CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sexyzangel

KERAJAAN BANJARMASIN @ BANJAR

[Copy link]
Post time 27-3-2010 02:55 PM | Show all posts
Datuk aku keturunan Banjar, aku sepatahpun tak tahu bahasa banjar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2010 10:36 PM | Show all posts
Ada member Banjar cakap wanita Banjar ni garang-garang tetapi kaum lelakinya lemah lembut dan sopan.
sayapghaib Post at 10-3-2010 13:28


yg ni aku sokong..mak aku mmg banjar piau mmg grg dari dulu smpi skrg..hehehe..lelaki2 dia hensem2 tau puteh2..sopan santun...kuat keje..mmg layak wat calon menantu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 02:23 PM | Show all posts
aku tengah cari asal usul bangsa banjar keluarga mak dan abah aku ni.  Mak aku katanya dari dari bangsa banjar kluwak.  Puaslah aku menggoogle 'banjar kluwak', yang keluar semua resepi masakan berasaskan 'kluwak'.  Dalam peta kalimantan pun perkataan 'kluwak' tu tak pernah muncul.    Cuma yg agak keliru, terjumpa satu website resepi   yang tanslate 'kluwak' tu sebagai ubi keledek dalam bahasa bugis.   

Ayah aku katanya banjar 'nagara', entah betul entah idak ejaan aku ni, tapi ada ternampak sungai nagara kat peta google kalimantan selatan nun.   Aku agak2 tentu keturunan ayah aku datang dari area sini.

Aku dah masuk facebook banjar tapi macam tak boleh 'masuk' sebab dioarang petah berbahasa banjar, buat aku rasa outsider plak sebab tulis dalam bahasa melayu.  Setakat menikmati gambar2 makanan tradisi yg rupa-rupanya banyak yg aku dah biasa makan dari kecik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 05:14 PM | Show all posts
Ada member Banjar cakap wanita Banjar ni garang-garang tetapi kaum lelakinya lemah lembut dan sopan.
sayapghaib Post at 10-3-2010 13:28



   Ada dengar gak yang kata camtu...dia garang ada sebab...tapi kebanyakan pompuan Banjar ni baik2
Time makcik2 aku muda2 dulu derang citer derang biasanya bawa senjata tajam dalam beg cam kerambit n pisau..tu pasal orang kata garang kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 05:22 PM | Show all posts
di perak ada kaum banjjar. dekat parit bunatar.banjar dan jawa ada kaitan?
manap77 Post at 14-3-2010 18:55



   A'ah...bBanjar banyak kat belah Perak kat Teluk Intan tu ada satu kampung namanya Kampung Banjar...
Banjar ngan Jawa ni kalau tak silap ada kaitan...terutama zaman Patih Gajah Mada dulu...kalau tengok bumbung rumah Banjar ni pon ada iras2 Rumah Jawa cuma Rumah Banjar dibina dengan tiang yg tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by aurorae at 26-3-2012 23:04

secara kebetulan, aku baru aje menerima kedatangan tetamu yang datang dari bandar Pontianak, Kalimantan dan berbangsa Banjar!!!!

Tetamu ni kenalan husband ku yg ditemuinya masa ada kerja kat sana.   Kami jemput mereka sekeluarga dinner kat rumah, dan aku dengan tak malunya menatap muka mereka sepanjang2 mereka ada kat rumahku.   Seolah-olah dapat tengok asal- usul keturunan yg original punya.  Tapi malangnya dia pun tak pandai berbahasa banjar lagi sebab dah assimilate dengan keturunan melayu yg majoriti di pontianak.  

Mereka di sana berbahasa melayu, langsung tak ada slang indonesianya.   Kalau tak diberitahu datang dari sana, pasti ingat orang malaysia.   cuma ada beberapa istilah macam gampang (senang) dan petualang (pengembara) yg membezakan.

