|
Reply 61# de_ikea
skrg dlm kepala makcik tu, nak masuk rancangan apa la pulak ni...
jgn masuk "clever" udah ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wuhuuuuuu!makcik gler/perasan glemer dh kuar![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bagus Dita keluar, tak sesuai langsung tengok dia menari......
apa....astro ni dah takde orang lain ke nak dipilih? punya la ramai umat kat Malaysia ni, si Dita juga yg di pilih...
soal dia bukak tudung tu, laki dia menjawab la nanti kat 'sana'. |
|
|
|
|
|
|
|
esok malam hiphop.. huhu.. aku tak dpt bayangkan kalu dita laki bini masey ada cane agaknye derang nari hiphop.. ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 47# meowlin
hafiz ni memang confirm dari kuantan..aku kenal kakak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 66# serimaya
ha kan.. aku ngan family belah asben aku memang akrahlah ngan omak hafiz ni... kak yam tu.. tapi aku tak bapa kenal anak2 dia.. kakak dia tu baik ke ngan ko.. tak sangka ya sanggup dia msk menari2 ni.. aku tgk tade le beh mana si hafiz laki bini ni nari.. goyah jer hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by markyong at 8-11-2010 02:42
an evening to Remember with YUNA
Time 21 November 2010 · 17:00 - 18:00
Location DEWAN OKESTRA, ASWARA
JLN TUN ISMAIL
Kuala Lumpur, Malaysia
HARGA TIKET * RM20 (BOOKING)
RM30(walkin)
Tempat terhad utk 300 org shj.. |
|
|
|
|
|
|
|
sape2 kt sini blh tlg senaraikan lagu2 latin minggu ke 3 tak? |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.astro.com.my/marimenari/images/9363_a2838.jpg)
GILIRAN MASRI TURUN PENTAS
Minggu ke-4 Mari Menari telah menyaksikan satu lagi pasangan meninggalkan lantai Mari Menari. Kali ini giliran pasangan Masri pula apabila pengacara Awal Ashaari mengumumkan bahawa mereka telah tersingkir daripada cabaran Mari Menari. Pasangan Masri merupakan pasangan ke-3 tersingkir selepas pasangan Dita dan Shai tersingkir sebelum ini.
Tema Mari Menari untuk minggu ke-4 adalah Hip Hop dan Street Dance. Tarian yang secara keseluruhnnya memerlukan tenaga yang banyak dan gerakan-gerakan yang pantas ini telah memberikan cabaran yang besar buat semua pasangan. Kesemua pasangan telah melakukan persembahan yang mantap, bergaya dan bertenaga. Tahniah untuk mereka!
Sangat mengejutkan apabila pasangan Yat yang telah mengecewakan Joseph Gonzales minggu lepas bangkit degan semangat baru dan berjaya memikat hati juri dengan memberikan 41 markah, meletakkan mereka di tangga ke-2 di bawah pasangan Razif. Pasangan lain seperti Rosdi dan Zarin juga telah menunjukkan peningkatan dengan persembahan yang mantap seterusnya meletakkan mereka di kedudukan yang selesa. Berbeza dengan pasangan Fahmi, persembahan mereka agak hilang tumpuan apabila topi isterinya tertanggal dan cuba dipakaikan kembali oleh Fahmi. Insiden ini telah mencacatkan persembahan mereka, namun mereka telah melakukannya dengan baik sekali.
Berikut adalah markah juri ketika Mari Menari dan keputusan penuh selepas undian ditutup.
Peratusan Markah Juri:
Razif - 48%
Yat - 41%
Rosdi - 41%
Zarin - 40%
Ariz - 40%
Nita - 40%
Jaya - 39%
Masri - 39%
Zul - 39%
Fahmi - 36%
Markah selepas undian ditutup. (Markah Juri + Undian):
Razif - 55%
Ariz - 48%
Zul - 46%
Nita - 45%
Yat - 44%
Jaya - 44%
Rosdi - 44%
Zarin - 43%
Fahmi - 42%
Masri - 41%
Dengan penyingkiran Masri ini bermakna tinggal sembilan (9) lagi peserta yang bakal beraksi di lantai Mari Menari. Oleh itu teruskan mengundi pasangan kegemaran anda dengan menaip MM NAMA PASANGAN ke 32999 atau MM3/5/10/20 NAMA PASANGAN ke 32999. Bantulah mereka merealisasikan impian mereka.
