|
rasul? bukankah yesus itu sendiri sudah rasul
-mcmana ada rasul2 lain? |
|
|
|
|
|
|
|
rasul? bukankah yesus itu sendiri sudah rasul
-mcmana ada rasul2 lain?
sekngucing Post at 23-12-2010 17:13
Isa rasul.. bukan "yesus" |
|
|
|
|
|
|
|
rasul? bukankah yesus itu sendiri sudah rasul
-mcmana ada rasul2 lain?
sekngucing Post at 23-12-2010 17:13
Bro, kisah rasul-rasul pada zaman Isa a.s. ni boleh kita katakan sebagai Acts of Apostle versi Islam dan ada diceritakan dalam Surah Yaasin dari ayat ke-13 sehingga ayat ke-30
وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلاً أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءهَا الْمُرْسَلُونَ. إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar iaitu ketika mereka didatangi Rasul-Rasul. Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah Rasul yang diutuskan kepada kamu.
menurut Tafsir Ibn Katsir berkenaan ayat ke-13 dan ke-14 di atas,
Ibnu Jurayj meriwayatkan dari Wahab bin Sulaiman, dari Shu'aib al-Jaba'i," Nama-nama dari dua orang utusan pertama ialah Syam'un (Shimon) dan Yuhanna (Yohanes), dan nama yang ketiga adalah Bulus (Paulus), dan kota itu ialah kota Antakiyah (Antioch)
Ibn Ishak juga meriwayatkan dari Ibn Abbas, Ka'ab al-Ahbar dan Wahab bin Munabbih bahawa itu adalah kota Antiokhia (Antioch), di mana terdapat raja bernama Antiokhus bin Antiokhus bin Antiokhus, yang digunakan untuk menyembah berhala. Allah mengirim padanya tiga utusan, dan ia tidak percaya pada mereka. Hal itu juga diriwayatkan dari Buraidah bin al-Husayb, 'Ikrimah, Qatadah dan az-Zuhri bahawa kota itu adalah Antiokhia.
Tafsir ini bertepatan dengan kisah-kisah dalam Perjanjian Baru di mana St. Peter atau nama popularnya Shimon Petros (Simon Peter) atau nama Suryaninya ܫܡܥܘܢ ܟܐܦܐ, Shim'an Kefa (Petros adalah nama Yunani bagi Kefa) adalah Patriach bagi Kota Antioch di Turkey dan merupakan rasul yang mula-mula dalam kalangan Hawariyun yang diutuskan oleh Isa al-Masih.
Selepas itu, kota Antioch didatangi pula oleh St. Barnabas (Yusuf) dan St. Paul (Paulus) dalam Missionary of St. Paul |
|
|
|
|
|
|
|
Isa rasul.. bukan "yesus"
unekspekted Post at 23-12-2010 17:18
Asal nama Isa a.s. dalam Hebrew-Aramaic ialah יֵשׁוּעַ Yeshua', iaitu kependekan dari nama Ancient Hebrew יְהוֹשֻׁעַ Yehoshua' (seperti nama nabi Joshua). Penambahan huruf He ה dalam nama dikatakan suatu kemuliaan seperti yang terjadi pada nama Abraham (asalnya Abram) dan juga Sarah (asalnya Sarai).
Kerana Yeshua lahir dalam suasana Helenisasi dari Yunani, sebutan itu juga dikenali sebagai Ἰησοῦς Iesous dalam bahasa Yunani. Dalam Latin ia disebut Iesus yang kemudiannya bahasa-bahasa Eropah lainnya jadikan sebagai Yesus, Jesus, Gesu dsb |
|
|
|
|
|
|
|
rasul? bukankah yesus itu sendiri sudah rasul-mcmana ada rasul2 lain?
sekngucing Post at 23-12-2010 17:13
Dalam agama Kristian, 12 pengikut Yesus digelar para rasul atau 12 para rasul. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 63# arabic_student
Terima kasih sr. Aku memang pernah baca tentang perkara ini. Aku juga pernah baca dari sejarahwan Islam yang awal berkenaan sejarah pembukuan Injil adalah selari dengan tradisi sejarah Kristian...tapi dah lupa sumber berkenaan.