Macam yg ditulis oleh ramai kat atas ni, muka mereka putih kemerahan dan kawan husbandku tu hensem.   Apasal mukaku tak macam tu ekkk ... putih tu ye, tapi putih pucat .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2012 09:57 AM | Show all posts
Puaslah aku menggoogle 'banjar kluwak', yang keluar semua resepi masakan berasaskan 'kluwak'.  Dalam peta kalimantan pun perkataan 'kluwak' tu tak pernah muncul.  


rasanya ko salah google nei. bukan "banjar kluwak" tapi sepatutnya ko google "banjar kalua". maybe mak ko sebut tu pekat sangat so ejaan "kluwak" yg ko dapat tangkap.

banjar ni pun byk suku gak dan banjar kalua ni salah suku yg ada. cuba ko goggle kota kalua...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:09 AM | Show all posts
sikit2 aku tau pasal banjar ni sbb masa study dulu housemate aku org banjar dari bagan serai, perak...yg aku x boleh lupa member banjar aku ni sangat berani dan pemanas orgnya..nampak sikit cauvinis dan kebangsaan banjar..tapi derang takdela pandang rendah kat kaum lain

org rumah aku plak org banjar...ehehe , adik beradik derang smua kulit cerah, rezki aku la yg berkulit itam ni..heheh

bukan nak up...tapi betul la kalau datang rumah sedare belah isteri di bagan serai, derang layan sampai kita naik segan, sgt meraikan tetamu, kalau nak balik mcm2 di bagi, ikan sepatla, pisang, kelapa, serai..ehehe mcm2 la, jimat belanja dapur aku..

yg aku tahu banjar di malaysia ni paling ramai di daerah kerian perak area bagan serai dan parit buntar..

kalau di bagan serai pengaruh banjar yang paling kuat adalah di pekan Masjid Tinggi, sehingga ada nama kampung Jalan Banjar di situ, di Bagan Serai juga ramai golongan Bangsawan Banjar yang kaya raya menetap Masjid Tinggi dan mempunyai beratus-ratus ekar sawah padi..

sebahagian lagi ada yg ternak ikan Arowana di kawasan Tasik Bukit Merah, kalau uols ke penang akan lalu higway Plus betu2 tepi highway ada nampak beribu2 kolam ikan Arowana diusahakan oleh org Banjar..

manakala di parit buntar adalah di pekan batu lima..kalau x silap dah ada Muzium Banjar di masjid tinggi, kalau TT nak wat kajian dtgla sini..membe aku dah pi dia bgtau parang panjang milik Kiai Salleh pun ada kat situ.

rata-rata org banjar ni aku tgk jenis yg keras hati dan lasak, sebab tu kerjanya buat bendang..rajin kerja ..aweks2 banjar plak kulit cerah dan mmg ada garang sikit dan tegas..setengah tu chinese look..

kalau yg lelaki aku tgk badan tegap, tinggi dan rajin turun ke bendang...sebab tu tanaman padi paling menjadi di kawasan kerian..

org banjar ni gak kuat amalan agamanya..dan sgt sensitif kalau ada isu2 pasal agama..majoriti orang banjar adalah ahli dan penyokong kuat PAS (tp bab politic aku no komenlah) ehehe..x silap kes natrah di singapore yg sampai jadi rusuhan dulu hampir 90% yg turun adalah org banjar...pak mertua akula bgtau...

kes gaduh di sg manik antara melayu dgn cina tahun 50an dulupun katanya antara org banjar dgn cina..ntahla betul ke tak.?

uols nak tgk yg masyarakat pure banjar dtglah ke bagan serai..lawat Muzium Banjar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 02:51 PM | Show all posts
actually aku nak tanya sapa yg tahu serba sikit pasal Kerajaan Banjar yg kat Indonesia tuh
aku teringin sgt nak tau
sexyzangel Post at 10-3-2010 10:30



Boleh rujuk link: WIKIPIDEIA: Kesultanan Banjar
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 02:57 PM | Show all posts
Link di bawah juga boleh membantu:

(Bahasa Indonesia standard yang mudah difahami)


1. WIKIPEDIA: Kesultanan Banjar

2. WIKIPEDIA: Kerajaan Kotawaringan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:33 PM | Show all posts
rasanya ko salah google nei. bukan "banjar kluwak" tapi sepatutnya ko google "banjar kalua". maybe mak ko sebut tu pekat sangat so ejaan "kluwak" yg ko dapat tangkap.

banjar ni pun byk suku gak dan banjar kalua ni salah suku yg ada. cuba ko goggle kota kalua...
norzyy Post at 28-3-2012 09:57



Betul. Banjar Kalua (disebut kaluwak), merujuk kepada Banjar yang berasal dari daerah atau kota Kalua, Kalimantan Selatan.

