eh bila ek siaran nie nak tgk sgt lah...
rzman_07 Post at 13-8-2010 14:15
rancangan ngan shahir ni ye.. hari raya nanti.. tapi i tak surela bila disiarkan.. hari raya pertama kot..
Siti Nurhaliza Kongsi Pentas Dengan Akim, Shahir
Oleh WAHIDUZZAMAN Buat pertama kali, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi pentas dengan dua penyanyi baru, Shahir dan Akim dalam rakaman program raya. - Foto oleh RICKY LAI
SETIAP kali tibanya musim raya, wajah penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza pasti tidak lekang menghiasi kaca televisyen menerusi pelbagai program muzikal.
Begitu juga untuk Aidilfitri tahun ini. Walaupun Hari Raya hanya akan bertandang sekitar September depan, jadual penyanyi kesayangan ramai ini telah pun padat terisi dengan pelbagai undangan persembahan untuk program muzikal di serata stesen tv.
Terbaru, Siti terlibat pula dengan rakaman program raya berjudul Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza (LDDSN). Istimewanya pengisian dan persembahan program yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria ini apabila Siti bergandingan dengan dua muka baru iaitu Shahir AF8 dan Akim AF7 dalam menyampaikan pelbagai lagu termasuk lagu-lagu raya popular.
Menurut Siti yang ditemui sejurus rakaman program itu baru-baru ini berkata, dia menerima tawaran daripada pihak penerbitan kerana pengisian dan konsep program muzikal itu sendiri.Siti tampil anggun dengan tiga persalinan rekaan Rizman Ruzaini.
Katanya, memandangkan dalam persembahan kali ini dia digandingkan dengan dua pendatang baru iaitu Shahir dan Akim, justeru konsep itu menarik minatnya kerana ia berbeza daripada mana-mana program raya yang pernah dirakamkan sebelum ini.
"Saya tertarik dan teruja dengan program ini kerana konsepnya yang segar dan berbeza daripada mana-mana program raya yang pernah saya terlibat sebelum ini. Idea untuk menggabungkan yang lama dan baru itu menarik minat saya.
"Jika hanya persembahan muzikal yang biasa-biasa sahaja saya sudah biasa buat sebelum ini tapi kali ini ia istimewa kerana saya berkongsi pentas dengan dua pendatang baru iaitu Shahir dan Akim," katanya.
Tambah Siti, memandangkan dia memang banyak terlibat dengan beberapa stesen televisyen yang lain untuk pelbagai program Hari Raya, semestinya komitmen Siti untuk LDDSN disuntik dengan sedikit kelainan.Aksi gurau senda Siti bersama Shahir dan Akim sebelum menyampaikan rangkaian lagu medley di segmen terakhir.
Untuk rakaman program ini, Siti tampil dengan variasi lagu-lagu popularnya termasuklah Debaran Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Hanya Dia yang dipersembahkan dengan susunan muzik yang segar dan baru.
"Persembahan untuk program ini memang disusun sedikit berbeza sebab saya ingin memberi kelainan daripada mana-mana program raya yang saya rakamkan. Justeru, saya terlibat dalam pemilihan lagu-lagu selain susunan muzik baru dan segar oleh pengarah muzik Aubrey Suwito," katanya lagi.
Selain lagu-lagu biasa, Siti juga tampil dengan lagu raya Airmata Syawal dan persembahan medley bersama Shahir dan Akim seperti Malam Bulan di Pagar Bintang (nyanyian P. Ramlee), lagu popular kumpula Ilusi Puisi Cinta dan lagu raya Azlina Aziz, Indahnya Beraya Di Desa.
Shahir dan Akim turut tampil dengan lagu-lagu popular masing-masing termasuklah Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Inikah Cinta dan banyak lagi bagi memeriahkan lagi pengisian program itu.Siti berduet dengan Shahir dalam lagu Melly Goeslaw, Ketika Cinta Bertasbih.
Sementara itu, penerbit LDDSN, Lydia Emalia Ishak berkata, demi untuk memberikan kelainan pada program ini, pihaknya memutuskan untuk menyuntik gabungan lama dan baru itu demi untuk memberi variasi pada program-program raya yang sedia ada.
"Kami ingin menghidangkan pengisian yang segar dan berbeza pada para penonton. Memandangkan Siti turut akan muncul dalam beberapa program muzikal raya di stesen tv yang lain.
"Kami suntik pengisian program yang segar dengan menggabunkan Siti dengan Shahir dan Akim, selain susunan muzik yang belum pernah dipersembahkan oleh Siti dalam mana-mana program tv sebelum ini," katanya yang pertama kali menerbitkan program muzikal.
Ditanya mengenai cabarannya dalam menerbitkan program itu, Lydia mengakui, proses penerbitan program muzikal bukanlah semudah yang disangka.