Berdasarkan tafsiran yg sr. bagi, St. Paul dikenali sebagai pengikut Kristian yang baik dan beriman dan bukannya penyeleweng agama Kristian, sebagaimana yang difahami oleh majoriti umat Islam skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply arabic_student
Terima kasih sr. Aku memang pernah baca tentang perkara ini. Aku juga pernah baca dari sejarahwan Islam yang awal berkenaan sejarah pembukuan Injil adalah selari dengan tradisi sejarah Kristian...tapi dah lupa sumber berkenaan.
Berdasarkan tafsiran yg sr. bagi, St. Paul dikenali sebagai pengikut Kristian yang baik dan beriman dan bukannya penyeleweng agama Kristian, sebagaimana yang difahami oleh majoriti umat Islam skrg.
cmf_shalom Post at 23-12-2010 20:50
Itu pendapat golongan Sahabat dan Tabi'in dan mereka lebih dekat dengan Rasulullah saw. Nanti kalau terjumpa sumber tentang pembukuan Injil aku akan kongsikan juga.
St. Paul yang difahami sebagai penyeleweng ajaran Kristian adalah hasil pemikiran pengkaji agama yang dirinya sendiri tak ada agama tapi anehnya idea-idea tu diciplak pendebat-pendebat Islam untuk menyerang Kristian pula. Padahal pemikir2 yang sama itu juga banyak menafikan fakta atau persamaan yang wujud dalam Islam-Kristian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 67# arabic_student
Yup sekali lagi terima kasih. Awal2 dulu...banyak gak aku simpan sumber2 dari sejarahwan Islam yang mula2..tetapi artikel2 berkenaan dah hilang ntah kemana.
Memang diakui..perbezaan agama kristian dengan Islam berlaku..dan sebarang usaha untuk menyatukan perbezaan2 tersebut adalah sangat mustahil. Tetapi aku melihat, penulisan Islam yang awal dilihat lebih mesra Kristian drpd penulisan yang terkemudian.
Malahan aku juga pernah membaca, para ahli tafsir Quran yang mula2 juga tidak percaya bahawa Kitab-Kitab Allah boleh korup, ini termasuklah Injil.
kalau diperhatian secara halus...Yesus boleh dibandingkan dengan Quran. Orang Islam percaya bahawa Quran adalah kalam allah yang eternity dan termaktud dalam surga...kemudian turun kepada manusia dalam bentuk sebuah kitab. Orang Islam dahulu percaya Quran ada dua sifat...bersifat kekal...kerana ia adalah kalam Allah sejak permulaan..bersifat finit kerana ia diturunkan dlam bentuk kitab (kalau silap harap sr. dapat betulkan).
orang Kristian beriman Yesus adalah Friman Allah yang turun kepada manusia dalam bentuk seorang manusia. Juga mempunyai sihat ilahi dan sifat kemanusiaan. Sebagai ilahi...Yesus adalah firman allah sejak infinit dan turun ditengah-tengah manusia sebagai manusia (bersifat kemanusiaan).
Beberapa tahun dahulu, aku pernah bbincang dengan seorang Islam yang aku lihat, berbeza pendiriannya daripada pandangan majoriti org Islam skrg.
Menurut dia, tok guru dia mengajar supaya jangan menghakimi tang mana dalam injil yang korup..tang mana yang betul..sebab tidak tau sebenarnya....Jadi terima lah seadaanya..kalau ada persamaan dalam Injil dengan Quran..maka ia adalah persamaan...kalau ada perbezaan anatar Injil dan Quran...juga terimalah seadanya akan perbezaan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply arabic_student
Memang diakui..perbezaan agama kristian dengan Islam berlaku..dan sebarang usaha untuk menyatukan perbezaan2 tersebut adalah sangat mustahil. Tetapi aku melihat, penulisan Islam yang awal dilihat lebih mesra Kristian drpd penulisan yang terkemudian.
Malahan aku juga pernah membaca, para ahli tafsir Quran yang mula2 juga tidak percaya bahawa Kitab-Kitab Allah boleh korup, ini termasuklah Injil.
Saudara, dalam hal Tahrif atau perubahan kitab-kitab terdahulu pada pendapat golongan Salafussoleh (Sahabat dan Tabi'ien) adalah Tahrif pada maknawi bukannya perubahan pada ayat-ayat tersebut. Sebab itu dalam zaman Rasulullah saw, orang-orang Yahudi dan Kristian dihakimi oleh baginda di Madinah dengan menggunakan Taurat dan Injil!
