CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Imam Muda S1 - [ ASYRAF Juara!!]

[Copy link]
Post time 17-7-2010 01:45 PM | Show all posts
imam muda nuri and azhar tersingkir semalamm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2010 03:43 PM | Show all posts
berat gak tugasan diorang kali ni..kene bagi nasihat kat pasangan nak bercerai la pulokk
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 03:52 PM | Show all posts
Reply 61# choolakaw


lupa nak tengok semalam. kejap ni pun terlepas ulangan.
nuri keluar ek? elok la.. sejak mula kureng suka mamat ni. perasan bagus jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2010 12:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 20-7-2010 09:48

dua orang sekali keluar

- IM Nuri
- IM Azhar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2010 12:12 PM | Show all posts
minggu leps pasal dorang kasik kaunseling tuk pasangan yang ke mahkamah sbb nak cerai semua tu...amboi memacam kes ada...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 07:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2010 09:08 PM | Show all posts
aku ada satu member cina yg kecoh pasal program imam muda ni..sibuk tanya sapa keluar tetiap minggu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 06:23 PM | Show all posts
ohh Nuri terkeluar ehh....ok la tu..nape tah..antara semua IM..dia sorang je nampak lain dari yg lain..mcm poyo...

sorry ehh peminat Nuri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2010 10:23 AM | Show all posts
Episod kesembilan penuh air mata
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]
2010/07/23

PULUHAN media cetak dan elektronik dari luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, Associated Press (AP), Neues Deutschland, National Post Canada dan New York International News sudah memberi liputan positif kepada program realiti dakwah Imam Muda terbitan Astro Qasis.

Terbaru, wakil majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York turut hadir ketika rakaman program minggu kesembilan berlangsung. Mereka hadir kerana tertarik dengan keindahan agama Islam yang ditampilkan menerusi program itu.

Sejak mula ke udara pada 28 Mei lalu dengan menampilkan 10 peserta, Imam Muda semakin menghampiri kemuncaknya apabila menyingkirkan dua peserta pada minggu kelapan, menyaksikan persaingan antara Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, yang bersaing bagi merebut tempat untuk ke final.

Acara kemuncak itu akan berlangsung di Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam. Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.

Begitupun impian untuk ke matlamat berkenaan bukan muda kerana menurut pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, semakin ke penghujung, cabaran yang diberikan kepada peserta semakin kental.

Untuk siaran pada minggu kesembilan, empat peserta yang tinggal diberi tugasan mendekati orang tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Seremban pada 17 Julai lalu dan menyelami perasaan mereka yang tinggal di rumah berkenaan.

Mereka juga perlu memenangi hati warga emas di situ yang dipilih untuk dijadikan sebagai bapa angkat. Semua tugasan ini memerlukan strategi sendiri bagaimana mahu melakukannya.

Sungguh menyayat hati kunjungan mereka ke sana sehinggakan ketika hendak berpisah dengan empat Imam Muda ini, ayah angkat mereka menangis kerana terharu.

Isu perdebatan yang ditampilkan juga sangat menarik, berkisarkan mengenai sikap anak yang sampai hati meninggalkan orang tua mereka di rumah orang tua.

Keempat-empat mereka tampil dengan pandangan sendiri mengenai isu ini. Ada yang kontra antara satu sama lain namun matlamatnya mahu mencari jalan penyelesaian kepada masalah sosial yang makin membarah sekarang. Semua mereka bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kerana persembahan di pentas dan setiap apa yang dilakukan akan mengundang markah daripada pengetua.

Terdahulu sebagai pembuka program, keempat-empat Imam Muda ini berduet dengan penyanyi nasyid, Nazrey Johani dalam lagu I'tiraf yang begitu menyentuh perasaan. Keikhlasan mereka terpancar.

Apapun, semestinya saat yang paling ditunggu-tunggu penonton ialah persoalan siapa peserta yang tersingkir dan gagal meneruskan perjuangan pada final nanti.

Sungguh berat hati apabila Datuk Hassan tampil membuat rumusan terhadap setiap peserta serta menamakan siapa yang bakal tersingkir.

"Perasaan saya begitu terharu seperti mana minggu lalu di mana dua Imam Muda menamatkan tugasan mereka dan meninggalkan kita. Ini ialah satu keputusan yang amat berat bagi saya dan rakan lain," katanya.

Untuk mengetahui apa cerita menarik mereka ketika berada di Rumah Seri Kenangan serta siapa yang akan tersingkir, sama-sama kita saksikan Imam Muda pada malam ini jam 9 malam.

