CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
Post time 11-6-2003 03:50 PM | Show all posts
Itu putar alam golongan yang menyokong pembantaian Ahlul Bait. ... tak mampu nak tolak hujah, maka cari lah alasan konon nya dia ni murid Tok Sheikh Syiah itu ini.... tapi tak kata pulak mereka tu bukan anak murid Tok Syeikh SWJ... perkara pokok iaitu hujah tak nak pulak dinagikan kebenaran.... dunia dunia... memang banyak dugaan di dalam nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2003 04:58 PM | Show all posts
Tak mampu nak tolak hujah? ish ish ish tu dah mula nak syok sendiri lah tu Hujah Syiah anda dah kena tolak lama dah weh cuma ada orang yang tak mahu dengar je   
Kita tengah tulis ni. Hujah-hujah dan soalan-soalan bill tu bukannya tak ada jawapan. ASWJ dah jawab lama dah cuma anda sahaja yang tak mahu mencarinya... ish ish ish

Saya nak ulang bagitau kat anda, kalau anda dan kawan-kawan anda dari awal lagi menulis dengan rujukan dari kitab Syiah sendiri, saya tak ada masalah... lantaklah nak tulis bab apa pun. Tapi bila saya tengok bill cuba nak guna rujukan ASWJ untuk membuktikan ASWJ salah Syiah betul (macam geng-geng syiah Arab di Teluk dalam forum-forum internet mereka), nampaknya saya kena jawab kekeliruan itu, biar semua orang jelas. Antara caranya, posting kat atas tu. Biar semua orang tahu bahawa kitab-kitab tu pengarangnya sebenarnya Syiah, bukan ASWJ. Seterusnya, yang bill sebut tu saya check sebab semua buku tu buku Arab dan boleh didapati dengan mudah. Betul ke ulama' ASWJ kata macam tu atau macam mana. Yang betul saya akan kata betul, yang salah kenalah kata salah.

Jadi, wahai lax, hujah Syiah anda tu sebenarnya bukan tak boleh dijawab. Cuma masa je... kalau anda masih lagi berminat, tunggulah!

Wassalam.
Reply

Use magic Report

dad22alis This user has been deleted
Post time 12-6-2003 10:56 AM | Show all posts
salam
1 siapakah ulm kulthum yang berkahwin dgn umar

sekadar perspektif umur

berapa umur umar(orang berumur) ketika itu
berapa umur umn kulthum(anak kecil) ketika itu
berapa umur imam ali(org muda) ketika itu

adakah yg kahwin dgn umar tu umn kulthum anak abu bakar.....

2 adakah mungkin seseorang tu masa dia tulis buku dia berfahaman a kemudian selepas itu dia berfahaman b

3  rasanya baik kita balik ke soalan fundemental....too much of negative.... aura....ada baiknya klau ab citer pasal tauhid...kenabian...keadilan illahi...etc...especially dalam masa umat kerkecamuk...dan ramai tak memahami islam...i believe many are willing to read.....

4  jelas sekarang pertembungan 2 kuasa....jahat dan baik...iran dah dikepung....utara/selatan/barat /timur....oleh us dan negara2 pencinta dan belasahan nya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 12:54 PM | Show all posts
salam

1- tidak menghairankan sekiranya mereka dituduh syiah. lihatlah, perkataan "cenderung kepada syiah" "ada sedikit tasyayu",   sering dilemparkan kepada orang2 yg berlainan pendapat dengan majoriti ASWJ. Malah ada di antara mereka yg dibunuh kerana condong kepada Syiah seperti al-Kanji Syafie. (ciri2 muawiyyahisme yg membunuh para pecinta imam Ali a.s). Tabari pun dituduh Syiah kerana meriwayatkan hadis2 kelebihan Imam Ali a.s.  Memang telah menjadi dasar pengikut Muawiyyah, barangsiapa yg memuji2 Imam Ali a.s lebih dari biasa akan dituduh Syiah atau cenderung kepada Syiah. Cuba lihat, mereka yg dituduh Syiah itu terang2an memakai label Hanafi atau Syafii. Sekiranya mereka memang Syiah, orang tidak akan menggelarkan mereka dengan itu. Dan ulamak Syiah tidak akan menamakan mereka sebagai ASWJ dengan pasti. Ibnu abil Hadid juga dikatakan Syiah kerana cenderung menyokong Imam Ali a.s. Formulanya mudah, "jangan memuji dan melebihkan Imam Ali a.s dari sahabat lain terutama para khalifah, atau anda dituduh rafidhi atau Syiah". Namun, memang telah menjadi resam, penyokong Imam Ali a.s di zaman manapun ia berada tidak akan pernah terlepas dari pengikut2 Muawiyyah.