Dan Kami utuskan Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-Nabi Bani Israel), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.
Dan hendaklah Ahli Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.
Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami tetapkan suatu Syariat dan Manhaj dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Dia hendak menguji kamu dengan apa yang telah disampaikan kepada kamu.
Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (al-Maidah:46-48)
Di sini jelas, Yahudi dan Kristian di zaman Rasulullah saw telah diarah untuk mengikuti kitab masing-masing dan berlumba-lumba membuat kebaikan dan segala perselisihan itu akan diadili sebaiknya oleh Allah swt.
Lihat bukti dari Sahih Bukhari pula,
Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua, "Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”. Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya". Abdullah bin Salam (Pendeta Yahudi) berkata, "Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat". Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang ar-Rajm dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, "Angkat tanganmu". Maka apabila ayat berkenaan ar-Rajm berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati.Ibn Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. (Sahih al-Bukhari)
Dan Islam juga umum mengetahui pada zaman Rasulullah saw, kitab-kitab yang ada pada masa itu adalah sama dengan masa sekarang kerana Konsili Jamnia yang menghimpunkan Perjanjian Lama dan Konsili Nicea yang menghimpunkan Perjanjian Baru telah berlaku terlebih dahulu sebelum Muhammad saw diutuskan.
kalau diperhatian secara halus...Yesus boleh dibandingkan dengan Quran. Orang Islam percaya bahawa Quran adalah kalam allah yang eternity dan termaktud dalam surga...kemudian turun kepada manusia dalam bentuk sebuah kitab. Orang Islam dahulu percaya Quran ada dua sifat...bersifat kekal...kerana ia adalah kalam Allah sejak permulaan..bersifat finit kerana ia diturunkan dlam bentuk kitab (kalau silap harap sr. dapat betulkan).
Betul tu. Kedua Sunni dan Shiah secara ijtima' bahawa al-Qur'an sebagai Kalam Allah adalah bersifat Qadim iaitu kekal dan sediakala dan tiada permulaan kerana Kalam itu dari Allah dan bukannya makhluk.
orang Kristian beriman Yesus adalah Friman Allah yang turun kepada manusia dalam bentuk seorang manusia. Juga mempunyai sihat ilahi dan sifat kemanusiaan. Sebagai ilahi...Yesus adalah firman allah sejak infinit dan turun ditengah-tengah manusia sebagai manusia (bersifat kemanusiaan).
Islam tidak menerima konsep Trinity dalam ajaran Kristian tetapi Islam tetap menerima Isa a.s. sebagai Kalam Allah.
Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa Ibni Maryam itu merupakan seorang Rasul Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam dan merupakan Roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan Tiga. Berhentilah, supaya ia menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (an-Nisa:171)
Dalam hal yang saudara sebutkan sebagai Isa a.s. sebagai Kalam Allah yang infinit seperti sediakala dan mempunyai sifat keilahian, ia merupakan bahagian tasawuf yang sukar difahami orang awam dan wajar tidak dibincangkan tetapi ulama faham akannya kerana asal usul Kristian sendiri adalah dari cabangan mistik di tengah-tengah komuniti Hellenistik yang bersifat duniawi.
Macam manapun, fahaman yang menjuruskan Isa sebagai sama taraf dengan Allah tidak sesuai bagi Islam walaupun adalah difahami, Isa a.s. merupakan Roh dan Kalam dari Allah yang dilahirkan secara mukjizat. Inilah dikatakan perbezaan tetapi untuk bermusuhan hanya kerana perbezaan ini adalah tindakan yang jahil.
Beberapa tahun dahulu, aku pernah bbincang dengan seorang Islam yang aku lihat, berbeza pendiriannya daripada pandangan majoriti org Islam skrg.
