|
Games berdasarkan sejarah: Nusantara Total War
[Copy link]
|
|
windos xp memang takleh main medieval 2 laa, tp rome bleh plak |
|
|
|
|
|
|
|
Memperkenalkan model Pegawai Istinggar (Malay Musketeer) yang menunggang kuda dan gajah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhu, style2, baru perasan thread neyh~ |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgah repeat balik main rome, dah boring main medieval 2
-nanti aku d.load nusantara |
|
|
|
|
|
|
|
Icon-icon untuk:
Berek / Balai Perang / Pagustian / Padepokan / Markas
(Bangunan untuk rekrut tentera)
- Nagara di pulau Jawa (Majapahit, Demak Bintara dan Pajajaran) perlu membina "Royal Decree" untuk membina berek level tinggi di luar pulau Jawa dan Bali
- Negara Eropah (Portugis dan Belanda) : "Colonial Administration" adalah bangunan yang perlu dibina bagi menukarkan kebudayaan bandar yang ditakluki kepada koloni Eropah. Mengambil masa yang panjang untuk dibina (melambangkan pertukaran budaya / agama berlaku perlahan-lahan) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Halllaamaakkk..... cun-cun.... Aku nak tunggu version final nanti baru nak donlod!
Keep up the good work! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by intifadanyz at 13-8-2011 03:33
Perubahan - perubahan untuk versi 1.0
Salam tuan-tuan semua, kami telah merancang beberapa perubahan untuk release berikutnya iaitu v1.0. Beberapa perubahan tersebut saya umumkan di sini, manakala lain-lain perubahan akan saya umumkan kemudian.
perubahan tersebut adalah:
1. Menggantikan Sriwijaya dengan Pagaruyung.
Setelah perdebatan panjang lebar, kami mendapati bahawa kerajaan Sriwijaya sudah tidak wujud lagi dan membuat keputusan untuk menggantikannya dengan Pagaruyung, iaitu sebuah Kerajaan Minangkabau di Sumatera Tengah.
2. Menambahkan 2 lagi negara iaitu Nagara Daha (di Pulau Borneo) dan Gowa Tallo' (di Sulawesi).
3. Memperkenalkan Negara Bebas (Free States) iaitu Kota Merdeka dan Bhumi Mardika - konsepnya akan saya terangkan nanti.
4. Mengubahsuai lambang negara - negara
Tuan-tuan boleh bandingkan lambang lama dengan lambang baru karya artis 2D kami.
Lambang Lama
Lambang Baru
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# sekngucing
negeri kelantan takde ke
sekngucing Post at 14-8-2011 21:45
Agak-agak Kelantan ade x pada 1511? :re:
Ada, tapi semua negeri di tanah Melayu adalah taklukan ke Melaka pada 1511, dari Patani sampai ke Singapura. |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan ada sejak melaka belum ada lagi laa, bukannya kena takluk, masa tu negeri naungan je, tp sekejap
-1511 melaka dah pun arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sekngucing
Oppsss, belum arwah sebab kita mula game 1 giliran sebelum Portu ...
intifadanyz Post at 16-8-2011 07:02
banyakkan senjata api...senapang lantak ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 73# shamsadis
banyakkan senjata api...senapang lantak ker...
shamsadis Post at 16-8-2011 09:53
Daripada 1 model asas ni, kami bercadang untuk buat 4 lagi model askar yang guna senapang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply shamsadis
Daripada 1 model asas ni, kami bercadang untuk buat 4 lagi model askar yan ...
intifadanyz Post at 16-8-2011 17:30
meriam aka lela ker...upgrade zaman 1500an |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 75# shamsadis
meriam aka lela ker...upgrade zaman 1500an
shamsadis Post at 17-8-2011 10:06
Berkenaan meriam, buat masa ni kami ada 1. Itu pun animasi dia guna animasi katapult, pelik sikit lah (animasi meriam memang tidak ada dalam engine rome total war, memang kena buat)
Jika kami menggunakan animasi katapult (engine perang pembaling batu), kami boleh tambah 4 unit tentera. Itu menurut kata ketua mod lah.
Saya yang mencadangkan kepada kumpulan saya, 4 jenis askar meriam, bermula daripada level paling rendah ke level paling tinggi.
1. Bala Lela Rentaka (Level paling rendah) (meriam nya pun kecil2 saja)
2. Bala Meriam (meriam sederhara)
3. Bala Mitar Bedil Besar (Mitar ---> perkataan lama untuk penembak meriam / bedil. Ia muncul dalam Hikayat Aceh dan Syair Perang Johor)
4. Tobji Rumi
(jangan lupa penglibatan Uthmaniyyah di Asia Tenggara, terutama di Aceh. "Tobji Rumi" diterjemahkan dalam bahasa Inggeris: Ottoman Bombardier: Tobji : Bombardier (ada disebut dalam Hikayat Aceh), Rumi (Orang Melayu panggil Uthmaniyyah sebagai "Rum" )
Hikayat Aceh menyebutkan bahawa memang Aceh menggunakan khidmat penembak meriam Uthmaniyyah. Hikayat Patani pula ada menyebutkan tentang seorang tukang penuang bedil bernama Abdul Samad dari Uthmaniyyah yang berkhidmat dengan Kerajaan Patani.
Yang Tobji Rumi ni, memang dia akan pakai meriam raksasa, kalau tak sama besar pun, masihlah setaraf, atau kurang sikit dengan "Devleti Osmaniyye Shahiye" (The great Turkish Bombard / meriam raksasa Turki).
Buat masa ni, kami belum ada animasi meriam. Kami sedang menulis surat kepada beberapa kumpulan mod untuk menggunakan animasi mereka. Kalau dapat, cantekkk. Kalau tak dapat, kami guna apa yang ada (animasi katapult).
Yang penting, biar ada senjata - senjata berat ni dalam game nih. baru gempak perang di Nusantara!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply shamsadis
Berkenaan meriam, buat masa ni kami ada 1. Itu pun animasi dia guna animasi ...
intifadanyz Post at 17-8-2011 20:10
aku setuju.....bagus ar korang....teruskan usaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 78# PenjualAPAD
dah siap ke lom mod nie? kalu leh wat mod untuk shogun total war 2 kan besh
PenjualAPAD Post at 25-9-2011 15:03
Versi beta 0.5 dah boleh download, versi 1.0 sedang diusahakan.
Untuk makluman tuan, enjin Rome Total War dengan Medieval Total War lebih mudah untuk dimodifikasi, yang diterbitkan selepasnya (Napoleon TW, Empire TW, Shogun TW), enjinnya payah total, map nya pun tidak boleh diubah, yang lain lagilah. Perubahan kecil sahaja yang boleh. Pendek kata yang lain tidak mesra modifikasi. |
|
|
|
|
|
|
|
best ni, bahasa melayu ke bro? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 80# masa_lalu
best ni, bahasa melayu ke bro?
masa_lalu Post at 25-9-2011 22:50
Bahasa Inggeris sebab games asal dalam bahasa Inggeris.
Tapi boleh terjemah dalam bahasa Melayu, malah dalam bahasa apa pun yang guna abjad rumi, sebab file .txt boleh diubah suai.
Cumanya saya berkira-kira untuk menterjemah, sebab buat masa ni kerja teks banyak lagi (buat description), kalau ada kengkawan nak bantu, boleh buat team, saya boleh lead. |
|
|
|
|
|
|
| |
|