Nahzalus: Manhaj kami ialah kami melihat kes fadak adalah kes ijtihad. Kami mengatakan bahawa Abu Bakar benar di dalam kes ini kerana hadis sahih tersebut, bukan kerana ayat Tathir, bukan kerana ayat Mubahalah. Ini kes harta pusaka Nabi! ... tetapi Syiah memutar-mutar isu dan akhirnya akan balik kepada ayat-ayat ini kerana mereka merasakan dengan ayat ini sahaja maka akan terbatallah segala hujah ASWJ. Sebab itu saya kata, percanggahan ini sebenarnya berbalik kepada point maksum yang difahami oleh Syiah berasaskan ayat al-Tathir


2- manhaj ASWJ dalam menyokong Abu Bakar atau musuh2 dan perampas hak2 Ahlul Bait a.s  tidaklah menghairankan, dan kami pula menyokong Ahlul Bait a.s juga tidaklah menghairankan. Bukankah kita akan selamanya akan dikenali mengikut siapa yg kita cintai?

kata2 anda bahawa ia adalah masalah ijtihad, maka kami menyokong ijtihad Ahlul Bait a.s yg disucikan Allah sesuci2nya, dan juga kembar al-Quran. Mengapa perlu kami mengikuti orang yg belum tentu suci, dan pernah menyembah berhala selama 40 tahun semata2 meriwayatkan sebuah hadis yg bertentangan dengan ayat suci al-Quran?

ijtihad siapa yg anda hendak ikut nahzalus? Ahlul bait a.s yg tidak pernah berpisah dari al-Quran kah, atau orang selain mereka?

Apakah anda fikir hadis akan bertentangan dengan al-Quran? Apakah anda fikir yg Ahlul Bait a.s tidak mengenal Quran sedangkan kedua2nya tidak akan pernah berpisah sehingga kembali bertemu Junjungan Rasulullah saaw di haudh! Apakah anda fikir Ahlul Bait a.s tidak mengetahui hadis Nabi saaw? Tidakkah anda baca hujjah2 Sayyidatinnisaafil jannah (sayyidah Fathimah a.s) yg menggunakan ayat2 al-Quran ketika berhadapan dengan khalifah pertama? Apakah anda fikir, hadis dapat membatalkan al-Quran?

Dan sikap ASWJ dalam mengutamakan hadis dari al-Quran tidaklah menghairankan, kerana itulah ASWJ tidak dikenali sebagai ASWQ (Ahlus sunnah wal quran!)

Orang2 seperti anda yg berterusan menyokong perampasan Ahlul Bait a.s adalah orang2 yg tidak malu mengaku sebagai "Kamilah pecinta Ahlul bait a.s setia!!"

Selepas kewafatan Rasulullah saaw, dua bekal yg wajib kita ikuti agar kita terus berada di atas jalan kebenaran ialah Kitabullah dan Ahlul Bait a.s. Atas dasar apakah, ASWJ berpaling daripada wasiat ini, lalu memilih utk menyokong Abu Bakar dan menyokong bersungguh2 perampasan hak2 Ahlul Bait a.s? Apakah Menyokong Abu Bakar dan meninggalkan Ahlul Bait a.s pendapat kalian sendirikah atau pendapat Rasulullah saaw?

-mengapa Abu bakar menerima kesaksian secara individual oleh jabir tetapi menolak kesaksian Ahlul bait a.s dan Ummu Aiman? Smell fishy right?

Allah menjadi saksi, dalam kes Abu bakar dan Ahlul Bait a.s, kami berdiri teguh di belakang Ahlul Bait a.s kerana kami berpegang kepada wasiat Rasulullah saaw   "Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara yg amat berharga, yang pertama adalah kitab Allah, yang merupakan tali Allah. Barangsiapa yang mengikutinya, maka dia berada di atas petunjuk, dan barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia berada di atas kesesatan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 01:04 PM | Show all posts

untuk kali ke 3

kepada para penyokong perampasan hak Ahlul Bait a.s

Sekali lagi:
Wahai Nahzalus, Mat Kampong, dan musuh2 mazhab Ahlul bait a.s dan para penyokongnya sekalian; wahai penyokong dirampasnya Fadak dari Puteri Nabi saaw pemuka wanita Syurga a.s; dengan kisah Fadak ini, jelaslah kepada kita semua siapa yg menyokong Sayyidah Fathimah a.s dalam menuntut haknya dan siapa pula yg menyokong musuh2 Sayyidah Fathimah a.s.

dan soalan untuk anda semua wahai pencinta dan penyokong Muawiyyah, dan perampas Fadak:

1- Apakah pada pendapat anda, Sayyidah Fathimah a.s telah tersalah apabila menuntut haknya? Apakah anda mengatakan bahawa Sayyidah Fathimah a.s telah tersalah dan terkeliru apabila Allah melalui firmannya telah menyucikan beliau sesuci2nya? sekiranya beliau tidak bersalah, maka siapa yg bersalah?

