|
Melayu Mudah Tertipu? - Massimo Vs Gardenia
[Copy link]
|
|
mn baru nk hidup ni.. kasi chance la.. ni baru bukak first thread da kena bantai habis2.. nasib ada ...
thieo Post at 8-1-2012 00:24
tulah, first thread ramai pulak yang respond, bagus2. |
|
|
|
|
|
|
|
Berdakwahlah kerana Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang aku nak sokong melayu pon terbantut bila tgk kedai dorg kotor, mahal, selalu tutup, biadap...Bukan nak kutuk, tapi itulah persepsi aku. Byk je kedai melayu yg ok, tapi yg tak ok pon byk.
Kalau roti aku beli gardenia je la, sebab roti dia agak ok. Hi-5 tu tak beli sebab masih phobia kilang kotor. Aku nak beli barang pon, aku prefer barang yg Made in Malaysia. Aku tak sure how far I should go to support bumi products because there are too many factors to consider (price, convenience, quality, etc) |
|
|
|
|
|
|
|
Haku dah lama boikot High 5 . Kilangnya pun macam tak senonoh |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang aku nak sokong melayu pon terbantut bila tgk kedai dorg kotor, mahal, selalu tutup, bi ...
airwaves Post at 8-1-2012 00:30
Aku setuju dengan kau, but kadang2 kena bekorban sikit, orang melayu baru mula nak berniaga kalau compare dengan bangsa lain, kalau mahal sikit2 tu bantu jelah.. insyaallah dapat berkat. |
|
|
|
|
|
|
|
thread ni bukan pasal roti je, pasal kesedaran yang harus kita timbulkan, kalau nak ikutkan, mentality kebanyakkan orang sekarang, semuanya kena standard, kalau tak ada standard tak nak support, macamlah kita ni standard sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk maklumat semua
|
|
|
|
|
|
|
|
perbanyakkan lagi keluaran umat Islam |
|
|
|
|
|
|
|
semalam pi tesco kul 12mlm..
rack roti massimo penuh lagi..gardenia tinggal 4-5 bungkus je yg besar
pack kecik sold out |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni sahaja yang laku untuk 2012 onwards.
JAKIM dah selaraskan semua, yang masih guna halal lain tu kena cepat2 daftar dengan JAKIM |
|
|
|
|
|
|
|
syed moktar baru nak mula meniaga katanya....sokonglah dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk informasi bersama:
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya gerakan memboikot Roti Gardenia telah dilakukan jauh lebih lama iaitu selepas kepentingan dalam syarikat tersebut dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary. Mungkin ramai daripada kita yang masih ingat bagaimana Teresa Kok dengan penuh kepura-puraan mengingatkan agar GARDENIA tidak diserang dan diboikot berdasarkan kepada RASIS. (BACA DI SINI)
Kempen memboikot roti Gardenia semakin giat dijalankan. Alasan mereka ialah Gardenia dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary menerusi BERNAS dan BERNAS pula adalah syarikat kroni UMNO. Sebaliknya kaum berkenaan memperkenalkan sebuah jenama yang dimiliki oleh Raja Gula Malaysia, Robert Kuok iaitu MASSIMO.
Sesuatu yang amat menarik untuk diperhatikan ialah, konco-konco Robert Kuok melalak sakan tentang UMNO dan syarikat kroni UMNO tanpa sedikit pun memperkatakan tentang syarikat-syarikat yang menjadi kroni DAP.
Apa yang mereka sakit hati sangat jikalau syarikat-syarikat Melayu dan Bumiputera turut bersaing di pasaran? Apakah serangan yang dilakukan oleh Tony Pua dan DAP terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia, sebenarnya merupakan sebahagian daripada rancangan DAP untuk memastikan perniagaan-perniagaan yang melibatkan Melayu-Bumiputera dimatikan terus.
Kempen memboikot Gardenia sedang rancak dijalankan oleh konco-konco DAP. Peringatan yang diberikan oleh Teresa Kok menerusi blognya telah dijadikan sebagai pemangkin untuk menggiatkan lagi gerakan pemboikotan tersebut.
