CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nobito

Sejarah Yahudi di Madinah

[Copy link]
Post time 13-12-2010 01:56 AM | Show all posts

kalo gune emas n perak, memang takde negara miskin dalam dunia.. ade pun sbijik dua..
bayangkan kalo kite gune emas dan perak, ape akan jadi pada myanmar ngan indon ngan afrika..

mesti dorang tak miskin kan? tu lah goal islam..nak samakan semua orang..
tapi kapitalis yang sekat semua tu...
pawangBuaya Post at 24-9-2010 13:06


Macamana kalau guna emas & perak takde negara miskin lak? Apa mechanisms nyer boleh jadi camtu?
Emas ada nilai. Wang kertas pun ada nilai. Nilai ni bukan boleh main letak-letak camtu jer.

Tak kisahlah sama ada menggunakan nilai emas, atau nilai dollar, Mynmar / Indon / kebanyakan negara Afrika, tetap kena jana ekonomi diaorang untuk mendapatkan 'nilai' tersebut. Nilai itu tidak datang menggolek. Nilai kena jana. Kalau kedudukan masih macam sekarang, diaorang akan tetap sama gak. Jepun, Jerman, US etc tetap kaya gak. Porsche, BMW, Toyota, Microsoft tetap kaya gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 09:06 AM | Show all posts
Reply 54# unekspekted_III


   dia kenal sepupu ariel sharon
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 09:45 AM | Show all posts
Reply  unekspekted_III


   dia kenal sepupu ariel sharon
zaharul_asriq94 Post at 13-12-2010 09:06


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 09:59 AM | Show all posts
Reply 63# unekspekted_III


   kawan dia Yahudi, tuan dia omputih, mmg bagus lah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 10:41 AM | Show all posts
Reply  unekspekted_III


   kawan dia Yahudi, tuan dia omputih, mmg bagus lah dia ni
zaharul_asriq94 Post at 13-12-2010 09:59


memang bagus.. tapi dia???? jawa penorogo yang berangan jadik mat salleh..

hahahahaahahhaahahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 10:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 13-12-2010 10:46

Reply 65# unekspekted_III


   bagus la, impian dia nak jadi "master race".....walaupun diri dia sendiri agak bangsat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2010 11:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by pawangBuaya at 13-12-2010 23:49

Reply 55# bro_kr

camtu plak ye?
bukan demand setiap tahun same ke?
tapi nape harga lembu ke harga ayam ke harga semua bende naik termasuk harga emas tu sendiri..?
dan camne lak cara cara supply and demand ni betul betul berfungsi?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 02:27 AM | Show all posts
walopun ada lari2 kona2 baring topik ni..tp stil ada kaitan
teroskan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2010 08:22 PM | Show all posts
Reply 68# roroPo


bro kene tngok siapa yang mula wat konar baring... susahler forum kalau ada lalat yg wat konar baring...ish
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 10:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 14-12-2010 22:32
Sebab bahaye ni laa yahudi dihalau.. jgn cakap Arab tak de suku bangsa.. tapi bahaye ni same mcm sekarang kt Malaysia



Sejak bila Nabi Muhammad halau Yahudi Madinah?:re:

n jangan cakap plak Bugis, Banjar, Jowoh, Minang dll adalah suku puak Melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:35 AM | Show all posts
Reply 70# nobito


   larr.... x tau ke? so kalo x tau nak tunjuk pandailah? ni ambik ko!!
Mengapa Nabi Muhammad bertindak tegas terhadap orang yahudi?
Ditulis oleh Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani
Jabatan Pengajian Arab & Tamadun
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
(diterbitkan dalam majalah Al-Islam keluaran April 2009/Rabiulakhir 1430H)

Selepas kemenangan Islam di Badar, kedudukan Nabi Muhammad s.a.w lebih teguh dan kuat. Pengaruh baginda lebih meluas dan amat dirasai, khususnya di Madinah. Baginda meningkatkan kegiatan dakwah Islam. Hasilnya ramai orang Musyrikin Arab menyahut seruan Islam, tetapi tidak ada orang Yahudi yang berbuat demikian.

Sebaliknya, orang Yahudi Banu Qaynuqa' bukan sahaja menolak Islam, malah mengejek-ejek dan memperkecilkan kemenangan Rasulullah s.a.w dan orang Islam di Badar. Mereka mencabar dan mengatakan bahawa orang Islam menang di Badar kerana musuh mereka tidak tahu berperang dan sekiranya berdepan dengan orang Yahudi barulah orang Islam akan mengetahui siapa lawan mereka yang sebenarnya.

