|
[R-TV] Mentor 4 [TAKZIAH kpd MOHD krn baru kehilangan bonda tercinta]
[Copy link]
|
|
Bila tengok journal Mentor tadi..cuba perhatikan
muka , suara, body language Mohd.....dah macam Mawi
ye ke?? xperasan lak.. dah lupa mawi nye style cane.. dah xminat kat mawi pun... dulu2 je waktu tgh pemes minat la jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tengok journal Mentor tadi..cuba perhatikan
muka , suara, body language Mohd.....dah macam ...
carold Post at 30-5-2010 08:26 PM
dia cam innocent je kan....... |
|
|
|
|
|
|
|
mohd nehh kekadang ada mcm iras adi putera plak |
|
|
|
|
|
|
|
shaq kuar........sian tgk dia tp camner nak buat, nani gan ila lagi best dr dia....... |
|
|
|
|
|
|
|
Cian gk tgk Shaq....mas idayu nampak frust sgt....juri awam pun bg markah sket jer kt dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Shaq pertama tersingkir dari Mentor 4
KUALA LUMPUR 6 Jun - Perjuangan Shaq dalam Mentor musim keempat terhenti apabila dia menjadi protege pertama yang tersingkir dari kumpulan A hari ini.
Bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor, protege kepada Mas Idayu itu terpaksa akur dengan markahnya yang merupakan terendah berbanding dua lagi protege.
Shaq atau nama sebenarnya, Mohd. Shadini Ibrahim, 25, menyanyikan lagu medley Hampa dan Yank, serta berduet dengan Black menerusi lagu medley Hati Rindu dan Kitalah Bintang pada Konsert Mingguan Mentor 4: Pusingan Akhir Kumpulan A.
Menurut Shaq, dia bersyukur dapat melangkah sejauh ini dan berterima kasih kepada mentornya Mas Idayu yang dipanggilnya 'Mami.'
"Sepanjang saya berada di dalam program ini, Mami banyak mengajar dan menjaga saya.
"Saya berharap orang ramai akan terus menyokong rakan-rakan saya yang lain," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Konsert Mingguan Mentor 4 malam ini.
Dengan penyingkiran Shaq, dua orang protege Kumpulan A iaitu Ila (Joe Flizzow) dan Nani (Azmer) akan melangkah ke peringkat separuh akhir.
Pada malam ini, Shaq menerima 96 markah, manakala Ila (105) dan Nani (99).
Pada minggu hadapan pula akan menyaksikan Kumpulan B yang terdiri daripada Adi (Dayang Nurfaizah), Mohd. (Ziana Zain), dan Ayim (Mus May) berentap untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Sistem pemarkahan Mentor 4 terbahagi kepada tiga iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS), manakala 20 peratus lagi merupakan undian juri awam yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik, wartawan serta golongan semi-profesional dalam bidang muzik.
Mentor 4 diacarakan oleh Ally Iskandar dan pada minggu ini, juri professional terdiri daripada Edry Abdul Halim dan Lah Ahmad. |
|
|
|
|
|
|
|
helo2... berjaya gak MOHD masuk separuh akhir... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
helo2... berjaya gak MOHD masuk separuh akhir... huhu
akumakanhati Post at 13-6-2010 10:44 PM
lisa suka sgt...at least not ayiem yg masuk |
|
|
|
|
|
|
|
kan best tgk mohd duet ngan meet uncle hussain smlm...suker ar dgr faizal tahir bg komen |
|
|
|
|
|
|
|
nanges ayiem kuar...
tapi dia mmg makin 'teruk' dari minggu ke minggu
lagu pung kekadang mengarut2 |
|
|
|
|
|
|
|
Mus: Lagu 'Getaran Jiwa' Dirockkan Bukan Punca Kekalahan Ayim
Oleh AU YEONG HOW
SHAH ALAM: Pertaruhan lagu Getaran Jiwa yang dirockkan bukan merupakan punca kekalahan Ayim pada Konsert Mingguan Mentor 4 Kumpulan B Pusingan Akhir di Auditorium MBSA di sini, malam tadi.
Demikian pengakuan mentor, Mus May ketika ditanya sama ada pertaruhannya itu memakan diri protegenya itu.
"Kita dalam program macam ini.. kadang-kala kita nak sesuatu yang versatile. Kita nak bakat baru ini menjadi seorang penyanyi yang versatile. Salah satu caranya ialah saya cuba beri nafas baru pada lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
"Saya berbincang dengan Ayim dan dia pun okey. Saya tak pasti apakah punca kekalahan Ayim.. Mungkin persembahannya kurang mendapat perhatian juri profesional ke, juri awam, penonton," katanya kepada sidang akhbar di sini malam semalam.
Getaran Jiwa nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee asalnya merupakan sebuah lagu klasik.
Mus berharap tindakannya mengubah susunan muzik tersebut tidak mencemarkan lagu asal itu.
"Kalau ikutkan lagu original, mungkin tak sesuailah. Oleh itu, saya cuba membuat arrangement yang macam itu," katanya.
Jelasnya lagi, dia tidak pernah memikirkan lagu yang dirockkan itu mungkin menjejaskan peluang anak didiknya mara ke separuh akhir Mentor 4.
