Peterpan17 posted on 20-8-2013 09:47 AM
Mak mentua aku klu raya dia sediakan 2 jenis air. Dia tanya nak minum gas ke nak minum cordial kat ...
Tahun ni punya raya paling banyak orang hidang air gas. Ikut mak pergi beraya rumah saudara yang dah tua2, semua bagi air gas.
Mungkin tak larat nak bancuh air kot. Ada tu yang dah siap display air gas tin macam kat pasaraya..tinggal pilih je nak mana.
Kalau rumah mak saya, dia memang xde bagi air gas. Beli kordial tu je..pastu air gula siap bancuh. Nak buat air, tinggal
bubuh kordial campur air gula, letak ais. Tapi kalau ramai datang raya, jenuhlah nak bancuh air. .
Air gula yang dah dibancuh tu wajib letak label..sebab saya pernah terminum air gula..meremang bulu roma dek manisnya.. ingatkan air masak padahal kaler x sama tu..air gula tu kaler keruh skit..haus sangat gamaknya...
yg aku tau minum air gas setiap hari akan cepat mati....kalau minum dari budak kecik..tak habis darjah 6 dah mati dah....dah 2 org anak member aku mati...sorang kalau tak silap darjah 3. Yg lagi satu darjah 4....tiap2 hari munum coke......
nielly39 posted on 20-8-2013 10:54 AM
Tahun ni punya raya paling banyak orang hidang air gas. Ikut mak pergi beraya rumah saudara yang d ...
Klu minum air cordial jgn guna air gula. Mak aku tak pernah buat air cordial campur dgn air gula. Dia guna ais dgn air sejuk saja. Kami mmg sekeluarga tak suka mkn/minum manis2. Rasa mcm nak kena kencing manis klu terkena benda2 manis ni.
Aku klu beli air kat pasar mlm yg durang jual dlm balang tu, aku bgtau tukang jual, jgn letak air gula.
leni posted on 20-8-2013 10:58 AM
aku tak tau la pasal minum air gas jadi ganas..
yg aku tau minum air gas setiap hari akan cepat m ...
mati psl sakit apa atau aksiden? Air gas tu byk sgt kandungan gula. Tgk label sukrosa something. Itu kandunga gula yg lbh teruk dr gula. Budak2 klu mkn byk benda manis, jd hyper. Klu tak dichannel dgn betul hyper tu mengganaslah jawabnya.
Peterpan17 posted on 20-8-2013 11:04 AM
mati psl sakit apa atau aksiden? Air gas tu byk sgt kandungan gula. Tgk label sukrosa something. I ...
mati sakit. sakit kronik bukan diabetes la tapi. Satu buah pinggang rosak. Sorang lagi kanser perut ke apa gitu.
Air gas apart from gula punya factor merosakkan anggota dalaman badan. Doktor kata la bila ditanya ..aku bukan doktor so aku hanya menyampaikan saje...air gas ni minumla kalau dah nak rasa sgt tapi jgn diamalkan apalagi tiap2 hari.
Peterpan17 posted on 20-8-2013 11:03 AM
Klu minum air cordial jgn guna air gula. Mak aku tak pernah buat air cordial campur dgn air gula. ...
Mak x letak banyak sangat air gula..buat rasa2 manis buah je sebab dia beli kordial cap apa entah langsung xde rasa..macam minum air sejuk je..
Klau kat rumah saya pun x buat air manis cth teh atau kopi sebab anak2 saya lebih suka minum air masak je..kalau rasa nak minum teh, cuma buat 2 mug je utk saya dan suami.
Adik ipar saya orang kelantan pun kuat makan/minum manis. Pernah dia buat kuih apa nama entah yang pisang rendam dalam air gula tu.
Rasa sikit je terus berpinar biji mata manisnya x boleh cakap..
leni posted on 20-8-2013 11:18 AM
mati sakit. sakit kronik bukan diabetes la tapi. Satu buah pinggang rosak. Sorang lagi kanser peru ...
ayoh!! kesiannya. Budak lg dah sakit camtu. Inilah mak bapa tak mau belajar ilmu makanan apa yg sesuai utk budak2. Budak2 ni perut & organ durang bukan dpt bertahan benda2 camtu. Kita yg tua ni pun sakit2 klu bantai air gas hari2 inikan pula budak.
Peterpan17 posted on 20-8-2013 11:25 AM
klu beli air cordial yg standard ada dijual,dah cukup manis dgn air/ais. Tak taulah air cordial y ...
Betul, kordial yang standard memang dah cukup manis..yang orang tua tu beli mungkin yang murah saja sebab memang x berapa rasa..kena bubuh air gula skit, baru ada rasa.
kami memang tak bagi anak minum air berkarbonat, teh, kopi. cuma bagi minum jus, milo, susu coklat dengan air masak je. gula-gula memang tak bagi sebab takut tercekik. dia pun belum 4 tahun lagi. coklat jarang-jarang dia makan. kalau ada baru makan. junk food pun kami bagi potato chip yang perisa original dengan keropok ikan.
sepupu-sepupu dia makan semua benda tu tapi dia tak teringin pun nak makan. tengok je dia orang makan. mujurlah...
raya hari tu dia ada terminum air bergas perisa oren. dia memang suka jus oren. ingatkan air oren biasa, rupanya air bergas. risau jugak kalau dia suka air tu. tapi baru seteguk, dia bagi balik. "tak sedap" katanya. legaaaa
nielly39 posted on 20-8-2013 11:35 AM
Betul, kordial yang standard memang dah cukup manis..yang orang tua tu beli mungkin yang murah saj ...
Aku ni tak taulah, apa cordial ke sebab aku jarang minum air cordial/air manis. Tu time raya aku minta air masak bila gi rmh org beraya. 1st & 2nd house tahan gak telan air gas. Bila dah 3rd house aku rasa dah kembung perut dgn gas & manis so minta air masak. Aku jarang minum teh atau kopi juga. Pagi2 aku minum air masak dulu. Dah dibiasakan dgn org tua aku. Dulu2 time kami kecik2 smp remaja mak aku akan siapkan seteko teh herba setiap hari.Klu abis dia buat lg. Dia ajar kami minum air masak & teh herba utk buang heat dlm badan. Terbawa2 smp aku dtg KL.