|
sangat senang berpoligami di malaysia. (penipuan)
[Copy link]
|
|
BREAKING NEWS........
td bru sje si isteri mmbuat panggilan di pej agama tersebut... apa yg mengecewakan skrg ini kes yg disiasat telah bertukat tangan sbyk 3 kali. mknanye pegawai bertugas yg mengendalikan kes adalah tiga org bertukar tangan.... mcm mne kes nk difahami kalau keadaan sebegini.....
pejabat agama u r the best organisation in da world.... lgsung x mncerminkn agama islam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 43# pasuoren
yg aku tau, istri seolah hilang kewarasannya bila somi kawin lagi.. dan terus menyalahkan diri sendiri, walhal takde salah cacat cela pon.. cuma somi dah nak kawin lagi, kalo somi ada keperluan utk beristri lagi sbb istri tak mampoo serve somi seadanya, biarlah dia kawin kalo itu membahagiakan dia..
tapi yg aku baca, simbah asid, potong anu somi.. nampak sgt tak rela kongsi joystick wired PS2 somi.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa la parin, isteri marah sebab tertipu... tu jek... dah la tertipu, dapat tau sume perk ...
eyansss Post at 14-12-2011 14:37
kalo aku pon mmg aku marah, ingatkan akulah satu2nya toilet dihatinya.. rupanya dia sudah ada toilet yg lain..
mmg poligami memerlukan somi yg agresif, berjiwa pemimpin dan berani bertindak atas akal yg waras dan pertimbangan sewajar mungkin.. cuma bila somi mudah sgt dipengaruhi dgn bini2 tertentu yg seolah berebut utk conquer somi membuatkan somi hilang pertimbangan dan gagal melaksanakan haknya pada istri yg teraniaya..
pasal tu aku tak suka kawin lagi, sebab bini2 zaman skang cenderung utk kufur dgn nikmat bersomi sbb dirasakan somi itu hidup dan matinya.. kesian org mcm ni.. iktikad kawin semata utk membolot somi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenape aku rase tuan ghumah ni koje kat jab agama. nasib baik kamu tak de bagitau name, lokasi etc... kalau tak mau ku lapor pada SPRM.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenape aku rase tuan ghumah ni koje kat jab agama. nasib baik kamu tak de bagitau name, lokasi etc.. ...
nuryakmal Post at 14-12-2011 16:54
tuan rumah x keje pn lg wahai puan nuryakmal..... sy pn xder kaitan dgn pejabat agama... anyway kes ni adalah open case... yg boleh disiasat oleh sape2 sje... dat y sy mintk pandangan forumers... mgkin dpt membantu pnyelesaian yg terbaikk...
nk report sprm? means kes ni blh bwk ke??? (pertanyaan serius) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply misy
golongan inilah yg mmpergunakan asas agama dalam tindakan.....lebih2 disorongk ...
carihairil Post at 2011-12-14 14:26
Patutnya org2 mcm ni lagi tahu apa itu amanah... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku pon mmg aku marah, ingatkan akulah satu2nya toilet dihatinya.. rupanya dia sudah ...
ParinAmat Post at 14-12-2011 16:49
itu la yang aku dok cakap ngan suami aku... masa sblom kawen n masa memula kawen, dia n kengkawan dia suka buat jokes pasal kawen dua ni...
aku selamba je jawab : kalo rasa mampu, kawen je la... tapi kena ingat, mampu ni ada manyak aspek... duit, masa, tenaga, kasihsayang, minda, tanggungjawab, perhatian, ajaran duniawi dan akhirat... banyak lagik la... so, mampu ke tak? lagi satu, yang satu ni dah berjaya ke dibawak ke syurga untuk awak carik yang no dua tiga empat... saya tanak yeak terheret masuk neraka sesama...
so, suami pun paham sendrik la... hahaha... baru dia tau bukan mudah untuk ada tanggungjawab bebanyak...
aku lak, alhamdulillah tak kufur nikmat suami... sebab aku tau suami bukan milik aku... nobody is belong to nobody... cuma aku takut pihak lagik satu tu takde mindset macam aku n dia tergolong dalam golongan kufur nikmat suami ni... nanti banyak sangat drama n aku plak penat nak melayan drama swasta melayu ni... ekekeke... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tuan rumah x keje pn lg wahai puan nuryakmal..... sy pn xder kaitan dgn pejabat agama... a ...
carihairil Post at 14-12-2011 17:10
aku rasa, tang status cerai tu no comment... tapi kes ni boleh dibawak atas sebab pemalsuan dokumen dan ketidakcekapan/tidak amanah pekerja tu... maknanya si suami n staff pejabat tu akan kena la... nak saman pejabat agama, tak boleh kot sebab ni dikira misconduct oleh pekerja tu sendrik... bukan pejabat agama yang suruh dia cuai... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Nurul8001
yg ni la sy ckpkan kelicikan.... suami mngunakan surat cerai tp penamanya ...
carihairil Post at 14-12-2011 16:27
memang kat surat pengesahan cerai tu nama orang lain... tapi ada tak dia cakap ngan isteri kedua (masa nak ajak kawen tu) yang dia memang dah bercerai? contohnya :
lelaki : abang dah ceraikan isteri abang... abang dah duda... ayang jangan riso...
perempuan : mana bukti? abang jangan tipu...
lelaki : btol la... abang tak tipu... abang dah ceraikan dah isteri abang... nanti abang tunjuk surat cerai...
kalo la perbualan ni terjadik, status cerai tu kemungkinan besar dah jatuh... memang nak kena refer ngan ustaz or tok kadi balik untuk sahkan samada jatuh atau tidak...
cam kawan aku punya kes, si suami punya perbualan yang membuatkan talak tu jatuh...
lelaki : saya dah bercerai dah dengan isteri... saya dah tak duduk serumah dah ngan isteri... skang ni saya menyewa dengan kengkawan sana...
perempuan : awak biar btol... saya tanak tertipu... saya tanak jadik perosak rumahtangga...
lelaki : ye la... saya dah lama bercerai... saya memang takleh dah dengan dia (sambil mengutuk2 menfitnah isteri)...
yang ni jatuh talak tau... kesian kawan aku... dah la dia mengandung masa dapat tau kes tu... so, anak tu jatuh anak luar nikah... |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis-jenis Lafaz Talak
Lafaz talak terbahagi kepada dua:
Talak Sharih
Talak Kinayah.
Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".
Contoh lafaz yang Sharih:
Aku ceraikan kau dengan talak satu
Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
Hari ini aku ceraikan kau
Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.
Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:
Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi
Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.
Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.
Jenis-jenis Talak
Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut:
Talak Raj'ie
Talak Battah
Talak Bain
Menjatuhkan talak tiga sekaligus
Talak Sunni
Talak Bid'i
1. Talak Raj'ie
Talak Raj'ie membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul. Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.
2. Talak Battah
Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepada isterinya,
"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"
Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.
3. Talak Bain
Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:
Talak Bain Kubra
Talak Bain Sughra.
Talak Bain Kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.
Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "Rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah:
Talak yang diputuskan oleh Hakam
Talak melalui Khulu'
Talak yang difasakhkan oleh Hakim
4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus
Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak sekaligus. Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.
Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya.
5. Talak Sunni
Talak Sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.
6. Talak Bid'i
Talak Bid'i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut:
Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).
Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.
Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu dengannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# eyansss
terima kasih eyansss.... byk maklumat yg diberi. sy x sempat bce details ape yg diberi info td.... mlm2 skit sy bg respon... anyway terima kasih byk2 beri respon |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau taknak palsukan pun boleh, nikah je kat negara jiran... |
|
|
|
|
|
|
|
pada pendapat aku la kan...pokok pangkal hati... klu masih syg n x sanggup idup tanpa en somi yg tlh menipu kite idup2 tu... sila la keraskan hati tu jd batu... terima je la ketidak adilan die tu seadanye. tp klu rasa diri x sanggup di perbodohkan... n x ikhlas merelakan somi berpoligami... dlm ati asyik geram jek...sila la angkat kaki... bina je idup baru yg lebih aman... n kurang stress. bukan ape... somi tu bkn leh bawak mati pon... kalo kite mati pon... die ttp tinggal... camtu gak kalo die yg mati... bkn die leh bwk kite mati sama... hidup kene di teruskan. klu masih bersama pon tp hati x hepi n jiwa x tenang. asyik makan ati berulam jantung jek... watpe kan! lama2 kite lak yg dpt sakit jantung. en somi seronok2 bersedapan ngn wife baru. yg kite lak makin ari makin menjeruk rasa... sampai bile... nak cintan lelaki len... xleh... dosa lak mencurang! so... fikir2kan lah.... sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 53# eyansss
sejak bila plak jabatan agama membela nasib isteri??
yg aku nampak, jabatan agama ikut sama konspirasi menganiaya kaum isteri.
puncanya, sbb org2 jabatan tu adalah melayu. bila dah melayu, ofkos layu manjang buat keroja... |
|
|
|
|
|
|
|
korang ingat sonang ke nak kawin duo n???
langkah pertama lah yang paling mencabar tau...
dah lepas langkah pertama ni ..sonang sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
memang kat surat pengesahan cerai tu nama orang lain... tapi ada tak dia cakap ngan isteri kedu ...
eyansss Post at 14-12-2011 18:12
thx eyansss... sy sngt tertarik dgn cerita awak mengenai kawan yg mengandung anak luar nikah hasil 'kejahilan' suaminya itu sendiri.... sy akan rujuk balik perkara ni kpd pihak tertentu. terutama dalam hal lafaz kinayah... dibimbangi surat cerai dan cerita di belakang perkahwinan kedua yg 'suci' tersebut melibat lafaz kinayah.... terima kasih... asalamualaikum. byk membantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 76# lavapanas
mmg btol kawin nk kawin dua byk rintangan.... tp dh dpt dua senang nk dpt tiga dan empat.... hakikat dunia...
isteri pertama akan membalas 'dendam' bgmn merasai kasih syg terbahagi kpd isteri 'kedua' mnyebabkan 'ketiga' dan seterusnya mnjadi mudah |
|
|
|
|
|
|
|
pada pendapat aku la kan...pokok pangkal hati... klu masih syg n x sanggup idup tanpa en somi yg tlh ...
zettyzara Post at 14-12-2011 23:40
sangat2 setuju dengan statement zettyzara..... suami, isteri, anak dan harta hanya sementara, hnya pinjaman allah. tp yg pinjaman ni lah dicari2 oleh kita kn.... kita kn suke 'berhutang'... renungkan dan slamat beramal |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 74# zettyzara
sememangya report polis mungkin dibuat jika perkara sebegini berlaku...
1. suami masih tidak berlaku adil
2. suami menganiayai isteri pertama.
3. pej agama berkenaan disyaki konspirasi dan tidak mahu mengambil tindakan
report polis akan menjadi senjata terakhir kepada isteri... krn report polis kemungkinan blh menjejaskan ramai pihak iaitu career suami dan isteri baru akan terjejas 100 peratus.. means blh hilang punca pndapatan... begitu career org yg terlibat... kmungkinan org dalam pej agama itu sndiri... walaubgaimanapun, sy x mau mmbuat kesimpulan awal... tngu ddahulu apa maklumat yg terbaru...
kemuliaan seorang isteri yg ketika ini sangat sangat sangat bertolak ansur menjadi pnyelamt smntara waktu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|