|
teknik pembuatan pun lebih kurang sama ...... |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku melayu = dharmmashraya. tahun 688 M, maharaja Srivijaya, Sri Jayanasa jalankan ekspedisi perang takluki kerajaan2 kecil. kerajaan melayu ni diserap masuk dalam empayar Srivijaya. sebelum 688, melayu bukan bahagian negara srivijaya lagi. kurun ke-11 m lepas kena serang dengan keling, jambi/melayu dibenarkan ambil alih kepimpinan dalam srivijaya. kurun-12, jawa jajah empayar srivijaya n negara melayu kemudian letakkan adittiyawarman untuk jadi macai jawa. kurun ke-13 m, parameswara punya pemberontakan terhadap tuk wan jawa dia lari ke semenanjung. semenanjung masa itu bawah pantauan nakorn sri tammarat/ligor. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 30-3-2012 22:03
kurun-12, jawa jajah empayar srivijaya n negara melayu kemudian letakkan adittiyawarman untuk jadi macai jawa.
Kalau tak silap, dia larikan diri ke pendalaman Minangkabau..kerana ingin melepaskan negara Melayu dari cengkaman Jawa (sbelum tu dia ni mmg macai Jawa) dan ada juga yang berpendapat kerana dia ingin mendapatkan emas di Minangkabau.
Dia ni pengasas kepada kerajaan Malayupura (skang ni Minangkabau/Suruaso)...n banyak pendapat yang mempertikaikan kenapa dia tak berkuasa di Dharmasraya (Skang ni Kabupaten Dharmasraya)..ada yg kata sebab dia ingin menghormati kerajaan terdahulu..n ada yang kata sebab dia nak melarikan diri dari Majapahit..atau mungkin juga ada Raja lain di Dharmasraya..tapi yang pasti dia ni adalah seorang yang mengamal perwarisan dari sebelah ibu (matrilineality)
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 30-3-2012 22:10
Melayu bodoh je yang cakap derang menulis atas kertas Watermark dengan tulisan dari emas
[youtube]WDbNJRiSgUo[/youtube]
N orang bodoh je yang cakap tulisan Jawi tu milik Melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
tak faham la....
gabob94 Post at 1-4-2012 02:56
Apa yg ko tak faham |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu je yang reti baca...orang yang fefeeling Melayu mana la reti baca
Itu la ya ...
nobito Post at 1-4-2012 00:31
Saya bangga dengan Tulisan Jawi sebab Kita orang bukan Asal dari Seberang ....... kita orang Melayu Langkasuka (Melayu Utara)...... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bangga dengan Tulisan Jawi sebab Kita orang bukan Asal dari Seberang ....... kita orang ...
HangPC2 Post at 1-4-2012 09:22
Yg aku tahu bangsa X ni dia pakai tulisan Rencong, Kaganga, Tulisan Minang dll..
Masa kedatangan Buddha dan Hindu ke Kepulauan Asia Tenggara, orang2 India memperkenalkan Kawi dan Palava di sini. Penggunaanya amat meluas di Jawa, Sunda dan Kalimantan dan masih digunakan oleh orang Bali dan Jawa.
Semasa kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara barulah Jawi diperkenalkan oleh orang2 Jawi (peranakan Arab)...Tulisan Arab diubah suai dengan memasukkan beberapa huruf dari tulisan Melayu Purba (bangsa X) seperti Pa, Nya, Cha dan Ga.
Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam. Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari al-Quran dan hadis secara tepat. Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus ketiga-tiga tulisan tersebut. Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik cuba mengeksperimennya ke atas huruf-huruf Arab dengan mengejanya dalam bahasa Melayu. Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan digunapakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik. Walaubagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang), kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.
Tulisan Kawi dan Palava mula digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno selepas diperkenalkan oleh pedagang dari India.
Tulisan Jawi mengambil alih peranan sebagai sistem penulisan Bahasa Melayu Klasik selepas kedatangan Islam di Kepulauan Melayu. (Huruf-huruf di dalam bulatan adalah keunikan bahasa Melayu dan tidak dijumpai di dalam tulisan Arab).
From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman
Source: http://harryzidane92.blogspot.com/2010/07/tulisan-aksara-rencong-melayu-bukti.html |
|
|
|
|
|
|
|
kita orang Melayu Langkasuka (Melayu Utara)......
