Post Last Edit by dauswq at 8-8-2010 12:51
BAB 4: Pengakuan Cinta Sarah
Langsir merah berayun-ayun dihembus bayu lembut laut Virginia. Genggaman langsir itu tidak cukup untuk menepis panahan bayu, seterusnya mendinginkan tubuh wanita yang sedang mengisi borang insurans perjalanan itu.
“Sejuknya,angin malam ni ,” bisik Sarah sambil menggosok kedua-dua tangannya dan menyarungkan
sweater musim panas yang dihadiahkan oleh Dr. Azmin sempena hari kelahirannya lepas.
“Abis je borang ni. Bolehlah aku enjoy kejap “ .
“Tapi, ku tidak mengerti kenapa hatiku masih sakit, “ kata hati kecilnya pula. Sarah meletakkan telapak tangannya di atas dada lalu menutup kedua-dua belah matanya. Sarah kembali tenang seperti lambaian bayu lembut yang membasahi tubuhnya tadi.
Sarah tersentak dari khayalannya apabila namanya disahut bertalu-talu. Jiran Eva Gardens agak rimas dengan perubahan
suasana tersebut. Ada antara mereka marah dan memaki, yang lain pula terus menutup jendela.
“Shut up, drunkard ,” maki salah sorang jiran itu.
Sarah tahu benar siapa yang menyebut namanya itu kalau bukan Dr. Azmin. Tanpa berfikir panjang, Sarah menyarungkan ‘sweater’ dan segera mencapai beg tangan buatan Calvin Klien. Dia bergerak menuju ke pintu hadapan rumah untuk menyarungkan terompahnya. Bonggol pintu ditarik dengan kuat. Begitulah perasaan Sarah yang begitu bimbang akan suaminya itu. Sesaat Sarah menarik bonggol pintu itu, rebah seorang lelaki ke atas bahu Sarah. Sarah terkejut tetapi segera bertenang. Dia menyambut tubuh Dr. Azmin dengan dadanya. Kelihatan Dr.Azmin yang mabuk seperti orang yang separuh tidur sedang mengingau. Dr. Azmi merengek seketika.
“Sarah, jangan tinggal abang.Apa-apa pun yang berlaku ,” pinta Dr. Azmin.
“Sarah tau. “ Sarah mengusap rambut Dr. Azmin.
“Sarah cintakan abang? , “ tanya Dr. Azmin dalam keadaan separuh sedar.
Sarah diam membisu. Tidak berkata apa-apa.
“Belum ada ungkapan cinta keluar dari bibirmu ,” kata Dr. Azmin yang kesedihan itu.
“ Meh, Sarah angkat abang kejap .“ Sarah membimbing bahu Dr. Azmin. Dr. Azmin yang mengingau sebentar tadi terus lelap di pangkuan Sarah. Sarah tidak melatah malah tersenyum. Dr. Azmin dibimbing ke ruang tamu. Sarah membaringkan Dr. Azmin di atas sofa dan menyarungkan selimut.
“Sarah tidak tahu. Sarah belum dengar kata hati Sarah lagi. Jiwa Sarah belum terbuka untuk cinta abang. "
Sambungnya lagi ,” Tapi Sarah bersyukur atas jagaan abang selama ini, “ kata Sarah sambil menitiskan airmatanya. Kemudian, dia mengusap lelehan air matanya dengan segera kerana tidak mahu dirinya dilihat oleh Dr. Azmin. Dr. Azmin tidak sedar akan percakapan Sarah kerana telah lelap. Sarah berjalan menuju ke biliknya.
Panas terik mentari menghangatkan udara musim panas Khamis itu. Bahang terasa kuat tetapi peluh pula tidak terhasil berbeza dengan keadaan cuaca di bumi Malaysia. Kelihatan seorang wanita berbaju putih lengan pendek tergesa-gesa keluar dari rumah. Seorang lagiwanita berbaju T-Shirt ringkas menyambut bagasi dari rakannya itu untuk diletakkan ke dalam bonet BMW. Mereka adalah Sarah dan Aliah. Seorang lelaki tua berbangsa Inggeris dan berkumis tebal kelihatan duduk di atas kerusi drebar BMW itu sambil memasang earphone. Dia memakai topi koboi dan menghisap tobacco.
“Macam mana ko leh dapat permission? “ tanya Aliah. “Hubby aku kata ok je. Tapi aku tak leh melilau pas melancong kat Miami , “ kata Sarah meyakinkan Aliah akan izin suaminya itu. “Tak per la. Lagipun kita jalan-jalan kat situ je. Bukan pi mana pun ,” kata Aliah pula.
“ Jom bergerak. “
“ Do you want to start now?, babies ,” kata drebar BMW itu lalu memasukkan kuncinya ke dalam lubang bagi menghidupkan enjin. Aliah membuka pintu kereta hadapan dan terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi manakala Sarah duduk di kerusi belakang dan meletakkan bagasi disampingnya.