Tidak susah untuk melihat mengapa puak-puak ini sangat membenci produk keluaran Bumiputera. Berdasarkan kepada risalah kempen pemboikotan Gardenia, dikatakan Bernas telah berhenti membeli tepung daripada FFM yang dimiliki oleh Robert Kuok. Robert Kuok yang sudah berdekad-dekad menguasai gula dan tepung di Malaysia, tergugat apabila sudah ada syarikat Bumiputera yang berani bersaing dengan mereka.
Ditambah pula dengan kempen Anwar Ibrahim bahawa sepanjang Robert Kuok menjadi pemonopoli, harga gula dan tepung tidak dinaikkan tetapi apabila Syed Mokhtar ‘berkongsi’ pasaran, maka harga gula dan tepung telah dinaikkan. Kempen yang dijalankan oleh Anwar Ibrahim itu sebenarnya semata-mata untuk mendapatkan undi daripada kaum berkenaan. Dan sekarang ini, Artikel 153 yang memperkatakan tentang hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera di negara ini termasuklah dalam hal perezaban serta hak perniagaan, mula dipersoalkan oleh kaum berkenaan secara terbuka.
Selama berdekad-dekad, pasaran makanan di negara ini dikuasai oleh kelompok tertentu. Apabila ada usaha daripada pihak kerajaan untuk memastikan 30% kek ekonomi negara ini dikuasai oleh Bumiputera, maka muncullah pelbagai cerita tentang kroni UMNO dan sebagainya sepertimana yang kita boleh lihat sekarang.
Apakah selama berdekad-dekad, ketika syarikat Bumiputera tidak mampu bersaing, syarikat-syarikat bukan Bumiputera itu merupakan kroni UMNO? Adakah penguasa ikan, sayur-sayuran, gula, tepung, minyak sawit dan sebagainya adalah kroni UMNO? Mengapa pada waktu itu tidak muncul pula cerita pemboikotan sekalipun barangan yang ada cop HALAL bukan dikeluarkan oleh syarikat orang Islam? Bagaimana pula dengan pasaran daging halal di negara ini yang dikuasai oleh bukan Islam dan kehalalannya
amat diragui?
Gardenia adalah salah satu daripada isu yang menampilkan sakit hati golongan yang telah lama menikmati keistimewaan dalam perniagaan. Mereka ini biasanya akan merungut sekiranya kerajaan tidak mengikut kehendak mereka dan kemudian melakukan perbuatan sorok barang bagi memastikan barangan yang mereka kuasai dinaikkan harga.
Perhatikan sahaja bagaimana gerakan menyorok gula dan tepung menyebabkan kerajaan beberapa kali terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak mereka. Begitu juga dengan harga minyak masak yang terpaksa dinaikkan kerana kempen sorok sehingga menyusahkan rakyat. Belum lagi diperkirakan tentang telur.
Serangan ke atas Gardenia yang berjenama Melayu-Bumiputera, merupakan serangan kecil rentetan serangan terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia. Ketamakan dan keserakahan puak-puak ini, dibantu pula oleh parti politik chauvinist yang kian mendapat tempat kerana menyediakan ruang serta lapangan untuk menyerang mana-mana produk Melayu-Bumiputera, akan berterusan.
Mungkinkah sudah sampai masanya, pengguna-pengguna Melayu-Bumiputera pula membalas serangan boikot itu dengan memboikot mana-mana produk bukan Melayu-Bumiputera pula? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku jual roti gardenia.
punyalah seksa nak jual, mcm2 alasan supervisor gardenia tu kasi. last2 call bos kat kl. dapatlah jual. tapi supervisor & salesman tu hari2 pressure kata aku x sampai target. bila capai target, dia up lagi. capai dia up lagi. ntah apa yg dia ndak ntah. tapi matlamat dia cuma x nak aku jual gardenia. tapi bole pula dia suply kat nyonya seberang jalan yg sales sikit je. lps 3 bulan dia tarik dia punya roti. sekarang aku jual je mighty white. TM aku bising jugak, tpi dah Gardenia xnak supply nak buat mcm mana. aku jual jelah roti yg nak supply. |
|
|
|
|
|
|
|
syed moktar baru nak mula meniaga katanya....sokonglah dia....
hzln Post at 8-1-2012 00:43
Islam sama Islam pun kau nak tembak. peliklah lah kau ni. I thought when it comes to Islam, we should be on the same side? What is wrong with you brother? |
|
|
|
|
|
|
|
Roti gardenia-maaf menderhaka kat massimo.kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
| |
|