Saksikan juga video-video Mari Menari menerusi Astro Mobile TV dengan menaip ON MM dan hantar ke 26000, eksklusif untuk pengguna Maxis.
Selain itu, ikuti perkembangan-perkembangan menarik kesemua pasangan peserta Mari Menari di laman sosial Facebook di www.facebook.com/marimenari dan laman Twitter di twitter.com/marimenari. |
|
|
|
|
|
|
|
Dita: Saya Buka Tudung Atas Kerelaan Hati!
![](http://photo.murai.com.my/1142010_ditatudung(h).jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 9 NOV 2010: Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, MM Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Malah, isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.
Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut.
"Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa.
"Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Kemudian selepas kami dipanggil untuk interview, saya dengan tegas telah bertanya kepada pihak produksi tentang risiko yang bakal dihadapi nanti.
"Saya telah berkata kepada mereka bahawa saya ni agak dikenali memandangkan saya juga pernah muncul dalam program terbitan Astro seperti Tangkap Muat, Glamor Raya dan Macam-Macam Aznil. Saya juga pernah berlakon di samping arwah Din Beramboi.
"Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung," kata Dita. yang mudah mengalirkan air mata.
Jawabnya lagi, dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi.
"Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja.
"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV," ujar Dita.
Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri. Dia hanya memberi laluan kepada isterinya untuk menjernihkan segala tohmahan yang dilontarkan pada dirinya.
"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun,saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak," katanya.
Menyambung penjelasan ini, Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa.
"Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan saha. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya," ujar Dita. |
|
|
|
|
|
|
|
Dita: Saya Buka Tudung Atas Kerelaan Hati!
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Photogra ...
Syd Post at 9-11-2010 15:51 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Begitulah kak Dita lumrah hidup. Org pandai mengata jer. Saya pun ade student mcm tu jugak. setiap masa pakai tudung. tapi time kelas menari dia bukak tudung. klu klas ballet dia pakai sut ballet. saya dan kawan2nya menghormati beliau. dan dia student tari yang sangat bagus berbanding yg lain. Tapi tak di nafikanlah budak ni lebih jauh bagus dari kak dita. Mintak Maaf ya kak Dita saya bagi pendapat sedemikian. Teruskan niat akak. Pedulikan apa orang nak cakap. Periuk nasi akak buka orang nak carikan akak n suami yang berusaha. |
|
|
|
|
|
|
|
kak dita...
saya hormat pendirian kak dita.
tp mintak maaf. saya agak tak setuju dgn jawapan kak dita dalam press conf tu ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
markyong, kenapa tak masuk mm kali ni? bz eh? |
|
|
|
|
|
|
|
stiap org ada pandangan masing2.. buka orat tetap haram disisi islam! walau apapun alasan tetap haram org bukan muhrim melihatnya..
memang bukan seme org bertudung tu yg tepat solat 5waktu.. dan diakui gak ramai yg bertudung tapi wat maksiat.. tp itu bukan salah satu alasan utk menutupi kesalahan diri.. (perlu ingat setiap manusia bukan sempurna dan mesti ada wat silap dan dosa termasuklah org pakai tudung).. jadi sepatutnya bila kita dah taw menda tu berdosa..cepat2lah bertobat ngan tobat yg sebenar2nya.. Ingat MATI akan mendatang tanpa kita sedar!.. selagi sempat bertobatlaa.. ( aku tulis ni kepada mereka yg sanggup menanggal tudung bukan hanya pada dita ek)
berilah bergunung alasan pun.. ramai pempuan bertudung begitu begini.. wat berbagai dosa.. so kita dikurniakan akal! kenapa harus ikut orang! wajib tetap wajib.. sekian tima kaceh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ANDA SEMUA DIJEMPUT MENYERTAI KUIZ ANJURAN BOD TV:MALAYSIA INI
SEMPENA ANUGERAH SKRIN AKAN DTG
UNTUK INFO SELANJUTNYA, SILA MASUK SINI
TERIMA KASIH |
|
|
|
|
|
|
|
aku pening la tgk mari menari ni. yg audience dok terjerit2 ntah ape2. xbest langsung aku nak nengok diorg menari |
|
|
|
|
|
|
|
aku pening la tgk mari menari ni. yg audience dok terjerit2 ntah ape2. xbest langsung aku nak nengok ...
nanie Post at 5-12-2010 23:52 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sama la. Buang masa, buang kredit apabila mengundi. Baik tgk movie saja drpd tgk Mari Menari. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk smata2 sbb ada zul huzaimy. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|