2-Sekiranya benar para nabi tidak mewarisi diwarisi, lalu mengapa Sayyidah Fathimah menuntut haknya? sehinggakan ulamak anda sendiri menulis bahawa Fadak telah diserahkan oleh Rasulullah saaw kepada puterinya fathimah a.s apabila turun ayat "Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yg dekat akan haknya..." (17:26), Nabi (saaw) memanggil Fathimah (as) dan memberikan fadak kepadanya" (Sayuti, durr al-mantsur, IV, hlm.177; Ibnu hajar al-Haithami, majma' az-Zawaid, VII; Muttaqi hindi, dalam al-Kanzul ummal, III, hlm.439; al-Alusi, Ruhul maani, XV, hlm.62)

3-Apakah anda berfikiran yang Sayyidah Fathimah a.s dan Ahlul Bait a.s akan menentang pendapat Rasulullah saaw bapanya sendiri? Dengan menolak hadis "Kami para nabi tidak mewariskan" yg diriwayatkan oleh Abu Bakar, bukankah ini bermakna Sayyidah Fathimah a.s telah menolak hadis tersebut, dan ini menunjukkan bahawa Sayyidah fathimah a.s, Imam Ali a.s menolak hadis tersebut sebagai bersumber daripada Nabi saaw. Kerana itu Sayyidah Fathimah a.s mengatakan:

"Apakah hukum jahiliyyah yg mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yg lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang2 yg yakin?" (5:50)

Mustahil sayyidatina Fathimah a.s , Imam Ali a.s, Ummu Aiman r.a masih terus membangkang sekiranya mereka menganggap hadis riwayat abu Bakar itu benar!

4- apakah kesaksian Sayyidah Fathimah a.s tidak bernilai apa2 di mata anda dan para penyokong anda? Apakah kesaksian Amirul Mukminin Ali ibni Abi Thalib a.s dan juga Ummu Aiman Tidak bernilai apa2 pada pandangan mata Abu bakar?

"...Abu Bakar meminta fathimah mengajukan saksi tentang pemberian itu. Kerananya Imam Ali (a.s) dan Ummu Aiman memberikan kesaksian kepad Fathimah. Tetapi bukti itu tidak dipandang oleh Abu Bakar, dan tuntutan Fathimah a.s ditolak."

(al-Mustadrak, IV, hlm.63; Tabari, Jil.III, al-Istiab, Jil.IV; Usd al-Ghabah, JilV. Baca juga Baladzuri catatan mengenai pertikaian Fadak ini)

kini, pada hari ini, anda Mat Kampong, Nahzalus, dan para pengikut serta pecinta anda turut sama menolak hujjah2 sayyidatina Fathimah a.s dan Imam Ali a.s, sebagai Ahlul Bait a.s yg disucikan Allah sesuci2nya!

Dengan jujur, dan ikhlas, cuba lihat yg ini pula dan bandingkan:
Khuzaimah bin Tsabit al-Ansariy dianggap dalam Islam mempunyai dua kesaksian, kerana peribadinya yg tidak meragukan sehinggakan Nabi saaw memberikan penghormatan dengan panggilan kepadanya sebagai Dzush Syahadatain (yg kesaksiannya bernilai dua orang)

(Bukhari, IV, VI; Abu Dawud, Jil.3, hlm.308; Nasai, VII, hlm.302; Ahmad Ibnu Hanbal, Musnad, V; Istiab II; Usd al-Ghabah, Jil.2; al-Isabah, Jil. I; a;-Musannaf oleh ash-Shan'ani, VIII)

Abu Bakar memperkenankan Kesaksian seorang sahabat
"Diriwayatkan dari jabir Ibn Abdillah Ansari bahawa Rasulullah (saaw) telah berkata bahawa bilamana rampasan perang dari bahrain telah tiba maka baginda akan memberikan kepadanya (Jabir) ini dan itu dari harta itu. Ketika harta itu tiba, di masa Abu Bakar, ia pergi kepadanya dan Abu Bakar memaklumkan bahawa barangsiapa yang mempunyai tuntutan atas Rasulullah (saaw)atau kepada siapa beliau telah menjanjikan , hendaklah dia datang mengajukan tuntutannya. Maka saya pun pergi kepadanya dan mengatakan kepadanya bahawa Nabi saaw telah menjanjikan kepada saya anu dan anu dari harta rampasan perang dari Bahrain, yang atasnya, dia (Abu Bakar) memberikan kepada saya semua itu."

