|
♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Finalist Area Finals Open Mic @ UK
[Copy link]
|
|
Kita semua pon tak sabar nak dengar single terbaru Mila |
|
|
|
|
|
|
|
Hye semua..lama tak bermesra di sini..syukur sbb thread ni masih wujud....tahniah mila sbb dah nak ada material lagu2 baru......pasal die dah klua AESB aku rase itu choice yg baik dan harap2 radio di bawah ASTRO akan tetap memainkan lagu2 mila.....rasenya I am so proud that she is still exist dan show x putus...bebaru ni tgk mila nyanyi lagu the best tina turner...mila punye range sore yg baik...boleh mengalunkan lagu2 tinggi...cume pitching mila masih ade masalah...work out ye please....heheh...
anyway tak sabar nak dgr lagu2 mila...about the gossip raseny mcm dah basi je.... |
|
|
|
|
|
|
|
FB Milajirin
MilaJirin Selamat Pagi semua.. Mulakan hari anda dengan SENYUMAN! Hari ni Mila ada Commercial Shoot di sekitar Damansara.. Harap harap semua berjalan lancar.. Buat anda semua, semoga hari ni lebih baik dr semalam dan semog apa yg anda lakukan hour ni diberkati..Salam sayang Mila buat Anda!!! ** nanti Mila upload gambar sekitar shooting hari ni ya** |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Pagi Milanians...
 |
|
|
|
|
|
|
|
sumber: Utusan Malaysia Online
Peminat undi, peminat singkir
Oleh WARTAWAN MEGA
TAHUN 2005, industri hiburan menyaksikan kelahiran seorang bintang yang mencipta fenomena paling luar biasa.
Semuanya gara-gara penangan program realiti Akademi Fantasia (AF) yang pada tahun itu memasuki tahun ketiga penerbitannya.
Bukan saja masyarakat bahkan stesen penyiaran AF, Astro sendiri bagaikan tidak percaya anak muda bernama Asmawi Ani atau Mawi berupaya mencetus pengaruh yang bukan sedikit sehingga negara dilanda rasukan 'Tsumawi'.
Anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu menempa kemasyhuran yang hebat.
Mawi merupakan produk kelahiran program televisyen yang paling berjaya setakat ini.
Hanya kerana 'kuasa' yang diberikan kepada penonton, dia menjadi bintang paling hangat ketika itu.
Namun hari ini, nama Mawi semakin tenggelam.
Dia yang pernah dipuja peminat, didamba ramai wanita termasuk ibu-ibu yang mahu menjadikannya sebagai menantu, kini membawa haluan sendiri.
Paling malang buat Mawi, dia yang pernah diangkat sebagai juara, sudahnya ditempelak dengan sorakan 'boo' pada majlis Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.
Apakah wajar keadaan ini berlaku?
Dia tidak pernah meminta untuk dipuja dan diangkat sehingga ke tahap sedemikian.
Mawi juga barangkali, tidak pernah menyangka yang dia akan menerima nasib sedemikian rupa hanya selepas beberapa tahun mengecap populariti sebagai anak seni.
Sebetulnya, bukan Mawi seorang yang berhadapan dengan senario itu.
Mujur, lelaki yang sangat masyhur menerusi lagu Kian itu bijak merencana masa depannya.
Dia tidak mudah melatah, bahkan begitu tenang menghadapi cabaran dalam industri hiburan yang memungkinkan segala-galanya berlaku.
Pada masa yang sama, cuba kita tanya ke mana menghilangnya juara sulung AF, Vince?
Bintang bukan Melayu itu pada awalnya dilihat akan meneruskan legasi penyanyi-penyanyi senior seperti Fran dan David Arumugam.
Sayang sekali, 'jangka hayat' Vince sebagai penghibur tanah air juga kelihatan sekadar sementara.
Zahid yang dianggap sebagai antara bintang terbaik yang dilahirkan menerusi program realiti itu juga sepi.
Begitu juga dengan juara AF4, Faizal, langsung tidak kedengaran khabar berita.
Sesekali, mujurlah nama Mila (juara AF5) kelihatan di dada-dada akhbar dan majalah. Begitu juga dengan Stacy yang agak menyerlah di pentas-pentas pertunjukan.
Yang namanya terus diperkatakan pula ialah Hafiz juara musim terdahulu. Imejnya disenangi ramai.
Namun sejauh mana pula Hafiz dapat bertahan lama di persada seni?
Ketika nama bintang muda yang baru ditabalkan juara musim kelapan, Shahir sedang meniti di bibir peminat-peminat seni, apakah juara-juara lepas akan lebih mudah dipinggirkan?
Realitinya, itulah nasib bintang realiti di Malaysia atau lebih tepat nasib bintang-bintang kelahiran AF.
Berdasarkan senario berkenaan, barangkali sebilangan besar daripada akan terus tertanya-tanya apakah matlamat program realiti sekadar melahirkan penyanyi muda bersifat sementara?
Kebimbangan ini juga ada pertalian dengan apa yang pernah disuarakan oleh sifu industri muzik yang juga bekas pengetua AF3, M. Nasir yang pernah menyimpulkan gelombang AF sifatnya menderu tetapi tahapnya berbeza-beza dan akan reda apabila nasib sudah tidak menyebelahi mereka.
