|
nak tambah
norman cakap:
1. kalau saya ada anak pompuan, dah lama saya wat menantu
2. wa ...
santubung Post at 10-5-2010 23:02
tambah lagi, tatatertib, bersopan santun |
|
|
|
|
|
|
|
final superseries selalunya ahad kan...
taktau la kalo thomas cup lain lak... |
|
|
|
|
|
|
|
semi final kut.... kut ler!
jadual penuh takde dlm tgn looorrrrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
iols dgr konsert af minggu nih wat ari jumaat..btol ke noks? |
|
|
|
|
|
|
|
ada final uber cup hari Sabtu tu....final thomas cup hari Ahad |
|
|
|
|
|
|
|
BLOG B.BOT
Konsep Rancangan | Kalendar Rancangan | Pengetua | Vblog Pengetua | Tenaga Pengajar | Pengacara | Blog B.Bot
Bukan Sekadar Nyanyian
Hi semua
Ok tak hari ni? Ok kan..
B-Bot taknak la cerita pasal AFMASUK. Sebab sana sini dah bercerita tentang AFMASUK. Apapun, tahniah B-Bot ucapkan kepada Shahir yang berjaya kembali menyambung pengajian di Akademi
Begini, menjelang Konsert Akhir, tumpuan sekarang bukan hanya kepada aspek vokal dan persembahan. Pelajar patut sudah bersedia untuk menjadi seorang bintang atau selebriti. Persediaan itu daripada pelbagai aspek
Antaranya komunikasi. Pelajar patut lebih pandai berkomunikasi. Baik sesame mereka, tenaga pengajar, artis yang lebih senior apatah lagi pihak wartawan yang banyak membantu perjalanan karier mereka
Mereka patut lebih bersedia dengan jawapan yang baik apabila ditanya soalan. Samada soalan berkaitan karier mahupun peribadi, pelajar perlu sudah mempunyai sedikit ilmu supaya nampak mereka seorang artis yang baik
Soal penampilan juga harus diambil serius. Mereka perlu tampil dengan gaya seorang artis. Lebih baik jika imej yang ditampilkan sesuai dengan personality dan kecenderungan genre muzik kegemaran mereka
Ya, ilmu menjadi artis ini bukanlah mampu dituntut dalam tempoh 10 minggu. Namun sekurang-kurangnya, para pelajar Akademi Fantasia nampak lebih menarik, bermutu dan bersedia untuk berjuang di dunia hiburan sebenar
Wah! Nampaknya B-Bot bercakap ala-ala professional gitu. Sesuai ke kan?
Apapun, teruskan menyokong pelajar kegemaran anda!
Ops! Nanti dulu
Kepada peminat Akim, yang semakin meletop-letop dengan lagu Inilah Cinta yang diciptanya sendiri tu, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton Konsert Mini Akim, selepas Debaran AF8, Ahad ini di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 9.00 malam. Datang ya! |
|
|
|
|
|
|
|
Selasa Mei 11, 2010
Norman KRU "Insaf" Bantah Pelaksanaan AFundi Masuk
Oleh AU YEONG HOW
Norman KRU sewaktu menghadiri pelancaran Mingguan mStar pada 28 Februari lalu. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN
BUKAN sahaja peserta Akademi Fantasia 8 (AF8) belajar sesuatu, pengetuanya sendiri turut menimba ilmu.
Norman KRU memberitahu, dia banyak belajar menerusi AF8. Jika dulu, dia langsung tidak menyetujui perlaksanaan AFundi Masuk.
Kini, dia tahu kenapa ia diperlukan untuk menyelamatkan pelajar yang berbakat.
"Terus-terang saya kritik di luar. Kenapa perlu ada AFundi Masuk? Sesiapa yang tersingkir, tersingkirlah. Good bye. Tak ada lagi.
"Saya dah luahkan pendirian saya, tapi produksi Astro, Azian dan Azlin kata jangan cakap begitu kerana kita akan menyesal," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.
Norman mengakui dia kini insaf dan sedar betapa pentingnya AFundi Masuk membantu peserta berbakat yang tersingkir kembali ke akademi selepas mengetuai AF8.
SELAMAT BERJAYA...Shahir mendapat 'restu' daripada rakan-rakannya untuk meneruskan perjuangan dalam AF8. - Foto THE STAR Oleh M.AZHAR ARIF
Jelas Norman, ini kerana terdapat pengundi yang suka mengundi pada saat-saat akhir manakala ada yang memang terlupa untuk mengundi.
Katanya, ini menyebabkan pelajar berpotensi tersingkir sebelum peringkat akhir.
"Pengundi hanya memikirkan 'menyelamatkan' tiga peserta tercorot tetapi mereka lupa mengundi peserta di atas itu. Mereka boleh jatuh," katanya.
Lebih-lebih lagi, Norman berkata, persaingan di AF8 begitu sengit dan dia telah melihat 'gelora terumbang-ambing' peserta nombor satu dan dua dari kedudukan ranking turun ke zon bahaya.
"Misalnya, ada ketikanya Adira dan Iwan pernah turun ke zon bahaya padahal Iwan tidak pernah turun ke zon bahaya.
"Itulah realiti banyak orang terlupa.... Yang Shahir tersingkir pun, saya rasa pengundi terlupa. Sama dengan Alif, Anum, Nad, Farina dan sebagainya," jelasnya.
Sementara itu, Norman mendedahkan dia sebak setiap kali melihat pelajar dan cikgu menangis ekoran peserta tertentui tersingkir.