Keadaan dan hubungan orang Islam dengan Yahudi menjadi tegang. Dalam suasana itulah berlaku satu peristiwa di pasar Banu Qaynuqa' yang membawa krisis ini ke kemuncaknya.

Seorang wanita Muslimah berkunjung ke pasar itu untuk berurusan. Ketika dia duduk, seorang lelaki Yahudi menyangkut hujung baju wanita itu ke belakangnya. Apabila bangun, bajunya terangkat sehingga nampak auratnya, dan wanita itu diketawakan.

Melihat perbuatan lelaki Yahudi yang menjatuhkan maruah wanita, seorang lelaki Muslim berasa amat marah, lalu mengejar dan membunuhnya. Pembunuhan itu pula menggemparkan Banu Qaynuqa', mereka kemudian bertindak membunuh lelaki berkenaan.

Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam tidak dapat berdiam diri, kerana perbuatan orang Yahudi menunjukkan sikap pemusuhan secara terangan. Orang Banu Qaynuqa' pula menyedari kesalahan yang dilakukan, dan masuk berkubu dalam perkampungan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w segera bertindak tegas dan mengepung perkampungan Banu Qaunuqa' pada bulan Syawal tahun kedua Hijrah. Setelah lima belas hari dikepung, orang-orang Yahudi mula menyerah diri kerana Banu Qaynuqa' tidak memiliki tanah serta kebun, dan bekalan makanan mereka mungkin tidak mencukupi untuk bertahan lebih lama. Bantuan daripada golongan Yahudi lain tidak dapat diharapkan kerana mereka juga saling bergaduh sesama sendiri.

Pada mulanya Nabi Muhammad s.a.w telah mengarahkan supaya mereka diikat dan dibunuh. Namun, campur tangan 'Abd Allah bin Ubayy, seorang pemimpin al-Khazraj, yang merupakan sekutu Banu Qaynuqa' sejak sebelum Hijrah lagi, telah menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh keberatan, meringankan hukuman. Mereka diusir dari Madinah dan harta benda mereka dirampas. Mereka kemudian ke Syria dan membuat penempatan di Adhiri'at dekat sempadan.


Banu Al-Nadir.
Selain Banu Qaynuqa', orang Yahudi dari Banu al-Nadir juga mempunyai sikap permusuhan dengan Rasulullah s.a.w. Pemimpinnya, Ka'ab bin al-Ashraf, seorang penyair, sering menyindir dan mengecam baginda dan orang Islam. Bagaimanapun, Ka'ab lari ke Mekah setelah melihat kemenangan Islam dalam peperangan Badar. Menurut al-Samhudi, pertelingkahan pernah timbul antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Ka'ab mengenai pembinaan sebuah pasar baru yang bebas daripada cukai di Madinah. Ka'ab dilaporkan begitu marah kepada baginda sehingga tali pengikat khemah baginda diputuskannya. Ka'ab juga pernah disabitkan dengan pakatan bersama beberapa orang Yahudi lain untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.

Di Mekah, melalui puisi-puisi yang digubahnya, Ka'ab menghasut orang Quraisy supaya menebus kesalahan mereka di Badar dan menuntut bela kematian pemimpin-pemimpin mereka. Namun, beliau tidak lama di Mekah kerana ejekan dan sindiran melalui puisi yang digubah oleh Hassan bin Thabit, telah menyebabkan kehadirannya di Mekah tidak disenangi. Ka'ab kembali semula ke Madinah dan terlibat pula dengan penggubahan puisi-puisi yang menggambarkan kononnya percintaannya dengan wanita-wanita muslim. Melihat penglibatannya dalam kegiatan-kegiatan yang sangat merugikan Islam, terutama fitnah dan hasutan yang disebarnya, Nabi Muhammad s.a.w telah mengatur pembunuhan Ka'ab pada bulan Rabiulawal tahun ketiga Hijrah, tidak lama selepas kepulangannya dari Mekah.