(al-Bukhari, Sahih, Jil.3, hlm.119-209, 236; jil.4, hlm.110; Jil.5, hlm.218; Muslim, Sahih, Jil VII, hlm.75-76; at-Tirmidzi, Jil.5, hlm.129; Ahmad Ibnu Hanbal, Musnad, Jil.3, hlm.307-308; Ibnu Saad, at-Thabaqat al-Kubra, Jil.2, bhg.2)

Sehinggakan para ulamak ASWJ seperti Ibnu Hajar Asqalani, dan Badruddin Mahmud ibnu Ahmad al-'Aini al-Hanafi menulis:

"Hadis ini mengantarkan kepada kesimpulan bahawa bukti oleh seorang sahabat sahabat Nabi (saaw) saja pun dapat diterima sebagai bukti yg penuh, walaupun demi untuk keuntungan dirinya sendiri, kerana Abu Bakar tidak meminta Jabir mengemukakan saksiuntuk membuktikan tuntutannya. (Fathul Bari syarah sahih Bukhari, Jil.V; Umdatul Qari fi Syarah Sahih Bukhari, XII, hlm.121)

Jawablah dengan ikhlas demi Allah! siapa yg double standard dalam penghakiman kes Fadak? Mengapa Abu Bakar menolak hujjah2 wanita terkemuka dunia? terkemuka di Akhirat? menolak hujjah saudara RasulNya? Menolak hujjah Imam Ali a.s? Sekiranya Khuzaimah dianggap peribadi yg terpercaya, apakah Imam Ali a.s sebagai seorang Ahlul Bait a.s kurang daripada itu?

Demi Allah! Ahlul Bait a.s adalah suci dari pengaruh duniawi. Masalah Fadak bukan masalah perebutan harta, tetapi anda harus melihatnya sebagai pembelaan hak orang2 yg dizalimi dan dianiaya. Hairan sekelompok manusia seperti Nahzalus, Mat Kampong dan konco2nya bermatian mencari kesalahan tuntutan Fadak. Yg menghairankan mengapa justeru orang yg menuntut haknya dipersalahkan sebaliknya orang yg merampas disokong!

Sesungguhnya sayyidah fathimah a.s adalah pembela Islam dan ummah. Betapa beliau tahu, pada hari pertama terampasnya hak rakyat teraniaya, maka sudah tentu akan bermunculan perampasan2 yg sama ke atas orang2 yg tidak berdaya. Sekiranya hak keluarga Rasulullah saaw turut dirampas, apakah anda fikir hak2 orang2 yg selain itu boleh terselamat? Ataupun benar seperti kata guru kepada Ibnu Abil Hadid: Sheikh Jaafar Iskafi mengatakan Sekiranya abu Bakar membenarkan tuntutan Fadak diberikan kembali kepada Fathimah a.s, bermakna Fathimah a.s adalah benar dan abu Bakartidak dapat pula menolak kebnaran Fathimah a.s sekiranya beliau menuntut jawatan khalifah buat suaminya pula.

sekali lagi wahai penyokong perampasan hak Sayyidatina Fathimah a.s : Jawablah dengan ikhlas demi Allah! siapa yg double standard dalam penghakiman kes Fadak? Mengapa Abu Bakar menolak hujjah2 wanita terkemuka dunia? terkemuka di Akhirat? menolak hujjah saudara RasulNya? Menolak hujjah Imam Ali a.s? tetap[i menerima kesaksian jabir? Sekiranya Khuzaimah dianggap peribadi yg terpercaya, apakah Imam Ali a.s, sayyidatina Fathimah a.s dari Ahlul Bait a.s adalah lebih rendah dan kurang daripada itu (kesaksian Khuzaimah)?

p/s: Nahzalus kerana begitu bersungguh2 menyokong perampasan fadak, memilih utk bersama Abu bakar dan meninggalkan Ahlul Bait a.s dengan ini menunjukkan bahawa Ahlul Bait a.s di bahagian yg salah dan Abu bakar benar. (sedangkan Rasulullah saaw memerintahkan kita mengikuti Ahlul Bait a.s selepas kewafatan baginda saaw)
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 01:11 PM | Show all posts
Salamun alaykum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu,
Bismihi Ta'ala.

1)Hujah manhaj ASWJ dalam menilai kebenaran
Kepada saudara Nahzaluz,saya memperingatkan anda atas hujah kebenaran,anda sendiri mengakui bahawa Syiah adalah golongan yang berpihak kepada Al-Quran

Ketika anda mengatakan:

Nahzalulz:Manhaj kami ialah kami melihat kes fadak adalah kes ijtihad. Kami mengatakan bahawa Abu Bakar benar di dalam kes ini kerana hadis sahih tersebut, bukan kerana ayat Tathir, bukan kerana ayat Mubahalah. Ini kes harta pusaka Nabi! ... tetapi Syiah memutar-mutar isu dan akhirnya akan balik kepada ayat-ayat ini kerana mereka merasakan dengan ayat ini sahaja maka akan terbatallah segala hujah ASWJ. Sebab itu saya kata, percanggahan ini sebenarnya berbalik kepada point maksum yang difahami oleh Syiah berasaskan ayat al-Tathir.