HangPC2 Post at 1-4-2012 09:22
Bukan Kita...sebaliknya Kami |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by BotakChinPeng at 2-4-2012 21:34
Dalam hal sriwijaya saya dapati hanya bukti paling mentah saja boleh diterima iaitu kenyataan dari naskah asli atau inskripsi yang sezaman. Pendapat sarjana semua perlu ditapis.
Dari satu sumber paling mentah, (inskripsi kedukan bukit) sriwijaya difahamkan sebagai berpengkalan di sungai kampar. Ini menunjukkan bahawa sriwijaya adalah negara melayu riau. Palembang hanya dibina oleh penakluk dari sriwijaya pada awal 680-an.
Satu lagi sumber mentah (catatan Yiching) menyatakan bahawa malayu telah menukar namanya kepada sriwijaya sebelum yicihing tiba lagi pada tahun 671. Yiching tak pernah langsung menyebut palembang. Tidak menghairanakan memandangkan ia belum lagi dibuka oleh sriwijaya (Malayu di wilayah Riau zaman ini). Yiching juga tak pernah mengaitkan kedah dengan sriwijaya. Tanggapan bahawa jambi adalah malayu hanya teori bersandarkan bukti lemah saja.
Beberapa maklumat mentah lain yang saya perolehi secara kolektifnya memberi gambaran bahawa Kedah merupakan negara asal dinasti sailendra. Ketika sriwijaya membina empayar di sumatera&jawa, Kedah pula pada masa yang sama mengembangkan empayarnya di semenanjung&jawa. Antara maklumat mentah paling penting untuk hujah ini ialah Inskripsi Sojomerto di Jawa Tengah (Kalinga).Ia dalam bahasa melayu.Maka memang jelas telah dibangunkan oleh suatu kuasa penjajah melayu. Inskripsi ini juga menunjukkan bahawa Kalinga pada lewat kurun ke-7 dikuasai dinasti sailendra yang beragama hindu. Sudah tentu pihak melayu sailendra penjajah ini bukanya sriwijaya yang beragama buddha.
Sekitar pertengahan kurun ke-8 nampaknya sesuatu telah berlaku antara Kedah dan Sriwijaya mengakibatkan dinasti sailendra kedah menguasai sriwijaya dan secara automatik kedah menjadi peneraju & pusat pemerintahan sriwijaya . Sejak itu kedah kekal sebagai penaung sriwijaya sehingga ia terbubar sendiri pada akhir kurun ke 13 setelah raja kedah bernama candrabanu kalah teruk dan mungkin juga terbunuh dalam kempen ketenteraan di ceylon.
Sama ada kerajaan darmasraya benar-benar wujud sudah tidak relevan lagi bagi sriwijaya. Semua krajaan di semenanjung & sumatera menjadi lemah akibat keruntuhan empayar sriwijaya. Majapahit hanya mampu menawan beberapa wilayah di sumatera setelah tiada lagi empayar sriwijaya.
Dakwaan majapahit menawan wilayah di semenanjung tidak pernah langsung disahkan pihak luar seperti china. Sama lah dengan dakwaan chola kononnya berjaya menyerang sriwijaya. Hanya tertera dalam inskripsi yang dibangunkan kaum pengecut ini di wilayah mereka sendiri. Tak ada pengesahan dari pihak lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bangga sangat dengan bangsa Aryan
nobito Post at 29-3-2012 00:14 Hihih. Aku juga bangga dengan komponen Austronesia yang membentuk bangsa melayu.. Istilah 'Aryan' kadangkala wa guna bukan saja untuk mengelak dari menyebut 'india'
tapi juga sebagai alternatif lebih singkat untuk 'puak berbahasa sanskrit' |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya..kenapa orang Melayu tahu menenun tapi tak tahu memintal benang?
