi le serbu kedai borong cina, jangan le peniaga melayu kecil yang meniaga hidup segan mati tak mahu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 01:16 PM | Show all posts

Reply #59 izzuddin's post

ic ic. skrg baru aku nmpk knp ko beria2...sbb ko pon ada kepentingan juga dlm barangan upin ipin ni. napa x ckp awal2. dah nak sampai 'the end' baru ko bitau ko ada monetary interest dlm upin.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:18 PM | Show all posts
aku setuju dengan semua orang.....ini baru the tip of the iceberg...ada banyak lagi isu....ada lagi panas pun ada....especially pasal cetak rompak....nak tau kena contact personally.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:21 PM | Show all posts
ler dari page satu lagi orang semua dah tau aku distributor sah produk upin dan ipin.....dua company wife aku ialah antara distributor terawal...(zaman dulu ada 8 company) yang bertahan sampai sekarang (aku dah banned diaorang last week)............
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:27 PM | Show all posts

Reply #57 izzuddin's post

ko pon satu..yg pegi melashing dan bergaduh buat apa..bukan leh seelsai masalah..ingat dorg takut ke? ini masalah pencurian harta intelek. jalannya mudah saja...pihak berkuasa upin ipin gi saman je mereka berkenaan. secara xlangsung bila kes saman masuk media..ini dah kira free publisity dah..not cheap publicity..tp serious publicity. isu harta intelek adalalah isu yg besar bagi pengkarya dan pencipta.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:30 PM | Show all posts
hehehe.....harta intelek?.....upin ipin? ada rahsianya.....hehehe....pihak berkuasa dan pihak upin ipin? cerita dia panjang.....sebab tu ler aku cakap aku dah give up dengan diaorang but sayang the brand.....sebab semua benda yang tercatat sepanjang 3 page ini aku lakukan well before last week...since last week aku dah takde kaitan apa2 dengan diaorang......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2009 01:35 PM | Show all posts

Reply #66 izzuddin's post

dah berhenti ka. so meh join aku,kita buat kartun cipin dan cipan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:44 PM | Show all posts
hello dr jfk....apa kabo..maleh nak layan benda benda camni le lagi.....tengok cerita ninja boy, mustang mama(satu lagi keluaran anak malaysia yang dijual di france), conan, thomas and friends dan lain lain lagi lagi best ..so aku consider the story has ended and concluded.....nothing more....nak lebih pm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 06:06 PM | Show all posts
aku dok tunggu2 gak kut2 orang2 dari Les Copaque join forum nie..hehehe..boleh dengar 2 pihak..
kenapa barang derang mahal..apa masalahnya..so bolehlaa otai2 kat sini bantu membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by izzuddin at 18-5-2009 08:24
seperti yang aku cakapkan tadi...marginnya MAHA ciput....nak tau apa problemnye....bebudak muda yang menerajui company ni pada zaman pengajian di universiti dahulu terdiri daripada orang yang MAH ...


Addusss ade jugak orang mcm ni ... Upin dan Ipin tu ape sampai takleh letak kat kaki ? Surah Quran ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by kashaz at 18-5-2009 12:59
xleh nego direct dgn founder dia ke?
anak dia pun forumer kat cari,merangkap my sis's fren.

tp mmg psl rega,xberbaloi langsung nk jadik pengedar.


Suruh adik dia tu baca thread ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by izzuddin at 19-5-2009 07:24
aku rasa nak tubuhkan persatuan distrobutor upin dan ipin dan nak buat list of demands kat management dia.....bukan masalah print dia mahal.....tapi akur asa mahal jugak ler sebab sinar dah tengo ...


Kat sini mungkin awk tersilap strategi kot .... ramai orang bila benda free dia tak hargai ... bila caj bayaran sikit baru dia rasa bernilai ..

Funny but it's true ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 07:34 PM | Show all posts
mungkinlah kot the dude...the problem is i am also a pro bono consultant for one of the 'foreign' hypermarket in Malaysia....dia layan first class...dia ambik semua ilmu yang dicurahkan....tapi orang malaysia layan acuh tak acuh....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 08:10 PM | Show all posts

Reply #73 izzuddin's post

Orang kalo tak nak belajar ... memang tkleh buat pe ...

