Pelik tp benar….hik…hik…hik…
7 PERANG PALING ANEH DALAM SEJARAH
1- The Anglo-Zanzibar War: perang paling singkat dalam sejarah, hanya 40 minit
-Perang aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. -Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. -Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.
2- The Pig War: terjadi kerana menembak seekor babi
-Pig War @ Perang Babi adalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor babi. -Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British. -Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara. -juga dipanggil Episod Babi, Perang Babi dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern.
3- 335 Years War: berlangsung selama 335 tahun tanpa ada terkorban
-Perang ini luar biasa lamanya iaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom). -Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah. -Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986.
4- Moldovan-Transdniestrian War: dimana pegawai-pegawai kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hari
-Setelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova mahu berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat, tetapi bahagian timur sungai Dniestrmahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia. -Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diiktiraf oleh dunia. -Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik. -Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama. -Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul sekali lagi untuk minum dengan orang-orang yang mereka telah bertemu pada malam sebelumnya dan yang mereka telah bunuh.
5- Emu War: bagaimana Australia kalah perang menentang burung Emu
-EmuWar @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia. -Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal AustralianArtillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askarbersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 pusingan peluru. Tetapi menembak secara membuta tuli pada kumpulan burung yang boleh berlari sehingga 50 km/j (30 mph) tidak membawa hasil yang dijangkakan. -Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan sebenarnya dibunuh. Major Meredith - komander Australia dalam 'Emu war' -hairan dan membandingkan emu dengan Zulu. -Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu 'EmuWar' berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia.
6 - The Football War: bermula dengan sebuah permainan bola sepak
-Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Bola sepak (La guerra del fútbol - dalam bahasa Sepanyol), kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zonAmerika Utara.
-Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. -Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras. -Puncaknya,El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari Peringkat Kumpulan.
7- War of 1812: disebabkan oleh kerosakan komunikasi telegraf
-Juga dikenali sebagai Mr Madison's War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Syarikat.
-Ia boleh dinamakan Perang Komunikasi Rosak. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertelingkahan itu. Kalaulah ada komunikasi telegraf dengan Eropah, perang mungkin dapat dielakkan.
Last edited by inaniloquent on 31-10-2012 07:58 PM
|