Irfani:pertamanya sebagai seorang yang mukhlis didalam mencari kebenaran anda seharusnya berpihak kepada Al-Quran.Janganlah anda memperbesarkan ijtihad makhluk dengan mengambaikan atau memperkecilkan Hujah Khaliq!Apakah anda tidak mengetahui

1)hadis yang tidak selari dengan ayat Al-Quran adalah hadis yang palsu
2)Apakah anda merasakan Bahawa seorang yang Allah SWT sucikan dan bahagian Rasulullah Saaw iaitu Fatimah as tidak memahami maksud hadis itu?
2)Dan apakah anda masih tidak jelas bahawa Allah SWT telah melebihkan Ahlul Bayt as berbanding umat?

Namun berdasarkan manhaj ASWJ yang anda berikan anda mengatakan,ijtihad itu lebih benar dari nas.Saya tanyakan berdasarkan hujah-hujah istifta'(pilihan terhadap itrah ahlul Bayt as) sungguh pun dalam kes ijtihad sahabat  yang Bill nyatakan.Iaitu dakwaan sahabat Rasulullah Saaw  diterima bulat2 oleh Abu Bakar tanpa sebarang pengkajian terhadap kebenaran yang di dakwaanya itu,maka dimanakah anda meletakkan dakwaan dan ijtihad  Ahlul Bayt as..?Apakah anda fikir Fatimah as tidak mempunyai dalil haq dalam menuntut haknya itu..kerana pada pandangan kami,kedudukan Fatimah as yang haq itu sudah menjawab isu Fadak tersebut tanpa melihat dalil-dalil yang dibawa oleh Fatimah as,sungguh apakah anda masih belum faham kedudukan Fatimah disisi Nabi Saaw?anda wahai nahzalulz janganlah cepat mengatakan kes fadak ini berpihak kepada Abu Bakar kerana sungguhpun anda bukan macam kami(yang menyebelahi Fatimah as)

1) anda belum lagi melihat Hujah Fatimah as,Imam Ali as dan Ahlul Bayt as...mengenai Fadak
2) Allah mewariskan tidak pernah mewariskan Al-Kitab dan Hikmah kepada Abu Bakr tetapi mewariskan Alkitab dan Alhikamah kepada Al-Itrah At-Tihirah(itrah Ahlul Bayt as).

Ataukah mereka dengki kepada (sebahagian) manusia
(Muhammad dan keluarganya) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepada
mereka itu? Sesungguhnya Kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada
keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya mulkan aziman
(al-Nisa: 54)

FirmanNya mengenai al-Istifa'(pilihan kepada Ahlul Bayt):
" Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa
dari kamu wahai Ahlul Bayt, dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya
." [al-Ahzab 33:33]
Kelebihan ini tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun.
Kerana ianya adalah kelebihan yang jelas."
Ketiga:
" Manakala Allah membezakan al-Tahirin [orang yang disucikan]
daripada makhlukNya, maka Dia memerintahkan NabiNya bermubahalah.
Dia berfirman: " Maka katakanlah [kepadanya] kita memanggil anak-anak kami
dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami
dan wanita-wanita kamu "diri kami" dan diri kamu,
kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta  supaya
laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta
."[Ali-Imran 3:61]
Maka Nabi SAWA telah menjadikan Ali, Hasan, Husayn dan Fatimah AS
sebagai pertaruhan. Dia telah mengiringi diri mereka dengan dirinya [Nabi SAWA


Mengenai Fadak pula..
" Firman Allah Azza Wa Jalla:" Dan berikanlah kepada keluarganya yang dekat akan haknya." [Surah al-Isra' 17:26]. Satu keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT bahawa Dia telah memilih mereka untuk ummah. Manakala ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAWA beliau telah bersabda:" Jemputlah Fatimah kepadaku," maka ia datang, lalu dia bersabda:" Wahai Fatimah!' Fatimah menjawab:" Labbai-ka wahai Rasulullah. Maka beliau bersabda:" Ini adalah Fadak yang tidak dikerahkan seekor kuda dan seekor unta pun [bagi mendapatkannya], ianya adalah untukku sahaja bukan untuk orang lain. Dan sesungguhnya aku jadikannya untukmu manakala Allah memerintahku berbuat demikian. Maka ambillah untukmu dan anak-anakmu."

Maka mengapakah Abu Bakar ingin mengambil sesuatu yang telah Raslullah Saaw berikan kepada Fatimah as?Bukankah ia telah menjadi hak Fatimah as?Lihatlah bagaimana Allah SWT juga mengatakan bahawa ia adalh hak Fatimah atas pemberian Raslullah Saaw apabila Al-Quran menatakan:

Dan berikanlah kepada keluarganya yang dekat akan haknya." [Surah al-Isra' 17:26].