Maka benarlah kata-kata seniman itu. Secara perlahan-lahan ia sudah memperlihatkan kebenarannya.
Gambaran itu sekali gus membuktikan undian yang dibuat oleh penonton menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) 100 peratus semata-mata melahirkan bintang popular.
Apabila 'kuasa' diberikan kepada penonton, maka maka kecenderungan masyarakat dalam memilih penyanyi pujaan mereka akan terserlah.
Sama ada pemilihan itu berbaur antara bakat dan emosi termasuklah latar peribadi seseorang juara AF itu, ia mampu menggambarkan tahap cita rasa para penonton dalam mengangkat juaranya.
AF tidak seperti pertandingan nyanyian lain seperti Bintang RTM misalnya yang menentukan 100 peratus pemilihan juaranya berdasarkan pemilihan para juri profesional dalam bidang muzik.
Ketika Astro memperkenalkan 'kuasa' undian kepada peminat, rasional mereka hanyalah untuk memberi peluang kepada orang ramai memilih bintang yang mereka jangkakan boleh menjadi pelapis industri hiburan.
Kita semua sudah tentu percaya bahawa Astro juga sama sekali tidak pernah menjangka, senario yang sebaliknya pula akan berlaku.
Tiada siapa yang pernah menjangka peminat yang mengundi akan turut menyingkirkan artis kesayangan mereka.
Tidak perlu kita mempersoalkan apakah ada keadilan dalam hal ini.
Ini kerana kita membenarkan mereka (pengundi) membuat pilihan dan kerana itu juga harus akur dan terbuka menerima apa saja keputusannya.
Kepada Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan yang terbaru Shahir, sebetulnya, anda semua harus mengingatkan diri anda bahawa langit tidak pernah selalu cerah.
Ada ketika kita mungkin beranggapan panas akan berterusan hingga ke petang, sedangkan hujan turun di tengah hari.
Justeru, dalam hal ini bintang-bintang AF haruslah membuktikan bakat sebenar atas kepercayaan yang diberi oleh para peminat supaya mereka boleh bertahan lama dalam industri ini.
Jika tidak, mereka mungkin hanya akan mengiakan lagi stigma mengatakan bintang-bintang AF adalah artis mee segera yang cukup 'menyelerakan tetapi kurang berkhasiat'.
Beringatlah wahai anak-anak muda! |
|
|
|
|
|
|
|
FB Milajirin
MilaJirin Selamat Pagi semua.. Mulakan hari anda dengan SENYUMAN! Hari ni Mila ada C ...
hantu1004 Post at 1-6-2010 09:02 
Thanks hantu1004  |
|
|
|
|
|
|
|
Kita semua pon tak sabar nak dengar single terbaru Mila
seraiwangi Post at 31-5-2010 18:33 
Akak pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by taurus-71 at 1-6-2010 16:39
MilaJirin hi semua.. tajuk lagu mila tu KATA HATI.. lagu ciptaan ajai
Insya Allah buat pertama kali akan di nyanyikan semasa Mila meghadiri WHI di tv3 rabu ini... insya Allah
tak sabarnya nak tengok dan dengar Mila nyanyi lagu Kata Hati kat WHI tv3 esok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by taurus-71 at 1-6-2010 16:37
MILA @ WHI TV3 ESOK PUKUL 12-1.00 TENGAHARI ESOK ( RABU - 2HB JUN 2010 ) |
|
|
|
|
|
|
|
MilaJirin Are you My FANS? and how to invite your friends to Become My FANS??
1
►CLICK Suggest to Friends
2 ► CLICK "Invite Friends"
...3 ► SELECT
all of your friends in the box on the right!
3 ► CLICK on "Send
invitation"
Jom sama sama memeriahkan Pages ini.. so Mila boleh plan buat majlis untuk fans MILA... jom ajak kawan kawan anda join Pages MilaJirin 
Lots of Love!!
Mila Jirin
FB MilaJirin  |
|
|
|
|
|
|
|
Salam tgh hari semua... dah mamam |
|
|
|
|
|
|
|
FB MilaJirin
taurus-71 Post at 1-6-2010 09:48 
thanks kak tores, tapi kita belum ada FB le, sesekali tu masuk gak FB Mila |
|
|
|
|
|
|
|
MILA @ MHI TV3 ESOK PUKUL 8-9 PAGI ESOK ( RABU - 2HB JUN 2010 )
taurus-71 Post at 1-6-2010 09:36 
Jom tunggu depan Tv esok |
|
|
|
|
|
|
|
Hye semua..lama tak bermesra di sini..syukur sbb thread ni masih wujud....tahniah mila sbb dah nak a ...
batunilam4a Post at 31-5-2010 21:39 
Hai Abe Batu.....amboi signature very the touching |
|
|
|
|
|
|
|
Wazzup Milanians  |
|
|
|
|
|
|
|
Mila di Majalah URTV 15-31/5/10
yang ni sori sikit, dah upload baru perasan not in fr ...
seraiwangi Post at 30-5-2010 17:28 
Thanks for the scanning cik serai  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 77# aFViRGo
Sorry semua...akak silap, sebenarnya Wanita Hari Ini..dah edit... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa tengok Mila @ Wanita Hari Ini (WHI) di tv3 pukul 12-1 tgh hari ini   |
|
|
|
|
|
|
| |
|