Menurut dia, tok guru dia mengajar supaya jangan menghakimi tang mana dalam injil yang korup..tang mana yang betul..sebab tidak tau sebenarnya....Jadi terima lah seadaanya..kalau ada persamaan dalam Injil dengan Quran..maka ia adalah persamaan...kalau ada perbezaan anatar Injil dan Quran...juga terimalah seadanya akan perbezaan tersebut.
cmf_shalom Post at 23-12-2010 21:25
Sebenarnya pandangan majoriti yang dimaksudkan saudara adalah pandangan orang awam yang tidak mempelajari ilmu. Seperti yang diterangkan sebelum ni di thread lain, Islam menyeru umatnya mencari titik persamaan dengan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Kristian walaupun dalam masa yang sama, terdapat perbezaan dan perbezaan ini mesti dida'ikan (diajak) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan qudwah hasanah (teladan yang baik)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiein dan orang-orang Kristian sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Maidah: 69) |
|
|
|
|
|
|
|
Apostles tu memanglah rasul Jesus. Rasul kan maknanya Utusan. Rasul kepada Jesus maknanya mereka2 itu adalah utusan yang mengajarkan ajaran Jesus lah. |
|
|
|
|
|
|
|
terdapat perbezaan dan perbezaan ini mesti dida'ikan (diajak) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan qudwah hasanah (teladan yang baik)
sky taknah nampak yang ini pun di mana2 kita berbicara. tapi terima kasih kat awak sebab awak boleh terima perbezaan dan persamaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama juga, Yesus tidak diangkat menjadi tuhan pada persidangan Nicea. Bishop yang datang bersidang di Nicea hanya mempertahankan perumusan orthodox umat Kristian daripada pengaruh gnostik.
Sky rasa ramai orang dah salah faham kat hal keilahian Jesus tu lah, bila berkaitan dengan Nicean Council. Mereka tak ada pula mengetahui jelas tentang Miaphisitism, Monophisitism, and Dyophisitism. Semua ini adalah aliran-aliran awal berkenaan dengan nature of Christ atau sifat-sifat samawi al-Masih. Nestorianism yang dikatakan berdekatan dengan fahaman orang Islam pun dikirakan sebagai dyophysite iaitu Jesus ada dua identiti manusia dan samawi. |
|
|
|
|
|
|
|
sky taknah nampak yang ini pun di mana2 kita berbicara. tapi terima kasih kat awak sebab awak bo ...
sky_ephemeris Post at 24-12-2010 03:36
senang je Hablum minannas atau hubungan sesama manusia dalam Islam ni, kalau nak dikembangkan agama kita kepada orang lain, kita diseru untuk berdakwah dengan hikmah dan itu melalui kata-kata atau debat yang benar. Kalau tak mampu berhikmah, tunjuk saja teladan yang baik tentang diri, keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruhnya. Kalau tak mampu tunjukkan teladan kerana kekurangan dan kelemahan diri sendiri, maka hormat sajalah dan jangan cari permusuhan. Hidayah atau petunjuk hanya Allah swt yang berikan dan hanya Allah swt yang akan tarikkan.
Kalau setakat untuk menyerang agama lain, menghina dan mencari perbezaan, dan rasa diri sendiri saja yang betul disisi Allah, maka itulah yang dilarang oleh Allah. Sedangkan Allah terlebih dahulu menerangkan dalam al-Maidah:48 bahawa bagi setiap umat ada Syariat dan ada Manhajnya dan kalaulah Dia mahukan satu umat satu agama saja, Dia boleh lakukan tetapi Dia mahu setiap umat berlumba-lumba membuat kebaikan, bukannya berlumba-lumba membuat kerosakan. Dan akhirat nanti, Dialah yang akan mengadili kesemuanya.
Dengan menyerang dan menghina agam lain, ia menampakkan sikap kita seolah-olah kita saja yang akan masuk syurga dan orang lain masuk neraka dan itu sebenarnya dilarang oleh Allah. Pada zaman Rasulullah saw dulu, maaf saya katakan terdapat Ahli Kitab yang bersikap demikian maka Allah melarang sikap ini dan sebab itu ia dirakamkan dalam al-Qur'an
Lihat surah al-Baqarah:111
وَقَالُواْ لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَن كَانَ هُوداً أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Dan mereka berkata: "Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang Yahudi atau Kristian". Demikian itu adalah angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar".
Ayat ke-112 pula,
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) Bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka dan tidaklah mereka berdukacita.
Ayat di atas ini menerangkan bukan sahaja Yahudi, atau bukan sahaja Kristian, tetapi siapa sahaja yang menyerah diri kepada Allah dan berbuat kebajikan. Sama seperti suruhan yang dikatakan dalam surah2 yang dibentangkan sebelum ini.