Pembunuhan Ka'ab bin al-Ashraf, selepas peristiwa Banu Qaynuqa', benar-benar telah menimbulkan kebimbangan orang-orang Yahudi di Yathrib. Keesokan paginya, pemimpin-pemimpin mereka beramai-ramai berjumpa Nabi Muhammad s.a.w mengadu pembunuhan Ka'ab. Kata mereka, pemimpin mereka itu telah dibunuh tanpa kesalahan yang jelas. Lalu baginda secara terus terang menyatakan: "Sekiranya Ka'ab berdiam diri, seperti orang lain yang tidak menyukai Islam, dia tidak akan dibunuh, tetapi sebaliknya, dia telah memfitnah aku dan mengecam aku melalui puisinya. Sesiapa sahaja yang berbuat demikian akan dibunuh."

Lalu baginda mencadangkan kepada orang Yahudi supaya membuat perjanjian dengan baginda bagi menjamin keharmonian perhubungan di antara kedua-dua belah pihak. Satu perjanjian ditandatangani di antara mereka dan Nabi Muhammad s.a.w di bawah pokok tamar di rumah Ramlah binti al-Harith. Inilah perjanjian yang merupakan sebahagian daripada apa yang dikenali sebagai Sahifat al-Madinah (Piagam atau Perlembagaan Madinah).

Antara peruntukan dalam perjanjian ini ialah pengakuan bahawa orang Yahudi di Madinah merupakan satu umat yang bersendirian di samping orang Islam dan setiap kumpulan orang Yahudi mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama; mereka bertanggungjawab dengan orang Islam membiayai peperangan, menentang sebarang pencerobohan ke atas penduduk Madinah, dan mengaku bahawa Nabi Muhammad s.a.w merupakan kuasa tertinggi di Madinah.

Dengan perjanjian tersebut, perhubungan di antara Nabi Muhammad s.a.w dan orang Yahudi berjalan baik, sekurang-kurangnya pada lahirnya. Penentangan dan permusuhan secara terang-terangan tidak dilaporkan oleh sumber-sumber sejarah. Namun, dipercayai penentangan secara sulit dan konspirasi jahat sentiasa dirancang oleh orang Yahudi. Mereka pasti tidak dapat memaafkan Nabi Muhammad s.a.w di atas pengusiran Banu Qaynuqa' dan tindakan yang diambil terhadap Ka'ab bin al-Ashraf. Inilah yang berlaku dalam hubungan baginda dengan Yahudi Banu al-Nadir.



so dah tau ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:37 AM | Show all posts
Sejak bila Nabi Muhammad halau Yahudi Madinah?

n jangan cakap plak Bugis, Banjar, Jowoh ...
nobito Post at 14-12-2010 22:13



    depa duk baca buku la gilagila sgt la tu jadi pemahaman salah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:39 AM | Show all posts
Reply 72# kuseng_power


   aq kasi tepek satu artikel utk buang kejahilan dia...keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 11:37 AM | Show all posts
Reply 73# zaharul_asriq94


    Ko x faham apa yg ko tepek? Pemimpin depa kena bunuh kerana menghina Islam dan nabi Muhammad bukan kerana mereka berdarah Yahudi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 11:40 AM | Show all posts
Reply 74# nobito

bungek...ko faham x apa yg ko tanya? ko tanya sejak bila nabi halau yahudi madinah??
sejak bila Nabi Muhammad halau Yahudi Madinah?



so yg aq tepek tulah jawapanya... aduyai..nak konar sana sini lar tu...kalau dh blurr, ckp jelah...haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 11:44 AM | Show all posts
Reply 75# zaharul_asriq94


    Semua Yahudi ka kena dihalau?

Bani mana yg kena halau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 01:26 PM | Show all posts
Reply  zaharul_asriq94


    Semua Yahudi ka kena dihalau?

Bani mana yg kena halau?
nobito Post at 15-12-2010 11:44


ko tak gune hikmat google ajaib pujaan ko ke nak cari jawapan ni... mcm selalu????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 01:34 PM | Show all posts
Reply 77# unekspekted_III


    Ada aku tanya ko ke?

Jawapannya dah ada dlm post 71...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 01:35 PM | Show all posts
Reply  unekspekted_III


    Ada aku tanya ko ke?

Jawapannya dah ada dlm post 71...
nobito Post at 15-12-2010 13:34


ai.. ckp mcm tu pun dah marah???    emotional nampak.. hehehehe

klu dah tau tu.. apasal tanye lagi.. peehhhh.. vangang betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 01:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 15-12-2010 13:39

Reply 79# unekspekted_III


    Sapa marah?

Aku happy tengok kebodohan Melayu

Aku tanya balik utk orang2 bangang yg post artikel tp x baca elok2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055764 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list