Walaupun telah berpengalaman menghasilkan pelbagai program berbentuk game show dan bual bicara termasuklah Macam-macam Aznil dan Tom Tom Bak sebelum ini, cabaran dalam mengikat jadual artis-artis dan penyusunan lagu-lagu yang terlibat memerlukan banyak proses dan kecekapan.Sebagai orang baru, persembahan Shahir dan Akim layak dipuji dan meyakinkan.
"Menerbitkan program ini nampak macam senang pada awalnya tapi setelah melalui pelbagai proses termasuklah mengikat jadual artis yang terlibat dan persiapan dalam memastikan kelancaran proses rakaman, saya akui ia bukan semudah yang disangka tetapi saya banyak belajar perkara baru daripada tugas ini.
"Walaupun rakaman bermula sedikit lewat daripada jadual asal disebabkan masalah teknikal, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar," jelasnya yang berpuas hati dan gembira dengan kejayaan penerbitan program itu.
Program LDDSN yang berdurasi selama satu setengah jam itu dijangka bersiaran pada Hari Raya pertama ini di Astro Ria (Saluran 104).
Foto oleh Mazlan Photography KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2010 : Bersesuaian di bulan yang indah ini, seluruh masyarakat khususnya peminat Datuk Siti Nurhaliza pasti teruja apabila penyanyi nombor satu negara ini tampil menghadiahkan sebuah lagu Raya terbaru berjudul Panggilan.
Lagu ciptaan komposer Audi Mok dan lirik daripada Fedtri Yahya yang baru sahaja disiapkan ini telah diyanyikan secara trio oleh tiga beradik iaitu Siti Saidah, Siti Saerah dan juga Siti sendiri.
Ketika sidang media lagu Panggilan diperdengarkan kepada umum di Restoran Istana Bambu, Hulu Klang, Siti berkata, dia mengharapkan lagu tersebut bakal menjadi sebuah lagi lagu Raya yang diminati sampai bila-bila (evergreen).
"Selera pendengar semakin lama semakin berubah. Jadi Audi Mok menghasilkan alunan yang banyak berubah dari kebiasaan lagu raya. Kalau kita lihat lagu raya dulu-dulu yang evergreen pun, ia berbeza-beza mengikut alunan masing-masing. Apa yang membuatkan lagu tu kekal lama adalah irama serya liriknya yang senang didengar.
"Pada awalnya Siti tak jangka lagu tersebut akan jadi sebagus ini. Ia sangat bertetapan dengan apa yang Siti mahukan. Walaupun rentaknya agak moden tetapi ia masih ada sentuhan nasyid. Ia sangat menarik sekali.
"Siti rasa sudah lama tak buat lagu raya. Kali terakhir adalah pada 2 tahun lepas iaitu menerusi lagu Kedamaian. Walaupun kali ini, Siti hanya terbitkan single, setidak-tidaknya ada juga lagu raya untuk tahun ini," kata Siti yang anggun mengenakan rekaan daripada Rizman Ruzaimi.
Jelas Siti lagi, Audi Mok adalah seorang komposer yang bijak dalam membuat penyusunan lagu.
"Sebelum lagu ini dirakam, kami semua duduk membincangkan bahagian lagu masing-masing. Tetapi kami juga perlu menyanyikan keseluruhan lagu bagi memudahkan Audi Mok untuk menyusun kembali susunan muziknya.
"Bahagian-bahagian lagu dipilih mengikut kesesuaian suara kami semua. Macam Sairah, suaranya agak keras manakala Saidah suaranya agak tenang sedikit. Saya pula dengan cara saya. Apabila ia disesuaikan dengan baik, hasilnya sangat bagus," katanya.
Menurut Siti, pihaknya akan menerbitkan sebuah album pada hujung tahun ini. Namun buat masa terdekat, dia hanya akan memberi perhatian yang penuh kepada promosi lagu tersebut.
"Memang, pihak kami ada berbincang mengenai untuk menghasilkan album baru. . Tetapi bagi saya ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa kerana saya harus memberi perhatian kepada single ini dulu.
"Apa yang penting juga, lagu Panggilan dapat diperdengarkan di corong-corong radio dalam bulan Ramadan dan Syawal ini. Dalam masa terdekat juga, kami akan mengeluarkan CD. Tetapi ia hanya dijual secara online di facebook dan sebagainya," katanya.
Majlis yang dimulai dengan acara berbuka puasa ini turut dihadiri suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, rakan-rakan media dan kanak-kanak daripada Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah. Siti turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 22 kanak-kanak daripada rumah terbabit.
Panggilan: Lagu Raya Terbaru Siti Nurhaliza
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 18 ...
Nadia90 Post at 18-8-2010 17:22
Bakal dimasukkan dalam artikel wiki.... heh3....
"Apa yang penting juga, lagu Panggilan dapat diperdengarkan di corong-corong radio dalam bulan Ramadan dan Syawal ini. Dalam masa terdekat juga, kami akan mengeluarkan CD. Tetapi ia hanya dijual secara online di facebook dan sebagainya," katanya.
yeay!!!!!!!!!!!! pasni nak g maybank nak buat akaunlah, senang sikit kalau ada maybank2u nanti... XD