Banjar Alai, merujuk kepada daerah / kota Alai.

Contoh beza Kalua dan Alai:

Banjar Kalua "Kauk napaa di-ulah"? (Dengan lenggok Kalua)


Banjar Alai "Ikam baulahan napang"? (Dengan straight forward gaya Alai)
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 05:38 PM | Show all posts
hurmmm.. by the way. ada spe2 kat sini yg byk info pasal keturunan gusti banjar?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 07:30 PM | Show all posts
Betul. Banjar Kalua (disebut kaluwak), merujuk kepada Banjar yang berasal dari daerah atau kot ...
bro_kr Post at 28-3-2012 15:33


terimakasih banyak2, sekarang barulah aku tau kenapa aku tak faham sepatahpun perbualan kat facebook banjar tu, semua berbual dialek alai rupanya.  Aku pernah dengar perbualan banjar masa arwah atuk dan nenek aku masih hidup, dan memang langsung tak sama.   Tapi masa tu aku muda lagi, tak terfikir nak kaji asal usul keturunan.


Jadi kesimpulannya majoriti banjar di malaysia ni keturunan alai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 07:32 PM | Show all posts
rasanya ko salah google nei. bukan "banjar kluwak" tapi sepatutnya ko google "banjar kalua". may ...
norzyy Post at 28-3-2012 09:57



thanks for the info.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 09:56 PM | Show all posts
Jadi kesimpulannya majoriti banjar di malaysia ni keturunan alai ke?
aurorae Post at 11-4-2012 19:30



   Aku rasa ramai yg Alai..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 10:00 PM | Show all posts
org banjar ni gak kuat amalan agamanya..dan sgt sensitif kalau ada isu2 pasal agama..majoriti orang banjar adalah ahli dan penyokong kuat PAS (tp bab politic aku no komenlah) ehehe..x silap kes natrah di singapore yg sampai jadi rusuhan dulu hampir 90% yg turun adalah org banjar...pak mertua akula bgtau...
devenir Post at 28-3-2012 11:09



   Banjar ni kebanyakannya berhaluan kiri...n ada juga yang sokong komunis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2012 10:05 AM | Show all posts
citer... citer gak... jom jamu mata.... ayu.... makan wadai kipeng
hanyar ja maulah halam......

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 12:26 PM | Show all posts
ada sapa2 penahdengar psal keturunan 'gusti' ? keturunan ni keturunan diraja banjar. rasa nak tahu sangat pasal ni. dah google tapi tak banyak info. kalau ada pun, bahasa indonesia. saya tak berapa paham.. huhu.. {:3_84:}
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 05:42 PM | Show all posts
ada sapa2 penahdengar psal keturunan 'gusti' ? keturunan ni keturunan diraja banjar. rasa nak tahu s ...
annadellia Post at 29-4-2012 12:26


Keturunan Gelar Gusti ni pada mulanya dari kisah "Hikayat Banjar" yang masa tu, Pangeran Samudera (Raja Banjarmasin) nak menyerang Pangeran Tumenggung, Penguasa Kerajaan Daha (daerah di Jawa Tengah). Pangeran Samudera di bantu Sultan Demak yang hantar 1000 askar untuk taklukan Kerajaan Daha. Pangeran Samudera bejaya taklukan Kerajaan Daha , tapi beliau tak bunuh Pangeran Tumenggung, Pangeran Tumenggung di bagi rumah kat daerah Alay yang ada 1000 orang dudok kat situ. dari perang ni lah Pangeran Samudera dapat gelar GUSTI dari Sultan Demak, makatu zuriat Beliau ada Gelar Gusti sampai sekarang ni ...

Laskar Kesultanan Bugis

Tengok, macam Askar Istiadat Malaysia kan.. Banjar di Indonesia memang mengaku Melayu , tapi dorang lagi suke di sebut Orang Banjar.

Masyarakat Banjar pakai baju adat Banjar


Penobatan Sultan Banjar
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 07:46 AM | Show all posts
Keturunan Gelar Gusti ni pada mulanya dari kisah "Hikayat Banjar" yang masa tu, Pangeran Samuder ...
Puak_Deli Post at 29-4-2012 17:42



    wahhh.. tq for the info. mne dapat info ni??? rasa nak tahu sangat sal keturunan gusti ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.080821 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list