2)Fadak adalah Hak Fatimah as,dari Allah dan Rasul-Nya
3)beliau as juga menjelaskan kemilikanya terhadap fadak yang dirampas

kerana itu kami mempersoalkan
1)kenapa anda melebih2kan ijtihad Abu Bakr terhadap hadis Rasulullah Saaw itu yang masih kabur dalam penilian dan penafsiran Abu Bakar(bukan khalifah yang mewarisi Ilmu Rasulullah Saaw) kerana
Rasulullah SAWA bersabda:" Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya maka sesiapa yang ingin ke kota itu, maka hendaklah ia memasukinya melalui pintunya."
?
1.1)oleh itu kami mempersoalkan kenapakah Abu Bakr tidak bertanya kepada Imam Ali as?dan bukankah umar sendiri mengatakan jikalah tiada Ali as binasalah umar.Oh!betapa anda kurang berfikir?apakah anda mengatakan bahwa Ali as tidak mempunyai dalil mengapakah Ahlul Bayt sekelian menuntut hak mereka?perkataan 'hak' itu sendiri sudah menjelaskan ia bukanlah milik sesiapa melainkan tuanya?dan bukankah Allah SWT dan Rasulullah telah menuan tanah Fadak tersebut kepada Fatimah as atas perintah Allah!


2)kenapakah anda menjauhi fatimah as dan dalil-dalil Al-Itrah At-Tahirah?apakah disebabkan kerana Abu Bakar adalah kahlifah dimasa itu..?Ah!anda sendiri sudah mengatahui bahwa Ahlul bayt dan syiah mereka menentang kekhalifahan Abu Bakr?Anda menafikan?diamanakah anda meletakkan hujah2 istifta'(pilihan) terhadap itrah at-tahirah yang diperlihatkan di depan mata anda?dan apakah anda membutakan penganiyaan kepada Ahlul Bayt setelah kewafatan Raslullah Saaw.

Anda dan sahabat seperjuangan anda mengatakan bahawa Imam Ali as,Ahlul Bayt as dan syiah mereka memberi baiyah kepada Abu Bakr..anda ini kurang memhami keadaan dan logiknya suausana ketika itu dan anda pula tidak adil dalam melihat sejarah Ahlul Bayt as,kerana

1)umat semua sudah memberi baiah kepada Abu Bakr dan mengancam keselamatan Ahlul Bayt ketika itu(rujuk sejarah) dan sehinggalah Imam yang ke-12,Imam Muhammad Al-Mahdi oleh itu janganlah anda salahkan Allah SWT yang telah menghaibkan beliau as(naudzubillah) dan salahkanlah datuk dan nenek Imam-Imam anda yang zalim itu atau yang meredhai tindakan mereka.Allah memelihara Imam Mahdi dan menzahirkanya apabila,orang2 seperti anda(yang membela kezaliman) telah tidak lagi berkuasa di muka bumi Allah ini.Mengapa saya berkata begitu?kerana anda tidak melatakkan Ahlul Bayt as di tempatnya sekaligus tidak meletakan Al-Quran di temapatnya iaitu sebagai 'Penunjuk kebenaran'.Anda telah meredhai perampasan hak ulul amri dari tangan mereka yang dipilih oleh Allah SWT.Suatu yang besar(politik,imamah) dan disusuli yang kecil(ekonomi,fadak)...sungguh bijak&zalim!bukalah mata anda wahai orang yang boleh melihat...

Ataukah mereka dengki kepada (sebahagian) manusia
(Muhammad dan keluarganya) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepada
mereka itu? Sesungguhnya Kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada
keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya mulkan aziman

(al-Nisa: 54)

:re:benarlah kata-kata laxamana terhadap anda itu dan golongan yang berpendirian anda itu wahai nahzaluz,cuma anda yang tidak berfikir..

wassalam.

[ Last edited by irfani on 12-6-2003 at 01:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2003 02:06 PM | Show all posts
Assalamualikum

bill,

Nampaknya untuk kali ketiga anda mengulangi soalan itu dan anda menyangkakan bahawa soalan itu tidak akan dapat dijawab. Kalaulah anda boleh berbahasa Arab, sudah lama saya copypastekan kepada anda jawapan ulama' ASWJ di dalam kitab mereka, tetapi apakan daya, saya kena terjemahkannya dahulu untuk dipersembahkan kepada anda. Tidak terus menjawab selepas 2, 3 hari bukannya tidak mahu menjawab atau tidak boleh menjawab. Jadi, cukuplah. Jangan diulang lagi, nanti ia akan menampakkan satu ciri dari ciri-ciri kebodohan anda!.