Pengakhiran ayat 112 tersebut adalah sama seperti pengakhiran ayat al-Maidah:69 iaitu لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ yang mengatakan mana-mana orang Beriman dari kalangan Muslim, mana-mana Yahudi, Kristian, Sabiien sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Lihat pula ayat seterusnya iaitu ayat ke-113,
وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَى عَلَىَ شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَى لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَى شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ كَذَلِكَ قَالَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْ فَاللّهُ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Kristian itu tidak mempunyai suatu pegangan", dan orang-orang Kristian berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan," padahal mereka (sama-sama) membaca al-Kitab. Demikian pula orang-orang yang tidak berilmu, (mereka) mengatakan seperti ucapan mereka itu. Maka Allah akan mengadili di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa-apa yang mereka berselisih padanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kalau orang Islam menquote ayat ini, mereka akan tekankan sikap Yahudi dan Kristian di atas tetapi mereka tertinggal atau sengaja meninggalkan ayat yang saya merah dan boldkan itu. Demikian pula orang-orang yang tidak berilmu, (mereka) mengatakan seperti ucapan mereka itu.. Ayat ini melarang kita mengikuti sikap self-righteousness atau rasa diri sendiri yang betul sedangkan Allah swt sudah katakan semuanya berlumba-lumbalah melakukan kebaikan kepada-Nya dan semuanya akan DIADILI dengan sebaiknya.
Orang-orang Yahudi dan Kristian pada zaman Rasulullah saw itu telahpun berlalu, dan sekarang ini di mana-manapun kita akan jumpa orang-orang yang tidak berilmu yang mengikut atau menyerupai sikap self-righteous dan suka mencari perbezaan sedemikian. Perkataan يَخْتَلِفُونَ tersebut secara harafiahnya bererti mencari khilaf atau perselisihan/perbezaan/. Maka Allah akan mengadili di antara kita semua tentang apa yang kita sengaja perselisihkan.
Banyak perbezaan yang kita cari, maka banyaklah pengadilan yang Allah akan laksanakan di sana. Padahal jikalau kita muhasabah balik apa yang kita baca 17 kali sehari semalam iaitu surah al-Fatihah, kita merendahkan diri dengan menyeru Allah dengan nama مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ Penguasa Hari Pengadilan agar kita ditunjukkan الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ iaitu صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ Sirat bagi mereka yang dikurniakan Nikmat, bukannya mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat.
Apa yang selalu diterjemahkan ialah jalan yang lurus tetapi jikalau dihubungkaitkan dengan Hari Pengadilan dari ayat yang sebelumnya, ia menggambarkan Titian Siratal Mustaqim yang selalu Ulama bicarakan semasa Hari Akhirat kelak.
Di akhirat kelak, orang yang dapat melepasi Titian Sirat itu adalah sudah tentu yang dikurniakan Nikmat, bukannya yang dimurkai dan bukannya yang sesat. Kalau kita di dunia banyak mencari khilaf (sedangkan Khilaf itu Rahmat) sehingga menuntut banyak pengadilan oleh Allah, adakah itu dikatakan Nikmat? Ulama kata makin lama pengadilan di Padang Mahsyar, maknanya banyak lah yang tersangkut. Mahkamah di dunia pun kita sudah khuatir, apatah lagi Mahkamah Allah di Akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 60# cmf_shalom
Saya nak sambung sedikit berkenaan isu pemilihan Injil
Apabile menentukan Injil yang mana ori dan yang mana tidak, org Kristian menggunakan dua prinsip yang paling asas.
Prinsip yang pertama injil tersebut mesti lah sama ada ditulis sendiri oleh Para Rasul seperti Injil Matius dan Injil Yohanes atau atas arahan dan pemantauan Para Rasul seperti Injil Markus dan Injil Lukas. Ini bermakna Injil tersebut mesti ditulis pada zaman Para Rasul.
Injil kanonik (Matius, Markus, Lukas dan Yohanes) semuanya ditulis sebelum 100AD. Selain daripada itu, kesemua injil yang lain ditolak. Injil yang ditolak ini dikenali sebagai apocrypha.