"Saya sebak. Jangan kata masa konsert saja, bila mereka buat video wasiat, saat itulah saya tak tahan. Tapi saya control. Tak bolehlah saya tunjukkan pengetua menangis," katanya.
Akui beliau, memang terjalin suatu ikatan dengan pelajar tersebut kerana sering berjumpa setiap masa sepanjang pengajian akademi.
"Dan mereka mengharapkan kita seolah-olah macam anak buah. Mereka yang mempunyai anak buah tahulah bagaimana perasaan saya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
hipokrittttt sgat ko abang long oi |
|
|
|
|
|
|
|
Selasa Mei 11, 2010
Lima Finalis Ideal - Pengetua AF8
Oleh AU YEONG HOW
Melainkan Daus (paling kanan), lima peserta ideal final AF8 mengikut tafsiran Norman terdiri daripada (dari kiri) Ain, Iwan, Shahir, Maulana dan Adira. - Foto THE STAR Oleh M.AZHAR ARIF.
KETIKA peringkat akhir Akademi Fantasia AF8 berbaki satu konsert lagi, Pengetua AF8, Norman KRU sudah dapat membayangkan lima finalis yang ideal.
Bagaimanapun tegasnya, ia adalah perhitungannya semata-mata.
"Saya bukan pilih kasih. Secara idealnya, saya berharap lima pelajar ke peringkat akhir, bukan ikut ranking, ialah Adira, Ain, Maulana, Iwan dan Shahir," katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.
Pengarah Eksekutif KRU Studio itu menjawab pertanyaan wartawan siapakah lima finalis ideal untuk AF8.
Nama Daus yang tidak berada dalam senarai peserta pilihan Norman tidak bermakna peserta dari Kuching, Sarawak itu tidak bagus.
"Saya rasa Daus adalah pelajar yang paling komited dan rajin membuat persiapan dalam setiap konsert.
"Saya tidak menafikan perkara tersebut. Kesungguhan dia boleh dikatakan adalah yang tertinggi ditunjukkan oleh para pelajar AF8," jelasnya.
Bagaimanapun katanya, dari segi bakat vokal, kelima-lima pelajar tersebut mempunyai keunikan vokal yang baik.
"Saya pilih mereka kerana keunikan mereka dan potensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi," katanya.
Berbekalkan barisan finalis AF8 yang ideal itu, Norman menjangkakan final AF8 itu bakal merupakan satu final yang akan diingati untuk satu tempoh masa yang panjang.
Ditanya mengenai siapa peserta yang diharapkan dipilih kembali ke akademi sebelum keputusan AFundi Masuk diumumkan, Norman mengenalpastikan tiga daripada tujuh pelajar yang tersingkir.
Sesi pengenalan para peserta AF8. - Foto THE STAR Oleh SAM THAM
"Dalam hati saya, ada tiga pelajar iaitu Shahir, Anum dan Alif. Untuk cikgu-cikgu lain, ada nama-nama lain.
"Apabila saya buat chatting dengan semua peminat, kira-kira 10 orang merayu minta Shahir dimasukkan ke dalam akademi. Respon itu memang luar biasalah berbanding penyingkiran pelajar-pelajar lain.
"Sebelum itu, memang ada penyingkiran tapi tak sampai tahap respons sebegitu. Atas sebab itu, pihak produksi membuat keputusan memperkenalkan AFundi Masuk agar mereka mempunyai peluang sama rata, dan jawapannya terjawab pada malam ini," katanya.
Alif pula menurut Norman, mempunyai vokal yang unik manakala Anum mempunyai penyokong yang kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
hipokrittttt sgat ko abang long oi
CauPandin Post at 11-5-2010 14:51
khennnn |
|
|
|
|
|
|
|
mesti yg chat dgn norman tu sume fans shahir khennnn |
|
|
|
|
|
|
|
propa gilababs |
|
|
|
|
|
|
|
mesti yg chat dgn norman tu sume fans shahir khennnn
gogo Post at 11-5-2010 14:57
adakah kak jah salah seorang daripadanya
atau kak jah menggunakan sepoloh nick name yg berlainana...ekekekekek.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya bukan pilih kasih. Secara idealnya, saya berharap lima pelajar ke peringkat akhir, bukan ikut ranking, ialah Adira, Ain, Maulana, Iwan dan Shahir," katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.
yg tersingkir nnti msti daus kan?
motip sgt nak reveal dlm paper sape pilihan dia..
tak0t pljr feveret dia tersingkir la tuh..:re: |
|
|
|
|
|
|
|
keputusan yg bijak, bagus pengetua norman |
|
|
|
|
|
|
|
finalis d tntukn produksi??...so... |
|
|
|
|
|
|
|
hiponya abang Long |
|
|
|
|
|
|
|
ni plak pilihan abang Long masa final
1. Shahir
2. Adira
3. Iwan
TOP4 & TOP5 tak penting sbb cuma dapat patung besi
4. Maulana
5. Ain |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk sgt produksi af ni sume dasar2 fonen khennnn. dorg bleh sesuka hati pilih sape leh jd finalist. klo cam tu, next year iols nk apply jd production af, so iols leh pilih student fevret iols sume jd finalist. bleh gitu |
|
|
|
|
|
|
|
mesti yg chat dgn norman tu sume fans shahir khennnn
gogo Post at 11-5-2010 14:57
salah sorangnya mesti kakjah...takpun sizuka... |
|
|
|
|
|
|
| |
|