Keduanya, nampaknya anda begitu yakin dan percaya bahawa ayat al-Tathir dan Hadis al-Thaqalain merupakan 2 hujah yang membuktikan bahawa anda berada di pihak yang benar. Anda merasakan bahawa dengan 2 perkara itu, sudah cukup untuk membuatkan ASWJ termanggu-manggu tak boleh menjawab. Saya ada jawapannya untuk anda dan geng Syiah anda, yang dikutip dari pendapat ulama'-ulama' kami. Anda jangan bimbang, saya akan menjawabnya!

Ketiganya, berkenaan dgn ulama' yang saya nyatakan itu, rujukan yang saya sertakan itu adalah rujukan Syiah wahai bill weh, bukannya rujukan ASWJ. Ulama' anda yang mengarang kitab berkenaan ulama' Syiah dan buku-buku karangan mereka memasukkan kesemua ulama' yang saya sebutkan itu kedalam senarai pengarang bermazhab Syiah. Anda seorang Syiah, so cari buku Syiah tu, lepas tu check. Kalau anda ambil sumber dari laman web Syiah, mereka memang sebut Ibn Abi al-Hadid, al-Qanzuri al-Hanafi dan al-Kanji al-Syafie sebagai ulama' ASWJ sebab nak timbulkan kekeliruan... kalau anda terima bulat-bulat ye lah, lainlah kalau anda check dulu.
Berkenaan ibn Abi al-Hadid, cuba check dalam buku Syiah anda Raudat al-Jannah. Bahkan al-Qummi pun ada menyebut tentangnya dalam al-Kuna wa al-alqab. Baca dulu dalam rujukan Syiah anda sebelum pandai-pandai nak nisbahkan kepada ASWJ!

Keempatnya, saya dulu ingatkan anda dah faham benar-benar manhaj ASWJ, kemudian anda membandingkan dengan Syiah lalu anda melihat Syiah lebih benar lalu anda meninggalkan ASWJ dan menganuti Syiah. Rupa-rupanya selepas lama berforum dengan anda barulah saya nampak betapa kurangnya pemahaman anda tentang manhaj ASWJ. Anda sebenarnya telah tertipu! Saya tidak salahkan anda kerana anda bukan dari aliran pengajian Islam. Kalau anda belajar ASWJ secara mendalam dan faham betul-betul dari awal, Insya Allah aqidah anda tidak akan tergugat. Anda menunjukkan ketidakfahaman anda yang nyata dalam bagaimana pendekatan yang ASWJ ambil berkaitan isu-isu sekitar para Sahabat dan sebagainya. Saya melihat anda begitu galak mengutip pandangan Imam Ahmad dll dalam menyokong pendapat anda. Saya akan kutip dan persembahkan kepada anda apa pendapat mereka tentang hal ini nanti!

kelimanya, anda nampaknya seakan mahu berbincang dengan saya tentang baiah. S. Abu Bakar. Baiklah, no problem. Sila nyatakan hujah anda yang anda dakwa ada ijma'. Atas nama kejujuran, saya pohon anda nyatakan link sumber anda, sebab saya yakin anda tidak memiliki satupun dari kitab-kitab ASWJ yang anda sebut itu!

Wassalam.

[ Last edited by nahzaluz on 12-6-2003 at 02:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 02:13 PM | Show all posts
Irfani,

Respon ringkas kepada anda, nampaknya anda masih mengulang-ngulang persoalan ini kerana menyangkakan saya tak dapat menjawabnya. Saya akan persembahkan kepada anda. Jgn bimbang. Cuma saya dah bagitau anda dulu yang saya nak jawab abg bill anda dulu. Lepas tu baru anda. Saya tak lupa kepada posting anda tu. Jgn bimbang, saya ada banyak soalan untuk dijawab oleh anda sendiri, tak perlu minta tolong dgn orang lain. Sekarang ni anda pergi kuliah dulu, sebab periksa dah nak dekat. Nanti kalau fail, ibu bapa anda juga yang susah.

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2003 09:32 PM | Show all posts
salam
jadi nahzalus, mengapa pada hemat anda Abu bakar menerima kesaksian Jabir dan menolak kesaksian sayyidatina fathimah a.s dan Imam Ali a.s serta ummu Aiman?
Apakah kamu dan ulamak2 kamu menganggap Ahlul Bait a.s telah bersalah dalam hal ini?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 05:06 PM | Show all posts
Balik-balik alasan nak jawab, nak jawab... tak nak jawab persoalan Irfani dengan alasan nak jawab Bill, padahal soalan Bill tak pernah dijawab dengan straight to the point macam contoh di atas... itulah Nahzaluz yang dah loose...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2003 10:16 AM | Show all posts
heh heh heh tak apa. Sampai suatu ketikanya nanti saya akan tanyakan anda beberapa soalan dan saya minta anda jawab. Jgn minta tolong dgn sapa-sapa. nak tengok anda masuk Syiah ni atas kefahaman yang jelas ke atau main taklid buta. Time tu kita tengoklah siapa yang footloose.