Mana-mana injil yang ditulis selepas zaman Para Rasul secara sendirinya akan tertolak. Banyak injil yang didakwa ditulis atas nama Para Rasul sepertti Injil St. Peter, Injil Thomas, Injil Barnabas etc etc etc..TETAPI apa yang jelas...kesemua Injil tersebut dikarang selepas zaman Para Rasul.
Prinsip kedua adalah bersifat universal.Inijil kanonik juga diterima secara universal oleh umat Kristian dan bukannya dipegang oleh kelompok tertentu. Semuanya umat kristian, sama ada yang mainstream atau yang menyimpang mengaku sah Injil kanonik. Cuma golongan menyeleweng ini akan memiliki injil extra sebagai tambahan. Arius sendiri ketika berdebat, juga menerima pakai Injil kanonik..cuba tafsiran beliau sahaja tidak sama dengan pegangan orthodox umat Kristian.
Andaian yang selalu dilemparkan adalah injil apocrypha l yang ditolak ini menulis bahawa Yesus hanyalah seorang nabi dan tidak mati disalib. Andaian ini merupakan kesilapan yang sangat besar.
Mari kita melihat 1 contoh.
The Teaching of Silvanus (ditulis sekitar 150 AD):
"Know who Christ is, and acquire him as a friend, for this is the friend who is faithful. He is God and teacher. This one, being God became man for your sake."
Gospel of Peter (ditulis sekitar 190 AD):
And in the night in which the Lord's day was drawing on, as the soldiers kept guard two by two in a watch, there was a great voice in the heaven; and they saw the heavens opened, and two men descend from thence with great light and approach the tomb. And that stone which was put at the door rolled of itself and made way in part; and the tomb was opened, and both the young men entered in.When therefore those soldiers saw it, they awakened the centurion and the elders; for they too were hard by keeping guard. And, as they declared what things they had seen, again they see three men come forth from the tomb, and two of them supporting one, and a cross following them: and of the two the head reached unto the heaven, but the head of him that was led by them overpassed the heavens. And they heard a voice from the heavens, saying, Thou hast preached to them that sleep. And a response was heard from the cross, Yea." |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bermakna Injil tersebut mesti ditulis pada zaman Para Rasul.
and.. those 4 canonic gospels also written AFTER the time of Jesus.. takde lagi injil asal dlm bahase aramaic semasa Council of Nicea |
|
|
|
|
|
|
|
and.. those 4 canonic gospels also written AFTER the time of Jesus.. takde lagi injil asal dlm b ...
unekspekted Post at 24-12-2010 10:05
Memang betul..kesemua injil kanonik ditulis selepas Yesus, TETAPI ia ditulis pada zaman Para Rasul. Kesemua Injil ditulis dlm bahasa Greek kecuali Matius yang bersekali dalam bahasa aramaic.
Pada zaman Yesus, bahasa Greek adalah lingua franca..sama fungsi bahasa english skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 24-12-2010 10:13
Reply 77# unekspekted
gospel2 ni ada dimention dalam bible skrng, tapi ke mana perginya gospel2 ini? pun kene delete jugak ke? sape yang delete? kenapa delete? adalah gospel2 ini hanya TER-MENTION shaja?
The Annals of King David
1 Chronicles 27:24 Joab son of Zeruiah began to count the men but did not finish. Wrath came on Israel on account of this numbering, and the number was not entered in the book of the annals of King David
ke mana perginya?
Acts of Solomon
1 Kings 11:41 And the rest of the acts of Solomon, and all that he did, and his wisdom, are they not written in the book of the acts of Solomon?
ke mana perginya?
Book of the Wars of the Lord
Numbers 21:14 Wherefore it is said in the book of the wars of the Lord, What he did in the Red sea, and in the brooks of Arnon,
teringat plak citer Supernatural...GOSPEL OF WINCHESTERS.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul..kesemua injil kanonik ditulis selepas Yesus, TETAPI ia ditulis pada zaman Para Ras ...
cmf_shalom Post at 24-12-2010 10:10
'zaman rasul' mengikut pentafsiran Islam.. zaman nabi Isa... SAHAJA.. then baru Muhammad..
Tiada nabi selepas Isa
and.. 'rasul' mengikut tafsiran kristian bukan 'rasul' dalam Islam |
|
|
|
|
|
|
| |
|