nobito Post at 29-3-2012 17:28
Betul ke ? Hmmmm...... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya shailendra ni sejenis bangsa mamak tapi menganut ajaran buddha mantrayana (cabang mahayana). |
|
|
|
|
|
|
|
india memang x wujud sebagai nama bangsa pun lagi... itu nama british yang bagi. untuk negara2 purba sebelah "india" tu bahagian utara disebut Arya Wartta... sempadannya dengan "India Selatan" dibahagikan dengan pergunungan Vindhya. Orang yang jenis berbahasa Sanskrit tu asalnya sami2 penyembah api. lepas daripada beberapa penaklukan dari kawasan Afghanistan dalam abad ke-7 macam itu orang2 ni ada yang lari dari kawasan Kashmir kalau tak bunuh diri sebab kena paksa menganut Islam. Yang lari dari kawasan Kashmir tu ada yang masuk ke kawasan India Selatan dan bukak koloni2 Brahmin. Orang Brahmin bukan semuanya kaya2, ada yang hidup merempat sebab cara hidup mereka sebenarnya tak boleh mementingkan keduniaan. Kalau yang kaya2 tu mungkin sebab zaman dulu ada perlindungan raja2.
Di sebelah "India" sana ada banyak jenis bangsa juga... Bukan sejenis bangsa saja kalau dilihat ikut kawasan geografi ada yang muka bentuk macam Cina, macam Melayu pun ada. Rujukan2 bangsa2 ni pun ada dalam kitab2 Purana Hindu tapi guna nama purba dalam bahasa Sanskirt.
Orang daerah Kodagu.... India Selatan
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya shailendra ni sejenis bangsa mamak tapi menganut ajaran buddha mantrayana (cabang mahayana).
genot Post at 3-4-2012 00:23 Kalau sailendra sejenis mamak kenapa mereka berbahasa melayu di tengah tengah pulau jawa ?
Mengapa tak guna bahasa jawa atau bahasa mereka sendiri ? |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan sailendra di jawa tengah menukar agama dari hindu kepada Buddha di separuh kedua kurun ke 8.
Ketika itu juga Kedah yang telah menganut agama hindu sejak berkurun-kurun lamanya telah mengambil keputusan menukar agama kepada buddha
Adakah ini hanya satu kebetulan ? Saya rasa tidak .
Kedua-dua kerajaan ini ada pertalian iaitu 'darah sailendra' |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sailendra sejenis mamak kenapa mereka berbahasa melayu di tengah tengah pulau jawa ?
Mengap ...
BotakChinPeng Post at 3-4-2012 00:46
Soalan ni ada juga disebut dalam kerja2 George Coedes. Beliau ada teori bahawa orang Shailendra ni sebenarnya orang dari tanah besar. Kerajaan kehinduan permulaan sekali di tanah besar sebenarnya kerajaan empayar Brahmin Funan. Bahasa istana empayar ni adalah bahasa Sanskrit. Aliran agama yang dianuti kerajaan ni pada mulanya bukan Hindu macam hari ni tapi aliran Buddha Mantrayana (Tantra). Tantra ni bahagian Hindu pun ada. Zaman awal2 dahulu, kawasan Kemboja dan kawasan selatan tanah besar semua dalam satu empayar tapi kerajaan2 kecil masih ada kuasa dalam kawasan mereka macam negeri2 yang tak digabungkan dengan mandala yang kuat. Masa abad ke-6 M, kerajaan pusat Funan dijatuhkan oleh negeri Chenla yang merupakan sebahagian empayar Funan. Apabila Chenla menjadi kerajaan pusat, maka mandala (jajahan) termasuk semenanjung juga termasuk dalam kekuasaan negeri Chenla jadi ada kemungkinan juga orang2 sailendra ni lari menyeberang ke Sumatera dari semenanjung. Teori ini tak berapa kuat sebab tak ada bukti batu bersurat.
Teori kedua dari sejarawan India, Nilakantha Sastri n Majumdar sebut bahawa orang2 Sailendra ni mengaku bersaudara dengan yang di India. Orang2 Hindu sebut bahawa puak Sailendra menetap di Sumatera lama sebelum mereka berpindah ke Jawa Tengah apabila mereka berkerabat dengan Sriwijaya. Ada batu bersurat di Sumatera dan di Pulau Bangka untuk Sailendra sebab mereka ni pedagang2 berketurunan "diraja" di Sumatera.
Yang ketiga tu teori Nusantara (Jawa) yang diusulkan Purbacaraka. Dia buat usul ni berdasarkan cerita jawa prahiyangan mengenai orang2 Hindu Jawa (Sanjaya) ada yang menganut ajaran Buddha Mahayana sebab rakyat takut dengan tradisi ajaran Hindu dewa Siva yang raja2 Jawa anuti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|