Katanya, niatnya adalah semata-mata supaya ia lebih sesuai dinyanyikan oleh protegenya.
"Sebab kita kadang-kala bila membuat sesuatu biar dalam kemampuan kita. Kalau kita fikir jauh sangat sehingga di luar kemampuan kita, nanti kita akan buat sesuatu yang tak sepatutnya kita buat," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mentor 4: Mus Janji Bantu Ayim Hasilkan Single
Oleh AU YEONG HOW
SHAH ALAM: Ironinya peserta Mentor 4 yang mendapat markah tertinggi pada konsert mingguan sebelum ini, Haimie Napsun atau Ayim tersingkir pada Konsert Mingguan Kumpulan B Pusingan Akhir di Auditorium MBSA di sini, malam tadi.
Protege Mus May itu memperolehi markah keseluruhan yang paling rendah iaitu 98 markah berbanding Adi Hamiz Johar (100 markah) dan Mohd Izwan Mohd Nor (102 markah).
Ayim membuka persembahan dengan lagu klasik Getaran Jiwa dan kemudiannya, memilih untuk berduet dengan juara My Starz LG, Tom menerusi lagu Situasi.
Keputusan malam tadi menunjukkan persembahan Ayim itu nampaknya gagal menambat hati para penonton, juri awam dan juri profesional.
Ini bermakna dua peserta terbaik pada minggu ini iaitu Adi dan Mohd akan menyertai perjuangan Ila (Joe Flizzow) dan Nani (Azmeer) di peringkat separuh akhir nanti.
Berdasarkan markah-markah pada minggu sebelumnya, Ayim sepatutnya selesa dengan kedudukan tangga teratas dengan 70 markah, diikuti Adi (69 markah) dan Mohd (61 markah).
Bagaimanapun, Mus dalam sidang akhbar semalam berkata, dia tidak berasa kecewa malah akur dengan keputusan tersebut.
Jelasnya, ini kerana menang dan kalah adalah adat pertandingan dan setiap peserta perlu bersedia menerima apa-apa keputusan dari awal lagi.
"Saya nak pastikan dia apabila memasuki program ini, kita dah cuba buat sesuatu yang mampu. Ayim dah cuba sesuatu yang dia mampu. Kalau boleh saya nak teruskan lagi lebih daripada program ini. Apa yang pasti, Ayim telah membuat persembahan yang terbaik pada setiap minggu.
"Saya telah menggunakan setiap peluang yang ada untuk mengembangkan bakatnya. Mungkin dia baru. Mungkin ada persembahan-persembahan yang dia tak dapat buat dengan seratus-peratus. Tapi dia dah cuba. Alhamdullilah," katanya.
Dari kaca mata Mus, protegenya telah mempamerkan segala-gala bakat dan kebolehannya.
"Saya rasa dia dah tunjukkan semua. Dia boleh nyanyi serta mampu main gitar dan piano dan . Jadi saya tak rasa dengan kekalahan ini dia tak akan bertapak dalam industri hiburan ini," tegasnya.
Untuk memastikan kesinambungan kerjaya seni Ayim, Mus berjanji membantu protegenya untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah single berdasarkan kemampuannya.
"Tanggungjawab saya bukan setakat mentor sahaja.. Saya tahu dari awal lagi Ayim mempunyai bakat yang boleh diketengahkan dan saya akan membantu Ayim membuat album sekurang-kurangnya single.. Saya akan cuba ke arah itu.
"Saya tak boleh menjamin 100 peratus, tapi saya ada production house. Saya akan teruskan perjuangan Ayim sebab dia minat pada muzik," akui Mus.
Sementara itu, Ayim memberitahu, dia akan memanfaatkan segala ilmu yang diperolehinya dalam sebulan dua ini.
Malah katanya, dia akan mencari ilmu lagi dalam bidang vokal untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat pada masa depan.
Sistem pemarkahan Mentor 4 terbahagi kepada tiga iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus undian juri awam yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik, wartawan serta golongan semi-profesional dalam bidang muzik.
Bagi kategori undian juri awam (20 markah), Mohd mendahului dengan 16 markah manakala Ayim (10 markah) dan Adi (9 markah).
Persembahan hebat Mohd turut meyakinkan juri dan penonton untuk memberikan markah tertinggi iaitu 41 markah berbanding Adi (31 markah) dan Ayim (28 markah).
Mentor 4 diacarakan oleh Ally Iskandar dan pada minggu ini, juri profesional terdiri daripada Audi Mok dan Faizal Tahir. |
|
|
|
|
|
|
|
siyes aku suka faizal tahir n audi mok.. diarang cakap terang2 xmain selindung2... ayim comel tapi sayang....hancusss!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 68# eddlisa_uyuk
MOHD n ADI mana lagik best??? |
|
|
|
|
|
|
|
mohd!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ot jap.....
dah confirm ker hazama join MUH? |
|
|
|
|
|
|
|
ya la tu kan... join la tu suda.
kuikuikui. |
|
|
|
|
|
|
|
iols suke nengok mohd sajokk |
|
|
|
|
|
|
|
juri awam semalam semacam jer...
pakat nak naik kan mohd ke???
markah adi dgn ayim ciout jer...
neway tahniah zz & mohd, dayang & adi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|