“ So the destination will be Chesapeake Regional Airport, isn’t it? ,” tanya drebar itu. “Yes, dear. Please drive as soon as you can ,” kata Aliah kepada drebar tersebut.
Kedengaran deruman enjin yang kuatdan ekzos berasap sebaik sahaja mereka keluar dari rumah. BMW bergerak meninggalkan Eva Gardens dalam sekelip mata sahaja.
Gerai roti canai Pak Amin sememangnya menjadi lumrah tempat persinggahan warga Kuala Lumpur kerana hidangan roticanainya yang agak menyelerakan pelanggan Melayu dan tempatnya yang strategik terletak di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Kadang kala, Inspektor Julia membawa anak buahnya, Hoe Lin, Mohd dan Azli bersarapan pagi di gerai tersebut.
Di sebelah gerai Pak Amin, terdapat beberapa gerai lain termasuklah gerai Nasik Lemak Antarabangsa yang kebetulan didirikan di hadapan gerai Pak Amin. “Pak Amin, roti canai empat ,”pinta Inspektor Julia.
“ Puan belanja ker ? ,” tanya HoeLin tersipu-sipu.
“Ha Ha Ha.... Macamlah korang taktau puan kita ni. Nak mintak kita dibayar sendiri, tak mahu pula ,” ketawa Azli. “Korang sumer macam adik aku je. Kat sini tak perlu sangat formal. Maklumlah I pun manusia biasa. Panggil jah Kak Ju,” kata Inspektor Julia. “Roti canai sudah sampai. Air? Teh tarik kah ? , “ tanya Pak Amin. “ Seperti biasa ,” kata Inspektor Julia. Semua mengangguk setuju. “ Kak Ju, saya ada sesuatu nak bincang. Mengenai Dr. Azmin .” Hoe Lin mengoyakkan roti canai. Inspektor Julia nampak Hoe Lin agak bersemangat. “ Sabar dulu korang . Tak seronok bincang masa makan. Pas makan kita bincang , “ arah Inspektor Julia.
Sementara itu, Sarah dan Aliahbaru menurunkan bagasi mereka di terminal Lapangan Terbang Chesapeake. Drebar BMW tadi sudah lama meninggalkan mereka. Tidak kelihatan langsung sheriff yang biasanya melakukan patrol di kawasan terminal. Aliah bergerak masuk ke dalampintu automatik sambil menjinjing bagasi, meninggalkan Sarah yang sedang menaip SMS.
Tiba-tiba, seorang lelaki berkulit hitam meragut beg tangan Calvin Klein milik Sarah dari bahu kirinya. Sarah terjatuh akibat momentum kuat lelaki itu manakala lelaki itu berlari dengan pantas meninggalkan Sarah.
"Help me ," jerit Sarah.
Aliah tergamam sambil menggigit kelima-lima jari tangan kirinya. Tanpa berfikir panjang, dia segera meluru ke arah Sarah lalu mencapai ‘First Aid Toolkit’ dari bagasinya.
Pada masa yang sama, kelihatan seorang lelaki Autronesia sedang berlari dari arah kiri, mungkin dengan niat mengejar peragut itu. Pergerakannya agak pantas kerana berjaya menangkap peragut.Sheriff yang kebetulan baru keluar dari tandas berdekatan berlari mendapatkan peragut dan menggarikan tangannya. Orang ramai bertepuk tangan akan aksi berani lelaki Autronesia itu. Aliah pula sedang menyapukan iodin ke atas luka yang terhasil akibat pergeseran dengan peragut tadi. Sarah memakukan pandagannya ke arah lelaki Autronesia dan peragut yang berjaya ditumpaskan sheriff. Lelaki Autronesia itu membawa beg tangan dan berjalan ke arah Sarah.
“ Nah, ni beg tangan you! “Lelaki itu menghulurkan beg tangan kepada Sarah.
“ Awak Melayu ? ,” tanya Sarah manakala Aliah seperti sedang khusyuk menyapukan ubat. “Semestinya. Lain kali berhati-hati. Sebab sini not safest place.Lagi-lagi bila tiada polis macam keadaan tadi ,” jelas lelaki itu dalam nada marah.
“Nape pulak nak marah-marah ni ?,” soal Sarah. “ Lain kali tak payah tolong. Kami tak mintak pun , “ kata Sarah dengan geram.
Lelaki itu tidak mempedulikan Sarah dan dia terus bergerak masuk ke dalam terminal.
“ Aik, pelik lah dia ni. Dia marah kita pula. “
“Terlupa pulak aku nak ucap terima kasih ,” kata Sarah sambil menepiskan dahinya.
“Jom masuk terminal. Nanti tak sempat nak check-in. Luka kau pun aku dah balut tadi. Tak de lah teruk sangat. Thanks to him. Beg tangan dah kembali kepada kau ,” kata Aliah pula. “Yup. Kalau aku jumpa dia balik nanti, aku nak ucap terima kasih . “ Sarah tersenyum. Mereka menjinjing bagasi masing-masing ke dalam terminal.
*Disclaimer: Kisah novel tidak berkait dengan agama.
|