You can drag a donkey to the river .. but u cant never force it to drink ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:39 AM | Show all posts
baik aku suruh kawan aku kat UK pi borong t shirt ori Iron Maiden...jual kat sini kat sana ori 30GBP  .....


/ suka layan led zep iron maiden megadeth
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 07:42 AM | Show all posts
huhu...iron maiden.....halwa telinga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2009 11:54 AM | Show all posts
Buat masa sekarang mungkin les kopak dapat berbangga kerana upin n ipin tengah top.
Letak harga tinggi-tinggi, pahtu nanti bila dah tak ada follower baru le ternganga cari dealer untuk distribute barangan diaorang.
Masa tu baru terasa
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 11:42 AM | Show all posts

lagi

Utara: Barang ciplak watak Upin, Ipin RM12,000 dirampas

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak merampas pelbagai barangan bernilai RM12,000 menggunakan watak siri animasi popular Upin dan Ipin yang diciplak dan disalin secara haram dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Pekan Baru, kelmarin.

Dalam serbuan yang turut disertai anggota polis pada jam 12 tengah hari itu, dua lelaki berusia 39 dan 51 ditahan bagi membantu siasatan namun dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Timbalan Pengarah KPDNHEP Perak, Mohd Shahar Osman berkata serbuan dilakukan hasil maklumat dan intipan yang dijalankan sejak minggu lalu menemui baju T, dompet, rantai kunci dan bantal kanak-kanak yang menciplak watak animasi Upin dan Ipin hasil karya Les' Copaque Production Sdn Bhd.

“Barangan yang diciplak itu dijual pada harga antara RM6.50 bagi sehelai baju T sehingga RM69.90 untuk satu dozen rantai kunci dan mudah diperoleh di pasar malam kerana ia dijual secara terbuka," katanya pada sidang media di Pejabat KPDNHEP, Bangunan Persekutuan di sini, kelmarin.

Mohd Shahar berkata, siasatan awal mendapati pemborong terbabit mendapat bekalan dari Thailand melalui individu yang menghantar barangan menggunakan van persendirian.

"pemilik van itu juga membekalkan barangan menggunakan invois tanpa alamat perniagaan dan pasukan perisikan sedang berusaha mengesan pembekal utama barang ciplak itu.

"Selain itu, sebuah lagi syarikat pemborong mengedarkan barangan yang sama juga dikesan beroperasi di Pelabuhan Klang dan kami cuba mendapatkan bantuan daripada KPDNHEP Selangor kerana berkemungkinan ada kaitan dengan rampasan yang dilakukan di sini," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Shahar berkata jika syarikat terbabit didapati bersalah, mereka boleh didakwa mengikut Akta Hak Cipta 1987, dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda minimum RM2,000 atau maksimum RM20,000 bagi setiap barangan yang dirampas atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.






http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20090521094812/Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 01:23 PM | Show all posts
tertanya tanya la..

les kopak ni dah bebetul dapat hakcipta ker.. atau masih pending.. baru jer mummy gi course IP etc... lawyer tu kate untuk hak cipta ker.. IP ke... trademark ke.. rata rata mesti ambil masa 3 tahun untuk proses dan lulus...dalam masa application masih pending tu.. pihak yang berkenaan hanya boleh monitor jer barang dia diciplak.. nanti dah lulus baru dia boleh ambil tindakan...

emmmmmmm..... ini memang world wide procedure.... kalau dia boleh dapat kurang dari 3 tahun.. emmm rasa tak adil pulak kan kerajaan Malaysia buat camtu..sebab ada orang lain terpaksa tunggu berjeman nak dapat kelulusan IP semua nih...

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by izzuddin at 19-5-2009 12:54
aku seronok sebab anak2 aku seronok....sebab tu aku tolong...tentang keikhlasan...itu aku dengan Allah....aku berbuih cakap pun orang akan nilai lain.........aku rasa cam aku kenal ajer kau....i  ...



bagi mummy jangan ditolong orang yang tak sudi.. dorang ni... tak belajar belajar cara nak berniaga.. asyik nak penuhkan kocek sendiri jer.. ada gak dengar diaorang nak tolong orang melayu konon...tapi jual borong mahal nak mampus... cubalah bejar untung sikit lama lama jadi bukit atau tolong sesama melayu ( muslim ) berkat doa diaorang sebab gembira tu boleh juga memurahkan rezeki kita.. hish tak belajar belajar... bosan sungguh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049276 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list