Sementara itu, Hassan berkata, dari perbincangan awal, mereka akan mengumpul markah setiap peserta dari peperiksaan, teori dan praktikal untuk menilai siapa yang layak ke final.

"Kami mahu cari peserta yang terbaik untuk diangkat sebagai Imam Muda Terunggul. Itulah sebabnya peserta didedahkan dengan macam-macam perkara.

"Di sini kami hanya bagi prinsip asas kerana kebanyakan peserta adalah graduan pengajian Islam. Cuma kami bagi pendedahan menerusi program ini untuk tarik orang ke masjid. "Saya yakin 10 orang peserta yang terbabit akan melahirkan lagi 1,000 Imam Muda di negara kita. Program ini sangat berjaya dan peserta ini menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya golongan muda.

"Saya sendiri tak jangka Imam Muda akan diterima sampai ke peringkat antarabangsa dan jadi bualan. Program ini diolah oleh orang yang berpengalaman dalam ilmu agama.

"Ternyata Allah s.w.t bagi hidayah kepada kita. Selama ini TV dianggap sebagai kotak beracun, tapi Imam Muda menjadi penawar kepada semua. Kami sampaikan mesej perpaduan dalam Imam Muda dan apa yang ditampilkan bukan lakonan," katanya.

Hassan dibantu dua mentor, Ustaz Shahrizan Daud dan Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus bagi proses penilaian setiap peserta. Program dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 06:12 PM | Show all posts
press dari luar dok berduyun dtg psl program ni tapi rasanya press sini takdepun kasi liputan meluas, ada beritapun selit2 jer.

sy paling sakit hati kat kapsul. ada ke patut 5 minit? dairi af tu sampai sejam bantainya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 07:05 PM | Show all posts
itu la pasal
kalau rancangan realiti lain..
amboi kemain..
orang tak keluar lagi, dah speku gosip bagai segala dah siap buat...

IM?
haramm.....

harapkan dorang update fb...baru tahu...

esok bila dah kuar2 dorang neh dari IM, baru laa wartawan2 ponen nehh nak buat gosip pasal dorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 07:05 PM | Show all posts
Imam Muda  keudara malam ini jam 9 malam, di Astro Oasis, saluran 106 penuh dengan debaran dan penantian. Siapakah diantara 4 anak muda ini bakal melangkah ke Kemuncak Imam Muda dan sekaligus mencipta sejarah program Imam Muda. Siapakah diantara, Aran, Asyraf, Hizbur atau Taufek yang menyerlah malam ini. Jangan ketinggalan menjadi saksi lipatan sejarah ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 09:04 PM | Show all posts
nampak berisi nazrey raihan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:38 PM | Show all posts
nampak berisi nazrey raihan
Syd Post at 23-7-2010 21:04



    a'ah..berisi sikit...tapi lagu tu mmg best la diorang nyanyi sama2....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:38 PM | Show all posts
itu la pasal
kalau rancangan realiti lain..
amboi kemain..
orang tak keluar lagi, dah speku gosip ...
Syd Post at 23-7-2010 19:05



    setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 11:44 PM | Show all posts
press dari luar dok berduyun dtg psl program ni tapi rasanya press sini takdepun kasi liputan meluas ...
buahcinta Post at 23-7-2010 18:12


press malaysia mana hadap nak tgk rancangan mcm ni?
tak der gosip yang leh ditulis

tahniah hizbur & asraf ... pilihanku asraf untuk imam muda!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2010 11:54 PM | Show all posts
Imam Muda  currently the most popular program in Malaysia, broadcasted on Astro Oasis received so many calls requesting for tickets to watch the Grand Final next Friday. We regret to announce that all tickets for the night are not longer available, due to unexpected demand from viewers. We thank everyone for your never-ending support. Please be informed, Imam Muda Grand Finale will be aired live on Astro Oasis channel 106.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 08:45 AM | Show all posts
susah lak nak milih antara hizbur & asyraf. nampak cam hizbur lebih kuat tp mgkn asyraf boleh mencabar dr segi yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 11:06 AM | Show all posts
masa opening malam tadi.....
nampak kaku 4 IM menyanyi.
yelah derang bukan nak jadi penyanyi.
hizbur dgn asyraf nmpk sgt mcm tka tau nak tgk kamera yang mana 1.
taufek je nampka natural skit.
mungkin dah biasa.....yelah perunding motivasi.
hehehehhehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2010 02:33 PM | Show all posts
tengah layan ulangan IM malam tadi..

adehhh...harus nanges lagi sekali....

uhuhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 1.105088 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list