btw, aku nak pegi lagik layan citer ni sebelum tamat tayangannya minggu depan. dalam twitternya, si redza ada mention, sales quite bad. Aku jadi musykil sebab ramai yang mengaku movie ini best and trending lagik kat twitter. tapi masih tak mampu nak tarik ramai penonton. siap ada sorang tu buat hashtag #apalagipenontonmelayumau
setelah menonton, kita tahu, penyebab utama Akil nak bunuh diri adalah disebabkan kesilapan dirinya sendiri, sesuatu yang dia takkan dapat maafkan sampai bila2. benda tu menghantui diri dia sampaikan dia merasakan sakit yang teramat tapi dia still dapat further life dia tanpa dia sedari.
"Orang yang bunuh diri tu sebenarnya nak hilangkan rasa sakit. Bila diaorang ada,diaorang akan rasa sakit tu sepanjang masa. Jadi bila I takde, I takkan dapat rasa sakit tu," - Akil "Wow..so you ni expert suicide la ye?" - Zara (suka nada perli dia. haha)
Jika fikir balik, apa yang menyebabkan dia gagal dalam misi bunuh dirinya, dia sebenarnya tengah mencari sesuatu tapi dia tak sedar, apa yang dia cari tu sebenarnya dah ada dalam diri, cuma perlukan someone untuk sedarkan dia.tapi disebabkan life dia yang anti-social and simpan semuanya seorang diri, memang betul jugak cakap Zara, dia seorang yang selfish, beranggapan yang dia sorang je and takde sesiapa dalam dunia yang boleh bantu dirinya.
"What if kalau dia memang tak ada sesiapa?" - Akil "bullshit. At least mesti ada seorang kan?" -Zara.
Apa yangdicari oleh Akil? Kekuatan dan keberanian untuk terus mengharung hidup. Dan itu yang datang dari cinta. All you need is love. dia ada kekuatan itu tetapi dia tak sedar. jika tiada kekuatan, pastinya dia dah mati di awal cerita, di saat scene bunuh diri sedang berlangsung. kekuatan sipi-sipi dan keberanian 0/100.pandang je Zara dari jauh setiap hari tapi tak pernah ada keberanian nak menegur. sampai terbawa-bawa dalam mimpi yang agak daring. sebenarnya aku tertanya sendiri, apa simboliknya scene dalam lif, tapi mungkin itu nak menggambarkan yang Akil ni loser tahap takleh nak diselamatkan kot, nak tegur perempuan pun tak mampu dah, hanya bleh mimpi je. keberanian yang hilang juga menyebabkan dia masih berasakan kehadiran orang2 tersayang di sekelilingnya, (masih terima kol dari mak dia, tegur adik dia membaca). Dan bila keberanian itu kembali datang, dia dah mula rasa kehilangan semua itu secara perlahan2.
Bila dah kenal cinta, maka dari situlah dia sedar bahawa, kekuatan sebenarnya ada dan dia kembali nak hidup. tapi sayangnya, ketakutan pula yang datang disebabkan kontrak yang dibuat tanpa ada keberanian dan usul periksa. oh dem, honestly,kalo ada lelaki sekacak Akil tapi loser camni sekali, memang bisa kene lempang ngan aku kot.
pelakon sume boleh dikatakan bagus especially cristina. aku suka tengok lakonan sempoi dia, tak perlu heavy make up atau gaya gedik melampau, atau gaya sedih yang over sampai mengalir air mata sebaldi atau berpakaian berkilat-kilat dan berjenama sampai tahap bukan nak berlakon tapi nak berfesyen seperti yang ditonjolkan dalam banyak drama/filem kita. watak Zara itu sudah cukup dengan ekspresi wajah dan gaya yang simple sahaja. kadang2 aku rasa macam nak tolong sikat je rambut dia yang sampai tutup mata tu..hahaha..
"hai jirannn..you stalk I lagi ke?" - Zara "taklah ..I....I...ikat tali kasut tadi....lepas tu I ternampak you,"- Akil dengan muka yang nampak sangat nak tipu tapi tak reti.
Lagi satu perkara yang aku suka pasal movie ni, nak menggambarkan cinta dan hubungan yang mula terjalin antara zara ngan Akil, tak perlukan part2 romantik, peluk pinggang, pelok badan, pegang-pegang tangan. cukup je dengan dialog yang simple, tapi natural. dari situ je dah nampak chemistry diaorang dua.
"So..nak tengok cerita apa ni?" - Zara Sambil tunjuk ke poster Dunia Tanpa Esok, "Yangggg ini," - dengan senyum melting tu, Akil. "Citer ni bukan flop ke?" – Zara buat muka curious. Haha.
“You suka tengok cerita macam mana? I mean…suka tengok cerita makan ke..macamni..(sambil ambik biskut ke apa ntah yang dalam pinggan dan terus kunyah)..cerita pasal makanan,” – Zara.
“Kalau I cakap..you janji takkan gelak,” – Akil dengan muka tak konfiden. “Yes..janji,”– Zara sambil angkat tangan. “I…suka....comedy romantic,” – Akil sengih. Zara gelak sipi memula, lepas tu gelak besar. “You dah janji takkan gelak,” – Akil gelak jugak. “Sorry…but..comedy romantic..” – Zara gelak lagi. Sweet. Haha.
bila tengok kali kedua, aku dah terjatuh cinta dengan scene yang ni. Sebab nampak naturality Redza and Cristina menjadi Akil dan Zara, tak perlu dibuat-buat.
Esok atau lusa, mungkin akan pergi layan lagi cerita ini. Selagi mana belum jumpa titikmuak, selagi tu aku akan layan. Rasanya kalau dah ada download version nanti,mau tiap2 malam aku layan movie ni. Huhu… Last edited by fye_d_flowright on 6-6-2013 08:45 AM
|