Reply

Use magic Report

ayiL This user has been deleted
Post time 16-6-2003 05:59 AM | Show all posts

assalamualaikum para netters sekalian...

masya' allah...

membaca beberapa jam untuk topik ini sahaja telah membuat saya bertambah berkobar-kobar untuk mendalami dakwaan golongan anti hadis.

oleh itu.. dipersilakan sudi berkongsi pandangan di dalam topik saya.



wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2003 10:20 AM | Show all posts

CABARAN

SAYA CABAR MAT KAMPONG DAN MANA-MANA ORANG YANG MENUDUH SYIAH MENENTANG ISLAM DAN MEMBURUK-BURUKKAN AHLUL BAIT DENGAN DAKYAH-DAKYAH AGAR MENGEMUKAKAN BUKTI PENDAKWAAN BERKENAAN. Biar kita kupas sama-sama, kita lihat siapa yang menyeleweng sebenar  nya. Sampai sekarang belum ada satu bukti pun dikemukakan oleh Mat Kampong bahawa Syiah anti Ahlul Bait.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2003 11:23 AM | Show all posts
Ayil,

Nampaknya anda berminat sangat-sangat dgn isu antihadis ni. Teruskanlah semoga anda mendapat manfaat darinya Insya Allah.

dan untuk MK,

Orang dah cabar tu.... macam mana? Tapi saya rasa lax kena nyatakan dulu siapakah ahlul bait tu? siapakah yang dimaksudkan dengan AB tu? lepas tu baru boleh bincang. betul tak MK?

:bg:

[ Last edited by nahzaluz on 16-6-2003 at 11:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2003 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2003-6-16 11:23 AM:
Ayil,

Nampaknya anda berminat sangat-sangat dgn isu antihadis ni. Teruskanlah semoga anda mendapat manfaat darinya Insya Allah.

dan untuk MK,

Orang dah cabar tu.... macam mana? Tapi saya r ...


Kamu tahu dengan jelas siapa dia Ahlul Bait yang dimaksudkan. Sudah tentu lah Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. Jelas kamu cuba berdolak-dalik macam biasa...

Saya tumpang malu dengan sikap anda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2003 05:18 PM | Show all posts
Yalah, tahuuuuuuuuu. Mesti AB Rasulullah, bukan AB Abu Jahal! ...tapi siapa? AB Rasulullah kan ramai, jadi siapakah yang anda maksudkan. Dari keturunan mana? cuba sebutkan susur galurnya!

Hayya !! itupun kira masuk bab dolak dalih ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2003 08:14 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2003-6-16 05:18 PM:
Yalah, tahuuuuuuuuu. Mesti AB Rasulullah, bukan AB Abu Jahal! ...tapi siapa? AB Rasulullah kan ramai, jadi siapakah yang anda maksudkan. Dari keturunan mana? cuba sebutkan susur galurnya!

Hayya  ...


Memang dolak dalik punnn.... macam Israel. Jangan marah... sekadar mengingatkan. Dakwaan memburukkan Ahlul Bait datang dari kalian. Kami dah banyak kali maklumkan siapa Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. , kamu pun tahu. Sikalang, siapa Ahlul Bait mengikut dakwaan kalian? Ini macam aaa, Ariel Sharon pun kalah oooo...  Itu lah auta kalian sudah sampai ke penghujung nya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2003 12:18 PM | Show all posts
Kawan saya yang dok Palestin ada call bagitau dia dengar khabar Ariel Sharon tersedak semasa makan dengan konco-konco dia lepas meeting. Ariel Sharon kata ini mesti ada orang jauh sebut nama aku ni....

Manusia, manusia...bila nak marah tu macam-macamlah! Dunia, dunia...banyak sungguh cubaan!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2003 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2003-6-17 12:18 PM:
Kawan saya yang dok Palestin ada call bagitau dia dengar khabar Ariel Sharon tersedak semasa makan dengan konco-konco dia lepas meeting. Ariel Sharon kata ini mesti ada orang jauh sebut nama aku ni ...


Tak terjawab cabaran nampak.... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2003 03:34 PM | Show all posts
Oklah... satu ni dulu. Sila baca. Ia dipetik dari kitab Syiah ini:



Teksnya sebagaimana berikut:



Terjemahan ayat bergaris merah:

"Aku (Allah) bersumpah dengan kemuliaanKu, bahawa Aku akan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang mentaatinya (Ali) walaupun dia mengingkariKu, dan Aku akan memasukkan ke dalam neraka sesiapa yang mengingkarinya (Ali) walaupun dia mentaatiKu"

===============

Guano weh? :2cool: Hadis dhaif? palsu? Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.344117 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list